Perjuangan pembangkang terutamanya DAP yang mengagungkan tokoh-tokoh Parti Komunis Malaya telah berjalan lebih 12 tahun dengan Ronnie Liu mula-mula sekali mendesak agar Chin Peng dibenarkan masuk ke Malaysia.
Pada 2011, bekas ahli PAS yang dulum kini dan selamanya pesuruh DAP, Mat Sabu, telah berusaha memesongkan rakyat dengan menyintik dakyah DAP dan komunisme bahawa Mat Indera, pengkhianat komunis yang telah mengepalai 180 pengganas komunis menyerang 18 orang anggota polis di Balai Polis Bukit Kepong, adalah seorang pejuang kemerdekaan.
Selama dua penggal berturut-turut kita telah saksikan bagaimana wakil-wakil rakyat DAP telah mengingkari perintah tatacara berpakaian persidangan Parlimen mahupun DUN dan bersikap biadap terhadap Raja-Raja Melayu. Bagi mereka ini, Raja-Raja Melayu bukan raja mereka kerana raja nenek moyang mereka yang terakhir ialah Maharaja Pu Yi.

DAP terutamanya, giat mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu serta adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan di samping menghasut anak muda yang buta sejarah agar mereka juga mempersoalkan ketidak seimbangan keistimewaan kaum dalam Perlembagaan. Rakan baik mereka Muhyiddin Yassin juga pernah menegur sikap DAP yang anti-Raja.
Maka tidak hairanlah jika pihak pembangkang, terutamanya DAP, cuba mendorong pemikiran anak-anak muda untuk menjadikan negara ini sebuah republik, bebas dari sebarang pengaruh feudalisme.

Hari ini, Tokong Lim Guan Eng telah mengambil penceramah katak yang terkenal dengan sifat anti-Raja, Wan Ji Wan Hussin, yang pernah ditahan dan di dakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menghina institusi Raja-Raja Melayu.
Dengan Wan Ji menjadi balaci Tokong untuk menggunakan agama sebagai alat untuk menghasut orang Melayu agar menyokong dan mendokong hasrat DAP, maka pergerakan DAP ke arah menjadikan Malaysia ini ‘bebas-Raja’ menjadi semakin hampir. Sekiranya anda telah lupa apa yang Wan Ji perjuangkan, sila tonton video ini:
You must be logged in to post a comment.