Tabung Haji Terus Berjaya


Berita menggembirakan.

Semalam Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Tabung Haji telah berjaya mencapai objektifnya membantu rakyat Malaysia mengerjakan ibadah Haji pada kadar bayaran kos yang agak rendah.


Tambah beliau lagi, Tabung Haji telah berjaya mengekalkan kos mengerjakan Haji di paras RM9,980 dengan memberi subsidi sebanyak RM8,000 bagi setiap jemaah yang berdaftar dengan Tabung Haji. RM160 juta yang digunakan Tabung Haji untuk tujuan subsidi ini datangnya dari pelaburan aset dan hartanah oleh Tabung Haji termasuk pembelian tanah TRX yang dipolitikkan melalui fitnah agung pada tahun lepas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk Mahathir Mohamad dan Rafizi Ramli.

Rafizi kini sedang dibicarakan kerana menggunakan dokumen rasmi untuk menyebarkan fitnah terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera walaupun sebagai Ahli Parlimen beliau telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan rahsia negara.


Akibat fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji, seramai 7,054 orang telah mengeluarkan caruman mereka di Tabung Haji. Ini termasuk juga mereka yang telah membatalkan hasrat untuk menunaikan Haji.

Saya masih teringat kata-kata arwah datuk saya:

“Nak ke Mekah sendiri ni (untuk Umrah dan Haji) kena ada tiga perkara. Kesihatan, wang, dan dijemput Allah SWT. Kalau ada kesihatan, dijemput Allah, tapi tiada wang, tak sampai kita ke Mekah. Ada wang, dijemput Allah, tak ada kesihatan pun tak sampai kita ke Mekah. Paling hina ialah orang yang ada kesihatan, ada wang tapi tak dijemput Allah untuk ke Mekah. Itu akibat hati yang jahat dan hitam.”

Mari kita imbau kembali siapa yang rugi tidak dijemput Allah untuk menunaikan Haji akibat mudah mendengar fitnah tanpa mendengar kedua-dua belah pihak:

%d bloggers like this: