Veteran ATM Dipolitikkan

Sejak akhir-akhir ini grup-grup WhatsApp Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang saya sertai mula dihujani dengan mesej-mesej politik memainkan semula isu-isu lama yang telah terjawab dan terbukti fitnah.

Semalam tersebar semula video di mana Rafizi Ramli menaburkan fitnah mengatakan bahawa MRT Malaysia adalah milik Najib Razak. Jarang sekali saya bertukar pendapat di dalam grup-grup WhatsApp tersebut melainkan untuk bertanya khabar dengan mereka yang pernah berkhidmat dengan saya dahulu namun kali ini saya terpaksa menerangkan kerana saya pernah bekerja di projek KVMRT Lembah Klang.

Dakwaannya yang dikemukakan oleh veteran yang tularkan video tersebut ialah Menteri Kewangan (Diperbadankan) ialah syarikat milik satu-satunya Menteri Kewangan, dan MRT Malaysia adalah 100 peratus milik syarikat tersebut.

Saya memberitahu beliau dan lain-lain ahli grup WhatsApp tersebut bahawa Malaysia mempunyai dua orang Menteri Kewangan. Menteri Kewangan (Diperbadankan) ditubuhkan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan), 1957.  Ianya sama seperti Menteri Besar (Diperbadankan) contohnya di negeri-negeri seperti Perak dan Selangor, dan juga Perbadanan Menteri Besar Kelantan – bukan dimiliki mana-mana individu dan ahli-ahli lembaganya terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan. Barulah mereka faham mengenai perkara tersebut.

Saya tidak menyalahkan mereka.  Hampir kesemua mereka lebih berumur dari saya. Sebahagian besar menyertai Angkatan Tentera Malaysia sebagai anggota lain-lain pangkat di suatu zaman yang tidak memerlukan mereka mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.  Adalah lebih mudah untuk memanipulasi mereka ini.

Semasa mereka berhenti, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM masih belum tertubuh.  Mereka ibarat terbiar menghabiskan sisa-sisa hidup setelah berhenti dari perkhidmatan.  Tidak ada siapa yang menghiraukan mereka mahupun datang memberi penerangan mengenai isu-isu semasa kepada mereka.

Pada tahun lepas apabila pemenang pingat skuad Olimpik diberi ganjaran oleh kerajaan, ada pihak yang telah mencucuk para Veteran ATM untuk bangkit bertanya kenapa mereka tidak diberikan imbuhan setimpal.  Mereka merasakan bahawa pengorbanan yang telah mereka berikan tidak dibalas dengan setimpal.

Program 1MVHRP adalah di antara keistimewaan yang disediakan untuk Veteran ATM

Maka timbul di kalangan veteran itu sendiri penghasut-penghasut yang menanam benih-benih kebencian.  Ramai Veteran ATM itu sendiri tidak tahu-menahu mengenai keistimewaan yang diberi oleh Kerajaan kepada mereka sebagai tanda penghargaan buat mereka dan keluarga.

Di antara keistimewaan yang disediakan untuk Veteran ATM

Saya telah menjawab perkara ini dengan agak panjang lebar pada ketika itu.  Mana-mana Veteran ATM sama ada pegawai mahupun lain-lain pangkat yang telah menamatkan perkhidmatan dan tidak dibuang dari perkhidmatan layak menerima kad pengenalan di bawah dan juga keistimewaan yang disediakan untuk para Veteran.

Namun masih tidak ada usaha dari pihak Kerajaan mahupun Barisan Nasional khususnya untuk mengadakan pertemuan untuk menerangkan isu serta polisi bukan sahaja kepada para Veteran ATM tetapi juga kepada pengundi akar umbi terutamanya di kawasan luar bandar.

Veteran ATM sama ada berpencen mahupun tidak, boleh menikmati tambang pesara KTM

Mereka-mereka inilah yang terdedah kepada dakyah-dakyah serta propaganda fitnah setiap hari.  Yang ironiknya, mereka inilah yang dipolitikkan oleh golongan yang marah jika Veteran ATM dipolitikkan.

Dan jangan kita lupa apa tugas Rafizi Ramli dan para pembangkang:

%d bloggers like this: