Lepas cerita bomoh, kita cerita bodoh.
Zaman-zaman gawat ni, ada yang kena VSS, ada yang projek tak jalan, ada yang business kecundang, dan sebagainya. Bulan January ni pun ada salah sebuah syarikat minyak terkemuka yang akan exercise VSS untuk lebih kurang 600 orang staffnya nationwide. So, ada bini yang jadi full-time housewife, dan sometimes suami pun. Either way, the one remaining breadwinner kena kerja kuat untuk nak menyara isteri/suami dan anak-anak.
Cerita pasal duit, aku ingat dulu aku terima seorang Corporal yang amat problematic. Terima here means ditukarkan dari unit lain ke unit aku tanpa aku rela menerima kehadirannya. Kuat berjudi. Satu hari tu dia datang mengadap aku (dulu orang tak berani mengadap aku selagi aku tak panggil sebab to come see me was deemed as a suicidal act). Tapi mamat ni berani.
Dia mintak pinjam RM200 dari Tabung Squadron sebab tak cukup duit nak beli lauk dan susu anak. Aku pun panggil aku punya Squadron Sergeant-Major mintak vouch for this guy before aku approve. So, the latter told me that it’s the truth, dia sendiri pergi check Corporal ni punya quarters. So, aku pun approve. Memang mamat ni punya bini pun selalu ambik barang kedai bayar guna thumbprint aje (in other words, Buku 555).
Lepas dapat duit, aku nampak mamat ni kirim kat seorang AC (Aircraftman, atau dalam army lingo – Private. Sekarang ni Laskar Udara) suruh beli nombor ekor RM10 BIG, RM10 SMALL. Tak angin ke aku masa tu? Pecah habis cermin kat office aku, aku kerjakan dia cukup-cukup.
Bila aku tanya bini dia kenapa dia tak file complaint kat Pejabat KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera), dia boleh jawab:
“Nak buat macam mana, tuan? Dah jodoh.”
Itu cerita orang kerja. Ini cerita orang tak kerja pulak.
Kalau kena berhenti kerja, especially in times of gawat, memang susah nak cari kerja balik. I know – been there done that back in 1997. Tapi yang aku tak faham, orang yang mintak berhenti kerja, lepas tu malas nak cari kerja sebab isteri dia bekerja. Nak beli rokok ke, nak minum teh tarik ke, mintak duit kat bini. Kalau bini tak kasi, dia marah. Masa lapang dia dihabiskan di kedai kopi dengan orang yang makan duit pencen, duduk kat kolam memancing, main takraw, dan menggentel telor kat atas katil, dan lain-lain aktiviti yang hanya bernas kalau dia breadwinner.
First of all, tak malu ke mintak duit bini for personal use? Kalau macam engkau bulan ni tak cukup duit nak cover expenses, and mintak kat bini suruh top-up, takpe la jugak. Ini tidak. Duduk rumah, hisap rokok, layan TV, lepas tu bini balik kerja expect bini pergi beli barang basah, masak, untuk dia makan dan menggemukkan diri.
Lelaki macam ni la yang aku tak reti nak faham. Aku tulis ni sebab kena kat batang hidung seorang kawan aku, sebab baru ni kat office dia mintak pinjam duit, lepas tu mintak advanc lagi dari HR. Rupanya laki dia yang ke hulu ke hilir cerita projek juta-juta tu…pemalas rupanya – biawak hidup.
Aku tanya dia, kenapa tak mintak orang atau family untuk nasihatkan laki dia? Dia jawab,
“Nak buat macam mana, Capt? Dah jodoh.”
Itu bukan JODOH namanya.
Itu BODOH.
Memang bodoh bin bahalol! Allah bagi akal utk berfikir. Ada kata2 yg sangat biasa digunakan skrg : kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan. Kepala hangguk dia lah!
Memang Tuhan dah tentukan hidup kita sejak azali. Tapi Tuhan jugak suruh kita berikhtiar. Tak kan la bila dah ditimpa masalah, biarkan aje dan salahkan takdir???
ada jugak yg malas nak mampos sanggup suruh bini pinjam duit sebab duit bini dah habis…pinjam tau…muka tebal la bini dok pinjam kat kawan2…bongok punya laki laaa
lelaki macam ni dikategorikan sbg bacul & dayus. Bacul bila menyerah bulat2 pada takdir. Dayus sebab mengharap duit isteri utk kegunaan sendiri. Bodoh.
Mr Joe Doe can sometimes turn out to be a Mr Bow Doh or even Mr Tee Puu …. such is life 😦
theRose
Razlin…ramai yang sengaja bodohkan diri macam tu
Id…itu lagi parah!
Kimi…tak tau nak letak kat mana. Nak kata laki, bukan. Nak kata isteri, dah tentu bukan. Nak kata bapok pun, tidak jugak sebab bapok pun keluar cari duit!
Mer…Mr Tipu kerja kedai bundle dan bowling,kan?
betul-betul pantang dengan orang yang macam ni. sial seumur hidup. orang macam ni patut mati saja dari hidup menyusahkan hidup orang lain.
agree, memang bodoh!
Hahahahahaha…welcome back, bro!