Raveentharan a/l V Subramaniam, former Parti Keadilan Rakyat state assemblyman for Batu Uban in Pulau Pinang is in hot soup after the Inspector-General of Police instructed the Royal Malaysian Police for the former’s seditious post in hi Facebook account.
Raveentharan’s apology and the post that got him into trouble – courtesy of Dr Aznil Hisham
The IGP instructs the Bukit Aman Media Social Monitoring Team to haul up Raveentharan
Raveentharan, a Georgetown-based lawyer who was dropped from the candidates’ list during the 13th General Elections quickly apologised to Muslims in Malaysia saying that he did not mean to offend Muslims and that his best friends are Muslims.
Raveentharan is not new to controversies. In 2009, two SMS messages were made viral, sent by an unknown alleging that he sodomised and physically abused his ex-wife. In 2013, he was dropped from PKR’s list of candidates for the 13th General Elections in favour of T Jayabalan.
Below are screen captures made from his Facebook account, courtesy of Dr Aznil Hisham:
Suddenly Raventharan is not so brave anymore. And as for his apology, I leave that to you and for the authorities to decide.
Sejak akhir-akhir ini grup-grup WhatsApp Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang saya sertai mula dihujani dengan mesej-mesej politik memainkan semula isu-isu lama yang telah terjawab dan terbukti fitnah.
Semalam tersebar semula video di mana Rafizi Ramli menaburkan fitnah mengatakan bahawa MRT Malaysia adalah milik Najib Razak. Jarang sekali saya bertukar pendapat di dalam grup-grup WhatsApp tersebut melainkan untuk bertanya khabar dengan mereka yang pernah berkhidmat dengan saya dahulu namun kali ini saya terpaksa menerangkan kerana saya pernah bekerja di projek KVMRT Lembah Klang.
Dakwaannya yang dikemukakan oleh veteran yang tularkan video tersebut ialah Menteri Kewangan (Diperbadankan) ialah syarikat milik satu-satunya Menteri Kewangan, dan MRT Malaysia adalah 100 peratus milik syarikat tersebut.
Saya memberitahu beliau dan lain-lain ahli grup WhatsApp tersebut bahawa Malaysia mempunyai dua orang Menteri Kewangan. Menteri Kewangan (Diperbadankan) ditubuhkan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan), 1957. Ianya sama seperti Menteri Besar (Diperbadankan) contohnya di negeri-negeri seperti Perak dan Selangor, dan juga Perbadanan Menteri Besar Kelantan – bukan dimiliki mana-mana individu dan ahli-ahli lembaganya terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan. Barulah mereka faham mengenai perkara tersebut.
Saya tidak menyalahkan mereka. Hampir kesemua mereka lebih berumur dari saya. Sebahagian besar menyertai Angkatan Tentera Malaysia sebagai anggota lain-lain pangkat di suatu zaman yang tidak memerlukan mereka mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Adalah lebih mudah untuk memanipulasi mereka ini.
Semasa mereka berhenti, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM masih belum tertubuh. Mereka ibarat terbiar menghabiskan sisa-sisa hidup setelah berhenti dari perkhidmatan. Tidak ada siapa yang menghiraukan mereka mahupun datang memberi penerangan mengenai isu-isu semasa kepada mereka.
Pada tahun lepas apabila pemenang pingat skuad Olimpik diberi ganjaran oleh kerajaan, ada pihak yang telah mencucuk para Veteran ATM untuk bangkit bertanya kenapa mereka tidak diberikan imbuhan setimpal. Mereka merasakan bahawa pengorbanan yang telah mereka berikan tidak dibalas dengan setimpal.
Program 1MVHRP adalah di antara keistimewaan yang disediakan untuk Veteran ATM
Maka timbul di kalangan veteran itu sendiri penghasut-penghasut yang menanam benih-benih kebencian. Ramai Veteran ATM itu sendiri tidak tahu-menahu mengenai keistimewaan yang diberi oleh Kerajaan kepada mereka sebagai tanda penghargaan buat mereka dan keluarga.
Di antara keistimewaan yang disediakan untuk Veteran ATM
Saya telah menjawab perkara ini dengan agak panjang lebar pada ketika itu. Mana-mana Veteran ATM sama ada pegawai mahupun lain-lain pangkat yang telah menamatkan perkhidmatan dan tidak dibuang dari perkhidmatan layak menerima kad pengenalan di bawah dan juga keistimewaan yang disediakan untuk para Veteran.
Namun masih tidak ada usaha dari pihak Kerajaan mahupun Barisan Nasional khususnya untuk mengadakan pertemuan untuk menerangkan isu serta polisi bukan sahaja kepada para Veteran ATM tetapi juga kepada pengundi akar umbi terutamanya di kawasan luar bandar.
Veteran ATM sama ada berpencen mahupun tidak, boleh menikmati tambang pesara KTM
Mereka-mereka inilah yang terdedah kepada dakyah-dakyah serta propaganda fitnah setiap hari. Yang ironiknya, mereka inilah yang dipolitikkan oleh golongan yang marah jika Veteran ATM dipolitikkan.
Dan jangan kita lupa apa tugas Rafizi Ramli dan para pembangkang:
You must be logged in to post a comment.