Pasukan Cermin Kepimpinan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Komisioner Polis Datuk Razarudin Husain melawat anggota sebuah Sekatan Jalan Raya pada hari pertama Aidil Fitri (Bernama)

Kata orang, untuk melihat mutu sesebuah pasukan kita lihat kepada kepimpinannya. Baik buruk sesebuah pasukan itu mencerminkan mutu kepimpinannya. Utuhnya semangat sesebuah pasukan itu bergantung kepada bagaimana barisan kepimpinannya memimpin dan berkhidmat, bukan sahaja untuk masyarakat yang memerlukan perkhidmatan pasukan tersebut tetapi juga kepada anak-anak buahnya yang akan menjalankn tugas tersebut.

Semasa saya menjalani latihan sebagai seorang pegawai kadet Tentera Udara DiRaja Malaysia lebih tiga dekad lalu, saya masih ingat pelajaran dan pengajaran yang saya perolehi mengenai mutu-mutu seorang pemimpin. Di antaranya ialah seorang pemimpin itu wujud untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pasukannya.

Tidak wajar bagi seorang pemimpin itu memburuk-burukkan pasukannya dengan menceritakan masalah pasukannya kepada umum. Pernah saya terima aduan dalam mesyuarat mingguan pangkalan mengenai tatacara anggota saya menjalankan tugas. Saya akan mempertahankan tindakan anggota tersebut di hadapan pegawai dan anggota lain sejauh mungkin; namun teguran yang saya berikan kepada anggota tersebut adalah secara terus kepada beliau seorang, dan disaksikan oleh Sarjan Mejar Skuadron saya untuk tindakan pembetulan kepada SOP.

As a leader, bring solutions, not add more problems to the situation,” kata jurulatih saya. “Inspire your men’s morale, not degrade it.

Semalam merupakan hari pertama kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ada di antara anggota-anggota serta pegawai barisan hadapan kita yang terpaksa tinggalkan keluarga, berpakaian seragam untuk menjalankan tugas.

Namun Ketua Polis Negara Inspektor-Jeneral Polis Dato’ Seri Panglima Acryl Sani Abdullah Sani boleh berbangga kerana beberapa orang pegawai kanannya juga turut turun ke padang untuk memberikan semangat kepada para petugas SJR. Di antaranya ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Komisioner Polis Datuk Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komisioner Polis Datuk Huzir Mohamed, Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan Gerakan Khas) Deputi Komisioner Polis Datuk Mastor Md Ariff, dan Timbalan Pengarah (Penyiasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Senior Asisten Komisioner Polis Datuk Sasikala Devi Subramaniam.

Tindakan para pegawai kanan polis tersebut melawat lokasi-lokasi SJR sudah tentu menaikkan semangat para petugas di SJR-SJR tersebut, dan merupakan tiupan semangat baharu sejak berlakunya perubahan pucuk pimpinan PDRM.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Zubil bin Mat Som yang sering kelihatan di barisan hadapan Maritim Malaysia juga telah memberi inspirasi kepada para pengarah maritim negeri serta zon di bawah kepimpinan beliau, terutamanya dalam bulan Ramadan dan Syawal.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammed bin Othman sering menyertai operasi-operasi dalam bulan Ramadan untuk memberi suntikan semangat kepada anak-anak buahnya.

Di Zon Maritim Batu Pahat, pengarahnya Komander Maritim Mohammed bin Othman sering turut serta dalam operasi-operasi yang dijalankan oleh para anggota yang dipimpinnya. Perkara ini tidak langsung berubah semasa bulan Ramadan yang lalu. Bukanlah suatu perkara yang senang untuk menghadapi keadaan panas di laut setiap hari, apatah lagi apabila menjalani kewajipan berpuasa semasa melakukan operasi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed (kanan sekali) membeli ayam goreng KFC untuk dikongsikan bersama para petugas Maritim Malaysia pada hari pertama bulan Syawal

Begitu juga keadaannya di Pulau Pinang di mana pada pagi Hari Raya Aidil Fitri kelihatan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed mengorbankan sambutan Hari Rayanya dengan membeli beberapa kotak ayam goreng KFC untuk dikongsikan bersama para pegawai dan anggota yang bertugas sebagai menghargai pengorbanan mereka menyarung pakaian seragam sebagai pakaian Hari Raya. Sikap kepemimpinan seperti inilah yang perlu diterapkan ke dalam sanubari kepimpinan sesebuah pasukan.

Semangat juang sesebuah pasukan itu bergantung kepada keberkesanan sikap kepimpinannya. Berapa pantasnya masalah yang dihadapi pasukan dapat diselesaikan oleh pucuk pimpinannya, serta kesanggupan mereka untuk sama-sama selami masalah untuk memahami cabaran para pegawai dan anggotanya adalah amat penting dalam pembentukan sebuah pasukan yang berkesan dan tinggi mutu penugasannya.

Bak kata, burung helang selesaikan masalah rasa laparnya dengan bekerja keras dalam diam. Burung kakak tua pula hanya membuat bising.

Sikap China Bakal Jejaskan Kedaulatan Perairan Malaysia

220 buah kapal militia maritim Tentera China telah melabuhkan sauh di kawasan Whitson Reef

Laksamana Philip Davidson, Komander Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) di rantau Indo-Pasifik semasa memberi kenyataan kepada Jawatankuasa Senat untuk Perkhidmatan Bersenjata berkata beliau risau dengan perkembangan cita-cita tentera laut China (PLAN) untuk mengambil alih kedudukan USN sebagai tentera laut terulung, di samping mengenepikan peraturan berasaskan perundangan (rules-based order).

Setakat penghujung tahun 2020, jumlah kapal perang PLAN telah mengatasi jumlah yang dimiliki USN dengan kadar 1.2:1. Menurut Pejabat Risik Laut USN (ONI), pada tahun 2015 PLAN mempunyai 255 buah kapal perang. Kini ia memiliki 360 buah kapal perang berbanding 297 milik USN. PLAN dijangka memiliki 400 buah kapal perang dalam tahun 2025 berbanding 355 untuk USN. Kapal-kapal yang diterima oleh PLAN kini adalah jauh lebih canggih berbanding yang pernah dimilikinya dua dekad lalu. Malah, kapal pembinasa Jenis 055 dikatakan memiliki sistem dan persenjataan yang mengatasi kecanggihan kapal pembinasa kelas Ticonderoga milik USN.

PERTAHANAN LAUT DEKAT/PERLINDUNGAN LAUT JAUH

China selama ini mengamalkan doktrin pertahanan laut dekat di mana aset-aset pertahanan adalah lebih sesuai untuk mempertahankan tanah besar China dari serangan luar dan mempertahankan Taiwan dari sebarang percubaan tentera asing untuk menawan pulau tersebut semula setelah ditawan semula oleh China.

Doktrin ini kini telah dilengkapkan dengan doktrin perlindungan laut jauh. Dalam situasi peperangan, China perlu tentukan penguasaannya ke atas laluan-laluan perhubungan laut (SLOC) yang membawa bekalan-bekalan barang-barang keperluan kepadanya. Untuk tujuan tersebut, ia perlu meletakkan aset pertahanan jauh dari tanah besar. Untuk menentukan penguasaan ke atas mineral dan khazanah dasar laut, Pengawal Pantai China (CCG) dikerahkan untuk mencegah kemasukan bot-bot nelayan serta kapal-kapal gerudi miik negara yang mempunyai tuntutan ke atas zon-zon maritim Laut China Selatan (SCS).

CCG yang baru-baru ini diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan ke arah mana-mana vesel yang dianggap menceroboh kawasan perairannya termasuk vesel-vesel penguatkuasaan negara-negara tersebut, termasuk milik Maritim Malaysia.

China menggunakan alasan memperkasakan tentera laut jarak jauh untuk memberi bantuan bencana kemanusiaan (HDR) dan lain-lain bantuan masa aman, tetapi ini merupakan konsep yang boleh bertukar kepada operasi ofensif jarak jauh untuk mencapai cita-cita perlindungan laut jauh.

Selain CCG, satu pasukan yang tidak boleh kita pandang remeh ialah pasukan militia maritim milik China (PLAMM) yang sering menggunakan bot-bot nelayan besar yang diperkukuhkan strukturnya. Anak-anak kapalnya diambil dari kalangan veteran tentera, dan setiap kapal mempunyai stor simpanan senjata api kecil. Dengan haluan yang diperbuat dari besi, kapal-kapal ini juga dilengkapi dengan meriam air, menjadikan mereka kapal-kapal yang paling berkuasa, mempunyai kebolehan untuk menghentam atau melanggar mana-mana kapal asing dan melakukan serangan.

Kedua-dua CCG dan PLAMM kini diletakkan di bawah naungan Angkatan Tentera China (PLA).

Melalui CCG dan PLAMM, kerajaan China berpeluang menulis semula peraturan kebebasan pelayaran (rules of freedom of navigation), perkukuhkan tuntutan-tuntutan maritimnya, menguasai sumber-sumber penting, dan memperluaskan jangkauan ekonominya di seluruh dunia.

SIKAP CHINA DAN PERSEDIAAN MALAYSIA

China mungkin tunjukkan sikap kerjasama dengan negara-negara serantau. Walaupun begitu, sikap China terhadap Vietnam dan Hong Kong boleh dijadikan iktibar.

Semasa campurtangan Amerika Syarikat dalam Perang Saudara Vietnam, China telah memberi sokongan kepada Vietnam Utara untuk mengekang pengaruh Amerika Syarikat dan Soviet Union di negara jirannya itu. Namun, pada tahun 1974 dan 1988, China telah bertempur dengan Vietnam untuk berebut terumbu-terumbu di Kepulauan Paracels dan Spratlys. Pada tahun 1979, China telah melanggar Vietnam sebagai tindakbalas pendudukan Vietnam di Kampuchea.

Walaupun sejak 2005 China lebih gemar menggunakan CCG dan PLAMM untuk cuba menguasai Laut China Selatan dan Laut China Timur (ECS), ia masih mengamalkan sikap ‘paksaan dan pencerobohan‘ (coercion and aggression) untuk menakut-nakutkan jirannya. Contoh termasuk sikap campurtangannya dalam hal-ehwal demokrasi di Hong Kong, persengketaan di sempadannya dengan India, dan juga tanpa ragu-ragu menenggelamkan bot-bot nelayan Vietnam.

Kehadiran 220 kapal PLAMM di Terumbu Whitsun adalah merupakan contoh terkini. Terumbu Subi yang ditambaknya pada tahun 2014 kini telah menerima tambakan tambahan dengan keluasan sekitar tujuh ekar. Kedudukan terumbu ini hanya sekitar 14 batu nautika (26 kilometer) jaraknya dari Pulau Thitu (Pag-asa dalam Bahasa Tagalog).

Dengan menggunakan CCG dan PLAMM, China cuba mencapai hajat untuk mengawal dan menyekat kemasukan kapal-kapal perang dan penguatkuasaan negara-negara asing ke kawasan-kawasan yang dituntut olehnya. Kemudian, ia akan gunakan PLAN untuk mengembangkan unjuran kuasa (force projection expansion) dan meningkatkan keupayaan mengekang pencerobohan kawasan (area-denial capability) di SCS dan ECS.

Filipina telah selesai membina sebuah pelantar mendarat (beaching ramp) di Pulau Pag-asa manakala Vietnam telah memperkukuhkan pertahanan udara dan pesisiran pantai di Pulau Sin Cowe sebagai tindakbalas terhadap sikap China.

Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Maritim Malaysia dalam perairan Zon Kelabu. Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan awam separa-tentera (paramilitary civilian enforcement agency), penggunaan aset-aset Maritim Malaysia sebagai respon untuk memintas aset-aset CCG dan PLAMM adalah lebih bersifat diplomatik berbanding penggunaan aset-aset milik TLDM. Aset-aset Maritim Malaysia memberi ruang untuk penyelesaian diplomatik manakala penggunaan aset-aset TLDM untuk tujuan yang sama dilihat lebih bersifat agresif.

Lebih banyak perhatian perlu diberikan terhadap pembangunan aset-aset laut dan udara Maritim Malaysia di samping aset-aset sokongan seperti pangkalan sendiri serta sistem Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer, Risikan, Pemantauan dan Peninjauan (C4ISR) nya sendiri, untuk menentukan kedaulatan ZEE Malaysia terpelihara. Aset-aset ini perlu mampu bersaing dengan aset-aset CCG terutamanya bukan sahaja untuk mengekang kemasukan secara haram aset-aset CCG dan PLAMM, malah juga kapal-kapal nelayan jarak jauh (DWF) yang dilindungi kedua-dua buah organisasi ini.

Kerajaan harus sedar bahawa tanpa aset-aset ini, CCG, PLAMM dan kapal-kapal DWF mereka akan berleluasa di perairan kita, sambil menghalang dan mengganggu bot-bot nelayan tempatan. Usaha China menuntut kawasan dan khazanah milik kita sudah tentu akan merugikan kita, apatah lagi dengan kerosakan ekologi dan ekosistem laut kita yang dilakukan melalui penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (illegal, unreported and unregulated fishing – IIU).

Jika tiada usaha yang menyeluruh dan serius oleh kerajaan untuk membangunkan keupayaan Maritim Malaysia, trend yang dibawa oleh China akan mengancam dan menjejaskan bukan sahaja kedaulatan, tetapi juga bidang keselamatan (realm of security) bukan tradisi negara ini seperti ekologi dan ekonominya.

KESEDARAN KEBAKARAN BOT DAN KAPAL MILIK PERSENDIRIAN PERLU DIPERTINGKATKAN

M.Y Pochea yang berusia 45 tahun sedang terbakar di perairan Pulau Langkawi, Kedah. Kapal layar mewah milik persendirian tersebut yang mempunyai panjang keseluruhan 75.15 meter telah alami kerosakan teruk dalam insiden tersebut.

Pada 5 Februari 2021, sebuah bot nelayan Kelas C telah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku 16.6 batu nautika ke Barat Daya Sungai Besar, Selangor. Dalam kejadian jam 10.20 pagi tersebut, seorang awak-awak warganegara Myanmar telah melecur di 90 peratus bahagian badan manakala dua orang lagi awak-awak warga Myanmar dan tekongnya yang merupakan warganegara tempatan dapat diselamatkan Maritim Malaysia.

Pada 18 Februari 2021, sebuah kapal layar mewah, M.Y Pochea, telah terbakar di perairan Pulau Langkawi. Kesemua enam orang yang berada diatas kapal layar tersebut telah berjaya diselamatkan oleh Maritim Malaysia. Kapal layar tersebut telah dibina pada tahun 1976 dan berusia 45 tahun.

Kedua-dua insiden tersebut adalah di antara insiden-insiden kebakaran yang melibatkan bot-bot dan kapal-kapal di perairan Malaysia. Insiden yang paling masyhur ialah penenggelaman kapal mewah M.V Sun Vista 60 batu nautika ke arah Barat Daya Pulau Pinang pada 21 Mei 1999. setelah tidak dapat mengawal kebakaran yang berlaku. Kesemua lebih 1,100 orang anak kapal dan penumpang kapal sepanjang 214 meter tersebut terselamat.

Kapal tersebut berusia 36 tahun semasa kejadian berlaku.

Kebakaran di atas sebuah vesel (terminologi yang akan saya gunakan sepanjang penulisan saya untuk merujuk kepada semua jenis bot dan kapal) adalah sesuatu yang amat ditakuti. Api dapat merebak dengan begitu cepat sekali tanpa mengira sama ada vesel tersebut diperbuat daripada kayu mahupun besi.

Perolakan haba (heat convection) yang dihasilkan oleh kebakaran tersebut sama ada akan membakar terus kayu yang menjadi dinding di antara ruang dalam kapal dengan air laut, ataupun menyebabkan pengaliran haba (heat conduction) melalui besi badan kapal yang akan menyebabkan pembakaran (combustion) bahan mudah terbakar.

Kepanasan melampau akan menyebabkan peledingan badan serta bulkheads kapal. Ini menyebabkan penutupan pintu kedap air untuk membantu memendamkan kebakaran (fire suppression) menjadi mustahil.

Bagi kebakaran yang melibatkan vesel jenis kaca gentian (fibreglass), ianya lebih cenderung untuk mengeluarkan asap toksik yang berbahaya kepada anak-anak kapal.

APA YANG LAZIMNYA MENYEBABKAN KEBAKARAN DI ATAS VESEL?

Kebakaran di laut bukanlah sesuatu yang menghairankan. Namun, penyebabnya adalah hampir sama bagi kesemua kes, melainkan dalam kes-kes yang melibatkan jenayah khianat. Bagi kes bot nelayan di perairan pantai negeri Selangor di atas, kita tidak tahu usia sebenar bot tersebut. Namun, pembinaannya lebih bersifat tradisional. Kita tidak tahu juga sama ada kontraktor pendawaian yang digunakan adalah berdaftar. Kadangkala, bot nelayan dan lain-lain vesel juga ada jalankan pengubahsuaian pendawaian sama ada kerana menggantikan yang lama ataupun menambah peralatan yang tidak datang dengan keadaan asal vesel.

Litar arus terus (DC circuit), sambungan yang longgar ke bateri, suis serta pendawaian bateri yang lama dan berkarat, saluran bahanapi adalah di antara punca-punca berlakunya kebakaran vesel.

Selain itu, sebarang pendawaian yang sudah berusia melebihi 25 tahun seharusnya diganti dengan yang baharu semasa vesel menjalani major survey. Anggota kejuruteraan sesebuah kapal harus jadikan amalan memeriksa setiap pendawaian dan saluran bahanapi untuk rekahan salutan atau pelunturan warna salutan pendawaian dan saluran bahanapi sebagai satu kebiasaan.

Pemeriksaan teliti juga harus dilakukan ke atas kesemua pengapit saluran minyak supaya tidak ada yang terlalu longgar sehingga menyebabkan tumpahan bahanapi, dan tidak dipasang terlalu ketat sehingga ‘menggigit’ saluran bahanapi dan boleh menyebabkan kebocoran saluran bahanapi. Sebarang kebocoran boleh juga mengakibatkan pembentukan wasap petrol atau disel yang boleh mengakibatkan kebakaran atau letupan sekiranya bilge blower tidak dihidupkan atau tidak berfungsi dengan baik.

Satu lagi sebab utama kebakaran vesel yang lazim ialah tahap pengemasan dalam kapal adalah lemah (poor housekeeping). Kebakaran-kebakaran yang melibatkan kapal-kapal layar mewah jutaan Dollar seperti M.Y Barbie, M.Y The One, M.Y Lalibela, M.Y Pamela IV kesemua musnah dalam kebakaran yang disebabkan oleh tahap pengemasan yang lemah. Apa yang menyebabkan kebakaran M.Y Pochea pada 18 Februari 2021 belum kita ketahui. Tetapi adalah tidak menghairankan sekiranya puncanya adalah salah satu atau lebih sebab yang telah dibincangkan di atas.

KOMPETENSI ANAK KAPAL

Kalau kita amati video temuramah anak kapal M.Y Pochea yang disiarkan dalam laman Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kita dapat lihat reaksi anak-anak kapal yang agak kelam-kabut semasa berlakunya insiden tersebut. Semasa menonton video tersebut, saya rasakan kemungkinan mereka tidak diberi latihan yang sempurna yang memenuhi kehendak undang-undang maritim.

Sebagai contoh, anak-anak kapal terpaksa menggunakan baju T untuk dilambai untuk menarik perhatian kapal ronda Maritim Malaysia yang lalu berhampiran. Tiada disebut mengenai sistem pemendaman dan pemadaman api dihidupkan. Tiada juga disebut penggunaan radio VHF yang mempunyai Digital Selective Calling (DSC) untuk berhubung pihak Maritim Malaysia atau Pasukan Gerakan Marin PDRM untuk memohon bantuan. Tiada langsung disebut mengenai penggunaan suar merah untuk menarik perhatian vesel-vesel yang berdekatan dengannya.

M.Y Pochea adalah merupakan sebuah kapal layar mewah yang boleh membawa seramai 12 orang penumpang dan 13 orang anak kapal yang panjangnya melebihi 75 meter dan beratnya 530 tan metrik. Sekiranya ianya digunakan untuk sewaan komersil, maka ianya perlu patuhi banyak peraturan-peraturan maritim seperti COLREGS, Passenger Yacht Code, ITC, Ballast Water Management, BUNKERS, Konvensyen Buruh Maritim 2006, SOLAS Bahagian I, II, III, V, XI, STCW dan lain-lain. Sekiranya ianya tidak digunakan untuk tujuan komersil, ia masih perlu mematuhi kesemua di atas kecuali STCW, Konvensyen Buruh Maritim 2006, SOLAS Bahagian II, III, dan XI.

Ini bermakna pemilik M.Y Pochea wajib menentukan anak-anak kapal adalah terlatih, biasa dan mahir mengendalikan sistem dan kecemasan kebakaran dan lain-lain termasuk penggunaan alat radio untuk berhubung dengan mana-mana agensi yang boleh membantu. Sama ada latihan tersebut dilakukan secara berkala seperti yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan dan undang-undang maritim atau tidak, hanya mereka yang terbabit boleh menjawab persoalan tersebut.

Insiden kebakaran yang berlaku keatas M.Y Pochea adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Anak-anak kapal tersebut agak bernasib baik dapat diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan yang boleh mengancam nyawa. Yang menyedihkan juga ialah tindakan-tindakan yang diambil oleh mereka langsung tidak mencerminkan bahawa mereka telah dilatih dengan secukupnya untuk mengendalikan kapal layar tersebut dengan selamat sama ada dalam pengoperasian biasa mahupun dalam keadaan kecemasan. Sekiranya latihan-latihan termasuk pengendalian kecemasan terus dipandang enteng oleh pemilik-pemilik, maka suatu hari nanti ianya akan memberi bahaya kepada lain-lain vesel di laut.

Dan sudah tentu anak-anak kapal tersebut bernasib baik kerana hadirnya Maritim Malaysia yang cekap memberi bantuan memadamkan kebakaran sambil menyelamatkan ketujuh-tujuh mereka.

HUT Maritim Malaysia Ke-16: Ancaman Kedaulatan dan Masalah IUU

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan menyambut hari ulangtahunnya yang ke-16. Bagaimanakah rupa cabaran yang bakal dihadapinya pada masa akan datang?

10 hari sebelum berakhirnya tahun 2020, China mengumumkan bahawa grup tempur kapal pengangkut pesawatnya yang terbaharu, Shandong, sedang dalam pelayaran ke Laut China Selatan melalui Selat Taiwan untuk menjalani latihan-latihan. Pada hari Krismas 2020, pesawat pengangkut terbesar China dari jenis Y-20 dikesan telah membuat pendaratan percubaan di Terumbu Fiery Cross di Kepulauan Spratlys. Kedua-dua perbuatan China ini memberi isyarat bahawa negara tersebut mempunyai kebolehan untuk mengirim bala bantuan untuk memperkukuhkan kuasa tenteranya di kawasan yang menjadi rebutan pelbagai negara tersebut.

Di perairan negeri Perak pula, 181 bot nelayan asing yang menjalankan penangkapan ikan secara haram (IUU – illegal, unreported, unregulated) telah diusir oleh kapal peronda KM Malawali dalam masa enam hari bermula 28 November 2020 hingga 3 Disember 2020. Selain perairan Perak, lain-lain bot nelayan asing juga diusir keluar dari perairan Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Dalam bulan Disember 2020, Maritim Malaysia negeri Pulau Pinang berjaya menahan dua buah bot dalam dua kejadian kejar-mengejar kelajuan tinggi (high-speed chase) berasingan di laut dan merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM11 juta.

Ketiga-tiga keadaan di atas mencerminkan cabaran-cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh Maritim Malaysia pasca hari ulangtahunnya yang ke-16 pada 15 Februari 2021. Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang masih muda, Maritim Malaysia telah terpaksa meredah ombak bukan sahaja di samudera luas, malah dalam konteks geopolitik serantau. Untuk mengupas isu ini dengan lebih lanjut, kita bahagikan cabaran-cabaran ini kepada x bahagian seperti berikut:

  • China, Vietnam dan Ancaman Kedaulatan
  • Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pelarian Rohingya
  • Penangkapan Ikan Secara Haram (IUU) di era pandemik COVID-19
  • Pengoperasian Aset dan Masalah Penguatkuasaan

CHINA, VIETNAM DAN ANCAMAN KEDAULATAN

Kedaulatan Malaysia kini tercabar bukan sahaja dengan pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan oleh nelayan-nelayan dari China dan Vietnam di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan (SCS) tetapi juga dengan yang dilakukan oleh kapal-kapal dari China Coast Guard (CCG) dan Vietnam Coast Guard (VCG).

Punca permasalahan ini adalah apabila China mengisytiharkan sebahagian besar SCS sebagai wilayah maritimnya serta menambak terumbu-terumbu di kawasan Kepulauan Paracel dan Spratly yang merupakan kawasan tuntutan bertindih melibatkan lima buah negara lain iaitu Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Brunei. Kawasan ini ditanda di dalam peta keluaran China sebagai terkandung dalam Nine-Dash-Line yang melanggar prinsip UNCLOS yang mana China merupakan salah sebuah negara yang telah meratifikasi perjanjian tersebut.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan satu undang-undang yang digubal pada 22 Januari 2021 di China membenarkan kapal-kapal CCG untuk menggunakan kekerasan termasuk menembak mana-mana kapal yang dianggap menceroboh kawasan yang dituntutnya. Nelayan-nelayan Vietnam dan Filipina pernah menerima padah berhadapan dengan kapal-kapal CCG sebelum ini, dan keadaan ini memaksa para nelayan Vietnam untuk belayar jauh ke selatan untuk menangkap ikan. Akibatnya, mereka memasuki ZEE milik Malaysia di mana keadaan mendesak mereka untuk bertindak ganas supaya tidak ditangkap oleh pihak Maritim Malaysia. Umum tahu salah satu insiden telah berakhir dengan kematian seorang nelayan Vietnam.

Kegagalan ASEAN dan China untuk menyelesaikan masalah Code of Conduct (CoC) sejak 2002 juga memainkan peranan membenarkan China meluaskan tuntutannya di SCS. Walaupun ini merupakan permasalahan yang dipertanggung jawabkan kepada Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Maritim Malaysia terpaksa menanggung risiko serta akibat kegagalan tersebut.

Kehadiran Duta China ke Malaysia yang baharu, Ouyang Yujing, juga sedikit-sebanyak memberi isyarat bayangan kepada Malaysia dan ASEAN bahawa China akan terus cuba menekan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menuntut sebahagian wilayah Kepulauan Spratly supaya menerima tuntutan China ataupun berkompromi untuk adakan kerjasama di wilayah tersebut. Ouyang Yujing yang dahulunya merupakan bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Sempadan dan Lautan China dikatakan lebih berpengalaman dan lebih berwibawa menangani isu CoC dan SCS berbanding Duta sebelumnya iaitu Bai Tian. Ini sudah tentu menyukarkan lagi penyelesaian CoC SCS yang cuba dicapai sebelum akhir tahun 2021.

Sejak Disember 2020, iaitu setelah digantung selama 11 bulan akibat pandemik COVID-19, China telah memperkenalkan semula pelayaran kapal mewah membawa para pelancong China ke Kepulauan Paracel. Di antara agenda pelayaran ini ialah untuk membolehkan para peserta mendarat di salah sebuah pulau yang dituntutnya dan diadakan satu upacara menaikkan bendera negara China serta sumpah setia mempertahankan Kepulauan Paracel (Xisha) daripada ancaman lain-lain negara.

Inilah realiti yang mungkin dan bakal dihadapi oleh Maritim Malaysia pasca sambutan hari ulangtahunnya yang ke-16, di mana China mungkin membawa kapal-kapal mewah ini ke Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) dan Beting Serupai (James Shoal) di luar pesisir pantai negeri Sarawak dengan diiringi kapal-kapal ronda CCG dan lakukan perkara yang sama untuk memperkuatkan tuntutannya ke atas kedua-dua beting tersebut. Bagaimanakah tindakbalas yang akan ditunjukkan oleh pihak Maritim Malaysia sekiranya ianya tidak dilengkapi dengan aset-aset yang lebih berkeupayaan adalah menjadi suatu tanda tanya.

Selagi CoC tidak mendapat persetujuan kesemua pihak yang membuat tuntutan, dan dihormati oleh China, sehingga itu Maritim Malaysia akan terpaksa berhadapan dengan masalah nelayan Vietnam dan keangkuhan kapal-kapal ronda CCG di wilayah maritim Malaysia.

PENDATANG TANPA IZIN (PATI) DAN PELARIAN ROHINGYA

Pada 13 November 2020 dilaporkan dalam suatu sidang media bahawa terdapat lebih kurang 20,000 orang PATI yang berada dalam tahanan di seluruh negara. Ini bermakna kerajaan membelanjakan sebanyak RM800,000 sehari untuk menyediakan makanan untuk kesemua PATI yang ditahan ini. Ini menjadikan jumlah perbelanjaan yang ditanggung pembayar cukai untuk makanan harian PATI yang ditahan sebanyak RM24 juta sebulan.

Bagi kos ujian saringan COVID-19 yang ditanggung oleh pembayar cukai untuk 20,000 PATI yang ditahan ini, ianya berjumlah RM60 juta untuk sekali calitan. Ini tidak termasuk kos rawatan yang ditanggung pembayar cukai sekiranya mereka didapati positif COVID-19. Bukankah wang ini lebih baik dibelanjakan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kita sendiri?

Maka, adalah tidak masuk akal radio-radio karat yang meminta kerajaan lebih bersikap prihatin terhadap PATI terutamanya pelarian Rohingya yang sering mengambil kesempatan ke atas keprihatinan rakyat Malaysia untuk menjadikan negara ini destinasi pilihan kerana peluang yang disediakan oleh jaringan perniagaan yang menunggu mereka di sini.

Masalah kemakmuran ekonomi di Malaysia serta pandemik COVID-19 menjadi bebanan kepada Maritim Malaysia serta lain-lain agensi sokongan kerana terpaksa menentukan PATI dan pelarian Rohingya dihalang dari memasuki perairan negara dan bukannya ditahan. Penguatkuasaan seumpama ini adalah lebih sukar dari tindakan tangkapan yang kini menjadi pilihan terakhir agar tidak ada mana-mana petugas barisan hadapan di perairan kita terdedah kepada jangkitan COVID-19. Sebarang penambahan jumlah PATI yang ditahan adalah bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai dan para petugas barisan hadapan.

Tambahan pula, baru-baru ini dilaporkan seramai 200 orang pelarian Rohingya telah melarikan diri dari kem pelarian di Lhokseumawe, Aceh untuk mencari cara untuk ke Malaysia juga. Pelarian ini adalah dari kalangan mereka yang telah menaiki bot dengan bantuan sindiket dari kem pelarian di Bangladesh yang telah gagal menyelinap masuk ke dalam perairan Malaysia setelah diusir atau dihalang oleh penguatkuasaan yang kuat dan terpaksa mendarat di Aceh.

Dibantu oleh sindiket di Indonesia, mereka dan PATI dari Indonesia bergerak dari Aceh ke Medan, dan seterusnya ke Tanjung Balai di mana mereka akan menaiki bot-bot menuju ke pantai-pantai negeri Selangor seperti di Kapar, Sungai Besar, Morib dan Sabak Bernam. Selain negeri Selangor, negeri Sabah juga menjadi tumpuan PATI dari Selatan Filipina dan Indonesia. Di antara bulan Januari hingga 23 Oktober tahun lalu, seramai 6,782 orang PATI yang berada dalam tahanan di negeri Sabah telah dihantar pulang.

Di sini kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah PATI dan pelarian Rohingya serta sokongan terhadap usaha Maritim Malaysia menghalang kemasukan mereka ini adalah amat penting untuk kekuatan moral mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Usaha Maritim Malaysia untuk membendung dan menghalang kemasukan PATI dan pelarian Rohingya bukanlah suatu perkara yang mudah; malah ianya disukarkan lagi dengan tanggapan negatif oleh NGO-NGO dan rakyat Malaysia sendiri yang tidak faham kesan negatif terhadap mereka dan negara.

PENANGKAPAN IKAN SECARA HARAM (IUU) DI ERA PANDEMIK COVID-19

Penangkapan ikan secara haram, tidak berlapor dan tidak terkawal (illegal, unreported, unregulated fishing) juga dilaporkan telah memberi kerugian sebanyak RM6 bilion kepada negara pada tahun 2019.

IIU bukan sahaja bermakna pelakunya adalah bot nelayan asing (BNA) tetapi juga bot nelayan tempatan (BNT) yang menangkap ikan di luar zon atau kawasan yang dibenarkan, sebagai contoh: bot nelayan laut dalam Kelas C2 menangkap ikan di zon Kelas B atau Kelas C, atau bot nelayan yang berdaftar di negeri Terengganu menangkap ikan di negeri Johor.

Penjualan ikan di tengah laut, memberi laporan palsu mengenai jumlah tangkapan, penggunaan peralatan yang dilarang seperti Pukat Sorong, pukat tunda dua bot, Bubu Naga, Pukat Pari, bahan letupan – kesemua ini terangkum di dalam definisi IIU.

BNA dari Vietnam, Thailand dan Indonesia sering mencerobohi perairan kita untuk menangkap ikan. Sebelum era pandemik COVID-19, penguatkuasaan adalah lebih mudah kerana agensi-agensi seperti Maritim Malaysia bertindak dengan menahan BNA serta awak-awak, dan ini menjadi satu bentuk pencegahan terhadap BNA yang lain. Namun, kerana sebab yang telah dinyatakan di atas, penahanan dan tangkapan bukan lagi menjadi langkah yang digalakkan untuk membendung penularan pandemik COVID-19.

Masalah IIU di Laut China Selatan (SCS) berhubung kait rapat dengan pertindihan tuntutan ke atas Kepulauan Paracel dan Spratly, dan juga penangkapan ikan berlebihan di Vietnam. Sejak 1997 lagi sudah terdapat laporan mengenai kegiatan penangkapan ikan berlebihan di Vietnam yang menyebabkan pengurangan mendadak sumber perikanan di negara tersebut. Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan sebarang bentuk pengurusan sumber perikanan walaupun terdapat undang-undang untuk menguruskan hal itu di negara tersebut. 20 tahun kemudian, perkara yang sama masih dilaporkan oleh Vietnam di mana Jawatankuasa Tetap Dewan Negara Vietnam (NASC) menzahirkan perasaan risau kerana kehidupan laut di sepanjang 3,200 kilometer pesisiran laut negara tersebut dikatakan pupus.

“Dulu kita menangkap ikan dengan terlalu banyak. Kini kesemua laut kita – Bach Long Vy, Truong Sa atau Phu Quoc sudah kosong,” kata bekas Timbalan Ketua Staf Tentera Darat Vietnam, Leftenan-Jeneral Pham Ngoc Minh kepada Jawatankuasa Tetap tersebut.

“Inilah punca nelayan kita keluar menangkap ikan di perairan negara lain dan ditahan.”

Di Selat Melaka, pencerobohan oleh BNA Indonesia pula menjadi-jadi kerana penguatkuasaan lebih kepada tindakan mengusir keluar BNA dari perairan. Oleh kerana kekangan terhadap cara penguatkuasaan akibat pandemik COVID-19, kita dapat melihat bagaimana BNA Indonesia giat lakukan penangkapan ikan sehingga 10 batu nautika ke dalam perairan kita di antara tenggara Pulau Pinang hingga ke pertengahan perairan negeri Perak.

Di antara bulan Januari 2020 hingga Oktober 2020, sebanyak 89 buah bot nelayan asing ditahan bersama-sama 912 orang tekong dan awak-awak. Jumlah terbesar adalah BNA Vietnam iaitu sebanyak 73 buah dan 820 orang tekong dan awak-awak. Ini diikuti BNA China (7 buah dan 72 orang tekong dan awak-awak), BNA Indonesia (6 buah dan 17 orang tekong dan awak-awak), dan BNA Thailand (3 buah dan 4 orang tekong dan awak-awak). Dari segi kawasan pula, 72 buah BNA ditahan di Laut China Selatan, 10 buah di perairan selatan Johor, 4 di Selat Melaka dan 1 di Laut Sulu.

Masalah IIU ini meruncing sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikenakan pada 8 Mac 2020 di mana SOP penguatkuasaan lebih kepada tindakan pengusiran untuk mengurangkan beban ke atas pusat-pusat tahanan serta sistem pengurusan kesihatan negara. Di antara tarikh mula PKP hingga 30 November 2020, sebanyak 591 buah BNA telah diusir. Dari jumlah tersebut, 445 telah diusir dari perairan negeri Perak di mana 388 telah diusir sepanjang bulan November 2020 sahaja! Inilah dilema yang dihadapi oleh Maritim Malaysia mempertahankan kedaulatan perairan negara.

PENGOPERASIAN ASET DAN MASALAH PENGUATKUASAAN

Sebagai sebuah agensi yang masih baharu, Maritim Malaysia telah banyak menempa kejayaan walaupun dengan keadaan yang tidak begitu kondusif. Dengan jumlah keanggotaan sekitar 4,000 orang, Maritim Malaysia dilengkapi dengan lebih kurang 70 buah kapal peronda bersaiz melebihi 20 meter, lebih kurang 170 buah bot peronda laju berukuran kurang 20 meter, enam buah pesawat sayap putar dan dua buah pesawat sayap kaku.

Sebahagian besar kapal peronda adalah merupakan perolehan melalui pindah milik termasuk aset-aset dari Japan Coast Guard (JCG), Australian Border Force, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia. Maritim Malaysia kini dalam proses menambah keupayaan dengan perolehan lebih banyak kapal peronda terutamanya yang berukuran lebih 40 meter untuk meningkatkan keupayaan rondaan terutamanya di Laut China Selatan (SCS).

Walaupun jumlah kapal dan bot peronda milik Maritim Malaysia menjangkau lebih 200 buah, bukan sahaja ianya tidak mencukupi tetapi aset-aset pindah milik yang diterima sudah berusia lebih 20 tahun. Lebih kurang 30 peratus kapal ronda berukuran lebih 20 meter sudah berusia lebih 30 tahun.

Satu lagi masalah yang dihadapi ialah apabila penahanan BNA ataupun BNT dilakukan, bot-bot tersebut perlu ditunda balik dengan segera untuk proses seterusnya sementara tekong dan awak-awak ditahan dan bahan kes yang disita dan disimpan di lokap dan bilik simpanan Maritim Malaysia yang diwartakan.

Ini bermakna kapal peronda yang terbabit perlu tinggalkan kawasan operasi untuk menunda BNA dan BNT tersebut. Kawasan operasi yang ditinggalkan terbuka kepada lain-lain BNA dan BNT untuk dicerobohi. Bayangkan sekiranya penahanan dilakukan di jarak 150 batu nautika, penundaan satu hala akan mengambil lebih kurang 30 jam atau lebih, dan untuk belayar kembali ke kawasan operasi akan mengambil masa lapan jam. Ini tidak termasuk masa yang dihabiskan untuk laporan-laporan yang perlu dibuat berkaitan penahanan tersebut. Sudah tentu dalam masa dua hari atau lebih tersebut, BNA terutamanya akan bermaharajalela di kawasan tersebut mengaut khazanah negara yang menguntungkan negara mereka.

Maritim Malaysia telah pun mencadang kepada Kementerian Dalam Negeri supaya perolehan kapal-kapal jenis Multi Purpose Mission Ship (MPMS) dibuat untuk membantu mengatasi masalah ini. BNA dan BNT yang ditahan di zon-zon melebih 30 batu nautika boleh ditunda dari kawasan operasi ke MPMS yang berhampiran. Perjalanan balik ke kawasan operasi mengambil masa kurang lima jam. MPMS-MPMS ini juga dilengkapi lokap untuk menempatkan tekong dan awak-awak yang ditahan.

Ruang tempat tidur yang banyak juga membolehkan kru gantian kapal-kapal peronda Maritim Malaysia bermalam di situ sebelum menggantikan kru yang sudah lama berada di kawasan operasi. Ini bermakna penjimatan kos jangka panjang akan berlaku kerana proses ulangbekal tidak akan mengambil masa yang lama dan kapal boleh berada di kawasan operasi dengan lebih lama tanpa perlu pulang ke pangkalan dengan kerap.

Mungkin penambahan yang perlu untuk Maritim Malaysia ialah perolehan beberapa buah kapal tunda (tug boat) berukuran 20 hingga 30 meter berkeupayaan menarik di antara 70 tan hingga 100 tan (bollard pull) untuk menunda BNA dan BNT yang ditahan di MPMS. Selain itu, kapal-kapal tunda tersebut boleh dijadikan juga sebagai crew boat untuk menghantar dan membawa balik kru kapal-kapal peronda.

Jumlah pesawat sayap kaku dan sayap putar juga perlu ditambah terutamanya untuk pengoperasian di Labuan, Sandakan, Bintulu dan Kuching. Jumlah yang sedia ada di Stesen Udara Maritim Malaysia Subang sangat tidak mencukupi untuk liputan rondaan dan tugas MSAR di seluruh negara. Adalah diharap pihak kerajaan dapat mempercepatkan perolehan-perolehan bukan sahaja aset-aset udara, tetapi juga aset-aset laut yang sangat diperlukan untuk penugasan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

KESIMPULAN

Dalam usia yang begitu muda Maritim Malaysia sudah menampakkan kematangannya yang dicapai sebelum usia. Namun, kerajaan perlu pro-aktif mencari dana untuk mempercepatkan perolehan aset-aset dan sumber manusia yang sangat diperlukan oleh Maritim Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, saluran diplomatik yang lebih jitu dengan negara-negara jiran yang mempunyai tuntutan bertindih amat diperlukan untuk menangani pencerobohan oleh nelayan militia China serta CCG. Mungkin sudah sampai masanya untuk kembali kepada konsep MAPHILINDO yang pernah diutarakan oleh Presiden Macapagal sebelum berlakunya Konfrontasi 1963-1966, dengan cadangan penyertaan Vietnam dan Brunei untuk berhadapan dengan ancaman China.

Campurtangan China terutamanya dengan mempengaruhi beberapa buah negara anggota ASEAN untuk berpihak kepadanya dalam rundingan CoC dan DoC Laut China Selatan (SCS) hanya akan membantu melengah-lengahkan sebarang jenis persetujuan dan memberi masa kepadanya untuk memperluaskan pengaruhnya di SCS. Penulis berpendapat bahawa ASEAN tidak boleh menjadi platform untuk menyelesaikan masalah SCS kerana tidak semua negara anggota (Singapura, Laos, Cambodia, Myanmar dan Thailand) mempunyai kepentingan di SCS. Indonesia yang pada mulanya tidak mempunyai kepentingan kerana tidak mempunyai tuntutan bertindih kini terpaksa memainkan peranan di SCS kerana pencerobohan-pencerobohan yang pernah dilakukan oleh CCG.

Bagi Maritim Malaysia, kesemua cabaran yang sedang dan bakal dihadapi ini akan menjadikannya lebih matang dan berwibawa, membuktikannya sebagai sebuah organisasi barisan hadapan yang bukan sahaja mempertahankan kedaulatan negara tetapi amat serius melakukannya.

Selamat Hari Ulangtahun Ke-16, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Teruskan mengawal, melindung dan menyelamat.

Mereka Mengundang Bahaya Agar Kita Dapat Lena

Salah sebuah pesawat Bombardier CL-415MP dari dua buah yang dimiliki Maritim Malaysia, bersiap sedia untuk melakukan rondaan maritim malam.

Setiap hari selama lima hari dalam minggu pertama bulan Disember 2020, secara puratanya kapal Maritim Malaysia KM Malawali telah mengusir sebanyak 36 buah bot nelayan Indonesia dari perairan negeri Perak. Begitulah cabaran yang dihadapi oleh pihak Maritim Malaysia negeri Perak khususnya dalam era pandemik COVID-19 ini.

Di sebelah Barat Laut Semenanjung Malaysia pula, kemungkinan para penyeludup gunakan laluan laut untuk menyeludup masuk dan keluar barangan juga kian bertambah setelah Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) ketatkan lagi kawalan di sempadan Utara Semenanjung berikutan kejadian tembak-menembak dengan para penyeludup yang telah mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am, Polis DiRaja Malaysia akhir bulan lepas.

Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pengangguran pada skala yang besar bukan sahaja di negara ini, malah juga di negara-negara jiran. Dalam bulan Ogos 2020 sahaja, seramai 2.67 juta orang pekerja di Indonesia telah hilang pekerjaan, menjadikan keseluruhan jumlah pengangguran sejak bermulanya wabak ini kepada 29.12 juta orang.

Dalam bulan yang sama, sebuah laporan yang dihasilkan bersama oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa wabak COVID-19 akan menyebabkan di antara 1,117,000 dan 1,675,000 orang akan hilang pekerjaan di Bangladesh dalam tahun ini sahaja.

Perairan Malaysia bukan sahaja terbuka kepada cabaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari kedua-dua buah negara tersebut yang ingin mencari peluang pekerjaan serta mengambil kesempatan ke atas program Rekalibrasi PATI yang diumumkan baru-baru ini, tetapi juga kepada para penjenayah serta penyeludup dari negara jiran.

Buktinya jelas apabila Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang berjaya menahan satu percubaan menyeludup masuk dadah jenis Methamphitamine dan Ecstasy pada jam 8.20 malam, 3 Disember 2020 baru-baru ini.

Pengarah Maritim Pulau Pinang Kepten (M) Abd Razak Mohamed berkata ini merupakan rampasan dadah terbesar di negeri Pulau Pinang tahun ini. Setelah berlakunya aksi kejar-mengejar di laut selama lebih kurang 30 minit, dua orang individu ditahan bersama sebuah bot yang dipacu dua buah enjin sangkut dengan kekuatan 500 kuasa kuda bernilai RM150,000, manakala hablur kristal dadah yang dirampas adalah di anggar seberat 240 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM10.53 juta. Ini menjadikan nilai rampasan pada malam tersebut berjumlah RM10.68 juta.

Pada 1 Disember 2020, sebuah pesawat sayap kaku jenis Bombardier CL-415MP milik Maritim Malaysia telah melakukan rondaan malam di perairan Utara pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kawasan rondaan pesawat ini yang dipandu oleh Leftenan Komander (M) Yusni bin Sari dengan dibantu oleh Leftenan Komander (M) Mohammad Azli bin Razali selaku pembantu juruterbang merangkumi perairan negeri-negeri Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Perak), Pulau Pinang, dan Perak (termasuk Pulau Jarak) iaitu sebuah kawasan berkeluasan 7200 batu nautika persegi.

Rondaan seumpama ini dilakukan untuk mempertingkatkan Kesedaran Penguasaan Maritim (Maritime Domain Awareness) – atau MDA, pihak Maritim Malaysia khusunya, dan seluruh pasukan keselamatan amnya. Peningkatan MDA hanya boleh dilakukan dengan mengumpul maklumat mengenai semua jenis kapal, bot dan apa jua aktiviti maritim yang berada dalam perairan Malaysia, dan kemudiannya dirujuk bersama maklumat yang dikumpulkan oleh lain-lain agensi keselamatan, dianalisa dan dijadikan asas serta rujukan untuk operasi-operasi yang bakal dilakukan di masa hadapan.

Pengumpulan data dan maklumat serta rakaman video dan gambar-gambar dilakukan oleh Leftenan Komander (M) Mohd Hafizi bin Mohd Nor selaku Air Surveillance Operator (ASO) atau Pegawai Sistem Operasi Udara penerbangan tersebut. Dua orang anak kapal iaitu Bintara Kanan (M) Jamaludin bin Masri dan Laskar Kanan (M) Mohd Faizul bin Mat Yamme membantu pengoperasian pesawat.

Ternyata perairan Malaysia menjadi tumpuan bot nelayan asing (BNA) apabila pesawat mengesan kehadiran 43 buah BNA yang sedang rancak melakukan aktiviti penangkapan ikan lebih 8 batu nautika ke dalam perairan negeri Perak, lebih kurang 31 batu nautika ke arah Barat Laut dari Pulau Jarak. Leftenan Komander (M) Mohd Hafizi dengan segera berhubung dengan kapal ronda KM Malawali yang dinakhodai oleh Pegawai Memerintah Bertugas, Leftenan Komander (M) Fadzliana binti Fadzil, yang kemudiannya telah berkejar ke lokasi untuk tindakan pengusiran. KM Malawali telah mengiringi kumpulan BNA tersebut sehingga mereka kembali berada di dalam perairan negara mereka sendiri.

Kapal Maritim Malawali menjadi benteng utama penghindaran PATI dan lain-lain anasir di perairan negeri Perak

Walaupun merupakan para juruterbang yang amat berpengalaman, Leftenan Komander (M) Yusni dan Leftenan Komander (M) Mohammad Azli tetap berhadapan dengan risiko-risiko penerbangan malam seperti kekeliruan ruang (spatial disorientation) dan persekitaran penglihatan yang merosot (degraded visual environment) ketika membuat penerbangan waktu malam walaupun dalam keadaan cuaca penglihatan (Visual Meteorological Condition atau VMC). Ini adalah kerana amat mudah untuk terkeliru di antara kegelapan laut dan langit. Biarpun terdapat bintang-bintang di langit, namun lampu-lampu bot-bot dan kapal-kapal juga boleh mengelirukan keadaan, terutamanya apabila juruterbang perlu terbang dengan rendah seperti pada malam rondaan tersebut, iaitu sekitar 300 kaki (91 meter) dari paras laut. Hanya pengalaman dan kecekapan para juruterbang sahaja yang menjadi benteng di antara kejayaan operasi dan tragedi.

Begitu juga dengan para pegawai dan anggota Maritim Malaysia negeri Pulau Pinang dan KM Malawali yang terpaksa berhadapan dengan kemungkinan bahaya serangan balas daripada para pelaku kesalahan yang terdesak untuk meloloskan diri. Anda lihatlah sendiri aksi kejar-mengejar pada malam 3 Disember 2020 di perairan Pulau Pinang dan perhatikan sendiri bagaimana mereka sanggup membahayakan diri supaya kita dapat lena diulit mimpi.

Kejadian kejar-mengejar di antara bot penyeludup dadah dan bot Maritim Malaysia di perairan Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 3 Disember 2020.

Maritim Malaysia: Meredah Ombak Yang Mencabar

KM Bagan Datuk – salah sebuah aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang memelihara kedaulatan negara tanpa mengira cabaran yang dihadapi

Seramai 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Teluk Ramunia. Seorang nelayan hilang dan ditemui mati di perairan Kudat, Sabah. Belum sampai penghujung bulan, sejak 1 November 2020 hingga semalam, sebanyak 173 bot nelayan asing (BNA) dari Indonesia telah diusir oleh Maritim Malaysia negeri Perak berhampiran Pulau Jarak. Sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) Zhongguo Haijing 5402 telah mengganggu sebuah kapal penggerudian minyak serta kapal-kapal bekalannya hanya 44 batu nautika dari pesisir pantai negeri Sarawak. Tiga orang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis DiRaja Malaysia ditembak oleh kumpulan penyeludup dalam dua insiden di sempadan Thai mengakibatkan seorang anggota berpangkat Koperal maut.

Demikianlah rangkuman insiden-insiden diperbatasan yang telah dilaporkan dalam tempoh seminggu ini. Insiden-insiden ini merupakan di antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi kerajaan terutamanya APMM dalam menentukan sempadan perairan, kedaulatan negara, serta keselamatan komuniti di laut adalah selamat.

Turut berada di perbatasan perairan negara ialah Kapal Maritim Bagan Datuk serta 29 orang anak kapalnya yang dinakhodai oleh Leftenan Komander (Maritim) Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi, yang meronda di Sektor 6, Selat Melaka. KM Bagan Datuk disokong oleh bot-bot pemintas dari Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan. Kapal ronda generasi baru sepanjang 45 meter yang ditauliahkan pada 15 Mac 2017 bertindak sebagai kapal induk untuk operasi-operasi pemintasan yang dilakukan oleh bot-bot pemintas di sektor tersebut.

Kehadiran BNA Indonesia di perairan Pulau Jarak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan remeh oleh umum. Sekiranya dibiarkan atas sebab budi-bicara ataupun atas dasar jiran-tetangga, ianya boleh menjejaskan kedaulatan negara. Kita ambil contoh tuntutan Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) di mana Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824 menamatkan kerajaan Johor-Pahang-Riau-Linggi. Di bawah Perkara XII perjanjian tersebut, tidak ada satu pun pertubuhan British dibenarkan di atas pulau-pulau Karimun, Batam, Bintan, Lingga dan pulau-pulau ke selatan Singapura, manakala pulau-pulau serta batuan-batuan di dalam Selat Singapura menjadi milik kerajaan Kesultanan Johor yang baharu.

Sebuah rumah api didirikan oleh Syarikat Hindia-Timur British (HEIC) di Pulau Batu Putih dalam bulan Jun 1850 dan mula beroperasi pada 15 Oktober 1851. Ianya dioperasikan oleh Lembaga Pelabuhan Singapura yang menjadi sebahagian dari Malaysia. Namun, apabila Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan Malaysia untuk mengoperasikan rumah api tersebut.

Hanya apabila pada 21 Disember 1979 Pengarah Pemetaan Malaysia keluarkan sebuah peta yang menunjukkan Pulau Batu Putih sebagai hakmilik Malaysia, kerajaan Singapura keluarkan bantahan. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan walaupun Kesultanan Johor memiliki Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Batuan Selatan, namun tidak ada mana-mana pihak dari Malaysia ataupun Johor mengambil sebarang tindakan untuk menunjukkan ianya mempunyai hak ke atas pulau dan batuan-batuan tersebut, termasuk mengoperasikan rumah api di Pulau Batu Putih setelah 31 Ogos 1957. Maka ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak à titre de souverain ke atas Pulau Batu Putih manakala Batuan Tengah menjadi milik Malaysia melalui hakmilik Kesultanan Johor.

Inilah sebabnya APMM aktif menghalau BNA Indonesia, Vietnam dan China yang sengaja menguji reaksi pihak berkuasa Malaysia. Tidak mustahil jika suatu hari nanti negara-negara ini membuat tuntutan ke atas kawasan-kawasan perairan dan pulau-pulau di Malaysia sekiranya Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan yang menunjukkan kedaulatannya ke atas kawasan-kawasan tersebut.

Masalah yang dihadapi oleh APMM pula ialah walaupun di atas kertas ia memiliki berpuluh-puluh aset dalam bentuk kapal peronda, bot-bot pemintas serta aset-aset udara, perlu difahami bahawa kapal-kapal peronda kelas Bagan Datuk inilah kapal peronda yang paling baharu dan paling canggih. Kapal-kapal peronda yang lain ada yang usianya sudah menjangkau 40 tahun dan kebanyakannya adalah jauh lebih kecil berbanding kapal-kapal peronda milik CCG. Sebuah kapal peronda kelas Bagan Datuk iaitu KM Lahad Datu serta tiga buah kapal peronda luar pesisir pantai (OPV) masih belum diserahkan kepada pihak APMM. Aset-aset udara pula hanyalah dua buah pesawat sayap kaku jenis Bombardier CL-415MP dan enam buah pesawat sayap putar jenis Eurocopter AS-365N3 Dauphin dan AgustaWestland AW139 – jauh dari jumlah yang boleh dianggap mencukupi.

Semasa kapal CCG Zhongguo Haijing 5402 mengganggu kapal penggerudi minyak serta kapal-kapal bekalan dalam kedudukan 44 batu nautika (80 kilometer) dari pesisir pantai negeri Sarawak, Malaysia telah menghantar dua buah kapal milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) iaitu Bunga Mas 5 dan KD Keris. Walaupun tindakan tersebut telah membuat kapal CCG tersebut mengalah dan berundur ke perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) namun kita belum dapat menjangkakan reaksi pihak China seterusnya.

Ini adalah kerana Malaysia tidak bertindak balas dengan menggunakan diplomasi badan kapal putih (white hull diplomacy), iaitu kapal-kapal APMM untuk menyelesaikan keadaan. Sebaliknya, Malaysia telah menghantar dua buah kapal yang mempunyai badan kapal kelabu – iaitu kapal perang tentera. Besar kemungkinan, China akan bertindak balas di masa hadapan dengan mengirim sebuah atau dua kapal perang tentera lautnya (PLA-N) untuk mengiringi kapal peronda CCG. Sekiranya China bertindak sedemikian, ia adalah kerana tindakan Malaysia menjadi punca sebab China meningkatkan tahap reaksinya.

China juga baru-baru ini telah memperolehi persetujuan kerajaan Cambodia untuk menggunakan pangkalan tentera laut Cambodia di Ream yang terletak di Telukan Thailand. Sudah tentu kapal-kapal CCG dan PLA-N dapat menggunakan pangkalan ini untuk memperolehi bekalan. Ini bermakna, selain menunjukkan kuasanya di sebelah timur Laut China Selatan di luar pesisir pantai Sabah dan Sarawak, kapal-kapal CCG dan PLA-N juga boeh mengganggu bot-bot nelayan Malaysia serta platform dan kapal-kapal penggerudian minyak di sebelah barat Laut China Selatan iaitu di luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu yang hanya sekitar 15 jam pelayaran dari Ream pada kelajuan 20 batu nautika sejam.

Oleh demikian, adalah penting bagi kerajaan serta rakyat Malaysia memahami peranan penting APMM sebagai sebuah agensi separa-tentera (paramilitary) sebagai kuasa pencegahan bagi kuasa asing bertindak sewenang-wenangnya di dalam perairan serta Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kita. Penting juga bagi kita memahami kerana APMM amat memerlukan lebih banyak aset dan kelengkapan yang lebih canggih dan besar serta berkemampuan untuk berada lama di kawasan rondaan tanpa perlu diulangbekal terlalu kerap.

Cabaran menguatkuasa undang-undang maritim serta mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia juga begitu hebat di musim pandemik COVID-19. Umum tahu bagaimana penularan virus COVID-19 di atas sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat telah melumpuhkan pengoperasian kapal tersebut. Oleh sebab itu, kapal-kapal APMM juga diarahkan supaya menjalankan operasi pengusiran BNA dan bukannya penangkapan. Menurut Leftenan Komander (M) Nik Mohd Rizam arahan pengusiran tersebut bukan sahaja untuk menjauhkan para pegawai dan anggota APMM dari terjangkit virus COVID-19, malah ianya juga adalah kerana penangkapan nelayan-nelayan asing juga mungkin akan mendedahkan rakyat Malaysia kepada penularan mutasi baharu virus tersebut.

Sehubungan itu, pusat-pusat tahanan PATI di negara ini sudah penuh hinggakan kerajaan terpaksa membuka pusat-pusat tahanan PATI sementara untuk menempatkan PATI yang ditangkap di dalam negara. Malah, Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dato’ Sri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said semasa menjawab pertanyaan di dalam Parlimen pada 18 November 2020 memberitahu Dewan Rakyat bahawa setakat 13 November 2020, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaporkan bahawa terdapat seramai 13, 103 orang tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DPI) di seluruh negara berbanding kapasiti depot seramai 12,530 orang tahanan pada satu-satu masa.

JIM juga melaporkan bagi tempoh dari 1 Januari 2020 hingga 12 November 2020, seramai 89,086 orang warga asing telah diperiksa. Dari jumlah tersebut, 21,176 orang PATI telah ditangkap untuk siasatan. Sekiranya kerajaan perlu tanggung kos makanan dan minuman berjumlah RM40 sehari bagi setiap orang PATI yang ditangkap ini, maka kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM847,040 setiap hari. Proses menghantar PATI pulang ke negara asal lazimnya mengambil masa di antara tiga minggu hingga empat bulan. Maka, kerajaan membelanjakan di antara RM840 hingga RM4800 untuk membekalkan makanan dan minuman bagi setiap orang PATI. Malah, kos keseluruhan untuk menanggung PATI di DPI di seluruh negara ialah sebanyak RM3.4 juta sebulan.

Pandemik COVID-19 juga memberi kesan terhadap emosi para petugas barisan hadapan APMM. Bagi Nasul Abdul Halik yang bertugas sebagai tukang masak KM Bagan Datuk, berjauhan dengan keluarga di Satok, Sarawak sudah tentu memberi cabaran baginya. Apatah lagi beliau baru setahun bertugas dalam APMM. Penularan wabak COVID-19 di Malaysia bermakna sudah setahun beliau tidak dapat menjenguk keluarga di Sarawak. Namun seperti lain-lain anak-anak kapal KM Bagan Datuk, beliau menguatkan semangat untuk melaksanakan tugas kerana moral anak-anak kapal yang lain bergantung juga kepada kemahiran beliau memasak. Sudah tentu rasa masakan beliau perlu sedap tidak mengira sama ada beliau bersedih mahupun mabuk laut akibat cuaca buruk.

Demikianlah di antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para petugas barisan hadapan kita di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Biarpun cabaran datang dalam berbagai gelombang, mereka akan tetap menerima cabaran-cabaran tersebut. Namun, lebih banyak sokongan kerajaan dari segi aset, kelengkapan dan kewangan yang diperlukan oleh mereka-mereka seperti Leftenan Komander (M) Nik Mohd Rizam dan anak-anak kapal KM Bagan Datuk untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan lebih berwibawa.

Kadar Jenayah Semakin Berkurangan

Kadar jenayah menurun di antara 1 Januari 2020 hingga 15 November 2020

Umum risau setiap hari semakin ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan sama ada akibat penutupan tempat kerja ataupun tindakan majikan mengurangkan jumlah pekerja demi menyelamatkan perniagaan mereka.

Di era pandemik COVID-19, kita dapat melihat fenomena yang sama berlaku di seluruh dunia. Berjuta orang yang telah hilang pekerjaan.

Turut dirisaukan juga adalah kemungkinan meningkatnya kadar jenayah berikutan penambahan jumlah penganggur yang mendadak. Hakikatnya, kadar jenayah adalah semakin menurun.

Kadar pengangguran terkini setakat suku ketga tahun ini ialah 4.6 peratus dari jumlah pekerja. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerjaan dalam sektor swasta menurun sebanyak 181,000 menjadikan jumlah pekerjaan sektor swata sebanyak 8.47 juta berbanding suku ketiga 2019. Dari angka tersebut, 97.9 peratus jawatan telah diisi manakala 2.1 peratus masih kosong.

Ini bermakna, masih terdapat 179,000 kekosongan jawatan untuk pekerjaan separa-mahir manakala 21,000 pekerjaan baharu telah wujud untuk pekerja tanpa kemahiran. 100,000 kekosongan masih ada dalam sektor perkilangan.

Apa yang diperlukan hanyalah kesanggupan rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan untuk mengkalibrasikan kemahiran mereka untuk menceburi bidang baharu.

Apa yang dapat kita lihat sejak bermulanya PKP pada 18 Mac 2020 ialah betapa ramainya para pekerja berkemahiran tinggi yang telah menyesuaikan diri dengan menjalankan perniagaan dan pekerjaan baharu seperti menjadi rider penghantar, taukeh tauhu bergedil yang berniaga dari rumah, dan menjalankan perniagaan detailing kereta dari rumah ke rumah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dalam satu kenyataan mengenai penularan trend jenayah ragut berkata kes jenayah yang dilaporkan bagi tempoh dari 1 Januari 2020 hingga 15 November 2020 ialah sebanyak 56,117 kes berbanding 72,836 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini bermakna jumlah keseluruhan kes jenayah telah menurun sebanyak 16,719 kes atau 23 peratus.

Bagi jenayah ragut pula, sebanyak 1,160 kes telah dilaporkan dalam tempoh yang sama berbanding 2,216 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,056 kes atau 47.65 peratus berbanding tahun lepas.

Sama ada ianya berhubung kait dengan penurunan kadar jenayah secara langsung ataupun tidak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tahun ini setakat 2 November 2020 telah membuat pengusiran terkumpul Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seramai 30,452 orang.

Tahun lepas sahaja telah menyaksikan seramai 192,260 orang PATI yang telah tampil untuk menyertai program ‘Back For Good.’ Jumlah kompaun yang telah diperolehi kerajaan ialah sebanyak RM134.6 juta.

Kerajaan, melalui inisiatif Rekalibrasi Pulang yang diumumkan oleh YB Menteri Dalam Negeri baru-baru ini, lebih ramai PATI dijangka akan tampil kehadapan untuk pulang ke negara asal mereka. Lebih baik juga bagi mereka kerana mereka akan menjalani saringan COVID-19 terlebih dahulu. Ini sekaligus menangkis tanggapan bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap PATI yang dicanang oleh pihak-pihak tidak bertanggung jawab.

Inisiatif-inisiatif lain seperti Ops Benteng, Ops Kuda Laut dan lain-lain juga telah banyak membantu. Sebagai contoh, bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 21 Ogos 2020, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membuat sebanyak 127,930 pemeriksaan, 18,731 penggeledehan dan 565 tangkapan. Bagi tempoh tersebut, hasil denda, lelong dan nilaian kompaun adalah sebanyak RM11.12 juta.

Kita tidaklah mengatakan bahawa rakyat Malaysia langsung tidak terlibat dalam perbuatan jenayah ataupun menyalahkan PATI semata-mata di atas jenayah-jenayah yang telah berlaku, tetapi kita harus berfikir secara rasional dan melihat ‘the big picture’ sebelum membuat sebarang andaian.

Berlaku adillah terhadap barisan hadapan kita yang bukan sahaja bersengkang mata untuk menjaga keselamatan kita, tetapi juga terdedah kepada bahaya seperti virus COVID-19 semasa menjalankan tugas. Janganlah kerana satu kes maka diperbesarkan seolah-olah negara ini tidak lagi selamat untuk didiami.

Tindakan Pantas APMM Selamatkan Anak Kapal Dayang Topaz

MV Dayang Topaz, accommodation work boat milik DESB Marine Services Sdn Bhd yang dibina pada tahun 2010, mempunyai 199 tempat tidur untuk para pekerja dan anak kapal.

Pagi semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa sebuah accommodation work boat milik DESB Marine Services Sdn Bhd, ‘MV Dayang Topaz’, telah karam dan dua orang meninggal dunia. Disyaki mooring anchor wirenya telah putus dalam keadaan laut yang bergelora serta ombak tinggi 4.5 meter mengakibatkan kapal tersebut menghentam pelantar Baram ‘B’ sebelum terbalik dan karam.

Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) yang telah menerima laporan daripada kapal ‘MV Sapura Constructor’ yang telah menerima isyarat kecemasan daripada ‘MV Dayang Topaz’. MRCC kemudiannya menghubungi semua kapal serta agensi-agensi tempatan dan antarabangsa yang berada berhampiran kawasan tersebut untuk memberi bantuan. Di antara aset-aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berada di lokasi tersebut adalah KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23. Pada masa yang sama, MRCC juga menghubungi komuniti nelayan tempatan, syarikat-syarikat seperti PETRONAS, Shell, agensi-agensi seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan agensi antarabangsa berhampiran seperti National Search Coordination Center (NSCC) Brunei, yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa MRCC adalah pusat operasi yang ditubuhkan oleh APMM untu mengawal dan menyelaras operasi mencari dan menyelamat (MSAR) di perairan Malaysia. Berpusat di Putrajaya, MRCC ditubuhkan mengikut keperluan Mencari dan Menyelamat Udara dan Maritim Antarabangsa (IAMSAR). Berdasarkan Jilid IV IAMSAR, APMM menjadi organisasi yang bertanggung jawab terhadap semua insiden maritim. Ketua Pengarah APMM menjadi ketua perkhidmatan MSAR, manakala MRCC menjadi organisasi yang mengkoordinasi operasi dan menggerakkan segala aset untuk membantu.

Tanggung jawab yang digalas oleh APMM untuk melakukan operasi MSAR adalah amat berat memandangkan jangkauan Wilayah Mencari dan Menyelamat (MSSR) yang agak luas. Ianya merangkumi kawasan sehingga ke Kepulauan Andaman di sebelah barat Semenanjung, seluruh kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di sebelah timur Semenanjung, dan seluruh kawasan pantai negeri Sabah dan Sarawak serta ZEE.

Keberkesanan APMM melaksanakan tugas dan tanggung jawab MSAR bergantung kepada dua perkara utama, iaitu jenis dan jumlah aset atas permukaan laut dan udara milik APMM, dan keberkesanan sistem pengesanan kecemasan milik kapal-kapal dan bot-bot dalam wilayah tersebut. Saya difahamkan bahawa aset-aset atas permukaan laut yang dimiliki APMM ada pelbagai jenis yang dibina atau diperolehi mengikut penugasan masing-masing. Sebagai contoh, kapal peronda luar pesisir pantai (OPV) milik APMM yang diperolehi dari Jepun, ‘KM Arau’ dan ‘KM Pekan’ adalah dibina khusus untuk penugasan SAR kerana memiliki rekabentuk yang lebih stabil di kelajuan yang perlahan, manakala tiga buah OPV yang sedang dibina di Pulau Indah lebih merupakan kapal pelbagai peranan yang lebih sesuai. Kapal-kapal peronda generasi baharu (NGPC), kapal-kapal peronda laju yang diperolehi dari PDRM dan lain-lain agensi pula lebih sesuai ditugaskan di perairan pesisir pantai. Lebih banyak aset pelbagai peranan diperlukan dan bersesuaian dengan zon-zon penugasan.

Lebih banyak aset udara berkemampuan juga diperlukan, lebih-lebih lagi dalam keadaan pengoperasian pengawalan kedaulatan perairan negara dan juga tugas-tugas MSAR. Malah, aset-aset udara tersebut juga perlu boleh ditugaskan dalam pelbagai jenis cuaca dan lebih penting lagi, dilengkapi secukupnya untuk penugasan malam. Kita amat maklum dengan tragedi yang menimpa sebuah helikopter Sikorsky S-61A4 Nuri milik TUDM pada 16 Oktober 1996 ketika membuat penugasan menyelamat di laut pada waktu malam berhampiran Muka Head, Pulau Pinang yang mengorbankan seramai tiga orang anak kapal manakala dua lagi terselamat.

Berbalik kepada insiden ‘MV Dayang Topaz’, hubungan kerjasama antarabangsa di antara MRCC dan NSCC Brunei telah membolehkan penugasan operasi MSAR dijalankan dengan pantas. Penggunaan Sistem Global Kecemasan Maritim dan Keselamatan (GMDSS) untuk kapal-kapal bersaiz 300 tan ke atas atau lain-lain sistem seperti Suar Radio Kecemasan Yang Menunjukkan Kedudukan (EPIRB), Pemancar Kedudukan Kecemasan (ELT) untuk bot-bot lebih kecil dan juga Suar Kedudukan Persendirian (PLB) untuk peminat aktiviti laut juga dapat membantu pihak MRCC mencari kedudukan orang atau bot dan kapal yang perlu diselamatkan dengan lebih cekap dan pantas. Inilah kenapa sistem-sistem ini penting untuk semua yang menjalankan aktiviti-aktiviti di laut.

Dan sudah tentunya pencarian dan penyelamatan mereka yang memerlukan perkhidmatan ini akan menjadi lebih mantap sekiranya APMM dibekalkan dengan aset-aset yang amat diperlukan.

Kerajaan Perlu Bersungguh Mempertahankan Kedaulatan Negara

Di antara kapal-kapal nelayan China yang ditahan di perairan Johor oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) – gambar APMM/Kyodo.

Minggu lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan sebanyak enam buah kapal nelayan China dan seramai 60 orang anak kapal di perairan negeri Johor. Keenam-enam buah kapal tersebut yang didaftarkan di Qinhuangdao, 1300km ke utara Shanghai, sedang dalam perjalanan ke perairan Mauritania di barat Afrika apabila mengalami kerosakan berhampiran Tanjung Setapa di Pengerang. Kapal-kapal tersebut ditahan kerana berlabuh dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Apa yang menarik di sini ialah keenam-enam buah kapal tersebut adalah dalam perjalanan sejauh berpuluh ribu batu nautika untuk menangkap ikan di barat benua Afrika. Menurut kajian Overseas Development Institute, China mempunyai sebanyak 16,966 buah kapal nelayan jarak jauh. Dari jumlah tersebut, sebanyak 12,490 buah beroperasi di luar perairan China yang diiktiraf antarabangsa di antara tahun 2017 dan 2018. China menguatkuasakan sempadan perairannya mengikut nine-dash line yang direkanya pada tahun 2012 yang bertentangan dengan UNCLOS.

Selain penguatkuasaan yang dilakukan oleh China Coast Guard (CCG) berkenaan sempadan perairannya, penguatkuasaan juga dibuat ke atas tempoh larangan memancing di perairan Laut China Selatan. Penguatkuasaan ke atas larangan tersebut menyaksikan pertembungan di antara nelayan Vietnam dengan CCG. Dalam sebuah kes dalam bulan Jun 2020, sebuah bot nelayan Vietnam telah dikepung dan dilanggar hingga rosak oleh kapal-kapal milik CCG. Awak-awak bot Vietnam tersebut ditahan dan disiksa serta dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang memaksa mereka mengakui perbuatan mereka melanggar tempoh larangan menangkap ikan.

Vietnam selama ini menggunakan tindakan diplomatik untuk membantah tindakan CCG, namun penggunaan saluran diplomatik yang terlalu kerap tidak membawa sebarang makna tanpa tindakan yang lebih keras untuk mempertahankan kedaulatan perairannya hinggakan nota-nota bantahan itu dianggap retorik semata-mata serta dimomok oleh rakyat Vietnam sendiri.

Tindakan CCG menghalau bot-bot nelayan Vietnam memaksa mereka untuk belayar lebih jauh ke Selatan untuk menangkap ikan, dan ini mengakibatkan mereka sanggup menceroboh ke dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) lain-lain negara termasuk Malaysia dan Indonesia. Keadaan ini menjadikan mereka lebih terdesak; maka terjadilah insiden-insiden keganasan di laut termasuk serangan ke atas bot ‘Penyelamat 7‘ milik APMM baru-baru ini yang berakhir dengan kematian seorang nelayan Vietnam.

Bukan mudah bagi sebuah agensi barisan hadapan masa aman seperti APMM untuk mengawasi dan mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia yang seluas 614.159 kilometer persegi. ZEEnya sahaja mempunyai keluasan sebanyak 453,186 kilometer persegi. Majoriti aset yang dimiliki APMM bukan sahaja lebih sesuai digunakan di kawasan laut wilayah iaitu sekitar 12 batu nautika (22 kilometer) dari garis dasar (titik purata paras air surut terendah), malah ada yang berusia lebih 60 tahun dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak kapal sekiranya dirempuh atau terperangkap dalam ribut dan gelombang yang kuat. Aset-aset ini juga tidak mampu menandingi aset-aset CCG yang jauh lebih besar dan berkeupayaan untuk berada di kawasan rondaan lebih lama.

Penggunaan aset-aset TLDM untuk membantu mengawasi dan mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia di waktu aman juga hanyalah bersifat ‘barisan kedua.’ Penggunaan aset-aset tentera untuk membuat tugasan penguatkuasaan sebenarnya tidak langsung sesuai, malah lebih mudah untuk mencetus konflik di antara Malaysia dan negara-negara yang menceroboh. Pada bulan April 2012, sebuah kapal peronda tentera laut Filipina, ‘BRP Gregorio del Pilar‘, telah dihalang oleh dua buah kapal “penyelidikan” milik China iaitu ‘Zhonggou Haijian 75‘ dan ‘Zhonggou Haijian 84‘ daripada menahan lapan buah bot nelayan China di persekitaran Terumbu Scarborough. Ianya menjadi sebuah insiden diplomatik yang lebih sukar ditangani pada ketika itu kerana China lebih sukar untuk berkompromi kerana sebuah aset tentera telah digunakan.

Berbalik kepada 12,490 buah kapal nelayan jarak jauh milik China yang beroperasi di luar perairan China yang diiktiraf antarabangsa, kekurangan aset dan penggunaan aset-aset yang tidak bersesuaian dengan kehendak operasi sudah tentu menyukarkan APMM. Sebagai sebuah agensi separa-tentera, ianya memerlukan aset-aset yang lebih besar, lebih keupayaan tembakan untuk menguatkuasakan undang-undang yang berhubung dengan wilayah maritim negara. Kehadiran kapal-kapal nelayan yang diiringi aset-aset CCG di kawasan Gugusan Beting Raja Jarom (North Luconia Shoals), Gugusan Beting Patinggi Ali (South Luconia Shoals) dan Beting Serupai (James Shoal) mencabar kewibawaan serta memberi calar kepada imej APMM.

CCG juga telah dikesan hadir mengiringi kapal-kapal nelayan China dalam perairan Indonesia di sebelah utara Kepulauan Natuna dalam bulan September 2020. Ini bermakna kita mungkin bakal menyaksikan insiden-insiden yang serupa dengan insiden yang melibatkan kapal ‘Haiyang Dizhi 8‘ milik China dengan kapal ‘West Capella‘ di barat-laut Sabah, tetapi kali ini di kawasan-kawasan carigali minyak di luar pesisir pantai timur Semenanjung pula.

Kerajaan harus membina keupayaan APMM sebagai agensi mutlak menguatkuasakan undang-undang berkaitan maritim di Malaysia. Kewujudan APMM pada dasarnya adalah untuk menyatukan kesemua 11 agensi berkaitan maritim di Malaysia. Namun, kehendak politik yang lemah masih menyebabkan peruntukan kewangan disalurkan kepada agensi-agensi yang sepatutnya tidak lagi melakukan penguatkuasaan undang-undang maritim. Ini adalah di antara sebab APMM bukan sahaja tidak mendapat peruntukan yang diperlukan, malah dianggap setara dengan agensi-agensi yang ia sepatutnya gantikan. Walhal, dalam apa jua keadaan yang melibatkan segala jenis insiden di laut, baik pencerobohan nelayan Kelas C dalam zon Kelas A, penyeludupan rokok dari negara jiran, penyekatan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kesemuanya diletakkan oleh persepsi masyarakat di atas bahu APMM dan bukannya 11 agensi tersebut.

Selain aset-aset yang berpatutan, berkeupayaan dan bersesuaian, Malaysia juga harus gunakan pendekatan diplomatik untuk membawa usul supaya UNCLOS memberi takrif mutlak dan spesifik terhadap gugusan-gugusan pulau dan terumbu seperti yang berada di Laut China Selatan agar lebih mudah untuk keputusan-keputusan International Tribunal for the Laws of the Sea (ITLOS) dikuatkuasakan. Mungkin tidak keterlaluan juga dicadangkan, dalam ketiadaan suatu badan perjanjian seperti NATO, supaya Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia membuat satu gabungan agensi-agensi penguatkuasaan maritim untuk berhadapan dengan ancaman pihak China, disamping mengadakan perjanjian-perjanjian serupa dengan Malaysia-Thailand Joint Development Authority, tetapi untuk perikanan. Ianya lebih bermakna berbanding tunduk kepada kehendak China untuk mengiktiraf kedaulatan China di ZEE Malaysia.

Amatlah diharap agar Kementerian Kewangan dapat meluluskan peruntukan yang dimohon oleh pihak APMM demi maruah dan imej negara semasa pembentangan bajet tidak lama lagi.

MMEA’s Baptism of Fire

The two Vietnamese fishing vessels that had attacked the MMEA’s patrol craft

The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) recently experienced its baptism of fire literally when one of its patrol craft came under attack from Vietnamese fishermen on board two fishing vessels. Early today, an Indonesian smuggler was shot dead in a scuffle with an MMEA personnel.

Incident with the Vietnamese fishermen

The incident involving the Vietnamese fishermen occured some 81 nautical miles from Tok Bali, Kelantan, inside the Malaysian Maritime Zone. This is equivalent to the distance where most of our offshore drilling platforms are located – 150 kilometers from the mouth of the Tok Bali river.. It also means that the Vietnamese fishing vessels were most definitely far from their own waters. They are known to have gone as far south as the Indonesian Natuna islands and have recently rammed several boats from the Indonesian Department of Fisheries to avoid being detained.

Not only that, towards the end of April of last year, two Vietnamese Coast Guard vessels rammed an Indonesian navy vessel in order to stop the latter from detaining several Vietnamese fishing vessels.

In the previous Sunday’s incident, they waited for the seven-men crew of the ‘Penyelamat 7’ to come close to their vessel before ramming their boat, throwing objects including iron blocks, wrenches, sharpened iron rods, cooking gas tank and others at the boat and crew. They have also prepared diesel bombs in several barrels on board their vessel which they threw at the boat with the intention of destroying it and its crew. In defence, the crew fired several warning shots to deter the crew of the fishing vessel from intentionally hindering the enforcement from boarding and inspecting. Still, they did not stop. The consequence, unfortunately, is in the form of a dead Vietnamese fisherman.

Incident with Indonesian smugglers

Near Tanjung Sedili early today, the MMEA foiled an attempt to smuggle exotic birds, the White-Rumped Shama and the Magpie Robin, by Indonesian smugglers using two fibreglass speedboats. The MMEA managed to stop the first boat and detained three Indonesian men aged between 40 to 62 and discovered about 90 cages filled with the birds mentioned.

A second boat arrived unaware that the first boat had been detained. An MMEA personnel jumped on board in an attempt to stop it. The boatman accelerated away in a dangerous manner where he tried to ram the MMEA patrol boat. A struggle ensued between the boatman and the enforcement officer where the former had tried to seize the latter’s weapon. Warning shots were fired by the other enforcement officers but this too was ignored, and a decision was made to use reasonable force to stop the smugglers from harming the enforcement officer on board their boat. A shot was fired and one of the smugglers was hit, and later pronounced dead on arrival at the Tanjung Sedili Medical Centre.

Formation of the MMEA

The men of the MMEA were just doing their job under but not limited to Section 7(2)(b) and Section 7(2)(d) of the Malaysian Maritime Enforcement Agency Act, 2004 which allows them to board any vessel with the purpose of inspecting and searching, and investigate any offence that is being committed, or about to be committed, or has been committed. The 19 Vietnamese fishermen as well as the Indonesian smugglers that have been detained are now being investigated especially under Sections 307 and/or 186 of the Penal Code for the attempt to murder and for obstructing public servants from carrying out their duties.

The formation of the MMEA was mooted in 1999 and tabling of the MMEA bill was made in Parliament in 2004. Prior to its formation, the Exclusive Economic Zone (EEZ) was managed in a sectoral manner by 11 government agencies and departments, involving 5,000 personnel and more than 400 vessels of all types. A singular and dedicated approach was required, leaning towards the roles of a coast guard, as both an enforcement agency as well as combatant in times of war – in other words, it is a paramilitary body. It in not any different than the Royal Malaysian Police’s General Operations Force (PGA). But unlike the police, the MMEA has the power to investigate and prosecute.

The MMEA acquired hand-me-down assets from the various marine departments and agencies, some of which are already in their 60s. Although procurements of new vessels have been made, the bulk of vessels patrolling our waters are more than 30 years old. Not only that, the numbers are not sufficient to cover the operations. Larger but older vessels need regular maintenance for them to be able to operate continually. Hence, smaller boats that are not meant for long-distance patrols and have no on-station endurance have to be employed.

In Dire Need of Newer and Suitable Assets

It was probably based on this knowledge that the fishing vessels involved in the recent incident were armed with improvised weapons meant to cause the destruction of these smaller patrol boats. Imagine what would have happened to the brave crew of the 20-meter Penyelamat 7 had their boat sunk that day. Desperate to not lose their livelihood if caught, these fishermen would do anything at all to avoid arrest. In April 1993, a Royal Malaysian Navy personnel whom had boarded a fishing vessel off Pulau Kapas in Terengganu was kidnapped, possibly after being overpowered, and was never found. I was made to understand that this almost happened to the men of the MMEA.

We need to understand that these fishing vessels work in packs of several vessels per pack. The MMEA would have to spread itself really thin to follow these packs. When a boarding party has successfully boarded a vessel, the MMEA patrol boat will then go after the other boat. Now imagine this: each fishing vessel is crewed by about ten men. Each Penyelamat-class boat has a crew of about eight. How many MMEA personnel can be put on each fishing vessel safely if they are not to be overpowered, and if there are three or four fishing vessels in a pack? In the case of the Penyelamat 7, it would have taken two hours and 40 minutes for another fast MMEA boat travelling at a speed of 30 knots to get to their location. In those two hours and 40 minutes, they would have to rely on sheer guts and luck to stay safe while facing 40 desperate and determined men.

Therefore, it is imperative that the government equip the MMEA with more purpose-built assets which are newer, larger and faster, to replace the current older ones as well as boats that are not built for long-range patrols. As its name suggests, the Penyelamat 7 was built for search-and-rescue operations, not enforcement. The MMEA would also be needing mobile floating bases – perhaps converted merchant vessels that can house extra crew, the Special Task and Rescue (STAR) team with a helicopter and fast Rigid-Hulled Inflatable Boats to act as a logistics ship for the MMEA patrol vessels as well as back ups for its patrol vessels. This way, patrol vessels will have a longer range and patrol endurance to intercept the packs.

Faster and capable patrol boats also need to be acquired for anti-piracy and anti-smuggling operations especially in the Johor waters and the Strait of Melaka.

The Vietnamese fishing fleets are known to be accompanied by a ‘mothership’ so that they can fish far from their waters, while the Indonesia smugglers and pirates are only a short hop away, able to carry out hit-and-run raids quickly if left unchecked. It is about time the government becomes serious about the matter and better equip the MMEA as any paramilitary force should be equipped.