OR-CARE!

Bibik.

Ada susah, tak ada pun susah.

Sejak aku hidup bersendirian ni aku rasa aku dah ada 5 bibik. Bibik yang second last dengan yang sekarang ni la yang boleh buat aku gila. Bibik yang second last tu kira macam harta pusaka la…diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Budak-budak takut dengan dia. In a way, bagus la kan. Ada disiplin sikit budak-budak tu. Yang tak bagusnya, semua benda nak kena ikut cara dia. Kalau tak ikut, dia punya masam tu mengalahkan asam paling masam. So, bagus jugak dia belah. Yang tak bagusnya sebelum dia belah, dia sempat mencopet beberapa barangan kitorang dalam rumah ni termasuklah seluar dalam Marks and Spencer aku yang masih dalam plastik, belum berbuka. Mahal tu aku beli. Satu hari, beberapa minggu lepas bibik tu belah, aku pun nak pencenkan seluar dalam aku yang dah lama, yang getah dah loose, yang kalau jalan 5 langkah getah seluar dalam tu akan berada di bawah telur aku. Aku pun buanglah semua tu. Sekali nak pakai boleh tak ada seluar dalam! Puas aku mencari kat tempat yang aku simpan. Tak wujud. Memang kimak la babi sekor tu. Aku sumpah dia kena langgar dengan lori babi kat kampung dia.

Dapatlah kami bibik baru. Budak-budak suka dia. Budak-budak suka dia sebab dia ni kalau jadi calon bertanding pilihanraya, budak-budak akan undi dia. Dia kasi aje budak-budak ni buat ikut suka diorang. So, dari rejim kuku besi, budak-budak ni sekarang macam kambing gersang terlepas kandang. Isteri aku yang dulu marah budak macam nak memujuk kucing suruh makan, sekarang ni dah pandai bawak hanger baju.

Sebelum dia sampai dulu, isteri aku dengan penuh semangat buat jadual kerja untuk bibik yang bakal tiba. Hari apa pukul berapa apa yang patut dibuat dan sebagainya. Kesian aku tengok isteri aku bertungkus-lumus buat benda tu.

RUPA-RUPANYA DIA BUTA HURUF!!!

Bibik ni ada sikit perangai alien. Aku tak pernah bersembang dengan dia sebab bila dia bukak mulut dia, aku langsung tak faham apa dia cakap. Aku ingatkan aku sorang je yang tak faham apa dia cakap. Rupa-rupanya masa Hari Raya hari tu aku bawak dia ke rumah mak bapak aku untuk nak tolong-tolong, bibik-bibik kat sana pun tak faham apa dia cakap. Boleh? Aku cuma faham satu benda aje yang dia cakap:

OR-CARE!

Itu OKAY versi bibik. Cuma disebut dengan penuh kegirangan, dan senyaring bunyi wisel keretapi arang.

Semua pun dia OR-CARE. Kalau cakap kat dia, “Bibik, nanti sebelum naik kunci semua pintu, ya?” Dia akan jawab, “OR-CARE!” Malam nanti masa turun ke dapur, haram satu pintu pun tak berkunci. Esok tu aku suruh la isteri aku tegur dia pasal benda tu. “OR-CARE!” dia jawab. So malam tu memang tidur nyenyak la sebab pintu semua berkunci. Malam keesokannya, pintu depan tak berkunci. So tegur lagi, dia kasi jawapan yang sama. So malam tu bila check memang berkunci. Tapi pintu dapur pulak yang tak berkunci! Bila aku beritahu suruh kunci semua pintu malam-malam, memang semuanya berkunci. TINGKAP PULAK YANG TAK BERKUNCI!!! Siap ternganga luas! Nasib baik la aku turun malam sebab dengar bunyi kereta kuat kat bawah.

Satu petang tu, masa balik dari kerja, isteri aku tengok pintu depan ternganga. Bila masuk ke rumah, satu manusia pun tak ada. Rupanya, dia bawak budak-budak tu pergi main kat taman! So isteri aku pun tegur dia bila balik. Suruh dia bawak kunci rumah bila keluar ke taman dengan budak-budak tu. Esok tu, bila balik, memang dia bawak kunci rumah ke taman. TAPI PINTU DEPAN TETAP TERNGANGA!!!!

Kalau engkorang baca ni tak rasa tension, aku tak tahu la.

Bibik ni pun ada emo jugak. Kalau kena tegur, memang macam drama TV3. Ada satu hari tu aku tegur dia pasal dah dekat pukul 9 malam baru mengaku barang dapur dah habis. Itu pun lepas isteri aku tengok dalam peti ais tu macam boleh letak almari dan meja makan sebab kosong betul. Esok tu, dia punya emo, bila aku nak keluar, aku nampak dia buka pintu depan tu sikit tunggu nak tutup gate, sambil tersandar di pintu macam scene drama melayu bila makcik kecewa dan segala cipap yang sewaktu dengannya. Sandar yang kedua belah tangan di belakang, tapak tangan tekap kat dinding atau pintu, dengan muka seposen yang paling cipet dalam dunia.

Malam ni, isteri aku tension dengan dia. Sebab? Sebab dia buat dadih untuk pencuci mulut. Dadih tu, kalau hantar kat lab, asingkan balik bahan-bahan dia, boleh dapat gula sebulan punya stok. MANIS MELEKIT!!! Isteri aku tanya dia masa buat dadih tu rasa ke tidak? Dia kata dia rasa. Macam mana dia rasa? begini ceritanya:

“1) Mula-mula buat dadih.

2) Rasa. Maka, rasanya tawar (MEMANGLAH TAWAR! SEBAB TAK ADA GULA DALAM MIXTURE DIA!)

3) So dia masukkan SATU GELAS GULA. GELAS OR-CARE? BUKAN CAWAN!

4) Lepas masuk, rasa lagi sekali dan pada dia masih tawar (DIA TAK KACAU!)

5) Masukkan SATU GELAS LAGI GULA!

Memang kitorang tak kasi budak-budak tu makan. Kalau tak malam ni sure ada yang lompat katil, atau angkat kereta aku letak kat luar sebab sugar-rush!

Hari tu, budak-budak demam. Isteri aku pun carilah ubat demam kat dalam peti ais. Tak jumpa. So, bibik ni, dengan penuh semangat bantulah isteri aku carikan ubat demam. So, dia pun bawakanlah satu botol ni kat isteri aku.

Bibik: “Yang ini ya?”

Isteri Aku: “Itu Essence of Vanilla la Bik.”

Lepas tu dia datang kembali dengan satu kotak berisi botol.

Bibik: “Yang ini ya?”

Mengeluh panjang isteri aku.

Ada ke patut TABASCO yang dia bawak?

Macam mana aku nak buat lagi? Engkorang nak suruh aku tukar dia dengan bibik lain? Engkorang kena ingat – dia ni boleh menang pilihanraya kalau budak-budak boleh mengundi.

Oh, dan dia sangat pemalu.

Katanya.

Tengok la gambar kat bawah ni macam mana dia posing bila kitorang ajak dia ambik gambar sama-sama.

Bibik ku malu-malu kambing

Malu-malu kambing, kau!

OR-CARE????

13 Replies to “OR-CARE!”

  1. Or-Care mmg keji punya entri. Mana aku nak beli Tabasco satu lori. Sampai skrg aku gelak tanpa henti. Sungguh menggembirakan hati.! hahaha

  2. LOL!!!!!!!! i can’t even share mine. too many stories!! 7 bibik in 7 yrs or-care! harap2 dah habis le sumpah 7 keturunan n the current bibik will last. doakan utk i or-care?

Comments are closed.