Tugu Negara merupakan suatu simbol untuk kita mengingati para veteran ATM khususnya dalam dua episod darurat menentang keganasan Parti Komunis Malaya.
Dalam Darurat Pertama (1948-1960) seramai 1,346 orang anggota tentera dan polis telah terbunuh manakala 2,406 lagi cedera. 2,478 orang awam juga turut terbunuh manakala 810 orang hilang menjadi mangsa komunis.
Dalam Darurat Kedua (1968-1989), pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 155 orang pegawai dan anggota manakala 854 orang tercedera.
Sukar bagi para VATM dan rakyat Malaysia yang telah melalui kedua-dua fasa darurat tersebut untuk melupakan sejarah pahit dan hitam yang terpaksa ditempuhi hanya kerana para pengganas di bawah Chin Peng yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara komunis.
Ramai di kalangan para VATM yang merasakan seperti jasa mereka tidak dikenang oleh pihak kerajaan Malaysia. Ramai yang berhenti awal akibat gaji yang kecil. Mereka pulang ke kampung dan lebih rela membuat kerja-kerja kampung dari terus berkhidmat. Walaupun Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang unggul pada tahun 1980an hingga 2003, nasib para VATM tidak pernah berubah. Nasib baik sejak 2009, kerajaan mula mengambil langkah untuk sedaya-upaya membantu nasib VATM yang telah banyak berjasa. Anda boleh baca di antara langkah-langkah yang telah diambil kerajaan untuk menjaga VATM dalam salah satu penulisan saya sebelum ini.
Ribuan anak para pegawai dan anggota tentera dan polis telah menjadi yatim akibat kekejaman Chin Peng dan pengganas-pengganas di bawahnya. Namun ada di kalangan mereka yang mengaku rakyat Malaysia pernah desak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia walaupun beliau tidak pernah menjadi warganegara bukan sahaja Malaysia, tetapi Persekutuan Tanah Melayu sebelum ini.
Tujuan mereka tidak lain tidak bukan hanya ingin menjadikan Chin Peng idola kaum cina DAP selain Lim Kit Siang. Malah selepas mampusnya Chin Peng, Lim Kit Siang terus desak kerajaan untuk benarkan abu Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia!

Sepertimana orang Melayu mempunyai Leftenan Adnan, Lim Kit Siang mahu jadikan Chin Peng idola bagi Cina DAP.
Terkini, orang yang kononnya telah berkhidmat untuk negara memerangi komunis kini berganding bahu dengan orang yang memuja Chin Peng untuk menjatuhkan kerajaan yang memelihara agama Islam sebagai agama Persekutuan, serta hak keistimewaan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Orang tersebut ialah Arshad Raji yang sejak berhenti dari perkhidmatan sekitar tahun 2008/2009 tidak habis-habis menghentam kerajaan di dalam blognya ketika itu. Beliau sering menceritakan pahit maung bertugas sebagai seorang pegawai tentera dan mendesak kerajaan agar membantu kebajikan ATM. Adakah beliau lupa 22 tahun daripada jumlah perkhidmatan beliau dalam keadaan susah itu berada dalam zaman Mahathir?
Dan seperti yang saya nyatakan di atas, kerajaan yang ada sekarang ini telah banyak menambah bantuan kebajikan bukan sahaja untuk para anggota dan pegawai ATM yang masih berkhidmat, malah juga untuk mereka yang bakal bersara (termasuk bersara tanpa pencen), dan juga VATM.

Maka, kepada para veteran ATM dan rakyat Malaysia yang mahu mengenang jasa dan pengorbanan para VATM dan polis, serta pahit getir kehidupan yang terpaksa dilalui oleh balu serta anak mereka yang yatim, ketahuilah bahawa Arshad Raji ini hanyalah keldai DAP dan penjilat Mahathir.
Cakap berdegar kata beliau hanya setia kepada Raja dan Negara, tetapi diam apabila Mahathir bersikap kurang ajar terhadap Sultan Johor dan Sultan Selangor. Adakah kerana Sultan Johor dan Sultan Selangor bukan Yang DiPertuan Agong? Ini membuktikan Arshad Raji buta Perlembagaan kerana Raja-Raja Melayulah yang berkuasa melantik dan memecat Yang DiPertuan Agong. Yang DiPertuan Agong itu adalah dari kalangan Raja-Raja Melayu, maka kesetiaan kepada Raja dan Negara itu bermakna setia kepada semua Raja-Raja Melayu.
Apa yang keldai DAP dan Mahathir ini tahu? Beliau hanya sedap membalun kerajaan tetapi lupa beliau hanya orang awam yang sudah meniti usia senja tetapi masih ingat beliau seorang yang penting. Lim Kit Siang yang hendak menghapuskan kedaulatan Islam di Malaysia ini pun boleh beliau jadikan ketua.

Tolak Arshad Raji – pencacai DAP dan penjilat Mahathir yang sanggup membelot rakan-rakan terutamanya yang telah mati akibat Parti Komunis Malaya. Undilah pada hari Rabu ini untuk menolak para pemuja Chin Peng. Beliau bukan lagi patriot, sebaliknya pengkhianat!
Ingat! Satu undi untuk PKR/Pakatan Harapan bersamaan dengan satu undi untuk DAP yang memuja Chin Peng.
You must be logged in to post a comment.