SeaDemon Says

Kehangatan Pemilihan Parti – A Hypothesis

Posted on: December 10, 2008

Mukadimah

PEMILIHAN parti yang akan diadakan pada bulan Mac tahun hadapan akan menyaksikan perebutan jawatan di semua peringkat yang merupakan kali pertama dalam lebih 20 tahun. Wartawan kami, Syed al-Gojo, telah menemui Professor John F SeaDemon, seorang penganalisa politik dari Wanogo University, untuk bertanyakan pendapat beliau:

Syed al-Gojo: Jawatan presiden parti akan dipertandingkan. Calon macam manakah yang mungkin rakyat hendak lihat terpilih?

Professor John F SeaDemon: Senang. Yang dapat meningkatkan ekonomi.”

SAG: Adakah ini bermakna penyandang jawatan ini, yang juga bakal menerajui kerajaan, akan membuat kerja senang?

JSD: Sebenarnya, tidak. Kita tahu selain dari minyak, yang menjana ekonomi negara ini adalah sektor pembinaan. Bila ada satu kontraktor, dia akan ada lima atau enam subkontraktor. Di atasnya akan ada lima atau enam orang yang duduk di majlis kerajaan tempatan. Semua ini adalah merupakan kos. Untuk menyuap orang-orang di majlis kerajaan tempatan, maka kos pembinaan harus dinaikkan. Dan kos-kos ini akan diberikan kepada pembeli premis kediaman atau pejabat yang dibina. Bila ada projek pembinaan, maka aktiviti downstream akan menjana kewangan. Dari Ah Chong kedai hardware, Raju agen buruh asing, kepada makcik Kiah yang buka kedai makan dekat tapak pembinaan, kepada Sutarjo yang membawa dangdut express. Semua buat duit. Ini akan menjana ekonomi negara.

SAG: Dangdut Express? Boleh professor terangkan dengan lebih lanjut lagi?

JSD: Rumah jalang bergerak. Satu van yang penuh dengan perempuan Indon yang dibawa dari satu kongsi ke kongsi yang lain dengan tujuan untuk menghiburkan kehendak batin para pekerja binaan kontrak.

SAG: Sayap Kaum Ibu bakal melihat pertandingan di antara ketuanya dan naib ketuanya. Apa komen Professor?

JSD: Saya kurang faham kenapa Naib nak jadi Ketua. Kalau kita bertanyakan seorang wanita akan umurnya yang sebenar, jarang sekali wanita tua nak mengaku tua. Maka saya rasa Naib Ketua yang disuruh bertanding oleh kaum ibu yang kurang tua, tidak akan berkhidmat dengan ikhlas sebab dia tidak hendak tua. Dia tidak hendak orang berkata kepadanya, “Sampai ketua la lu!” Jadi, pada hemat saya, adalah lebih baik yang dah memang tua jadi sampai ketua. Sokonglah beliau.

SAG: Sayap LETUTASEDI (Lelaki Tua Tak Sedar Diri) pula bakal melihat pertandingan tiga penjuru. Siapakah, pada pandangan Professor, akan memenangi jawatan ini?

JSD: Yang mendahului dari segi pencalonan sekarang ialah Mr Moke. Tak banyak kerenah. Berwibawa. Tetapi kalau pencalonan boleh dijadikan ukuran kemenangan, maka saya kira parti ini tidak akan kalah banyak pada pilihanraya umum yang lalu kerana jumlah bendera dan bannernya melebihi parti lawan.

SAG: Bagaimana pula dengan faktor Barack Obama yang diperkatakan akan mempengaruhi para perwakilan yang akan mengundi?

JSD: Barack Obama boleh menang disebabkan kekuatan beliau sendiri. Black Omamak yang menjadi naib sekarang hanya boleh menang selagi beliau merupakan menantu kepada seorang party bigwig. Tetapi saya kira tidak begitu. Ramai akar umbi yang tidak menyenangi Black Omamak. Kalau Barack Obama yang bertanding, mungkin beliau akan menang. Tetapi tidak Black Omamak.

SAG: Bagaimana dengan bekas Ketua Menteri yang menjadi calon ketiga?

JSD: Kasi dia penyapu baru dia boleh buat clean sweep. Tetapi akan memenangkan pihak lawan. Sebab itu dia kalah penerajuan negerinya sendiri.

SAG: Bagaimana pula dengan sayap termuda, iaitu Sayap Dayang-Dayang?

JSD: Sayap ini telah bermula dengan baik walaupun saya kurang bersetuju ianya ditubuhkan sebagai satu sayap. Ia sepatutnya menjadi sebuah biro seperti Biro Budak Berhingus di bawah sayap LETUTASEDI. Ini apabila tiba umur menopause sahaja, maka tenggelam semua talent-talent yang bagus. Kemudian, apabila ketua sayap ini bertukar kali pertamanya, sayap ini seperti tiada tujuan. Ketuanya tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli exconya sendiri dan terpaksa bergerak ke hulu dan hilir dengan bantuan ketua-ketua dayang dari bahagian-bahangian sahaja.

SAG: Jadi apakah kualiti yang perlu bagi seseorang untuk merajui sayap ini?

JSD: Halatuju kena penting. Ahli-ahli kena tahu sama ada mereka perlu single atau berkahwin untuk yang masih bujang, dan bercerai atau tidak untuk yang telah berkahwin. Ini adalah kerana tugas dan tanggungjawab terhadap parti lebih utama daripada tanggungjawab terhadap keluarga. Ini yang kita namakan pengorbanan. Yang belum kahwin korban dara, yang dah kahwin korban dada. Jadi, seseorang yang hendak menerajui sayap ini kenalah dinamik dan versatail dari segi perwatakan, dan kena bekerja keras untuk memantatkan ahli.

SAG: Maksud Professor, MEMANTAPKAN?

JSD: Tidak. MEMANTATKAN.

SAG: Soalan akhir mungkin lari sedikit dari topik. Bagaimana dengan retorik ketua pembangkang bahawa beliau boleh menerajui kerajaan dengan sokongan ahli-ahli parlimen yang keluar parti?

JSD: Apa makna ‘retorik’? Cakap berapi-api tetapi kosong, betul? Saya lebih sukakan ANALogi berikut: kalau betul cukup sokongan terhadap beliau, beliau tidak akan sekadar melaung-laungkan perkara tersebut. Sudah tentu beliau akan ke pusat pentadbiran untuk mengambil alih kerajaan, bersama-sama dengan semua penyokong beliau. Andaian ini saya buat berdasarkan ANALisis saya. Beliau banyak bercakap tetapi setakat ini tiada apa. Seperti cerita keracunan ARSEnik yang dilaung-laungkan dahulu. Beliau sepatutnya mengambil contoh dari rakan-rakan parti komponen pembangkang yang benar-benar menang dan menerajui kerajaan negeri-negeri yang dimenangi dengan sokongan kuat ahli parti sendiri dan bukannya dengan membentuk kerajaan yang dipenuhi oleh orang-orang yang tiada pendirian politik.

SAG: Terima kasih, Professor, di atas kesudian untuk ditemuramah. Sessi temuramah kali ini amat pelik.

JSD: Sama-sama. Pelik untuk mereka yang tiada pengetahuan sahaja.

1 Response to "Kehangatan Pemilihan Parti – A Hypothesis"

boleh pinjam buat script play!! haha

Comments are closed.

Taqweem al-SeaDemon

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 1,204,219 hits

Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Archives

%d bloggers like this: