Kit Siang No.1 Racist – Bahagian 2

Semalam kita telah membaca bagaimana seorang yang mudah lupa telah melupakan betapa rasisnya Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang boleh cuba untuk menjauhkan dirinya dari peristiwa 13 Mei 1969 tetapi sikap rasisnya ternyata dengan jelas sebelum berlakunya peristiwa tersebut.

Pada hari Ahad 1 Disember 1968, lima bulan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, Lim Kit Siang telah mengapi-apikan semangat orang Cina di sebuah ceramah DAP di Kampung Baru Salak Selatan dengan mengumumkan ‘20 Perkara Demokrasi Sosialis Serdang‘.

Lim Kit Siang bersama konco-konconya sebelum peristiwa 13 Mei 1969

Di antara 20 perkara yang dituntut oleh Kit Siang adalah seperti berikut:

  • TANAH mesti diberi kepada semua yang tidak mempunyai tanah, tanpa mengira kaum.  Sejak terbentuknya Kampung Baru Serdang, tiada tanah telah diperuntukkan kepada para penduduk dan ini adalah bukti nyata sikap rasis dan ketidakupayaan kerajaan Perikatan dalam hal pentadbiran dan pengagihan tanah.
  • PENGHAPUSAN pembahagian rakyat Malaysia kepada ‘Bumiputera’ dan ‘Bukan Bumiputera’.
  • TARAF KHAS diberikan kepada Bahasa Cina, Tamil dan Inggeris dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan untuk digunakan dalam perhubungan antara kaum.
  • PENGGUNAAN BEBAS Bahasa Cina, Tamil dan Inggeris dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri-Negeri dan di notis awam dan persuratan kerajaan.
  • PENOLAKAN Laporan Abdul Rahman Talib yang bertujuan untuk menukar semua sekolah, sama ada rendah mahupun menengah, ke sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu semata-mata untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan.
  • PENGHAPUSAN kategori ‘Sekolah Kebangsaan’ dan ‘Sekolah Jenis Kebangsaan’.
  • PENGGUNAAN sebuah sistem pendidikan yang bersepadu, dengan bahasa-bahasa utama (Cina, Tamil dan Inggeris) digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan, dan pengiktirafan sekolah-sekolah tersebut sebagai ‘Sekolah Kebangsaan’ asalkan ianya berpaksikan Malaysia dan mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Kedua.
  • PENERIMAAN kesusasteraan Malaysia yang ditulis oleh rakyat Malaysia sama ada penulisan tersebut adalah dalam bahasa-bahasa selain Bahasa Melayu.

Sekiranya anda masih ingat, sebaik sahaja Barisan Alternatif menguasai tampuk pemerintahan di negeri Perak, Mohammad Nizar Jamaludin yang merupakan Menteri Besar pilihan DAP ketika itu telah memberikan hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada 60,000 lot tanah kampung-kampung baru di negeri tersebut.

Nizar dengan taatnya telah merealisasikan sebahagian daripada impian-impian  Kit Siang.

Tiga bulan kemudian di tempat yang sama, Kit Siang telah mengkritik Penolong Menteri Pendidikan, Encik Lee Siok Yew yang telah berucap di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Nam, menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di rumah oleh kaum Cina.

Menuduh Encik Lee Siok Yew dan MCA sebagai menjual kepentingan kaum Cina kepada Melayu, Kit Siang berkata fanatik UMNO tidak akan membenarkan bahasa lain tumbuh dengan bebas, dan itulah sebabnya mereka (UMNO) tidak membenarkan penggunaan bahasa Cina dan lain-lain di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, persuratan kerajaan, notis awam, dan sebagai media pengajaran dan peperiksaan di sekolah-sekolah.

Tambah Kit Siang lagi, akhirnya fanatik UMNO mahu melihat terkuburnya bahasa Cina dan lain-lain – supaya di tempat-tempat awam, kedai, rumah, hanya Bahasa Kebangsaan digunakan.

Demikianlah sikap Lim Kit Siang yang dianggap kini oleh seorang tua yang mudah lupa sebagai bukan rasis.  Adalah diharap agar kita mengingati sejarah negara ini dan apa yang telah dilakukan oleh segelintir orang yang tidak mahu lihat generasi yang akan datang hidup dalam keadaan aman dan muhibbah.

Mudah-mudahan kita semua tidak mudah lupa.

2 Replies to “Kit Siang No.1 Racist – Bahagian 2”

Comments are closed.

%d bloggers like this: