Pembohong Bersiri Paling Tua

Hari ini Mahathir telah sekali lagi mengulangi pembohongannya mengenai pesawat peribadinya telah disabotaj oleh Barisan Nasional.

Semalam, Dato Sri Azharuddin A Rahman, Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), telah membuat satu kenyataan berhubung dakwaan tersebut di mana beliau menerangkan bahawa hasil siasatan CAAM terhadap pesawat tersebut mendapati terdapat kekurangan angin pada tayar hadapan sebelah kiri pesawat tersebut.

Sehubungan dengan itu, syarikat yang menguruskan pesawat tersebut tidak mempunyai barangan gantian untuk tayar yang bermasalah itu dan tidak dapat menerbangkan pesawat tersebut seperti yang dikehendaki oleh Mahathir.

CAAM adalah sebuah organisasi yang diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan telah dipilih untuk menjadi salah satu dari 36 buah negara yang menganggotai Badan Majlis ICAO selama tiga penggal berturut-turut. ICAO mempunyai 191 buah negara anggota. Jika CAAM tidak boleh dipercayai, masakan Malaysia boleh dipilih sebanyak tiga kali berturut-turut?

Maka, dalam persoalan ini, siapa yang tidak boleh dipercayai?

Bila Veteran ATM Dijadikan Keldai Pakatan

Sedih apabila saya melihat seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia dijadikan keldai tunggangan Pakatan Harapan apabila beliau berjalan dengan membawa sebuah bendera PKR dari Kuantan ke Putrajayauntuk membantah kos sara hidup yang tinggi.

Saya menganggapnya sebagai suatu penghinaan terhadap veteran ATM, pertamanya kerana veteran digunakan sebagai alat untuk meraih simpati terhadap “perjuangan” yang terpesong, dan keduanya, ia mengukuhkan lagi tanggapan bahawa veteran ATM memang tiada berpelajaran (askar Darjah 6) kerana tidak boleh berfikir secara rasional dan mudah terpengaruh.

Walaupun kita tidak lagi menjadikan minyak mentah sebagai bahan komoditi untama untuk pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi kita tetap pesat. Fakta ini diakui oleh Bank Dunia dan juga IMF dan disokong oleh laporan-laporan para ekonomi dunia.

Namun, kita jangan lupa bahawa perkara yang wajib hadir dengan pertumbuhan ekonomi ialah inflasi. Saya yakin kita tidak pernah dengar semasa zaman kita kanak-kanak dahulu, ibubapa kita berkata bahawa barangan rumah pada ketika itu amat murah.

Dengan pertumbuhan ekonomi juga, perniagaan menjadi lebih efisien. Kalau kita lihat pada zaman dahulu kala kedai-kedai runcit menjadi tumpuan untuk membeli bukan sahaja barangan rumah tetapi juga pakaian seharian. Pada tahun 1960an dan 1970an muncul pusat beli belah seperti The Weld, Fitzpatrick, Jaya, Robinsons, Pertama Complex, Campbell Complex. Tahun 1980an semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri kita lihat pula kemunculan pusat membeli belah Jepun seperti AEON, Yaohan, Hankyu. Di antaranya banyak yang sudah ditutup walaupun ekonomi Malaysia terus berkembang. Kini, banyak pula pasaraya dan pusat membeli belah tutup disebabkan era perniagaan digital yang menjual barangan secara online. Pada tahun 2016, perbelanjaan rakyat Malaysia membeli secara elektronik meningkat dengan mendadak walaupun banyak pasaraya dan pusat membeli belah yang tutup. Di Amerika Syarikat sahaja berpuluh ribu pasaraya terkenal telah menggulung tikar akibat penghijrahan konsumer dari pembelian secara fizikal kepada pembelian secara online.

Harga bahan api yang meningkat memberi kesan terhadap kos sara hidup kerana kos pengangkutan pula naik. Kerajaan tidak boleh mengawal harga bahan api seperti minyak kerana ianya tertakluk kepada harga pasaran dunia. Satu lagi faktor yang mempengaruhi kos sara hidup ialah gaya hidup rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak pandai hidup mengikut kemampuan masing-masing. Tidak dinafikan juga kadar pertukaran Ringgit berbanding Dollar Amerika juga memainkan peranan dalam meningkatkan lagi kos sara hidup. Namun, walaupun Malaysia merupakan salah satu dari berpuluh negara yang terkesan akibat kejatuhan kadar pertukaran berbanding Dollah Amerika, Malaysia tidak begitu teruk terkesan berbanding banyak negara lain termasuk Jepun.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu terutamanya golongan B40 dengan mengadakan bantuan-bantuan seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, mendirikan UTC dan RTC agar dapat memudahkan lagi rakyat membuat urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Subsidi perubatan diteruskan walaupun kos ubatan dan peralatan perubatan semakin tinggi meningkat.

Untuk veteran ATM, pelbagai inisiatif juga telah diambil supaya dapat mengurangkan kos sara hidup dan meringankan beban mereka. Sebagai contoh, para veteran yang telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sebelum layak pencen sebelum akhir 2016 diberi Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk veteran dari golongan B40, di atas bantuan BR1M yang diterima. Untuk veteran golongan tersebut yang berumur 60 tahun ke atas, mereka akan menerima BBN walaupun mereka bukan dari golongan B40.

Untuk mereka yang menamatkan perkhidmatan tanpa pencen selepas 2016 disediakan pula Skim Anuiti Veteran ATM (SAVe) di mana veteran boleh mengambil pilihan untuk tidak mengeluarkan wang caruman dalam tabung LTAT. Hasilnya akan dibahagi kepada 12 pembayaran setahun secara purata. Bolehlah dianggap seperti bayaran pencen atau bonus kepada mereka yang tidak berpencen.

Kemudahan membeli barangan rumah pada harga yang lebih murah juga diberikan kepada Veteran ATM di kedai-kedai PERNAMA. Dalam membuka lembaran baru bagi para veteran ATM, PERNAMA turut melahirkan usahawan berjaya di Akademi Peruncitan PERNAMA, Kampus PERHEBAT.
Mereka bergelar veteran ATM tetapi dalam bidang perniagaan, mereka bergelar pencetus semangat keusahawanan.

Hospital Veteran ATM juga kini dalam perancangan untuk dibina di Ipoh manakala lima buah poliklinik khusus untuk veteran ATM akan dibina di seluruh negara tidak lama lagi. Ini adalah selain kemudahan perubatan percuma yang diberikan kepada para veteran ATM berdaftar yang jumlahnya menjangkau lebih 200 ribu orang. Bayangkan kos yang dibelanjakan untuk veteran ATM sahaja setiap tahun untuk perubatan.

Ini tidak termasuk bantuan pendidikan anak-anak veteran ATM, bantuan perumahan, kursus-kursus keusahawanan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dari semasa ke semasa, serta Kuota Khas Haji yang disediakan untuk veteran ATM yang tidak diperolehi secara meluas dalam tempoh 30 tahun sebelum ini.

Kalau kita bandingkan dengan veteran tentera Amerika Syarikat, apa yang kerajaan telah sediakan untuk membantu para veteran ATM lebih banyak dan menyeluruh jika dibandingkan dengan apa yang disediakan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Untuk perubatan, tidak semua veteran tentera AS diberi rawatan perubatan percuma di hospital-hospital veteran sahaja. Mereka yang tidak layak mendapat rawatan percuma dikehendaki membayar sebahagian dari kos rawatan.

Untuk pembelian rumah, pinjaman hanya akan diberikan sekiranya veteran tentera AS tersebut telah habis semua jalan untuk mendapatkan pinjaman perumahan biasa dari bank-bank dan institusi-institusi kewangan. Dan hanya mereka yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua (16 September 1940 hingga 25 Julai 1945), Perang Korea (27 Jun 1950 hingga 31 Januari 1955) dan Perang Vietnam (5 Ogos 1964 hingga 7 Mei 1975) sahaja yang layak menerima pinjaman perumahan veteran tentera AS. Selain itu, untuk veteran Perang Teluk, hanya mereka yang berkhidmat dua tahun berterusan di medan dibenarkan membuat pinjaman. Untuk mereka yang tidak pergi ke medan perang, lain-lain pangkat yang berkhidmat di antara 8 Mei 1975 hingga 7 September 1980, dan pegawai yang berkhidmat dari 9 Mei 1975 hingga 16 Oktober 1981 sahaja yang boleh membuat pinjaman.

Kemudahan yang disediakan buat veteran tentera British juga jauh lebih kurang dari apa yang disediakan untuk veteran ATM. Selain tidak mempunyai hospital-hospital khusus untuk veteran di bawah National Health Service, tiada skim perumahan disediakan untuk para veteran. Tiada juga bantuan untuk anak-anak veteran yang belajar di peringkat tinggi seperti yang diberikan kepada anak-anak veteran ATM.

Di sini, veteran ATM boleh memohon untuk memiliki rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Skim Rumah Pertama.

Saya khuatir, di akhir perjalanan rakan veteran saya di atas di Putrajaya kelak, beliau hanya akan mendapat sakit kaki dan berasa kepenatan kerana usaha beliau tersebut hanyalah suatu agenda politik dan amat sia-sia. Berhubunglah dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengetahui nikmat apa yang telah dikurniakan Allah SWT yang didustai oleh beliau.

Beban Politik Harus Disingkirkan

darth madey

Satu minggu yang cukup menarik. Pembubaran parlimen yang begitu dinantikan telahpun berlaku. Pengumuman oleh SPR mengenai hari pengundian yang jatuh pada hari Rabu telah menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati. Ini adalah kali ke-6 sejak kemerdekaan, yang menyaksikan pembuangan undi dibuat pada hari bekerja. 6 dari keseluruhan 14 pilihanraya umum Malaysia. Dan separuh darinya terjadi ketika Mahathir mentadbir Malaysia.

Ramai yang melenting kerana mereka hampir mustahil dapat pulang ke kawasan pengundian dan kembali ke tempat bermastautin selepas mengundi. Mereka kononnya dinafikan keadilan tanpa menyedari mereka sendiri berlaku tidak adil kepada penduduk kampung halaman mereka yang perlu mengadap wakil rakyat yang diundi mereka selama 5 tahun yang mungkin lebih teruk dari wakil rakyat sebelumnya.

Jika tidak mahu pulang mengundi, tukarlah alamat mengundi ke alamat bermastautin.

Lebih menarik, baru-baru di dalam satu penulisan di laman Facebook, DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyeru kepada rakyat Johor untuk menolak parti atau pakatan yang akan memberikan kemenangan kepada Mahathir. Rakyat yang membaca terus menghamburkan kemarahan. Sebelum ini, apabila Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ mengkritik kerajaan, rakyat, termasuk mereka yang tidak mempercayai institusi beraja dengan akan pantas menulis ‘Daulat Tuanku’. Kini khalayak yang sama menyerang TMJ.

Saya kurang gemar  sekiranya seorang ahli kerabat diraja mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya percaya, sungguhpun mereka mempunyai pandangan tersendiri, mereka perlu kekal tidak berpihak. Namun, ungkapan terkenal dari Walter Bagehot bermain di fikiran saya:

Raja mempunyai 3 hak: Hak untuk berbincang, hak untuk memberi galakan dan hak untuk memberi amaran

Ini diakui oleh Mark R Gillen dari Fakulti Undang-Undang, University of Victoria (Gillen 1994:7) Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga mantan Ketua Hakim Negara pernah bertitah:

Adalah menjadi satu kesilapan jika peranan seorang Sultan, seperti seorang Presiden, adalah terhad sepertimana yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan. Peranan seorang Sultan jauh melangkaui peruntukan Perlembagaan” (Azlan Shah 1986:89).

Maka, adalah hak TMJ untuk memberikan amaran kepada rakyat Johor mengenai apa yang baginda fikirkan sebagai berbahaya untuk rakyat baginda, dan demi perpaduan negeri baginda.

Jika Barisan ingin mengambil kesempatan untuk isu ini, saya fikir waktunya tidak kena kerana ia dilakukan terlalu awal, ketika negara baru hendak ‘memanaskan badan’ untuk menghadapi pilihanraya. Anda kini dapat melihat mesej-mesej yang disebarkan di dalam WhatsApp yang bukan sahaja menyerang Sultan Johor sekarang, tetapi juga menyerang Sultan sebelum ini, iaitu nenda kepada TMJ. Mahathir juga cepat mengeluarkan kenyataan, dengan berkata tulisan Pakatan itu hanya memberikan keuntungan kepada Pakatan.

Mungkin itu yang beliau fikirkan.

Perseteruan Mahathir dan Istana Johor berlaku dari sebelum Syed Saddiq dilahirkan lagi. Dua tahun selepas menjadi Perdana Menteri, Mahathir cuba mendapatkan persetujuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Shah untuk naik takhta sebagai Yang Dipertuan Agong ke-8 kerana Sultan Pahang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan pada tahun 1984. Ianya berjalan serentak dengan kempen memburukan Sultan Johor, dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan ramai.

Hubungan Mahathir dan Sultan Johor begitu teruk sehingga beberapa pegawai kanan tentera merancang satu rampasan kuasa pada tahun 1983. Panglima Tentera Darat ketika itu, Jeneral Tan Sri Dato’ Zain Hashim, seorang pegawai tentera yang amat cemerlang, terpaksa bersara pada usia yang masih muda, iaitu 52 tahun, pada Januari 1984 dan digantikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Bin Haji Che Mat. Jeneral Ghazali hanya berkhidmat sebagai PTD selama setahun sebelum dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera. Jeneral Ghazali telah diganti oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Hashim Mohd Ali sebagai Panglima Tentera Darat, adik ipar Mahathir. Tentera Darat kini diperintah oleh seseorang yang setia dengan Mahathir. Jeneral Hashim kemudian menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera. Maka, berakhirlah segala ketidak-setiaan Angkatan Tentera Malaysia terhadap Mahathir.

Saya mengetahui butiran rancangan rampasan kuasa tersebut tetapi diminta untuk merahsiakannya.

Tidak, ini tidak menunjukkan Tentera hanya perlu setia kepada Raja-Raja Melayu, sebaliknya tentera juga perlu setia kepada kerajaan Yang Dipertuan Agong kerana menurut Artikel 39 Perlembagaan Persekutuan menteri kabinet adalah mewakili Yang Dipertuan Agong dan diberikan kuasa eksekutif untuk mentadbir negara bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Maka, kesetian perlu diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk Perdana Menteri dan kabinet beliau.

Segala perbuatan dan cubaan Mahathir keatas keluarga diraja Johor telah ditulis TMJ. Bukan rahsia lagi yang Mahathir begitu bencikan keluarga diraja kerana sejak zaman Perang Dunia Kedua lagi beliau telah bertelagah dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia dan kerabat diraja Kedah. Baru-baru ini, Mahathir telah menyerang projek Forest City dengan cuba menakutkan penduduk tempatan dengan kebanjiran warga China dan menyerang etnik Bugis, iaitu keturunan Najib dan dua orang Sultan, iaitu Johor dan Selangor dengan berkata ‘Lanun Bugis patut balik ke tanah asal mereka’.

Sultan Johor mengecam Mahathir kerana memainkan sentimen perkauman manakala Sultan Selangor mengecam komen Bugis Mahathir.

Mahathir masih tidak memohon kemaafan atas kedua-dua insiden itu.

Beliau adalah seorang yang pemarah dan akan membakar seluruh negara ini dengan kemarahan beliau” titah Sultan Selangor di dalam satu kenyataan yang dikatakan turut dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Apabila ditanya oleh media mengenai titah Sultan Selangor itu, Mahathir menjawab “Ya, saya memang pemarah dan anda sendiri boleh lihat betapa marahnya saya. Saya akan bakar anda dan akan terus membakar apa sahaja.”

Ya, Mahathir akan membakar apa sahaja asalkan beliau mendapat apa yang beliau hajati. Beliau tidak peduli sekiranya negara ini hancur. Ini adalah kerana beliau kian kesuntukan masa.

Sebelum bersara 15 tahun lepas, beliau mahukan seorang Perdana Menteri yang mendengar cakap dan yang akan melindungi beliau dan keluarga beliau dari sebarang siasatan, walaupun selepas beliau tiada lagi. Apabila Pak Lah enggan, beliau gulingkan Pak Lah. Kemudian datang Najib Razak yang mempunyai idea sendiri bagaimana negara ini perlu ditadbir dan dijadikan lebih baik. Mahathir, yang tidak biasa dengan orang-orang yang tidak mengikut kemahuan beliau, cuba menggulingkan Najib. Ianya merupakan serangan dari pelbagai arah, yang menguatkan lagi serangan sedia ada dari pembangkang.

Beliau berpakat dengan Muhyiddin dan Shafie. Beliau tahu bahawa beliau tidak boleh bergantung harap dengan Zahid Hamidi kerana beliau pernah memenjarakan Zahid di bawah ISA. Kesetiaan Hishammuddin terhadap sepupunya pula tidak boleh dipersoalkan. Beliau menekan kepimpinan UMNO dengan harapan Najib akan disingkirkan dan Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri lalu menjamin keselamatan keluarga beliau.

Malangnya rancangan itu gagal. Najib kembali teguh dan kini aktif membalas serangan. Muhyiddin dan Shafie dipecat dari kerajaan dan parti. Mahathir dan keluarganya kini berdepan dengan kemungkinan terpaksa menghadapi siasatan ke atas salahguna kuasa untuk mendapatkan kekayaan dan projek-projek tanpa tender terbuka.

Sebab inilah beliau nekad untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri – supaya beliau boleh jamin akan dapat melindungi keluarga beliau dari disiasat oleh pihak berkuasa.

Jika difikirkan, kenapa perlunya seorang ‘ yang berprinsip’ melanggar kesemua prinsip  dan bekerjasama dengan musuh ketatnya, yang diketahui ingin memusnahkan budaya dan adat istiadat orang melayu dan mungkin juga, institusi beraja?

Mantan-mantan pegawai tinggi polis dan tentera pasti ingat di dalam satu sesi golf di mana Almarhum Sultan Iskandar berkata Malaysia tidak memerlukan sistem Presiden dan mesti menyingkirkan ‘beban politik’.

Kita mungkin tertanya apa yang dimaksudkan oleh Almarhum tteapi saya rasa saya tidak mempunyai sebarang masalah mengenalpasti siapa yang dimaksudkan oleh Almarhum.

Namun, satu perkara yang pasti, Mahathir lebih rela untuk memohon maaf kepada Ambiga dan DAP kerana menggunakan perkatan ‘keling‘ daripada memohon ampun kepada Raja-Raja Melayu.

Lihatlah sendiri di mana kedudukan Raja-Raja Melayu berbanding Ambiga dan DAP di mata Mahathir.

Inikah sifat seseorang yang boleh memelihara kedudukan agama Islam dan keistimewaan Bumiputera dan orang Melayu di Malaysia?

Berhati-hatilah bila membuang undi kelak.

The Mother Of All Cybertroopers?

I was reading a WhatsApp comment by Datuk Eric See-To on the mother of all military land deals revelation by Rafidah Aziz.

As I read on, I realised that it sounded familiar. This was the same exact message that was passed around in Armed Forces Veterans’ Whatsapp groups back in February 2018 which I sent to a friend on 14 March 2018 to have it verified.

Here are excerpts of the Whatsapp message:

My question is the same. Is Rafidah the same cybertrooper who sent the message back in February 2018, and now sends the same baseless message on Facebook, signed with her name, with her swearing on God’s name to make it more hers?

Or was it purely plagiarism on her part?

Kegilaan Mahathir Mesti Dihentikan

Pada mulanya saya ingat saya hendak menulis mengenai Manifesto Barisan Nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri siang tadi.  Namun, saya terbaca sesuatu yang lebih menarik – nukilan mengenai Mahathir Mohamad oleh DYAM Tengku Mahkota Johor dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Bunyinya begini:


PANDANGAN IKHLAS SAYA UNTUK RAKYAT JOHOR YANG SAYA SAYANGI

Hanya pandangan peribadi saya untuk rakyat Johor.

Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya. Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. DYMM Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor. Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ektrimis, menaiktaraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.

Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara. Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.

Semua maklum bahawa UMNO dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna UMNO perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.

Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi. Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah.

Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.

Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.

Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang. Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’. Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam.

DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.

Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat. Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.

Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya. Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu. Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad. Mereka hanya menjaga Jawatankuasa Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga. Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL). Ini adalah sebab mengapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL. Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia. Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan disini untuk mengawal takdir sesebuah negara. Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami.

Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini. Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan. Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit. Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.

Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita. Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.

Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.
Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Melayan Bontot Lembu

imdb

Banyak betul ajaran sesat yang disebarkan melalui WhatsApp sejak kebelakangan ini.  Kalau ikut logik penyokong parti pembangkang, itu tanda-tanda pilihanraya semakin hampir.  Kalau difikirkan, pilihanraya semakin hampir setiap hari sejak berakhirnya pilihanraya umum yang lepas.  Disebabkan ketandusan isu, maka isu-isu lama digemburkan kembali.  Inilah yang disebarkan:

1. Kalau Najib tak salah, kenapa AG Ghani Patail yang sedang siasat 1MDB dan SRC dipecat dari jawatannya atas alasan dia sakit (mungkin sudah dekat nak mati). Tapi sampai hari ini Ghani masih hidup, cergas dan akhir sekali berita dari Ghani mengatakan dia bekerja sebagai peguam pula. Tak sakit tenat pun, belum mati pun.

Gani Patail telahpun mencapai umur persaraan dan sedang berkhidmat dalam tempoh kontrak semasa perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara tidak lagi dikehendaki oleh Yang DiPertuan Agong.  Artikel dari Majlis Peguam Malaysia ini juga mengesahkan Gani menghidap sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Selain itu, mantan Presiden Majlis Peguam Negara juga mengesahkan dalam petisyennya bahawa beliau pernah lihat Gani Patail mengendalikan mesyuaratnya di hospital ketika sedang menjalankan rawatan dialisis.

Rawatan dialisis biasanya akan mengambil masa EMPAT JAM , dan pesakit memerlukan di antara DUA hingga DUA BELAS JAM untuk tubuhnya kembali segar untuk melakukan lain-lain perkara.

Di dalam situasi yang kritikal yang memerlukan tumpuan penuh seorang Peguam Negara, sudah tentu Gani Patail tidak dapat memenuhi kehendak tugasnya.

2. Kalau Najib tak salah, kenapa pula Hamid Bador Boss No. 2 dalam SB atau Special Branch yang juga terlibat siasatan 1MDB, SRC dsbnya telah ditransfer dari jawatannya dan diarah melaporkan diri ke JPM pula. Hamid terus bersara dari pada perkhidmatan Polis.

Pertamanya, Hamid Bador tidak terlibat langsung dalam siasatan terhadap 1MDB dan lain-lain syarikat yang berhubung kait dengan syarikat tersebut.

