Tragedi Februari

6.30 pagi tadi aku bangun sebab terasa nak melepas. Bagus jugak awal-awal melepas. Senang jiwa aku lepas tu nak baring bergolek-golek, peluk siapa yang patut dan lain-lain kawasan yang sewaktu dengannya.

Lepas aku drop Wifey kat opis dia, aku pun terus ke opis aku. Traffic jam, macam biasa…macam SIAL! Sorry, aku tarik balik. Sial pun lagi elok agaknya. Dah parking kereta, aku pun naik la tangga car park nak ke lift lobby. Aku tekan la butang lift tu. Terasa pulak nak kentut, tapi jenis kentut terencat yang nak kena effort sikit nak kasi keluar. Jadi, aku pun teran nak kasi dia keluar dengan sempurna. Tak semena-mena, aku terasa bahan cecair yang dengan cepat nak mengikut angin tadi keluar. SHIT! Tak sempat aku nak kemut in time untuk menghalang cecair permulaan untuk keluar.

“DAMN!”

Aku pun raba belakang seluar aku. Lepas tu aku cium tangan aku kot-kot ada bau. Tak ada pun. Aku raba lagi, tak ada jugak bau. Sekali aku terperasan ada CCTV camera kat atas tu tengah menghala kat aku. Mesti Pak Guard tu pelik tengok perangai aku.

Bila aku keluar lift, aku terpaksa lalu security punya control center. Pak Guard tu tengok aku sambil senyum. Kimax punya Pak Guard. Nasib baik aku tengah nak berkejar naik lift ke office aku.

Aku sampai tingkat aku, terus aku lambai aje kat receptionist sambil menghala ke tandas. Aku pun masuk dan londehkan seluar aku. Lepas aku sangkut seluar tu, aku pun inspect la seluar dalam aku. Memang terdapat Najis Mutawasitah kat situ. Zatnya kurang, tapi baunya ada. Sangat cipet, okay? Takkan aku nak buang aje underwear aku dan berjalan merata-rata ala commando?

Dalam keadaan tak berseluar, aku pun keluar dari booth aku dan bergegas ke tempat sabun tangan, picit sikit sabun, dan lari balik masuk dalam booth aku. Cepat-cepat aku sental sabun tu dengan tissue lembab, dan lap pula dengan tissue kering. Aku cium lagi…masih ada. Rupanya aku tersalah sental sabun. Aku sental ke bahagian depan underwear tu, bukannya belakang.

Lantas sekali lagi tanpa berseluar aku lari ke tempat sabun tangan, picit sikit sabun dan lari balik ke dalam sebelum ada insan-insan yang terkejut beruk tengok keadaan aku. Kena pulak itu time lepas breakfast. Dah sure ada mamat-mamat yang nak terberak masa tu.

Akhirnya, proses sental-menyental berjaya dilaksanakan jua. Maka boleh dikatatakan underwear aku lembab bersempadankan basah. Ditambah pula dengan cebisan-cebisan tissue yang enggan meninggalkan underwear aku.

Aku pun ambik dalam 1 meter punya tissue dan lapik bahagian dalam underwear aku sebelum aku pakai semula.

Hingga sekarang aku berjalan merata dengan telur yang lembab dan aku gerenti ada banyak cebisan tissue di bontot aku sekarang ni.

Demikianlah tragedi di bulan Februari di office aku hari ini.

3 Replies to “Tragedi Februari”

Comments are closed.