
Nampaknya untuk mengalihkan perhatian terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang dilakukan oleh keraajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, DAP mengkaldaikan ahli keluarga Teoh Beng Hock untuk mengajak orang ramai berdemo hari Jumaat ini (7 Julai 2017) membuat bantahan terhadap apa yang disifatkan sebagai sikap pilih kasih pihak SPRM kerana tidak membuat sebarang siasatan terhadap MO1.
Teoh Beng Hock telah ditemui mati setelah terjatuh dari pejabat SPRM Selangor yang berpusat ketika itu di Plaza Masalam di antara 3.45 pagi dan 1.30 tengahari pada 16 Julai 2009.
Teoh Beng Hock ketika itu ditahan SPRM untuk memberi keterangan mengenai kes penyelewengan peruntukan wang sebanyak RM2,400.00 yang telah dibayar oleh ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang merupakan majikan Beng Hock, untuk pembelian bendera sambutan Hari Kebangsaan tetapi tidak pernah diambil dari pembekal.
Sebenarnya pada ketika itu lebih banyak penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh bukan sahaja Ean Yong Hian Wah, malah oleh lain-lain wakil rakyat DAP ketika itu seperti Ronnie Liu. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut dan melihat salinan invois-invois palsu yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dari DAP ini di laman blog ini. Blog ini pernah dilaporkan sebagai sebuah laman spam untuk mengganggu proses pendedahan penyelewengan-penyelewengan tersebut.
Berikut adalah soalan-soalan yang diajukan oleh adik perempuan Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan, di dalam video di laman Facebook DAP di atas:
1. SPRM TIDAK MELAKUKAN TANGKAPAN DAN SIASATAN UNTUK KES MO1 SEPERTI KES TEOH BENG HOCK SEDANGKAN JUMLAH WANG TERLIBAT ADALAH RM2.6 BILLION DAN BUKAN RM2,400
Mungkin adik Teoh Beng Hock ini masih lagi berada dalam keadaan terkejut setelah lapan tahun bersedih. Eloklah saya memberitahu beliau dan yang lain-lain bahawa SPRM telah pun menjalankan siasatan terhadap wang RM2.6 billion tersebut dan telah pun menemui penderma yang memberikan wang tersebut.
Wang tersebut juga telah disahkan BUKANNYA berasal dari 1MDB, dan jauh sekali ianya merupakan duit rakyat seperti yang digembar-gemburkan mereka yang tiada keupayaan untuk berfikir.

Kes 1MDB adalah jauh berbeza dengan kes yang melibatkan Teoh Beng Hock dan Ean Yong Hian Wah kerana kes mereka berdua benar-benar melibatkan wang rakyat dan konspirasi untuk pecah amanah. Inilah yang disiasat oleh pihak SPRM tetapi terbantut akibat kematian Beng Hock.
Jumlahnya tidaklah berbillion namun ianya melibatkan wang yang telah diamanahkan oleh rakyat tidak kiralah kecil atau besar jumlahnya. Kalau Teoh Lee Lan tidak faham apa itu amanah, jangan bertanya kepada Lim Guan Eng sebab beliau telah didakwa di mahkamah atas perlakuan rasuah.
2. SPRM TIDAK MENYIASAT WANG RM2.6 BILLION TETAPI MENAHAN TEOH BENG HOCK YANG KEMUDIANNYA MATI SEMASA DI DALAM TAHANAN MEREKA. IANYA SATU PERBUATAN YANG AMAT KEJAM
Teoh Lee Lan hanya mampu mengulangi kisah “RM2.6 billion” yang ternyata adalah wang yang telah didermakan. 1MDB telah disahkan sendiri oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang keanggotaannya termasuk enam orang Ahli Parlimen dari pihak pembangkang sebagai tidak kehilangan sebarang wang.
Di antara enam orang Ahli Parlimen pembangkang yang dinyatakan di atas termasuklah juga seramai dua orang dari parti DAP, iaitu parti mendiang Teoh Beng Hock.
Dalam kes yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock, wang rakyat telah lesap begitu sahaja. Kononnya RM2,400 telah dibayar kepada pembekal bendera, namun tiada penghantaran bendera dilakukan.
Saya amat bersetuju bahawa perbuatan salahguna wang rakyat seperti dalam kes mendiang Teoh Beng Hock adalah suatu perbuatan yang amat kejam.
3. MENGAPA SPRM MENYIASAT SATU KES TETAPI TIDAK KES YANG LAIN? INI PERSOALAN YANG KAMI INGIN MEREKA JAWAB
Video selama 1 minit 42 saat ini sebenarnya membosankan. Jika kita lihat soalan yang ketiga ini, ianya tidak ada bezanya dengan soalan-soalan pertama dan kedua. Tetapi tidak mengapalah jika Teoh Lee Lan masih inginkan jawapannya.
Semasa Teoh Lee Lan masih bersedih, SPRM telah menyiasat dan membuat banyak tangkapan terhadap ramai orang tanpa mengira pangkat mahupun darjat.
Setakat ini ada lebih kurang 5,500 kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak SPRM mengenai aktiviti-aktiviti yang teah dijalankan oleh Suruhanjaya tersebut, termasuk kenyataan-kenyataan berhubung siasatan dan tangkapan kes-kes yang melibatkan perlakuan rasuah. Teoh Lee Lan boleh membaca kesemuanya apabila sudah hilang sedikit rasa sedih dan mata kurang kabur akibat terlalu banyak membaca skrip yang disediakan oleh pihak DAP.
Untuk mengetahui kenapa tiada tangkapan yang dibuat terhadap MO1 kerana kehilangan RM2.6 billion, saya harap Teoh Lee Lan boleh merujuk kepada jawapan saya kepada soalan pertama dan kedua.
4. AMALAN DWI-STANDARD SPRM TELAH MELEPASKAN MO1 DARIPADA PERTUDUHAN TETAPI TIDAK TEOH BENG HOCK
Sekali lagi, Teoh Lee Lan, para penyokong DAP boleh merujuk kepada jawapan saya kepada soalan-soalan satu hingga tiga di atas untuk kes RM2.6 billion. 1 MDB juga tidak kehilangan sebarang wang. Malah, Department of Justice Amerika Syarikat juga tidak menamakan MO1 sebagai orang yang terlibat disiasat oleh mereka.
Tidak ada satu pertuduhan pun yang dibacakan sama ada di Singapura mahupun tempat-tempat lain yang melibatkan konon-kononnya 1MDB ada menyebut perkataan “1MDB” dalam pertuduhan dan prosiding mahkamah mereka.
Sekiranya Teoh Lee Lan ingin mengetahui apa itu dwi-standard, beliau bolehlah membaca dengan lebih lanjut lagi mengenai dwi-standard yang menjadi sebahagian genetik DAP. Dan yang kuat menipu juga adalah dari parti DAP.
Sebagaimana Teoh Lee Lan ada persoalan, saya juga ada beberapa soalan untuk beliau:
1. TEOH BENG HOCK MATI KETIKA MEMBERI KETERANGAN MENGENAI SALAHGUNA WANG RAKYAT OLEH DAP. SIAPA YANG AKAN DITANGKAP SEKIRANYA BENG HOCK MASIH HIDUP DAN MENCERITAKAN KESEMUA MAKLUMAT YANG ADA PADA BELIAU?
2. SIAPA YANG MENERIMA MANFAAT POLITIK SEKIRANYA TEOH BENG HOCK HIDUP DAN SEMPAT MENCERITAKAN KEPADA SPRM MENGENAI MAKLUMAT-MAKLUMAT PENYELEWENGAN YANG BELIAU KETAHUI? BARISAN NASIONAL ATAU DAP?
3. SIAPA YANG MENERIMA MANFAAT SEKIRANYA TEOH BENG HOCK MATI SEBELUM SEMPAT MEMBERI MAKLUMAT MENGENAI PENYELEWENGAN WANG RAKYAT YANG DISYAKI DILAKUKAN OLEH WAKIL-WAKIL RAKYAT DAP?
4. KENAPA LIM GUAN ENG YANG BERKATA BELIAU LEBIH RELA MATI BERDIRI DARI MELUTUT KETAKUTAN TAKUT PULA UNTUK MENGHADAPI PERTUDUHAN RASUAH BELIAU DI MAHKAMAH DAN KINI MASIH MENCARI JALAN UNTUK MEMBATALKAN PROSIDING?
5. KENAPA TEOH LEE LAN TIDAK BERTANYA KEPADA EAN YONG HIAN WAH KENAPA SENGKEK SANGAT NAK SELEWENG RM2,400 HINGGA MENGAKIBATKAN KEMATIAN BENG HOCK?
6. KENAPA TEOH LEE LAN SANGGUP DIPERKALDAIKAN DAP SEPERTI SEORANG AH LIAN?
You must be logged in to post a comment.