I saw this posted on the Internet:
Bro Azri
22 mins ·
Nothing To HideSaya tak daftar untuk hadir ke program Nothing to hide yang berlangsung di PWTC hari ini. Pada awalnya hendak juga hadir namun atas sebab dimaklumkan bahawa jika tidak mendaftar maka tidak boleh masuk ke dalam dewan.
Sejak pagi saya lihat status status yang pelbagai dari banyak pihak dengan dakwaan dakwaan yang serius. Saya melihat dan memerhati dan membuat analisis dari apa yang keluar dari laman media sosial.
Apabila program dibatalkan saya juga lihat kenyataan demi kenyataan yang pelbagai dari pihak pihak yang hadir di program tersebut.
Apabila saya berkesempatan melihat keseluruhan video penuh sepanjang program berlangsung sehingga program dibatalkan maka saya membuat rumusan seperti berikut:
– Tun Mahathir dikatakan tidak dijemput namun realitinya pihak penganjur Suka Guam & JASA telah menyediakan kerusi buat Tun Mahathir.
– Penyokong Tun M rempuh masuk ke dalam dewan dan ianya benar kerana waktu Tun M masuk maka para penyokong ini mengikuti Tun M dan turut merempuh masuk walaupun tidak mempunyai jemputan dari pihak penganjur.
– Penganjur Suka Guam & JASA gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan keadaan jadi bising seketika dan gagal membuat para hadirin menghormati program yang akan dilangsungkan.
– Tindakan penyokong Tun M yang merempuh masuk menyebabkan tindakan balas agresif oleh seorang lelaki dikenali dengan nama Ali Tinju diluar dewan yang turut ingin masuk ke dalam dewan namun dihalang oleh pihak penganjur.
– Pihak Polis mengarahkan program tersebut dibatalkan atas sebab keselamatan dan menyebabkan pihak penyokong Tun M didalam dewan menjerit dan bising.
– Pihak penganjur Suka Guam & JASA yang sepatutnya menamatkan terus program tersebut telah membuat jemputan kepada Tun Mahathir untuk memberikan ucapan diatas pentas.
– Berita yang menyatakan Tun Mahathir naik ke pentas merampas microphone adalah tidak benar kerana penganjur Suka Guam & JASA sendiri telah menjemput Tun M naik ke pentas memberikan ucapan.
– Pihak Polis kemudiannya meminta Tun M membatalkan ucapan dan keadaan menjadi lebih panas kerana penyokong Tun M menjadi lebih bising kerana Polis menghalang ucapan Tun M diteruskan.
– Apabila program dihentikan dan semua keluar dewan ianya dihangatkan lagi dengan suara bising penyokong Tun M yang tidak berpuas hati.
Kesimpulan saya pihak penganjur Suka Guam & JASA telah GAGAL sama sekali dalam menjaga program yang mereka anjurkan dan ini merupakan satu damage yang berat kepada YAB PM Dato Seri Najib Razak.
Penyokong Tun M bijak menggunakan peluang dan ruang sehingga berjaya mengawal dewan dan membuatkan penganjur tidak berupaya berhadapan dengan mereka dan seterusnya mengambil alih program tersebut.
Memang wajar YAB PM tidak turun pada program Nothing To Hide kerana jika ianya diteruskan sudah pasti akan berlaku pekara pekara yang tidak diingini dan akan menjadikan keselamatan terancam bukan sahaja kepada YAB PM, Tun M malah kepada semua hadirin yang hadir.
Tindakan pihak Polis yang membatalkan program tersebut adalah wajar setelah melihat tindakan agresif para penyokong dan juga menyedari kegagalan penganjur Suka Guam dan pihak JASA.Akhir kata dari saya sebagai seorang penyokong YAB Dato Seri Najib Razak, saya melihat ini adalah satu bencana kepada UMNO yang bukan memberikan manfaat kepada YAB PM sebaliknya telah merosakkan dan mengaibkan YAB PM. Program seumpama ini jika dikawal dengan baik serta dihadiri mereka yang beradab sudah pasti berjaya dilangsungkan.
Suka Guam & JASA bertanggungjawap sepenuhnya atas kerosakkan nama baik YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak pada hari ini.
The above was written by a pro-Najib Razak person from UMNO about the conduct of the pro-Mahathir people who are mostly Malays from UMNO.
It is well and good that people want to know how their money have been spent by the government through its agencies or companies set-up by the government. Transparency is what we all are gunning for. For most of the time I see both pro-Najib and pro-Mahathir people also tell the Opposition to allow the government agencies to do their work and await results as evident in the Sodomy trials, and to trust reports by government agencies such as the instance of the Auditor-General’s 2014 report on Penang.
