Eat, Drink, and be….MARY

Aku pergi pharmacy petang tadi. Masa nak bayar, aku pun beratur la kat belakang ada sorang mamat pelik ni. Dia pakai jacket macam saleswoman, seluar ala-ala palazzo. Rambut greasy macam Mat Rempit tapi curled kat bottom.

Bila tiba turn dia nak bayar, dia pun terus bersuara kepada cashier pompuan ni dalam nada yang paling feminine:

“I baru join member. Member card I tak bawak.”

Lalu cashier pun tanya:

“Nama?”

“Mary.”

“Mary Arokiasamy?” (itu surname aku main tibai je)

“Tak. Mary. M-A-R-Y.”

“Mary Lee Lan Chao?”

“Tak. Mary Mubin. M-U-B-I-N.”

Puas la budak cashier ni cari…tapi tak jumpa. So budak cashier ni pun tanya nama mengikut dalam IC. Terus dalam nada suara yang lagi dalam dan garau dari suara aku, persis Jamal Abdillah yang off-key, Mary menjawab:

“MO-HA-MAD-MU-BIN.”

Terus budak tu jumpa nama dan membership number dia. Mamat tu pun bayar dan terus keluar dari pharmacy tergesa-gesa.

Cashier tu pandang muka aku, tak tau dia nak gelak ke atau apa. Aku pun tak tau aku nak gelak ke atau apa. Tapi yang aku tau, ini kena cepat-cepat balik tulis blog.

Patut la ada satu joke yang berbunyi:

“Why do transvestite love to party?”

“Because they get to eat, drink, and be MARY.”

7 Replies to “Eat, Drink, and be….MARY”

Comments are closed.