I, Complainant

I have had it with the lawlessness that prevails in my area. Therefore, I decided to bypass the local police station, the OCPD, and the CPO who is a close friend of mine, by writing a complaint straight to the IGP’s office. This was what I wrote:

Daripada:

Kapt (B) Hj John F Seademon
xx, Jalan xxxxxxxxxx
Taman xxxxxxxxxxxx
xxxxx KUALA LUMPUR

Kepada:

Unit Pengaduan,
Urusetia Ketua Polis Negara (Integriti)
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Jalan Bukit Aman
50560 KUALA LUMPUR

Tuan,

Rujukan dibuat kepada tajuk di atas.

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan mengenai kurang cekapan para anggota yang bertugas di Pondok Polis xxxxxxxxxx, Taman xxxxxxxxxx. Agak selesa saya nyatakan di sini bahawa kurang cekapan ini telah lama menjadi bahan mulut para penduduk di sini.

Selama saya berada di kawasan ini (sejak pertengahan tahun 2008), baru dua kali saya terserempak dengan para anggota membuat rondaan. Ketidak kerapan ini menyebabkan satu keadaan ketiadaan hormat terhadap undang-undang berlaku di kawasan ini. Paling ketara ialah para remaja, murid-murid sekolah, kanak-kanak bawah umur yang membawa motorsikal tanpa segan-silu, tanpa memakai topi keledar, berlumba di jalan raya, dan tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri, apatah lagi keselamatan lain-lain pengguna jalan raya. Oleh kerana mereka ini adalah murid sekolah (ramainya di bawah umur), maka sudah tentu juga mereka membawa motorsikal tanpa lesen, bukan sahaja ke sekolah, malah untuk ke kedai dan sebagainya. Lampu isyarat juga langsung tidak dihiraukan oleh mereka. Sering beberapa kali saya sendiri hampir melanggar motorsikal yang memintas di hadapan kenderaan saya untuk membelok ke arah lain dan sebagainya. Keadaan ini menjadikan kawasan ini tidak ubah seperti jalan-jalan tanah merah di dalam FELDA.

Saya amat berharap agar pihak PDRM serius dalam menangani gejala tersebut. Sekiranya kesalahan menjadi suatu kebiasaan kerana ketiadaan penguatkuasaan undang-undang, maka rasa hormat orang awam terhadap PDRM dan integriti pasukan secara amnya akan terhakis. Agak sedih bagi saya yang telah membesar dalam keluarga PDRM sekiranya hidup untuk melihat perkara seperti ini berlaku.

Segala tindakan selanjutnya daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Kapt (B) Hj John F SeaDemon

Let’s see how quick they reply and act on this.

4 Replies to “I, Complainant”

  1. I received this Auto-Reply last night. At least there’s an Auto-Reply.

    Salam Sejahtera,

    Pihak PDRM mengucapkan ribuan terima kasih atas aduan/maklumat yang telah tuan/puan kemukakan. Aduan/Maklumat tuan/puan dalam tindakan kami, sebarang jawapan yang bakal kami terima, akan kami maklumkan kepada tuan/puan.

    Sekian, terima kasih.

    Pengaduan Awam
    Cawangan Hal Ehwal Awam
    Ibu Pejabat Polis Diraja
    Bukit Aman, Kuala Lumpur.

  2. Kapt (B) Tuan Hj John F Seademon,

    Its too hilarious! No, not your pen name! The issue! Its endemic lah…xpakai hemet!
    Hahahah…

    Sober note, thats why 60% of some 6,000+ roadkills are motorcyclists below 29yrs old! AND these are not taking into account underage school children on cubchais (probably approved by their parents!)…Sedih tapi benar!

    Cest La vie.

    P/s Why should the children do anything differently when they see/read about our DPM in the front page newspapers, riding and leading a whole convoy of motorcyclists..ALL including Muhyideen himself did not wear helmet lah! Leadership by example mah!

Comments are closed.

%d bloggers like this: