Saya ingin berkongsi maklumat daripada Saudara Mohd Syamirulah Rahim mengenai mitos yang mengaitkan parasit, gula dan bulan mengambang yang sering dikongsi oleh laknat-laknat yang bersekolah tetapi mempunyai parasit memenuhi kaviti otak:
——————————–
PARASIT MENGGANAS KETIKA BULAN PENUH?
Sebuah kepercayaan khurafat yang sebenarnya sebahagian dari agenda besar yang membahayakan nyawa anak-anak kita.
***
Nematode, Cestodes, Trematodes. Ini adalah antara apa yang saya pelajari ketika tahun pertama sekolah perubatan lagi, didalam subjek Parasitology. Kami belajar mengenali apa itu parasites, meneliti rupabentuk mereka melalui mikroskop dan melukis kembali, mempelajari bagaimana cara mereka membiak dan keadaan mereka membiak.
Subjek Parasitology ini agak ketara di ingatan saya kerana itu tahun pertama saya di Russia, dan kebetulan itu winter pertama saya. Hendak ke kelas seawal jam 7 di pagi musim sejuk Russia sangat, sangat mencabar.
Atas sebab itulah saya sendiri cukup teringat memori belajar mengenali Taenia solium, saginata, loa loa, trichuris trichura onchocerca wusheriria entamoeba (dan pelbagai lagi).
Subjek parasitology tidak berakhir di situ. Throughout the years, kami mempelajari pula mengenai sistem tubuh badan. Bagaimana sistem pertahanan tubuh badan berfungsi, melindungi diri dari jangkitan parasit-parasit ini. Sampai tahun keempat, kami belajar sekali lagi mengenai parasitology khususnya melibatkan aspek pediatrik (kanak-kanak).
Kali ini termasuk juga bab rawatan dan bab komplikasi. Tak cukup dengan itu, di tahun enam, kami ulang sekali lagi bab jangkitan parasit melalui subjek Infectious Disease.
Kali ini lebih mencabar kerana kami perlu turun sendiri ke hospital penyakit berjangkit (infectious disease hospital) melihat sendiri penyakit-penyakit ini.
Dan itu pengalaman ketika study.
Bila masuk bekerja, jumpa sendiri pesakit yang ada helminth infection. My goodness. Lebih menakutkan dan ngeri. Saya pernah ada seorang pesakit, kanak-kanak dari kalangan orang asli. When we started the treatment, boleh keluar cacing-cacing tu selambak teruknya. And there is always a presentation.
Maksudnya pesakit jangkitan parasite ni tidak akan datang saja-saja dengan batuk selesema muntah with no clear presentation. There is always a presentation, but whether it is clear or not, it is up to the clinician untuk evaluate.
Sebab itulah tak pernah saya lihat pakar-pakar mendiagnosis jangkitan parasite/kecacingan hanya berdasarkan satu dua klu. Mesti ada “soalan-soalan spesifik” yang akan ditanyakan. Mesti ada pemeriksaan. Dan sudah tentu, untuk merawat, mesti ada bukti perlu disertakan.
Tidak pernah seorang doktor mendiagnosis seseorang pesakit, “Awak ada jangkitan kecacingan” melalui Facebook. Ianya tidak beretika. Diagnosis tidak boleh dibuat semudah itu. Apatah lagi mengatakan “awak perlu start makan ubat blablabla”.
Tiba tiba…
Sampai kepada saya sebuah dakwaan bahawasanya “parasite lebih aktif membiak ketika full moon”. Saya pertama kali dengar benda ini dari sumber luar negara, bukannya dari Malaysia.
Tak pernah-pernah masa saya belajar, ada dikaitkan dengan kitaran bulan terhadap jangkitan parasite. Fikir pun dah tak logik. Macam mana parasite tu tahu, esp kalau dia duduk dalam badan? Dia boleh nampak ke bulan tu full moon ke tidak? Apa mekanisma dia tahu? Nak merawat ni, its all about explaining.
Kalau air pasang sebab bulan penuh tu pun kita ada explanation dia, how would you explain parasite yang tak boleh nak appreciate phase of moon as their stimuli, tiba-tiba boleh react on that?
Moreover, sepanjang pengalaman saya termasuklah di jabatan kanak-kanak dan jabatan kecemasan, tak ada pula tiba-tiba kes kecacingan meningkat ketika bulan penuh. Kalau ada mesti kita dah boleh expect, sebulan sekali ada spike, peningkatan kes kecacingan. Kita ada statistik, ada rekod kedatangan pesakit, rekod kemasukan pesakit di ward. Tidak pernah wujud pattern tersebut – bila masuk time bulan purnama je, banyak kes kecacingan.
It does not make sense.
Saya cuba semak kesahihan dakwaan tersebut. Semua carian saya, membawa kepada laman-laman web “dubious” di Internet. Menariknya laman-laman ini tidak ada rujukan saintifik langsung.
Yang ada hanya anekdot dan testimoni. Menarik lagi, dakwaan kononnya full moon boleh mempengaruhi ini, sejarahnya boleh dijejaki sehingga ke zaman jahiliyah. Zaman eropah dalam pagan.
Heish, ini kepercayaan khurafat. Khurafat? Yelah, khurafat, mempercayai bahawa sesuatu fenomena alam yang berlaku boleh menentukan keadaan/kesihatan dalam keadaan tiada penjelasan yang diterima akal. Khurafat lah tu.
Percaya kalau burung terbang ke kiri atau kanan memberi petunjuk kepada perjalanan. Ini yang dinamakan tatayyur.
Arab zaman dulu percaya gerhana bulan dikaitkan dengan kematian. Nabi s.a.w cukup marah bila kematian anaknya dikaitkan dengan gerhana bulan.
Fenomena alam adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Memang sesetengah fenomena alam boleh membawa kesan khasnya kepada kesihatan, tetapi bukanlah kepercayaan membuta tuli.
“Khurafat adalah kepercayaan kepada ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod matrik, tarikh kelahiran, abjad nama, rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan bulan dalam kalendar, bertenung nasib dan sebagainya dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara dan mengatur kehidupan serta menentukan masa depan;”, demikian disebutkan didalam garispanduan Khurafat yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Melaka.
Carian saya menerusi laman-laman sains pula menemui ZERO kaitan antara full moon dan jangkitan parasit. Takkanlah fenomena alam yang dah beribu tahun ni, tak pernah ada orang perasan dan buat kajian mengenainya dan membuktikannya? Tiada. Yang ada hanyalah kajian yang membuktikan fasa bulan TIADA KENA MENGENA dengan kesihatan.
Di jurnal kajian haiwan pula, ada dijumpai. Tapi semuanya menafikan dakwaan tersebut, atau memberikan penjelasan yang logik.
Contohnya dakwaan bahawa tabiat singa menjadi lebih kerap memburu ketika bulan penuh. Bukannya sebab singa tu ada sensor khas boleh tahu bulan dalam fasa apa. Tapi sebab bila bulan penuh, cahaya tersebut membantu singa memburu dengan lebih mudah. Itu penjelasan yang logik dan diterima akal, dan dibuktikan secara saintifik.
Menariknya, kaitan antara jangkitan parasite dan full moon, turut tidak lari dari dikaitkan dengan penyakit…u know it.. AUTISM.
Aik, dulu kata vaksin penyebab autism? Ini kata kononnya jangkitan parasite pula turut menyebabkan autism? It does not tally at all. Kita dah banyak kali ulang, autism is a spectrum of disease with multiple etiologies. Tapi tak pernah kita kaitkan antara jangkitan parasite dengan autism. Kanak-kanak autism dan kanak-kanak biasa, kedua-duanya berpotensi dijangkiti parasite. Tidak ada link mahupun correlation mengaitkan keduanya.
Buktinya cukup mudah. For the last few decades, bilangan kes parasitic infection adalah semakin berkurangan (kerana parasite dikaitkan dengan kebersihan, dan kita dah berjaya mencapai kebersihan yang banyak khususnya melibatkan negara dunia ketiga dan negara membangun).
Sedangkan, bilangan kes autism pula semakin meningkat over the last few decades. Ironinya, ini hujah geng mereka juga, bilangan kes autism semakin meningkat, puncanya adalah sebab thiomersal dalam vaksin.
Tapi bila kita remove dan ban thiomersal dari vaksin (following wakefield claim), kes autism tetap meningkat juga.
Dakwaan-dakwaan mereka ini terbukti tidak tally dan tidak saintifik.
Lebih menarik lagi, semua laman-laman yang membicarakan mengenai kaitan jangkitan parasit dengan bulan, pasti akan menyebut sesuatu yang digelar “parasite protocol”.
