Abang La Bangla

Abang Bangla

Ada suatu masa dulu, fenomena minah local meminati mamat-mamat seperti Shah Rukh, Abishek, Salman, dan lain-lain lagi pelakon lelaki Bollywood, telah mendatangkan masalah kepada balak-balak local (more like ranting kalau compared to yang from Bollywood kot…balak macam ranting) sebab tak lagi laku. Mungkin mereka suka akan kekacakan Abang Bangla yang berhidung tajam (ada kalanya bengkok di atas macam witch).

Baru-baru ini, aku ternampak kepelikan mereka yang dah lama aku tak nampak: jalan sambil berpegang tangan di antara sejenis di sebuah pasaraya terkenal. Aku sedang berjalan menghala ke tandas lelaki apabila perjalananku diperlahankan oleh beberapa orang Bangla yang sedang berpegangan tangan, juga menuju ke tandas. Dari segi pakaian, memang ada class. Rambut greasy tapi tersisir rapi; baju kemeja berlengan panjang dan butangnya terkancing dari bawah hinggalah ke atas walaupun tiada memakai tie; seluar panjang yang diseterika dengan baik. Yang menjadi potong ialah mereka memakai selipar dan capal. Hampeh!

Aku ingatkan semuanya nak kencing, rupanya seorang sahaja. Dua lagi membasahkan rambut yang berminyak untuk disisir semula dengan baik, yang lain tengok mamat seorang ni kencing. Aku hilang mood nak kencing dan terpaksa menunggu mereka beredar: tak boleh aku nak kencing kalau ada 5 orang sedang memerhati dengan rapat.

Dalam suatu kejadian berasingan, sedang aku memakai kot dan tie di sebuah hotel terkemuka, ada Bangla standard (bersepatu dan bukannya berselipar) ni boleh datang tanya aku di mana stesen LRT dan boleh menyuruh aku membawa begnya ke sana. Kimek! Dia ingat aku kerja hotel ke apa?

Memang la pelik. Pakai selipar dan buta.

Tapi takpe la. Kalau tak ada diorang, susah kita kat Malaysia ni.