Pembohong Bersiri Paling Tua

Hari ini Mahathir telah sekali lagi mengulangi pembohongannya mengenai pesawat peribadinya telah disabotaj oleh Barisan Nasional.

Semalam, Dato Sri Azharuddin A Rahman, Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), telah membuat satu kenyataan berhubung dakwaan tersebut di mana beliau menerangkan bahawa hasil siasatan CAAM terhadap pesawat tersebut mendapati terdapat kekurangan angin pada tayar hadapan sebelah kiri pesawat tersebut.

Sehubungan dengan itu, syarikat yang menguruskan pesawat tersebut tidak mempunyai barangan gantian untuk tayar yang bermasalah itu dan tidak dapat menerbangkan pesawat tersebut seperti yang dikehendaki oleh Mahathir.

CAAM adalah sebuah organisasi yang diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan telah dipilih untuk menjadi salah satu dari 36 buah negara yang menganggotai Badan Majlis ICAO selama tiga penggal berturut-turut. ICAO mempunyai 191 buah negara anggota. Jika CAAM tidak boleh dipercayai, masakan Malaysia boleh dipilih sebanyak tiga kali berturut-turut?

Maka, dalam persoalan ini, siapa yang tidak boleh dipercayai?

%d bloggers like this: