SeaDemon Says

Archive for March 18th, 2017

Saya telah menulis betapa rasisnya Lim Kit Siang dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 sebelum ini.

Lim Kit Siang bukan sahaja seorang rasis, malah beliau juga menentang apa jua usaha kerajaan ketika itu untuk memerangi dakyah komunis.

Dua hari sebelum pilihanraya umum ke-3 (1969), Kit Siang telah mengadakan satu sidang akhbar di mana beliau menuduh bapa tiri kepada orang kanannya sekarang iaitu Christopher Ross Lim sebagai “Menteri Pelajaran penipu.”  Christopher Ross Lim kini menggunakan nama Zairil Khir Johari. Tiada “bin”.

Kit Siang telah menuduh kerajaan Perikatan ketika itu membuat Malaysia sertai Liga Anti-Komunis Sedunia, satu tuduhan yang telah dinafikan oleh Khir Johari.

Soalan: kenapa Kit Siang beriya-iya menghentam kerajaan sekiranya benar sekalipun Malaysia sertai Liga tersebut?

Jawapan: pihak pembangkang ketika itu, termasuk DAP, dipenuhi dengan mereka yang bersimpati dengan perjuangan Parti Komunis Malaya.

Slogan-slogan Komunis dipamerkan semasa perarakan anti-Kerajaan Melayu oleh Pembangkang

Slogan Komunis dibawa oleh para penyokong pembangkang

Sebulan sebelum itu iaitu pada 24 April 1969, seorang petugas UMNO, Encik Kassim bin Omar, yang sedang dalam perjalanan pulang setelah tamat tempoh berkempen pada hari tersebut telah dibunuh dan mayatnya dilumurkan cat merah oleh para penyokong pembangkang.  Inilah di antara sebab mengapa tempoh berkempen yang lama boleh menjadi berbahaya kepada keselamatan dan ketenteraman dalam negeri.

Sejak bulan Julai 1968, iaitu sebulan selepas bermulanya Darurat Kedua (pemberontakan bersenjata kedua oleh Parti Komunis Malaya) yang tamat 21 tahun kemudian, Kit Siang telah mengapi-apikan semangat perkauman di kalangan para penyokong pembangkang.

Di antara pengapian yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:

  1. Pada 27 Julai 1968, di sebuah rapat umum DAP di Tanjung Malim, Perak, Kit Siang telah dengan sengaja memutarbelitkan polisi Pendidikan Kerajaan dengan memberitahu hadirin bahawa polisi pendidikan Kerajaan direka untuk menghapuskan suratkhabar bahasa Cina, sekolah-sekolah Cina dan juga bahasa Cina.
  2. Pada 24 Ogos 1968, di sebuah rapat umum di Slim River, Perak, Kit Siang telah dengan sengaja memutarbelitkan polisi Kerajaan mengenai Bahasa Kebangsaan dengan tujuan menimbulkan syak dan kemarahan kaum-kaum lain terhadap orang Melayu.
  3. Pada 7 September 1968, di sebuah rapat umum DAP di KM38, Jalan Sungai Besi, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungai Way, Kit Siang telah dengan sengaja menghasut kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu dengan membuat fitnah terhadap MCA dengan cara menuduh parti tersebut membantu kerajaan orang Melayu menghapuskan bahasa Cina dengan tidak mengiktiraf projek Universiti Nanyang.
  4. Pada 29 September 1968, di sebuah rapat umum DAP di Batu Pahat, Johor, 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, Kit Siang telah mengapi-apikan kebencian dengan memberitahu para hadirin bahawa polisi kerajaan adalah polisi rasis kerana kerajaan telah memberi keutamaan kepada Bumiputera untuk memasuki IPTA sekaligus menjadikan kaum lain sebagai rakyat kelas kedua di negara ini.
  5. Pada 12 Februari 1969, di sebuah rapat umum DAP yang diadakan di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, Kit Siang telah sekali lagi mengapi-apikan semangat perkauman dengan memberitahu para hadirin bahawa Kerajaan menunjukkan sikap diskriminasi dengan Melayu diberi keistimewaan untuk memasuki IPTA, mendapat pekerjaan dan pengagihan tanah.

Apa yang Kit Siang tidak beritahu kepada umum adalah hakikat bahawa di dalam jabatan-jabatan kerajaan pun (kecuali Angkatan Tentera Malaysia), bukan Melayu mengatasi Melayu dalam peratusan penjawat awam seperti yang tertera di dalam gambar di bawah:

Nyata sekali sikap rasis dan penghasut yang dimiliki Kit Siang masih belum pudar hingga ke hari ini.  Pilihanraya umum telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 10 Mei 1969.  Parti Perikatan yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC telah memenangi 66 buah kerusi, kurang 23 dari pilihanraya umum ke-2, manakala pohak pembangkang telah memenangi 54 buah kerusi.

Pada pukul 5.30 petang, 11 Mei 1969, DAP telah membuat satu perarakan tanpa permit polis yang mengandungi ima buah kereta dan 15 buah motorsikal bermula di Brickfields menghala ke Jalan Lornie (kini Jalan Syed Putra).

Apabila perarakan ini melalui di hadapan Balai Polis Brickfields (kini telah dirobohkan), para peserta yang hampir kesemuanya Cina berteriak:

Apa polis boleh buat? Kita raja! Buang semua polis Melayu!

Pada pukul 10 malam hari yang sama, semasa melalui hadapan Balai Polis Jalan Travers, mereka berteriak:

Mati Melayu! Sakai pergi masuk hutan!

Kata-kata penghinaan ini sekali lagi dilemparkan terhadap anggota-anggota polis apabila mereka sekali lagi melalui di hadapan Balai Polis Brickfieds.

Pada masa yang sama di Changkat Thamby Dollah berhampiran dengan Penjara Pudu, lebih kurang 40 orang penyokong pembangkang telah berteriak:

“Kuala Lumpur Cina punya!

Keesokan harinya iaitu pada hari Isnin 12 Mei 1969, 500 buah skuter yang dinaiki penyokong pembangkang telah melalui Jalan Ipoh, Jalan Parlimen, Jalan Gombak, Jalan Raja Laut sebelu kembali ke Jalan Ipoh sambil berteriak kepada setiap orang Melayu yang mereka nampak:

Melayu sekarang tak ada kuasa lagi. Sekarang kita control!

Apabila konvoi ini tiba di perkarangan Kampung Bahru, mereka berteriak kepada orang Melayu:

Melayu keluar! Apa lagi duduk sini? Kita hentam lu! Sekarang kita besar!

Pada sebelah malamnya, para penyokong pembangkang terus keluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis Melayu seperti:

Mata-Mata Lancau!

Butoh Melayu! Pergi matilah!

Bukan saya sengaja ada-adakan benda yang saya tulis di atas.  Anda boleh baca sendiri dalam gambar laporan 13 Mei 1969 yang dibuat oeh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu:

Di mana Lim Kit Siang semasa berlakunya pencacian dan maki hamun terhadap orang Melayu di Kuala Lumpur?

Lim Kit Siang pada pagi hari Selasa bersamaan 13 Mei 1969 telah bersedia melarikan diri ke Kota Kinabalu supaya beliau tidak berada di situ sekiranya berlakunya pergaduhan antara kaum.

Beliau tiba di Kota Kinabalu dan terus mengadakan rapat umum DAP di Kampung Air. Di situ beliau telah menghasut dan mengapi-apikan bukan sahaja kebencian terhadap orang Melayu malah kali ini cuba timbulkan kemarahan terhadap penganut agama Islam.

Beliau memberitahu para hadirin ketika itu bahawa Kerajaan cuba menubuhkan Malaysia yang Melayu (Malay Malaysia) dengan membahagikan rakyat kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera.  Beliau juga membuat fitnah kononnya Kerajaan akan menjadikan pentadbiran negeri Sabah sebuah pentadbiran Melayu.  Beliau juga menghasut kebencian terhadap Islam dengan menabur fitnah bahawa Kerajaan akan menghantar rakyat Malaysia (termasuk penduduk Sabah beragama Kristian) untuk berperang dan mati di Timur Tengah untuk membantu rakan-rakan ahli-ahli OIC menawan semula Baitulmaqdis dari genggaman Israel.

Demikianlah betapa rasis dan hinanya Lim Kit Siang dan parti DAP yang dipimpinnya.  Hampir 48 tahun selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kit Siang masih lagi menyerang kerajaan yang dikatakan kerajaan Melayu.  Ketika itu, Melayu bersatu memertahankan haknya yang telah sedia ada sebelum datangnya datuk dan nenek Lim Kit Siang – hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui semua kaum.

Malangnya sekarang ada yang mengaku Melayu tetapi mudah lupa.  Kini pengkhianat ini serta para pengikutnya pula yang menjilat Kit Siang serta mereka yang seangkatan dengannnya.


Taqweem al-SeaDemon

March 2017
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 1,155,379 hits

Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Archives