2004.
Si Baghal Bermata Juling cuba berdalih-dalih apabila aku ajukan persoalan kenapa perisian (software) yang dilaporkan siap sebenar-benarnya tidak lagi siap…malah satu benda yang sepatutnya telah lama siap, tidak pernah disudahkan oleh mereka-mereka yang datang dari sebuah sub-benua bersebelahan negara Parsi.
Maka keluarlah segala alasan dalam bahasa Ingggeris yang kaya dengan sabdu yang tebal sehingga menyukarkan aku memahami apa yang dipertuturkan oleh si Baghal Bermata Juling tersebut.
Lantas aku bahasakannya dengan kata-kata yang lebih kesat hinggakan terguris perasaannya sepertimana seseorang mencuci berak menggunakan kertas pasir nombor 4. Tetapi aku rasa fikiran aku itu meleset sebab mukanya bak sardin sahaja.
Memang cilakak! Dia boleh buat derk aje setelah berkajang perkataan yang aku luahkan.
Aku mesti kenakan jugak si Baghal Bermata Juling ini.
Lalu aku menengking, “LOOK AT ME WHEN I AM TALKING TO YOU!”
Dengan muka bodoh dan kepala yang berguling-guling, si Baghal Bermata Juling pun berkata dengan nada sedih, “But I am looking at you.”
Matanya satu memandang kepada rakan di sebelahku, yang satu lagi memang off-tangent terus.
Memang baghal.