Manusia-manusia yang menyebarkan kerisauan dalam ibubapa bila mengatakan “anak jadi batuk masa bulan penuh sebab ada parasit”, mereka sendiri bila ditanya “habis nak buat macam mana?“, akan menjawab dengan “parasite protocol“.
Tidak ada yang menyuruh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Parasite Protocol, kononnya ianya sebuah strategi khas membasmi kewujudan parasit dari tubuh badan.
Apa yang disebut sebagai kononnya “protocol” tersebut pun tidak ada satu guidelines yang jelas. It’s not “a” protocol.
Masing-masing laman web ada variasi masing-masing. It’s multiple protocols. Saya mencari lebih lanjut mengenai protocol ini.
Secara asasnya ia membawa general rule yang sama – katanya gula menyebabkan parasite menjadi aktif, tapi memakan sayur-sayuran akan mengurangkan keaktifannya.
Ini pelik. Kerana kalau disebut gula, dalam usus badan manusia semua jenis karbohidrat akan ditukarkan menjadi gula ringkas untuk tujuan penyerapan. Ini kami pelajari dalam bab digestive system.
Dari enzim-enzim yang ada, hinggalah struktur sel usus sendiri. Manakala sayur-sayuran pula, well guess what, sesetengah parasit merebak melalui sayur-sayuran pun. Not necessarily melalui daging atau sumber lain sahaja.
Bahan-bahan lain, tak usah cakap lah. Ada yang suruh beri air laut. Ada yang suruh beri pasir.
Ya, pasir.
“Protocol” ini bukan sehari sahaja. Tapi diulang-ulang setiap hari sehingga berbulan lamanya.
The protocol does not make sense. I look further into it just to be sure. Then it struck me. Ada manusia yang gila turut meletakkan CD sebagai sebahagian dari “parasite protocol”. Bukan CD movie tu. Tapi chlorine dioxide. Ianya bahan peluntur yang lebih kuat berbanding chlorin yang dicampurkan didalam air.
CD didalam parasite protocol ini dibancuh untuk diberikan dalam bentuk enema iaitu melalui dubur bayi.
Ironinya, dose chlorine dioxide yang diserap oleh bayi yang diberikan enema dari parasite protocol itu lebih toxic berbanding thiomersal didalam vaksin. Hypocrite kan, bila datang kepada vaksin golongan ini begitu anti dan sensitive dengan bahan-bahan didalamnya.
Tetapi dalam “parasite protocol”, campur macam-macam bahan yang kononnya dilabel “natural”, tak kisah pula diberi kepada bayi mereka. Walhal ada mereka tahu, apa “bahan kimia” yang terkandung dalam so called “natural product” tu?
Minyak kelapa dara itu sendiri essentially is trialglycerol. Sejenis “bahan kimia”. Ia diekstrak dan purify menggunakan enzim “Trypsin”, enzyme yang sama digunakan dalam pembuatan vaksin, yang mana ia boleh datang dari sumber porcine (babi) dan bovine (lembu).
Kita mudah percaya apa sahaja yang dinamakan “natural”. Walhal tidak semua yang dinamakan “natural” itu selamat.
Dan kini,
Dakwaan “full moon parasite” mula disebarkan di Malaysia. Berbahasa Melayu.
Dan kita tahu ianya disebarkan oleh golongan antivaksin juga.
Again, saya ulang berkali-kali sejak sebelum ini – ideologi antivaksin is just the tip of the iceberg. Ada banyak cara mereka mempengaruhi ibubapa.
Mereka mendakwa kononnya jaundis itu selamat, kononnya full moon parasite active. Then slowly mereka akan menghasut, sedikit demi sedikit.
Siapa mereka ini? One for sure, mereka tak belajar subjek Parasitology mahupun Parasitic Infection dan perubatan.
Dan secondly for sure,
Mereka sendiri, apabila sakit atau anak anda sakit akibat mengikut nasihat yang mereka berikan, akan datang ke hospital juga. Mencari doktor. Bukan mereka.
*********************************
Antara bacaan berkaitan bagi yang berminat :
https://www.sciencebasedmedicine.org/bleaching-away-what-ails-you/
https://chronicleflask.com/2016/08/27/mms-and-cd-chemistry-the-facts/
http://www.vice.com/read/parents-are-giving-their-children-bleach-enemas-to-cure-them-of-autism-311
http://anonhq.com/bleach-away-defect-medical-abuse-disabled-children/
You must be logged in to post a comment.