However, what happened at the PWTC yesterday is what we call not-walking-the-talk especially by the pro-Mahathir group. As I have said before, you do not add fuel to the opposition’s fore and say you are doing so in the interest of the party. No public spat between anyone in public is good for any party. Secondly, why is there a need for a forum to explain anything when the agencies tasked to audit the 1MDB transactions have yet to come out with a final report? Had prudence and wisdom prevailed, yesterday’s fiasco would not have happened. There was neither prudence nor wisdom on all sides, be it from the Najib camp, Mahathir camp, or even the organisers themselves. In short, none of the above have evolved from the Homo habilis stage to even the Neanderthal stage.
What have been presented thus far are circumstantial evidences of “wrong-doings” and nothing substantial. If you want someone to resign over circumstantial evidence, you are not being fair. Even in offices, when someone is suspected of having done something wrong, you first do your preliminary inquiries. If there is substance to the allegation, you conduct an investigation. Right now as far as the 1MDB is concerned, there are allegations. And the audit by the A-G is the preliminary inquiry part. If there is substance to the allegations and the audit finds irregularities, then a thorough investigation is conducted to find what is missing, what power has been abused, and whose heads should roll. Circumstantial evidence alone cannot prove anything. Otherwise, I would have asked the police to put on charge at least three people who could have conspired to cause my brother’s death based on just circumstantial evidences. Where is the fairness to those suspects?
Back to the event, I wonder what drove the organisers to organise that event, knowing well that the A-G’s report will be out by the end of June? What is the need? Why want people to hear the Prime Minister talk on things that have not been substantiated by the A-G’s audit?
The following is the explanation by the main organiser, SukaGuam, on the event:
1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.
2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak ‘diganggu’ secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).
3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir.
4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.
5. Namun demikian, pegawai kanan berkenaan (dan yang sekutu dengannya) yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara. Ini saya simpulkan sebagai ‘pertembungan ego’ beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan.
6. Justeru, ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, aktivis NGO dan rakyat, bahawa yang merosakkan imej DS Najib bukanlah sangat oleh pihak luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.
7. Saya berkesempatan meluahkan perkara ini secara terus-terang kepada DS Najib pada petang semalam untuk menjelaskan situasi sebenar, dan dari riak wajah Perdana Menteri, beliau menerima baik dan memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kami cuma berharap beliau mengambil tindakan tegas terhadap individu ini ( dan yang sekutu dengannya).
8. Sebagai contoh, ketika Tun Mahathir hadir di awal pagi program, pihak penganjur menyediakan satu bilik tertutup supaya DS Najib boleh minum secangkir kopi bersama Tun Mahathir, sebagai memulakan semangat ukhwah persahabatan dan silaturrahim.
9. Apabila DS Najib sudah dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai keadaan di PWTC, penganjur berpandangan bahawa DS Najib perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu wajah dengan Tun Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.
10. Kami yakin dan percaya, sekalipun program dialog itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara DS Najib dan Tun Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing.
11. Malangnya, pegawai berkenaaan telah berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri, menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada DS Najib kononnya Perdana Menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program Dialog bersama NGO ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Tun Mahathir sudah bersedia untuk bertemu DS Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup.
12. Bayangkanlah ‘feel good factor’ yang akan dialami oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya foto DS Najib dan Tun Mahathir sedang menikmati kopi dan berbual dalam keadaan mesra menjadi viral dan foto mereka bersalaman mesra menjadi tatapan rakyat yang rindukan persahabatan dan perdamaian pemimpin-pemimpin mereka. Tidak mengapalah Dialog bersama NGO tidak dapat diteruskan, asalkan persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua pemimpin ini dapat ditautkan apatah lagi dalam keberkatan hari Jumaat di bulan Sya’ban ini,
13. Kepada pihak-pihak yang memberi nasihat dan semangat kepada kami (anda tahu siapa anda), jutaan terima kasih kami ucapkan.
14. Kepada individu berkenaan dan sekutunya (anda tahu siapa anda), hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam (scapegoat). Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.
15. Jika masih berterusan, terutama melalui agen-agen anda, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi-saksi hidup kerana apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak-pihak yang berbeda pandangan dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.
16. Tampaknya, ada pihak yang tidak senang melihat perubahan landskap politik yang bakal berlaku sekiranya perancangan semalam berlangsung dengan jayanya kerana pertembungan berterusan antara DS Najib dan Tun Mahathir boleh terus menguntungkan agenda peribadinya.
17. Kami tidak akan teragak-agak menyatakan kebenaran yang hak dan yang batil. Kami berpegang teguh dengan Sabda Rasulullah SAW- “Kulill Haq Wa Lau Kaana Murro” (Maksudnya, berkatalah yang hak (benar) sekalipun ia pahit).
18. Ingin kami jelaskan niat sebenar SukaGuam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memulihkan perpaduan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang kini jelas terbahagi kepada banyak kumpulan. Bagi kami, jika tidak berjaya sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya program ini dapat membuka langkah pertama untuk meleraikan kekusutan yang berlaku sesama kita.
18. Mana tahu, dengan kemuliaan Ramadhan yang bakal menjelang, Allah bukakan pintu rahmat-Nya untuk mendamaikan hati semua pihak dan mengorak langkah perpaduan yang sangat dirindukan rakyat Malaysia.
19. Marilah kita teguh dan beristiqamah dengan perintah Allah melalui firman-Nya:-
” Sebenarnya, orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat” (Al Hujurat, ayat 10).Ikhlas,
Khairul Anwar Rahmat
SukaGuam
The pro-Mahathir side may not be pleased if Mahathir and Najib patch things up; all they want is for Najib to resign. Otherwise, they won’t blindly try to debunk facts presented with weak and circumstantial points. Lim Sian See whom I believe is either an economist or a person with a background in finance, and the strongly-Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Azmi Arshad whose background is corporate finance, have both successfully debunked the detractors. Yet, the detractors keep on attacking Najib and 1MDB without pausing for a moment the damage it would cause UMNO and BN! Evidently, most of the online detractors aren’t even UMNO members!
Najib’s mistake was to agree to attend the event. Or did he agree to it? Or was he coerced into going by the “officers” in the Prime Minister’s Office as presented by SukaGuam’s statement above? SukaGuam has also been making contradicting statements especially on Twitter today on whether Mahathir was actually invited orr not. Perhaps the police need to dig deeper into who are the SukaGuam people linked to, and who are the PMO officers associated with. It would be interesting to find out. Especially the allegation that Khairul Anwar had met with a minister just before announcing the event.
Najib’s other mistake, if he wilfully agreed to attend, is his memory lapse: he had appointed Shabery Cheek to speak on the GST on behalf of the government, he also appointed the Second Finance Minister, Husni Hanadzlah, to speak on the 1wMDB issue. He should relinquish his Finance Ministry post, and concentrate on administering the nation. He cannot be micro-managing things. He may claim to be a pahlawan (though I believe it is whoever-the-failure-called-comms-director-at-PMO who came up with the idea. Thanks to him or her, we also got to know that the Prime Minister is only 26 years old), but Najib is no Superman! Let the various Ministers answer for the Ministry they have been charged with!
1MDB’s comms team should also be blamed for not coming out with responses when things were quite tame back then, and for not suing anyone yet despite the warning given. But I cannot blame them totally for not revealing too much details as 1MDB is bound to respect confidentiality agreements and the Financial Services Act.
The police also need to investigate the detractors, their bloggers, as I see their incessant attacks border on inciting anarchy. If Anwar Ibrahim was bad, these people behave worse! The media statement last night by UMNO Petaling Jaya Utara’s Deputy Division Chief, Azli Saad, on Daim Zainuddin’s role in enrolling UMNO figures to go against the President. This usurpation of the President’s authority is nothing but treacherous.
As for the police, the IGP had made a statement on his actions. I did not like it, but I believe the IGP had taken action based on the two tests to civil liberty and freedom of speech prescribed by the First Amendment of the US Federal Constitution. Judge Learned Hand, an advocate of civil liberties had asked to apply the Clear and Present Danger and the Incitement tests to civil liberties and freedom of speech. I agree with the Speaker of the state of Sabah that had the police allowed for the event to continue and videoed, civil unrest and mob rule would take place. Mahathir may be a 90-year old but is he tame? I doubt. He is both respected negatively and scorned by the West for the very reason that when he speaks, only his views matter.
I love Mahathir for what he had done for the nation. We will never find a Prime Minister like him in this lifetime. He was our Prime Minister. His time is over. Let Najib do things his way. You don’t like him, ditch him in the UMNO elections and in the general elections. But until then, he IS the Prime Minister and we should accord him the same respect and opportunity we gave Mahathir.
As for the pro-M and pro-N in UMNO, stop the bickering. You are not helping your party. For those pro-M not from UMNO who are jockeying the old man and prodding him on like a donkey, you are making a mule of yourselves. You have brought the great statesman down to probably Mat Sabu’s unrefined level. For that, I sincerely hope you will get it one day.
As for those in UMNO I believe are trying to bring down both Najib and Mahathir, you will rot on this Earth before you rot in Hell!
Addendum:
A few more points given to me by a reader:
1. Only invited NGOs can enter the hall
2. It is not as what we thought, all are invited. No screen outside the hall. For those without invitation cards, they were to go home.
3. Who decides on the NGO list?
4. Sukaguam say, they didn’t invite Mahathir but he was welcomed. So what about those NGOs who came without invitation card?