100 Peratus Kata Pakatan Biasanya Hanya 10 Peratus

Sebentar tadi saya terbaca sebuah mesej dalam group WhatsApp yang dikirimkan oleh seorang bekas pegawai kerajaan. Katanya, hancurlah Barisan Nasional di Pasir Gudang kerana program Khaled Nordin tidak mendapat sambutan.

Beliau sertakan gambar berikut:

Kalau tengok, memang malang nasib Khaled. Kalau saya seorang zombie Pakatan yang tiada berotak (lazimnya memang begitu), saya akan kongsikan mesej tersebut dengan semua kenalan saya yang tersenarai dalam telefon.

Malang bagi mereka dan tidak seperti mereka, saya dilahirkan normal dan cukup sifat. Lantas saya dapatkan kepastian daripada mereka di pejabat Khaled. Dan berikut adalah gambar-gambar yang diambil di program tersebut beberapa minit kemudian:

Gambaran yang diberikan oleh bekas pegawai kerajaan yang menyokong Pakatan itu hanyalah 10 peratus daripada keadaan sebenar. Pakatan suka menjaja cerita dongeng. Mereka yang tidak berakal sahaja yang akan terima bulat-bulat pembohongan mereka ini.

Program ini dijalankan pada hari Selasa malam Rabu. Esoknya hari kerja, dan hari anak-anak bersekolah. Sudah tentu jumlah kehadiran tidak seramai pada malam-malam hujung minggu.

Pun begitu, hampir kesemua tempat duduk telah dipenuhkan.

Para pengundi di Pasir Gudang adalah dari kalangan mereka yang kuat bekerja, tidak seperti para penyokong Pakatan yang hanya menunggu duit BR1M daripada Najib Razak untuk hidup.