Hanya Satu Undi Membezakan Sama Ada Islam Memerintah Atau Diperintah

razali-dap

Pada bulan Ogos 2012, saya telah berpeluang untuk berbuka puasa dengan 120 orang Islam bekas murtad dan mereka menceritakan kepada saya bagaimana liciknya taktik yang digunakan pihak-pihak evangelis untuk memurtadkan orang Islam di Malaysia.

Ramai dari kalangan para pemegang jawatan dalam DAP adalah mereka yang beragama Kristian dan agak fanatik.  Di antara mereka yang tersenarai sebagai beragama Kristian dari kalangan pemegang jawatan dalam DAP termasuk Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Ong Kian Ming, dan Yeo Bee Yin.

utusan-kristianagamarasmi-7mei11

Saya juga pernah menulis betapa liciknya cara mereka memasukkan jarum evangelis di kalangan orang Melayu Islam hinggakan ada dari kalangan orang Melayu yang berjubah dan bertudung kini merupakan apa yang digelar oleh para pendakwah evangelis sebagai Messianic Muslims.

red-rock-hotel-list

Sekarang kita lihat pula baju T yang dipakai oleh Tony Pua dalam satu videonya:

ponytua

Saya ingin tumpu kepada perkataan HARAPAN itu sendiri.

HARAPAN adalah HOPE di dalam Bahasa Inggeris. Menurut John Piper, pengasas DesiringGod.org dan seorang Canselor di Bethlehem College and Seminary di Amerika Syarikat, makna HOPE (HARAPAN) dalam Bahasa Inggeris mungkin menjurus kepada menantikan sesuatu yang tidak pasti akan berlaku.  Namun dalam pengajaran Kristian, HOPE atau HARAPAN adalah keyakinan/kepercayaan terhadap sesuatu yang telah dijanjikan oleh Tuhan, atau dalam bahasa mudahnya: AQIDAH (FAITH).

Menurut kitab Injil, “Kepercayaan datangnya dari mendengar, dan mendengar kata-kata Tuhan.” (Romans 10:17).

Lihat gambar di atas – perkataan yang tertera di bahagian depan baju beliau ialah HOPE.  Adakah disebabkan pengaruh Islam dalam Pakatan telah dihapuskan dengan tidak termasuknya PAS di dalam Pakatan yang baharu maka Pakatan kini digelar Pakatan HARAPAN?

Adakah secara kebetulan juga Reverend Bernard Paul pernah mengutus jemputan kepada semua yang beragama Kristian untuk “menubuhkan kerajaan Tuhan di negara ini” dengan menolak kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO, sebuah parti Melayu yang memelihara Islam sebagai agama Persekutuan serta Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu?

revbernardpaul

Mungkin HARAPAN ini ada kena-mengena dengan apa yang disebut dalam Kitab Injil melalui Zechariah 14:9 iaitu:

“Tuhan akan menjadi raja atas seluruh bumi. Pada hari itu Tuhan akan menjadi satu dan namanya hanya satu.”

Ada di kalangan rakan-rakan yang menyokong Pakatan Harapan menyenaraikan jumlah calon beragama Islam dalam Pakatan Harapan yang lebih banyak berbanding yang dicalonkan oleh Barisan Nasional, dan ini menunjukkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang dominan.  Mereka gagal menyedari bahawa ianya hanyalah jumlah pencalonan, bukannya jumlah kerusi yang dimenangi.

Mereka juga bertanya, apa bezanya dengan UMNO yang mengambil MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Islam sebagai rakan seperjuangan?  Jawapannya: UMNO merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak, manakala rakan-rakannya yang bukan Islam menyokong dasar-dasar kerajaan yang memelihara kedaulatan agama Islam.

Berbeza dengan Pakatan Harapan di mana DAP merupakan parti dominan.  Sejak memenangi Selangor pada tahun 2008, jumlah gereja di Subang Jaya mengatasi jumlah masjid.  Subang Jaya yang mempunyai seramai 1.7 juta penduduk hanya mempunyai 8 buah masjid tetapi jumlah gereja menurut Google Maps adalah sebanyak 42 buah.  Mereka juga mempertikaikan kuasa DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri Selangor dalam isu pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Jelas mereka yang bukan beragama Islam yang berada dalam Barisan Nasional adalah mereka yang Dzimmi, manakala yang berada dalam Pakatan adalah yang Harbi.

Pada Pilihanraya Umum Ke-13, berikut adalah kerusi yang dipertandingi oleh setiap parti dalam Pakatan Rakyat, dan jumlah yang dimenanginya:

  • PKR bertanding di 99 buah kerusi. Menang 28 buah kerusi. 16 orang Ahli Parlimen beragama Islam.
  • DAP bertanding di 51 buah kerusi. Menang 36 buah kerusi. Hanya 2 orang Ahli Parlimen beragama Islam (termasuk mu’alaf Zairil Khir Johari bin Abdullah)
  • PAN (serpihan dari PAS) mempunyai 7 buah kerusi yang kesemuanya Ahli Parlimen beragama Islam.
  • Pribumi (serpihan dari UMNO) hanya mempunyai 1 buah kerusi yang Ahli Parlimennya beragama Islam.
  • Warisan (serpihan UMNO dan PKR) mempunyai 2 buah kerusi yang hanya seorang Ahli Parlimennya beragama Islam.

Daripada 74 buah kerusi Parlimen yang dipegang oleh Pakatan Harapan sehingga bubarnya Dewan Rakyat tempohari, hanya 27 buah kerusi sahaja (36.5 peratus) yang dipegang oleh Ahli Parlimen beragama Islam.  Berbeza dengan Barisan Nasional yang memegang 125 buah kerusi tetapi Ahli Parlimennya yang beragama Islam berjumlah 93 orang (74.4 peratus).

Dikuatkan lagi dengan perlembagaan DAP sebagai parti dominan Pakatan Harapan yang memperjuangkan, selain penghapusan keistimewaan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak, mereka memperjuangkan juga sebuah negara sekular dan hak agama selain Islam untuk dijadikan setaraf dengan Islam tanpa undang-undang yang mendiskriminasikan agama-agama lain (seperti Undang-Undang Syariah, kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia).  Jika anda tidak percaya, tontonilah video yang berikut:

Anda baca sendiri petikan daripada perlembagaan DAP dan bandingkan dengan apa yang telah disampaikan oleh Lim Guan Eng di atas:

dapcons01
Perenggan 4 di mana DAP akan menghapuskan keistimewaan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak
dapcons03
Perenggan 2 menjadikan Perlembagaan Malaysia perlembagaan sekular dan menghapuskan hak keistimewaan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak
dapcons04
Jika Perenggan 4 ini dapat DAP laksanakan, maka hak untuk murtad juga akan dipertahankan oleh Pakatan Harapan

Mungkin ada yang mengatakan bagaimana DAP hendak hapuskan hak keistimewaan Bumiputera, kedaulatan agama Islam, sedangkan ianya mustahil kerana Raja-Raja Melayu masih ada memayungkan perkara-perkara tersebut?

Jangan kita lupa, orang yang hapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu kini bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Harapan.  Kalau kekebalan Raja-Raja Melayu itu sendiri boleh dihapuskan beliau, apatah lagi kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan juga hak keistimewaan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

mahathir hina raja melayu

9 haribulan ini, anda buatlah keputusan yang baik. Satu undi yang anda buang pada hari Rabu ini akan membezakan sama ada anda masih memerintah, atau anda diperintah.

Disokong yang Dzimmi, atau ditentang yang Harbi?  Satu undi anda itu untuk siapa?