Pakatan Harapan begitu menggelupur apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta mereka untuk menjadi sebuah Pakatan yang bebas rasuah.
Sebagai manusia yang sempurna akal tatkala dilahirkan, kita sepatutnya berterima kasih kerana diberi peluang untuk membersihkan parti dari segala anasir negatif agar lebih disokong rakyat.
Namun bagi Pakatan, permintaan ini umpama duri dalam daging kerana mereka menganggap diri mereka maksum dan tidak boleh melakukan kesalahan.
Bermula dengan siasatan SPRM terhadap DAP yang telah melibatkan kematian Teoh Beng Hock sejak Pakatan berkuasa di negeri Selangor hinggalah kepada penahanan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh, kerana salah guna kuasa dalam kes kilang Kampung Sungai Lembu, Pakatan terutamanya DAP lebih gemar menyalahkan pihak lain dan buta terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh ahli mereka sendiri.
Mungkin dengan adanya kuasa memerintah yang membolehkan mereka mengait kekayaan, DAP menafikan segala dakwaan terhadap mereka dengan harapan rakyat akan terus mempercayai dan memberi sokongan kepada mereka.
Mereka tidak mahu mendengar dakwaan terhadap mereka; mereka tidak mahu melihat segala bukti yang boleh mendakwa mereka; dan mereka mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa memberitahu siapa di kalangan mereka yang menjadikan rasuah gaya hidup mereka. Tidak ubah seperti monyet.
Oleh sebab itu Maharaja DAP, Lim Kit Siang, dengan lantang menghentam pihak SPRM, menuduh Suruhanjaya itu bersifat seperti monyet apabila SPRM menasihati Pakatan Harapan agar calon-calon pilihanraya mereka ditapis okeh SPRM terlebih dahulu.
Maharaja Lim telah bertindak umpama seekor kera terkena belacan dan tidak senang duduk seolah-olah nasihat yang baik itu ibarat duri dalam daging.
Maharaja Lim berkata beliau telah meletakkan dirinya untuk dihakimi oleh rakyat ketika menyertai politik sejak 52 tahun lalu.
Tetapi kita sedia maklum, setiap kali rakyat berpeluang untuk menghakimi beliau, Maharaja Lim akan lari tinggalkan kawasan yang diwakilinya dan bertanding di tempat yang baru.
Anak sendiri pun dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan rasuah tetapi beliau masih ingin menganggap bahawa beliau dan anak beliau lebih mulia dari para nabi.
Oleh kerana DAP dan rakan karibnya PKR enggan mendengar nasihat yang baik, dan bagi melindungi kita semua dari gejala rasuah, eloklah kita menolak mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Tak guna bagi mereka jawatan dan kuasa. Nanti ibarat monyet mendapat bunga.
You must be logged in to post a comment.