Tajuk di atas adalah merupakan pengakuan Mahathir sendiri pada tahun 2007.
“Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli-ahli politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima-lima lebuhraya bertol dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Kita semua maklum bagaimana baru-baru ini kadar tol dikebanyakan lebuhraya dinaikkan, kecuali lebuhraya-lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS. Ini adalah kerana lebuhraya-lebuhraya PLUS dimiliki 51 peratus oleh UEM Berhad dan 49 peratus oleh Tabung Haji. UEM adalah 100 peratus milik Khazanah. Langkah pemilikan PLUS Berhad telah dibuat di bawah pentadbiran Najib pada tahun 2009.
Bagi kenaikan tambang ERL yang dimiliki YTL Berhad, konsesi ERL telah ditandatangani juga semasa pentadbiran Mahathir. Menurut perjanjian konsesi tersebut, sekiranya kerajaan enggan membenarkan kenaikan tambang, kerajaan wajib membayar RM2.9 bilion kepada YTL atau membenarkan mereka menyambung konsesi selama 30 tahun lagi.
Kenaikan yang membebankan rakyat kini adalah akibat kesilapan dan kebodohan yang telah dilakukan oleh pentadbiran Mahathir. Yang menanggung kebodohan tersebut adalah kita rakyat dan tempias akibat kebodohan tersebut terkena kepada pentadbiran kini. Adalah diharap pentadbiran kini tidak terjangkit kebodohan yang sama dan lebuhraya Pan Borneo bebas tol sepanjang 2,083 kilometer yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini merupakan harapan cerah bahawa kebodohan tersebut telahpun berakhir.