Keduanya, seorang pegawai polis adalah tertakluk kepada Akta Polis, 1967 yang mana Seksyen 4(1) Akta tersebut berkehendakkan semua pegawai dan anggota PDRM menjalankan tugas di bawah kawalan seorang Ketua Polis Negara yang bertanggung jawab kepada seorang Menteri.  Takrif Menteri di sini mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan ialah seorang yang dilantik dan diturunkan kuasa eksekutif oleh Yang DiPertuan Agong mewakili Seri Paduka Baginda.  Ini bermakna, kesetiaan kepada Raja dan Negara mengikut takrif adalah juga kesetiaan kepada kerajaan Yang DiPertuan Agong yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Ketiga, Hamid Bador dikatakan adalah seorang yang tidak sebulu dengan mantan ketuanya, Dato Akhil Bulat.  Kemudian, Hamid juga dikatakan tidak berpuas hati kerana Datuk Fuzi (kemudiannya Tan Sri), dilantik menggantikan Dato Akhil Bulat sedangkan beliau (Hamid) lebih tinggi kekananannya.  Dalam konteks ini, Fuzi adalah lebih bernilai berbanding dengan Hamid kerana Fuzi pernah menjadi Pesuruhjaya Polis di Sabah.  Hamid langsung tidak pernah menerajui mana-mana kontinjen polis di peringkat mana-mana negeri.  Fuzi juga mempunyai jaringan yang baik dengan agensi-agensi perisikan luar negara berbanding Hamid.

3. Kalau Najib tak salah kenapa pula pegawai siasatan SPRM juga ditransfer daripada jawatan mereka.

Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah pegawai perkhidmatan awam seperti yang ditakrif oleh Seksyen 6(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009.  Disebabkan takrif tersebut, mereka juga tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1993, yang melalui Seksyen 4(1) menyebut bahawa setiap pegawai perkhidmatan awam dikehendaki memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Yang DiPertuan Agong, negara dan Kerajaan.

Seksyen 4(2)(f) dan (g) Akta tersebut juga menyebut pegawai perkhidmatan awam tidak boleh tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab.

Apa yang Bahri Md Zin telah lakukan ialah membocorkan hasil siasatan kes berhubung 1MDB kepada isteri kedua beliau, Noor Haslina Abdullah.

img_9526

Adakah perbuatan ini mencerminkan seorang pegawai yang takut kepada Tuhan?  Beliau tidak amanah, tidak jujur, dan tidak bertanggungjawab.

Setahu saya orang sebegini mengikut mafhum sebuah Hadith adalah seorang munafik.  Patutkah beliau terus disimpan?

4. Kalau Najib tak salah, kenapa pula seorang Tan Sri, ia itu bekas penasihat SPRM serta seorang pegawai penyiasat AG Chambers telah ditangkap oleh Polis berkaitan 1MDB juga dan dimasukkan ke dalam lokap.

Bekas Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh telah ditahan kerana disyaki telah memberi maklumat berdarjah mengenai siasatan terhadap 1MDB kepada Clare Rewcastle Brown, orang di belakang tabir Sarawak Report, di Hyde Park, London.

Maklumat siasatan adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi, 1972.

Pegawai Pejabat Peguam Negara yang ditahan itu pula ialah Jessica Gurmeet Kaur, seorang warganegara Singapura yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Gani Patail.  Sepupu kepada suami Jessica pula ialah isteri kepada Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo.

affair

5. Kalau Najib tidak bersalah, kenapa pula Menteri Rahman Dahlan confirmkan bahawa makhluk MOI yang disebut oleh FBI / DOJ dalam siasatan kleptokrasi mereka berkenaan 1MDB itu sebenarnya adalah Najib? Ataupun mungkin Rahman Dahlan begitu bodoh macam bontot lembu?

Kalau dah dokumen DoJ mengatakan bahawa MO1 itu ada pertalian persaudaraan dengan Riza Aziz, salah seorang yang dinamakan di dalam dokumen tersebut, sudah tentu MO1 itu merujuk kepada Najib Razak.

Walau bagaimanapun, seperti yang juga disebutkan oleh dokumen yang sama, MO1 bukanlah individu yang menjadi sasaran siasatan mereka.  Malangnya, bontot-bontot lembu hingga kini berkata bahawa MO1 telah melakukan jenayah.

mubadala

Malah, pihak Pejabat Peguam Negara Switzerland juga mengesahkan bahawa Najib Razak bukan salah seorang yang menjadi sasaran siasatan mereka.

6. Kalau Najib tidak bersalah, kenapa pula anak tiri dia Riza Aziz sudah setuju bayar balik RM240 Juta (US$60 Juta) kepada DOJ di Amerika Syarikat sebagai ‘settlement’ untuk menyelesaikan saman sivil FBI / DOJ yang telah mula merampas harta Red Granite Pictures (syarikat kepunyaan riza Aziz) yang FBI / DOJ menuduh telah dibeli dengan menggunakan dana wang yang telah dicuri dari 1MDB, di mana Najib adalah sole shareholder and signatory.

Beginilah. Izinkan saya menjawab dengan bertanyakan beberapa soalan terlebih dahulu:

a) Sekiranya Riza Aziz bersalah, kenapa DOJ tidak mengheret beliau ke kandang orang yang dituduh di dalam sebuah mahkamah perundangan?

b) Sekiranya ianya merupakan kes jenayah, bukankah wang dan harta yang dirampas merupakan bahan kes sehingga ianya diperintah untuk dilupuskan setelah selesai perbicaraan?

c) Jumlah harta yang dirampas tetapi tidak dibawa ke mahkamah berjumlah US$540 juta (RM2.4 billion).  Kalau ada kes jenayah dibuktikan, kenapa perlu benarkan Riza Aziz membuat ‘settlement’ hanya berjumlah US$60 juta (RM240 juta)?

Jawapannya ialah: Civil Forfeiture Act yang digunapakai oleh DOJ adalah ibarat Akta ISA tetapi untuk harta.  Ramai di kalangan warga Amerika Syarikat mengaggap Akta tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Amerika Syarikat kerana tidak memerlukan prinsip res judicata (penghakiman yang telah dibuat).  Salah seorang yang menentang Akta tersebut ialah Justice Clarence Thomas, seorang Hakim Bersekutu di Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang termasyhur.

DOJ juga kini pening kepala kerana aduan yang dibuat terhadap dakwaan penyelewengan wang 1MDB bukannya dibuat oleh 1MDB sendiri.  Oleh kerana 1MDB tidak kehilangan walau satu sen pun, DOJ tidak tahu ke mana harta yang dirampas itu perlu dipulangkan atau kepada siapa.  Sebab itulah kes tersebut tidak ke mana-mana walaupun telah berlanjutan selama tiga tahun.  Mereka juga tidak dapat membuktikan wang tersebut berasal dari 1MDB kerana 1MDB tidak kehilangan wang.

Apa pun yang mungkin ditandatangani oleh Najib Razak sebagai sole shareholder (sebagai Menteri Kewangan) tidak digunakan untuk membiayai syarikat milik Riza Aziz mahupun Jho Low.

Apakah Riza Aziz anak tiri Najib juga bodoh tahap bontot lembu macam Menteri Rahman Dahlan?

Riza Aziz tidak bodoh. Beliau membayar US$60 juta agar US$540 juta dapat dipulangkan kepada syarikat beliau untuk digunakan.  Beliau mungkin kerugian US$60 juta tetapi beliau untung US$480 juta.  Yang bodoh adalah bontot-bontot lembu yang masih percaya beliau dan bapa tiri beliau telah lakukan jenayah sedang CIVIL forfeiture suit adalah saman sivil, bukan jenayah.

7. Kalau Najib tidak bersalah kenapa pula FBI / DOJ memburu kapal layar mewah Equanimity kepunyaan Jo Lo, yang FBI menuduh telah dibeli dengan RM1 BILLION (US$250 Juta) wang yang dicuri daripada 1MDB. Dan kemudian FBI telah merampas kapal layar mewah itu di perairan Indonesia. JoLo adalah sahabat karib Najib dan anak tirinya Riza Aziz.

FBI/DOJ telah memburu kapal Equinimity sebab ianya tersenarai sebagai aset yang mungkin telah dibeli dengan wang yang kononnya diseleweng dari 1MDB sedangkan 1MDB itu sendiri tidak kehilangan wang.  Kapal tersebut tidak ada kena-mengena dengan 1MDB dan tidak dibeli dengan wang 1MDB. Jho Low mungkin adalah sahabat Riza Aziz tetapi bukan sahabat karib Najib Razak. Hanya bontot-bontot lembu yang mengatakan demikian.

8. Kalau Najib tidak bersalah, kenapa pula Kerajaan Malaysia TIDAK MAHU MENGAKU, MENUNTUT DAN SETERUSNYA MENERIMA BALIK wang RM430 Juta (CHF 100 juta) yang ingin dipulangkan oleh pendakwaraya Switzerland kepada Malayaia yang mereka berkata telah dirampas berkaitan wang yang telah dicuri daripada 1MDB? Switzerland kata duit RM430 Juta itu duit Malaysia.

Saya pening sedikit membaca soalan ini.  Switzerland kata wang yang dirampas itu adalah hak milik 1MDB tetapi 1MDB tidak kehilangan sebarang wang.  Apa gunanya mengaku perkara yang tidak berlaku?  Kerajaan Malaysia perlu berpegang kepada fakta, tidak seperti bontot-bontot lembu.

9. Kerajaan Singapura pula telah penjarakan lima atau enam orang yang terlibat dalam kecurian wang 1MDB. Kerajaan Singapura juga telah batalkan lesen perniagaan dua buah bank antarabangsa yang terlibat dalam kes money laundering 1MDB. Apakah kerajaan Singapura begitu bodoh menyiasat jenayah atau kecurian wang 1MDB yang tidak wujud atau sebenarnya tidak pernah berlaku ?

Mereka yang dipenjarakan di Singapura dipenjarakan atas kesalahan money-laundering (pengubahan wang), bukannya mencuri wang 1MDB.  Lesen bank-bank tersebut dibatalkan atas sebab bank-bank tersebut telah melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS), bukannya kerana mencuri wang 1MDB.  Mereka-mereka yang dipenjarakan bukan pekerja atau pengarah 1MDB dan tiada kena-mengena dengan 1MDB.

Seah Yew Foong dan Yak Yew Chee didapati bersalah kerana mengubah wang US$153 juta yang diterima dari syarikat milik Jho Low di iaitu Good Star dan dimasukkan ke dalam akaun BSI Singapore milik Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corp., iaitu sebuah akaun yang boleh diakses oleh Jho Low.  Tiga hari kemudian, sejumlah US$153 juta telah dipindahkan dari akaun tersebut ke akaun BSI Singapore milik bapa Jho Low, Tan Sri Larry Low Hock Peng yang suatu ketika dahulu dikatakan salah seorang kroni Mahathir.

Dua hari kemudian, sejumlah US$150 juta dipindahkan dari akaun Low Hock Peng ke sebuah akaun BSI milik Jho Low. Kemudian, sejumlah US$110 juta dipindahkan dari akaun tersebut ke akaun Swiss sebuah syarikat bernama Selune yang dimilikinya.

Tiada di mana-mana dalam dokumen mahkamah Singapura yang menyebut nama 1MDB mahupun nama Najib Razak semasa dan selepas perbicaraan tersebut selesai pada tahun 2016.

The Singapore government is so stupid? Kerajaan Singapura pun salah?

Kerajaan Singapura tidak bodoh. Yang bodoh adalah bontot-bontot lembu yang membuat dakwaan-dakwaan tidak berasas, dan bontot-bontot lembu yang mempercayai dakwaan-dakwaan tersebut.

Rupanya hanya Najib seorang yang betul dalam skandal besar ini. Satu dunia yang lain semuanya salah.

Bukan begitu kesudahannya.  Satu dunia yang lain, termasuk Najib Razak, tidak salah.  Yang salah hanyalah bontot-bontot lembu yang saya sebutkan di atas.

Penyamun Kencingkan Rakyat

Umum tahu betapa mahalnya nilai hartanah di negeri Selangor sejak kebalakangan ini hinggakan rumah yang sepatutnya mampu milik kini hampir menjadi rumah mampu tengok.

Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong telah sedaya upaya cuba untuk menyalahkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional dengan mengatakan kadar cukai hartanah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan bukannya oleh kerajaan negeri.

Apabila disemak laman web Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor, ini pula yang ditemui.

Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan terang-terang menamakan kerajaan negeri Selangor sebagai entiti yang menetapkan kadar peratusan cukai hartanah.

Ini disahkan oleh Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa apa jua permasalahan berkenaan hartanah adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Yin Shao Loong cuba pula untuk membohongi rakyat dengan menyalahkan Barisan Nasional berkenaan kadar cukai hartanah yang mahal.

Namun, apabila ditunjukkan bukti berikut mengenai kenaikan kadar cukai di negeri Selangor, beliau terus mendiamkan diri.

Kesian orang Selangor. Undilah lagi parti mata Dajjal tu nanti.

Tax? What Tax?

Second Finance Minister, Johari Ghani today revealed that both Jho Low and Riza Aziz have never paid taxes in Malaysia.

Replying to DAP’s Lim Lip Eng in Parliament, Johari said the duo has never declared their income in Malaysia and this the Inland Revenue Board (IRB) cannot tax them.

Opposition supporters jumped with joy upon hearing this, with some asking how can they not be taxed when they throw wild parties frequently. As usual, Opposition supporters know very little about anything else than to whine about everything.

If the duo have a business in Malaysia and earn their income in Malaysia, the IRB would definitely have jumped on them.

Unfortunately, this is not the case as the duo earn their income overseas.

If the Opposition supporters use the Internet to Google for the correct information rather than spending their life reading trash in portals like Sarawak Report, they would have come across this in the IRB’s website:

“Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.”

And Lim Sian See adds:

Why Jho Low and Riza Aziz do not pay tax in Malaysia?

Simple.

They are not in the country 182 days or more per year and do not earn their income here.

Therefore, they are not considered as TAX RESIDENT in Malaysia and hence do not pay tax here.

Presumably, they will pay tax in the countries where their jobs are or spend most of the time in.

Tax accountants will understand this.

Please ask Lim Guan Eng if he understands the concept of tax residency or not.

LSS.

https://www.oecd.org/tax/automatic-exchange/crs-implementation-and-assistance/tax-residency/Malaysia-Residency.pdf

Second Finance Minister has also issued a statement as follows:

MEDIA STATEMENT

1. I wish to clarify further to my reply to the Segambut MP, YB Lim Lip Eng and Batu MP, YB Tian Chua who recently asked me about the tax file(s) of a Mr. Reza Aziz and Mr. Jho Low and why these two individuals are not paying tax in Malaysia.

2. The tax collection system in Malaysia is based on the simple premise that if an individual or company derives income from Malaysia, that income received will be subjected to Malaysian income tax. While income derived from outside Malaysia and remitted to Malaysia will be exempted from tax. This applies to all individuals or companies without any exceptions. It is important for LHDNM to determine whether the income is derived from Malaysia before income of an individual or a company is subject to Malaysian tax.

3. The initial finding of LHDNM has shown that the two individuals, who were the subject of enquiries by the Opposition MPs in Parliament, do not have income derived from Malaysia in the past recent years and there are no records that they have brought in taxable income derived from overseas into Malaysia. Even if they had brought their income which is derived from overseas into Malaysia, this will be exempt from income tax. However if it is later discovered that any of their income is indeed subject to Malaysian tax, LHDNM has the power to raise assessment against those individuals within 5 years or at any time if fraud, wilful default or negligence is proven.

4. Malaysia has adopted a self-assessment system, where an individual or a company is required to determine and compute their chargeable income and tax liability. The rate of tax applicable is provided under the Income Tax Act 1967 and changes to the rate may be made and announced during the Annual National Budget. Under the self-assessment system a taxpayer will be audited on any declaration of income made. In the case where a person fails to make any declaration, LHDNM has a dedicated team to continuously analyse and identify this and severe penalties will be imposed once LHDNM has ascertained that tax is payable. It is not the practice of LHDNM to tax any individuals or companies based on perceived wealth or rumours of income.

5. Please be assured that LHDNM is ever vigilant in carrying out its duties under the law without fear or favour.

DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI

Minister of Finance II

Harapan Palsu Buat Anak Muda

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Ada tiga tanda orang munafik, iaitu apabila dia bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia ingkar dan apabila diberi amanah dia khianat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Enam tahun yang lepas, semasa kita semua sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13, Pakatan Rakyat yang kini terkubur telah berjanji untuk menghapuskan PTPTN.

Hari ini, Pakatan Harapan sekali lagi tampil memberi harapan palsu kepada anak-anak muda.

Kalau dulu Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN, kali ini Pakatan Harapan yang dikepalai oleh satu fossil hidup berumur 93 tahun yang kerap menjadi perabut Institut Jantung Negara bila ceramahnya tidak mendapat sambutan, mengubah janji tersebut dari pemansuhan kepada penangguhan pembayaran.

Jadi, adik-adik, sekali lagi anda tertipu kerana setiap janji yang dibuat oleh Pakatan tidak akan ditunaikan. Malah, mereka lebih gemar membuat U-turn demi U-turn.

Contoh pertama ialah janji untuk memansuhkan PTPTN pada PRU Ke-13 kini digantikan dengan penangguhan pembayaran PTPTN sebagai janji untuk PRU Ke-14.

Semasa membuat Bajet 2018, Pakatan berjanji akan memberi cuti bersalin selama 120 hari sebagai bukti ianya memartabatkan kaum wanita, manakala BN hanya memberi selama 90 hari.

Dalam janji Pakatan untuk PRU Ke-14, jumlah yang dijanjikan telahpun dikuramgkan ke 90 hari, iaitu sesuatu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN di bawah Najib Razak. Siapa kini yang tidak memartabatkan kaum wanita PADA HARI WANITA SEDUNIA?

Nampaknya, benarlah seperti apa yang disuarakan oleh Kepala Pakatan yang masih tamakkan kuasa dan tidak akan memberikan kuasa kepada golongan muda:

Dan apa sabda Rasulullah SAW di atas mengenai orang yang tidak menunaikan janji?

Munafik! Inikah golongan yang anda ingin jadikan pemimpin?

Malaysia Is Buying Up The World According To Pakatan

5254_Sikhs_Malaya3
Everyone talks about Communist atrocities in Malaysia. Well, it was done by Malayans, not China. But we never talk about Japanese atrocities in Malaya. Why?

I refer to a WhatsApp message that says the following:

Listen to this (video) and think about it.

 It’s hard to believe that Malaysia is the perfect model for China after Sri Lanka, Pakistan, Jamaica & Greece.

We hv the history of atrocities by Communist Party (Terrorists).

Jack Ma is also the influential biz advisor to the PM.

Numerous lands & companies bought over by China, Xiamen university for students from China.

Enclavement (safe haven) in MCKIP, Forest Cities, flourishing China’s retail companies even in Aeon too.etc,

Strategic Tun Razak 106 Exchange overlooking KL area, with potential airport, ports and MISC shipping, railway lines, even purchase of Perwaja land within Kemaman Supply base etc….widespread corruptions, a condusive environment to China Belt Road Initiatives.

We hv to accept first that the threat is real.”

 

HISTORY OF ATROCITIES BY COMMUNIST PARTY

The atrocity done to Malaysians was by those born in Malaya, not China.  China merely gave its support for the setting up of a Communist satellite nation in Malaysia by Chin Peng, who is largely revered by the DAP.

In 1981, Mahathir’s political secretary was arrested by the police for being a communist agent.  Interestingly, Mahathir allowed Communist Cuba to open an embassy in Kuala Lumpur in 1997.  Mahathir also allowed Communist North Korea to open an embassy in Kuala Lumpur in 2003, several months before he stepped down.

Mahathir loved Communist China so much that he visited the country seven times and invited China to invest in Malaysia.  A year after he became PM the Sino-Malaysia trade stood at US$307 million.  A year before he stepped down, it was at US$14 billion.

Mahathir himself said in Bangkok after retirement that for 2000 years China has been a superpower, and it could have invaded the Malay states had it wanted to but never did.  So, if Mahathir has never been afraid of China, why should be we be afraid of it?

JACK MA IS INFLUENTIAL BUSINESS ADVISOR TO THE PM

Well, Jack Ma is the advisor to this country on E-Commerce.  If this is the concern, then Jack Ma is also the business advisor to Indonesia on E-Commerce.  By definition, China has also colonised Indonesia through Jack Ma.

Wait! Jack Ma is also the advisor to the UN Conference on Trade and Development (UNCTAD) on E-Commerce.  So, has China taken over the world?

NUMEROUS LANDS AND COMPANIES BOUGHT OVER BY CHINA. XIAMEN UNIVERSITY FOR STUDENTS FROM CHINA

Wow! Well written by a very ill-informed person.

Xiamen University Campus Malaysia has 700 students from China and 900 from Malaysia.  Last year it gave out scholarships to top performing local (Malaysian students).

Xiamen University Campus Malaysia is just a new face in a crowded space that already has nine branch campus of foreign universities that include Nottingham University, University of Reading, Monash University to name a few.

Why pick on Xiamen University alone? Is it because it is in a state held by the Barisan Nasional?  Before Xiamen University, we already have Hanjiang (Han Chiang) University in Pulau Pinang and New Era University College in Kajang, Selangor.  Why not ask why is the flag of China flying above those campuses as well?

As at the beginning of 2018, China’s investments received in Malaysia is RM63 billion.  Japan’s investments received in Malaysia totals RM70 billion.  Aren’t we selling the country to the Japanese more?

Furthermore, China’s FDI in Malaysia is at the 10th place and accounts for only 2 percent of the total FDI received by Malaysia.  The US debt to China is at US$1.2 TRILLION making its Debt-to-China-versus-GDP at 6.5 percent.  Is the US now owned by China?  You tell me!

ENCLAVEMENT IN MCKIP, FOREST CITY, FLOURISHING CHINA’S RETAIL COMPANIES IN AEON TOO

AEON is a company that has nine members of the Board.  Three of the nine are Japanese while the rest are Malaysians.  If the Japanese board members don’t give a hoot about China retail companies in AEON complexes, why should you?

The Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) in Kuantan is a 51:49 percent joint-venture between a Malaysian consortium and a China consortium.  How is it that we have sold our country to China when we have a 51-percent control of the park?

Why did the writer also write that there is a CMQIP in China?  Yes, there is a China-Malaysia Qinzhou Industrial Park which is also a 51:49 percent joint-venture between a China consortium and a Malaysian consortium. Has China also sold its ports, airports and country to Malaysia?

There are also the China-Singapore Suzhou Industrial Park (CSSIP) and the China-Singapore Tianjin Eco City (CSTEC), both in China. Has China sold its country to Singapore too?

Exchange 106 is only built by China’s CSCEC, but the master developer is Indonesia’s Mulia Group.  Since when is Exchange 106 a China-owned property?

Forest City is an exception.  Although only 40 percent of the development is owned by a Malaysian company, it is an enclave for foreigners, not just China’s citizens. About 15 percent is owned by other foreigners including those from the Indian subcontinent and the Middle East.  But does owning only 40 percent make Forest City essentially China-owned?

Similarly, the Marina One and DUO development in Singapore are 60 percent owned by Khazanah Nasional. 40 percent remains with Temasek Holdings.  Does that mean those developments are essentially Malaysian? Has Singapore sold itself to Malaysia? Has there been any noise by anyone in Singapore over this issue?

Of course not.  Singaporeans are not as stupid and foolish as Malaysians are who would believe anything especially lies and fake news.

(Originally sent as a WhatsApp message)