Sarawak memilih lagi.
Kali tok, sifat tamak DAP dapat kita lihat bila sidak nya dengan sengaja sik peduli dengan rakan sidak dari PKR. Di sia sidak PKR bertanding, di sia juaklah sidak DAP tok bertanding juak. Pabila apa yang di maok sidak sik dipenuhi, lalulah DAP nyumpah seranah rakan sidak ya, lalu nak main ngembak sentimen hal perkauman dan ugama. Toklah yang membuktikan bahawa Pakatan Harapan Rakyat tok sebenarnya cuma topeng ajak untuk sidak DAP bagi mancapai kuasa memerintah.
DAP bukanlah suatu parti yang memperjuangkan nasib semua rakyat seperti apa yang dipadah sidak. Sidak DAP tok parti rasis yang memperjuangkan nasib sigek kaum ajak. Sebagai contoh, kerusi DUN Pending dimenangi hanya kerna DAP dengan terang nyebut sidak adalah parti untuk suara satu kaum ajak.
Ternyatalah Sarawak yang sejak dolok lagik negeri yang harmoni, kinektok dah diperkenalkan dengan hasutan perkauman yang di embak sidak DAP tok, sebuah parti yang bukan nya asal dari Sarawak. Budaya pecah belah dan perkauman tok wajib kita tolak.
Di Pulau Pinang, bukan ajak kaum Bumiputera, kaum-kaum lain yang sik berkemampuan terpaksa pindah keluar dari sia sebab harga rumah dan hartanah yang melampau. Rakyat miskin memang sik ada peluang bersuara langsung. Malah, wakil rakyat Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang maok memperjuangkan suara rakyat miskin pun sik diberik peluang meluah masalah rakyat.
Bayangkan ajak kalau Pakatan Harapan berkuasa di Sarawak tok. Parti bukan Sarawak seperti DAP akan berkuasa. Suara golongan Bumiputera Sarawak serta mereka yang miskin sik kira kaum, akan ditindas.
Sarawak akan memilih. Apabila Sarawak memilih pada 7 haribulan kelak, tentukan Sarawak memilih dengan tepat. Tolak parti dari Semenanjung nun seperti DAP yang tamakkan kuasa ajak dan akan membawa perpecahan .
Keluarga kamek urang urang Sarawak tok bukan seperti DAP. Kamek urang di sitok ada ahli keluarga yang Kristian, Islam, Buddha dan lain-lain, yang mewakili rupa wajah perpaduan negeri Sarawak tok. Bayangkan kalau kamek urang tok bergaduh, berkelaiee adik-beradik dan keluarga berpecah-belah hanya kerana oleh hasutan parti sidak DAP!
Tolak DAP! Tolak Pakatan Harapan! Kekalkan perpaduan keluarga Sarawak!
You must be logged in to post a comment.