Hanya Ada Satu Zoo

Pakatan Harapan begitu menggelupur apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta mereka untuk menjadi sebuah Pakatan yang bebas rasuah.

Sebagai manusia yang sempurna akal tatkala dilahirkan, kita sepatutnya berterima kasih kerana diberi peluang untuk membersihkan parti dari segala anasir negatif agar lebih disokong rakyat.

Namun bagi Pakatan, permintaan ini umpama duri dalam daging kerana mereka menganggap diri mereka maksum dan tidak boleh melakukan kesalahan.

Bermula dengan siasatan SPRM terhadap DAP yang telah melibatkan kematian Teoh Beng Hock sejak Pakatan berkuasa di negeri Selangor hinggalah kepada penahanan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh, kerana salah guna kuasa dalam kes kilang Kampung Sungai Lembu, Pakatan terutamanya DAP lebih gemar menyalahkan pihak lain dan buta terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh ahli mereka sendiri.

Mungkin dengan adanya kuasa memerintah yang membolehkan mereka mengait kekayaan, DAP menafikan segala dakwaan terhadap mereka dengan harapan rakyat akan terus mempercayai dan memberi sokongan kepada mereka.

Mereka tidak mahu mendengar dakwaan terhadap mereka; mereka tidak mahu melihat segala bukti yang boleh mendakwa mereka; dan mereka mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa memberitahu siapa di kalangan mereka yang menjadikan rasuah gaya hidup mereka. Tidak ubah seperti monyet.

Monyet-monyet DAP

Oleh sebab itu Maharaja DAP, Lim Kit Siang, dengan lantang menghentam pihak SPRM, menuduh Suruhanjaya itu bersifat seperti monyet apabila SPRM menasihati Pakatan Harapan agar calon-calon pilihanraya mereka ditapis okeh SPRM terlebih dahulu.

Rakyat siapa, Ah Siang?

Maharaja Lim telah bertindak umpama seekor kera terkena belacan dan tidak senang duduk seolah-olah nasihat yang baik itu ibarat duri dalam daging.

Maharaja Lim berkata beliau telah meletakkan dirinya untuk dihakimi oleh rakyat ketika menyertai politik sejak 52 tahun lalu.

Tetapi kita sedia maklum, setiap kali rakyat berpeluang untuk menghakimi beliau, Maharaja Lim akan lari tinggalkan kawasan yang diwakilinya dan bertanding di tempat yang baru.

Anak sendiri pun dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan rasuah tetapi beliau masih ingin menganggap bahawa beliau dan anak beliau lebih mulia dari para nabi.

Oleh kerana DAP dan rakan karibnya PKR enggan mendengar nasihat yang baik, dan bagi melindungi kita semua dari gejala rasuah, eloklah kita menolak mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Tak guna bagi mereka jawatan dan kuasa. Nanti ibarat monyet mendapat bunga.

Talibanistic Japan

Everyone seems to have a field day being anti-Islam nowadays including Malays. I did not use the term ‘Muslim’ on purpose.

The Star is one of the culprits (again) for shining the spotlight on these issues over and over again.

Sira Habibu is one of the culprits in The Star

Without even making an attempt to understand the reason behind the issue. Yes, Muslim male have aurat to cover, and that is between the navel and the knee.

You may think it sounds silly until you find a Anwar Ibrahim-like person rubbing your thighs and crotch. Not all macho guys are attracted to girls if you noticed.

Separation of facilities also made headlines

The issue of the Muslim-only laundry in Muar was also highlighted until His Majesty The Sultan of Johor had to step in and decreed that the owner take down the seemingly-offensive sign.

The anti-Islam league cheered even more when His Majesty the Sultan said that “Johor is not a Taliban state.

While I disagree with the proprietor of the laundromat for having such rules, I respect his choice. But I fail to understand why one’s choice of limiting his market to only Muslims not being celebrated by the rest? Why get angry? You get money from those who choose to frequent a open-to-all laundromat such as I.

If such a thing is racism in practice, why has the anti-Islam league ever kicked a fuss over this issue? Because the Chinese is the minority and they can get away with reverse-racism?


The other thing that I don’t get is this:

The police said they are not giving out permits for this festival over security reasons

Every day Malaysians drink to glory so much that between 2010 to August 2015, 618 died due to drink driving.

So far, nobody really cared how much they want to drink or if they would still be alive the next day. Suddenly, when the police and DBKL deny permits for Beer Fest and Oktoberfest, everyone screamed in anger as if their 364 days of binge-drinking has been curbed by a Talibanistic government.
The police said that security could be compromised and that lives could be lost if terrorists carry out their threats against the event.

The pro-drinkers wouldn’t have that. They accuse Najib Razak of kowtowing to PAS as part of an election deal.

Look, if that is the only deal that Najib Razak is capable of doing then that is downright stupid. If I were the PM I would just give a state to PAS in exchange for parliamentary seats. What on Earth can stopping a binge-drinking festival earn you?

Just go buy your crates of beer and drink at home with friends and enjoy your own Oktoberfest. If you want more privacy and a spacious venue, I know of a bungalow on Jalan Pinhorn. At least you don’t have to worry about falling into a swimming pool and drown.

Malaysia is far from being Talibanistic. What it is is becoming more idiotic. There are more and more idiots being zombified by both mainstream and social media.

I wonder what they would say to Japan which is also now being very Talibanistic?

A Japanese restaurant with a Muslim-only section. Photo credit: Mohd Mozas

One Jilake

Perjuangan pembangkang terutamanya DAP yang mengagungkan tokoh-tokoh Parti Komunis Malaya telah berjalan lebih 12 tahun dengan Ronnie Liu mula-mula sekali mendesak agar Chin Peng dibenarkan masuk ke Malaysia.

Pada 2011, bekas ahli PAS yang dulum kini dan selamanya pesuruh DAP, Mat Sabu, telah berusaha memesongkan rakyat dengan menyintik dakyah DAP dan komunisme bahawa Mat Indera, pengkhianat komunis yang telah mengepalai 180 pengganas komunis menyerang 18 orang anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong, adalah seorang pejuang kemerdekaan.

Selama dua penggal berturut-turut kita telah saksikan bagaimana wakil-wakil rakyat DAP telah mengingkari perintah tatacara berpakaian persidangan Parlimen mahupun DUN dan bersikap biadap terhadap Raja-Raja Melayu.  Bagi mereka ini, Raja-Raja Melayu bukan raja mereka kerana raja nenek moyang mereka yang terakhir ialah Maharaja Pu Yi.

Kalau ditanya kini, mungkin jawapannya ialah “Tak tau! Saya mudah lupa!”

DAP terutamanya, giat mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu serta adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan di samping menghasut anak muda yang buta sejarah agar mereka juga mempersoalkan ketidak seimbangan keistimewaan kaum dalam Perlembagaan.  Rakan baik mereka Muhyiddin Yassin juga pernah menegur sikap DAP yang anti-Raja.

Maka tidak hairanlah jika pihak pembangkang, terutamanya DAP, cuba mendorong pemikiran anak-anak muda untuk menjadikan negara ini sebuah republik, bebas dari sebarang pengaruh feudalisme.

One step closer but nobody is watching

Hari ini, Tokong Lim Guan Eng telah mengambil penceramah katak yang terkenal dengan sifat anti-Raja, Wan Ji Wan Hussin, yang pernah ditahan dan di dakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menghina institusi Raja-Raja Melayu.

Dengan Wan Ji menjadi balaci Tokong untuk menggunakan agama sebagai alat untuk menghasut orang Melayu agar menyokong dan mendokong hasrat DAP, maka pergerakan DAP ke arah menjadikan Malaysia ini ‘bebas-Raja’ menjadi semakin hampir.  Sekiranya anda telah lupa apa yang Wan Ji perjuangkan, sila tonton video ini: