SeaDemon Says

Archive for March 15th, 2017

Melayu sebenarnya tak mudah lupa. Hanya Melayu yang tidak pernah mengalaminya sahaja yang mudah lupa. Yang bukan Melayu sudah tentu mudah lupa.

Tajuk di atas adalah ungkapan dalam tahun 2013 yang dibuat seorang yang mudah lupa segala-galanya.

Free Malaysia Today, 4hb Mei 2013

Malah, orang yang mudah lupa tersebut (mungkin kerana faktor umur sebab menjadi pelupa, nyanyuk dan hilang kewarasan adalah tanda maut hampir tiba) menyebut bahawa rakan baiknya Lim Kit Siang menggunakan prinsip ‘Malaysian Malaysia’ yang melarang orang Melayu daripada menikmati keistimewaan di tanah air asal mereka sendiri.

Lim Kit Siang akhir-akhir ini sering cuba untuk menjauhkan diri beliau dari peristiwa 13 Mei 1969 dengan mengatakan beliau berada di Kota Kinabalu semasa tragedi tersebut berlaku.

Memang benar Kit Siang ditangkap di Kota Kinabalu selepas membuat ceramah menghasut penduduk Sabah membenci kerajaan di Semenanjung dan juga menabur fitnah bahawa kerajaan tidak memandang Bumiputera di Sabah setaraf dengan orang Melayu Semenanjung. Namun kita tahu bibit-bibit pengapian bukan berlaku dalam sekelip mata, malah bertahun sebelum itu.

Pada 25 Januari 1969, Kit Siang telah menghentam Parti Demokatik Bersatu (UDP) kerana bersikap seperti MCA membelakangkan perjuangan bersama DAP untuk menubuhkan Universiti Merdeka dan menjuarai Bahasa Cina, dan menerima polisi di mana budaya Malaysia mestilah berasaskan budaya Melayu; kesusasteraan Malaysia mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia (Melayu); dan bahubahasa (penggunaan pelbagai bahasa) tidak dibenarkan kerana hanya satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Malaysia dibenarkan.

Kit Siang berkata sedemikian semasa ceramah umum DAP di Datuk Keramat, Pulau Pinang pada tarikh yang disebut di atas.

Beliau menuduh kerajaan ketika itu gagal mengadakan dan melaksanakan konsep asas Malaysian Malaysia di mana negara ini bukan milik Melayu sahaja dan penggunaan hanya satu bahasa dan satu budaya adalah bersikap menindas terhadap lain-lain kaum.

Anda boleh baca ucapan beliau yang bertajuk ‘Jihad Untuk Malaysian Malaysia‘ ini supaya anda tidak mudah lupa seperti rakan baik Kit Siang yang sanggup mendokong perjuangan Kit Siang kini untuk menghapuskan apa yang telah terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan sejak terbentuknya negara ini.


Taqweem al-SeaDemon

March 2017
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 1,204,302 hits

Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Archives