Aku, Lelaki

Lelaki Terindah

5.29 pagi aku duduk termenung di sebuah restoran mamak berhampiran rumahku sambil membalun dua keping roti canai kosong banjir bersama segelas teh tarik kurang manis yang boleh membunuh sang semut tatkala tersentuh sahaja kakinya. Aku masih tidak dapat memahami isi kandungan The Meaning of Our Cheerfulness hasil nukilan Nietzsche, mungkin kerana tidak ada apa-apa yang begitu menceriakan seorang lelaki seperti aku yang tujuan merayau jam 5.29 pagi hanyalah semata-mata untuk makan roti canai.

Hidup engkau bagai tiada tujuan,” pernah orang tuaku leter pada ku lebih 20 tahun yang lalu apabila aku enggan menurut kata-katanya supaya aku menjadi seorang akauntan atau peguam. Tetapi, pada ketika dan saat ini, pada pukul 5.29 pagi, makan roti canai adalah satu tujuan hidup yang baik, berbanding dengan aku yang mungkin terbaring terlentang di atas Federal Highway mencari sisa otakku yang bertaburan akibat terjatuh motorsikal selepas berlumba dengan rakan-taulanku.

Gott ist tot,” adalah ungkapan yang mungkin Nietzsche akan luahkan padaku ketika ini sekiranya beliau bercadang untuk bangkit dari kubur. Hodoh. Aku lebih sukakan Maya Karin melayang di waktu malam tanpa seurat benang pun agar dapat aku letakkan portretnya di dalam Facebook ku.

Dalam menungku, aku terkenang akan hidupku yang bercampur-baur dengan kejadaman, keperitan, keceriaan dan kehancuran. Aku lebih suka berada di sekolah – tanggungjawab hidup ketika itu lebih mudah: lulus ujian, dan tentukan cicak-cicak yang mati akibat dilastik disapu ke bawah pintu pejabat pengetua. Aku tak perlu fikir masa hadapan anak-anak; aku tak perlu fikir adakah jantungku masih akan berdegup semasa mereka masih memerlukan aku; aku tak perlu fikir mengenai apa strategi bodoh yang akan diambil oleh bekas-bekas isteriku yang suka melihat kerut dahiku bertambah dari satu hari ke satu hari yang lain akibat tindakan-tindakan bodoh mereka – petty, tetapi menusuk jantung kewarasanku – hanya kerana inginkan kemenangan pyrrhic yang membunuh semua yang lain, termasuk kewarasan anak-anak. Aku sukar memahami sang isteri yang sembahyang ketika mengalami kesempitan hidup (tak sempit, tak sembahyang) , tetapi pada yang sama, melayan aku, si tiketnya untuk memasuki syurga, bak tiket bas RapidKL yang telah digunapakai.

Aku sukar memahami isteri yang berpelajaran tinggi tetapi otak diletakkan di dalam kepala lutut.

“Sudah pukul 9 malam! Takkan kau nak keluar lagi ke kedai mamak depan dengan adik engkau untuk teh tarik? Dah lewat, kau faham tak, jantan?”

Ceritanya bagus, tetapi bila basuh berak ataupun period, tak reti nak simbah lantai. Bila aku suruh dia mencuci segala khazanah yang ditinggalkannya selebet di atas lantai bilik air, perempuan ini menangis dan menelefon emak aku. EMAK AKU! Bukan emak dia. Lepas tu panjanglah FM STEREO yang aku terima dalam telefon bimbitku. Jadilah berminggu-minggu aku tak bersapa dengan mak bapak aku sendiri.

“Tak guna punya anak? Suami apa macam ni? Tak boleh nak tolong bini sendiri! Gila talak ke?”

Taik dan darah sendiri pun tak boleh cuci ke? Tak pernah ke dengar kata-kata orang tua-tua era Tun Sri Lanang:

SENDIRI BERAK, SENDIRI CUCI

Aku tak boleh fahami isteri yang tukar padlock pintu hanya kerana aku tiba di rumah begitu lewat kalau mengikut piawaiannya – 5 minit selepas jam 7 petang.

Aku, lelaki. Aku tidak pernah minta supaya sebungkus Maggi yang siap dicelur air panas tersedia di hadapan ku 24/7. Aku tidak pernah minta agar kau kangkangkan pehamu seluas kangkang gajah supaya aku tersenyum kepuasan. Aku tidak pernah minta kakiku dicium supaya kau boleh mencium haruman Firdausi. Walaupun aku tidak pernah bersetuju sepenuhnya dengan pendapat Nietzsche, tetapi kekadang naluriku berfikir sendiri; tanpa ingin memulakan sebarang blasphemous rumour, naluriku berkata mungkin tuhan juga mempunyai sick sense of humour. Perkahwinan dicipta di heaven sepertimana juga guruh dan petir, membuat jantungku luruh dalam getir.

Rambling aku mula tiada haluan. Mungkin roti canai sudah mula diproses, dimangkinkan proses pencernaan oleh kari dan dhal yang berusia paling tidaknya dua hari.

Aku, lelaki. Aku inginkan kebahagiaan hidup. Masakan (sekali lagi ia berbunyi masa-kan, bukannya masak-an) bisa (bukan dari ular, tetapi kebolehan) aku mencapai kebahagiaan di akhirat kalau di muka bumi ini pun aku tidak bisa tersenyum (aku tak ada taring ular nak berbisa). Ramai wanita yang profess akan cinta mereka kepada ku tetapi akhirnya aku tidak lain melainkan hanyalah pemampan emosi bagi mereka. Apa? Kau orang ingat aku ni macam besi pemampan tepi highway yang bas-bas langgar sebelum melanggar tol PLUS di Jelapang?

Ada yang kata mereka cintakan aku sepenuh hati: tetapi bila aku lambat tiba seminit, lagi teruk marahnya dari herdikan kepada budak kilat kasut di Chennai yang tersilap guna Kiwi cokelat untuk kasut hitam.

“You are one minute late!” tengkingnya. “Do you know that it bores me to death because you are one minute late? You are always late! You are never on time!”

“But I love you!” sambungnya. “But you are late by one minute! Next time if you cannot be on time, don’t see me!”

Kau tak tahukah betapa gilanya kelajuan aku memandu untuk sampai tepat pada waktu yang kau kehendaki? Aku tak control cara orang lain memandu, BETCH!. Kau pedulikah kalau dahiku terbelah dua setelah kepalaku terhantuk di steering sekiranya aku berjaya meremukkan bahagian hadapan keretaku dan bahagian belakang kereta orang lain pada kelajuan 180km/h? Kalau kau gembira, aku mintak otakku terpelanting dan pecah di muka engkau pada saat itu.

Aku juga sukar memahami perempuan-perempuan yang menyatakan cinta kepadaku yang tidak berbelah bahagi, dan yang teramat sangat, tetapi berbuat sedemikian hanya untuk membalas dendam terhadap seseorang, biasanya terhadap orang yang dikasihinya yang bersikap jalang.

“Aku cintakan kau lebih dari aku cintakan nyawaku,” pernah satu ketika diungkapkan kepadaku. “Tetapi, tidak cukup untuk aku meninggalkan jantan jalang yang merobek hatiku ini dan menghabiskan sisa-sisa hidupku yang pathetic dengan engkau.”

Atau,

“Aku cintakan engkau teramat sangat, tetapi jangan persoalkan tindakanku sekiranya aku berdiam selama 3 bulan tanpa boleh engkau menghubungiku.”

Dan paling aku tak faham ialah bagaimana mereka membuang aku lebih teruk dari plastik bungkusan Twisties yang telah kosong. Biasanya perbuatan tersebut akan didahului dengan disclaimer yang tangible, iaitu I WANT TO SEE YOU HAPPY, I HOPE TO SEE YOU HAPPY; dan satu disclaimer yang intangible, iaitu WE HAVE BROKEN UP BUT YOUR ASS IS STILL MINE WHEN I NEED YOU WHENEVER I AM NOT HAPPY. Pelik dan ajaib, tetapi benar. Bila aku move on, sepuluh jari mula menuding seperti Jejaka Kepala Batas yang mula menyalahkan orang lain bila keputusan pilihanraya umum ke-12 macam sial.

Well, sebenarnya sial pun lagi elok rupanya dari keputusan PRU-12. But that is a different matter entirely.

Aku, lelaki. Aku hanya dambakan senyuman manis yang datangnya dari hati yang ikhlas, yang terzahir akibat cinta yang suci. Aku hanya dambakan sedikit respect, dan akanku balas berganda-ganda sekiranya aku dapat rasakan perasaan-perasaan yang ikhlas.

Itulah kisahku, lelaki. Cannon-fodder, punching bag, emotional buffer.

Nasib baiklah ada yang menyayangi aku kerana aku adalah aku, dan dengan ikhlas.