SeaDemon Says

Boh Mau?

Posted on: November 12, 2009

Sakit pulak pinggang aku hari ni. Sebenarnya dah 3 hari dah sakit. Dari sehari ke sehari nak pergi urut tak pernahnya nak sempat. Ada saja benda yang nak dibuat termasuklah lepas kerja. Semalam, aku dihiburkan oleh seorang makcik (definisi makcik: seorang wanita bertudung, berkain batik jawa, berumur tidak melebihi 35 tahun tetapi rupa seperti 50 tahun) yang sedang melintas jalan tanpa nak pandang kiri kanan dulu tengok jalan clear ke tidak. Lepas tu dia nampak kereta aku, terus dia melajukan langkahnya, tetapi pada masa yang sama, langkah dia bertambah pendek. Jadilah rupa dia macam Flintstone yang baru mula nak berlari – kaki kayuh laju tapi tak ke mana-mana pun.

Dan petang ni aku kentut dalam kereta jenis panas dan amat berbau, lantas aku tak berani nak kentut lagi takut dia terus ter-cret. Nasib baik ada toilet RM2 kat KLCC…berak sambil bersantai.

Cerita hari ini adalah mengenai bomoh-berbomoh. Aku tak faham macam mana orang yang kononnya kuat sembahyang, atau berpendidikan tinggi, berjawatan, masih boleh kuat berbomoh. Kalau macam ex-wives aku, memang patut la, kan? Diorang ngok skets.

Sebagai contoh: seorang isteri yang suka melawan suami, jatuhkan air muka suami, merendahkan orang lain sebab awak berpangkat…satu hari, selepas bertahun bersabar, suaminya kahwin lain. Terus si isteri nak berbomoh, nak buat suaminya bercerai dengan isteri keduanya. Dah lah berbomoh untuk membuatkan suaminya bercerai tu dosa besar, siap nak kasi diorang bercerai – itu satu lagi dosa besar. Suami kahwin lain tanpa kebenaran ke, kahwin lari ke luar negeri ke, mau tak mau itu semua sah dari segi syara’. Mintak permission ni procedural sahaja. Bukannya presecribed by the Quran pun. Dah tu, tak jumpa bomoh yang power, dia jumpa orang alim yang pandai dalam hal perubatan paranormal ni. Sekali tu, orang alim ni cakap kat dia,

“Berdosa nak ceraikan orang yang saling kasih-mengasihani. Suami awak tu dah lama tak ada perasaan terhadap awak sebab awak kuat melawan, memalukan suami di hadapan orang lain. Awak baliklah rumah dan cermin diri awak sendiri. Tengok di mana silap awak.”

Orang alim ni pompuan gak. Jadi, coming from a woman,tak la sejanggal kalau ayat di atas disebutkan oleh orang lelaki. Tup-tup, melentinglah si isteri ni kata dia tak ada salah apa-apa pun.

Susah kalau dah tua dan tak sedarkan diri ni.

Satu lagi golongan yang amat suka berbomoh ni ialah orang berpolitik. Bila nak bertanding jawatan aje, semua pakat cari bomoh, cari pelaris, cari penunduk dan sebagainya. Yang nak gelak tu, most of them go to the same bomoh but at different times. Macam mana bomoh tu nak lawan power dia sendiri? Kan, bongok namanya tu?

Satu lagi, yang bawak anak jumpa bomoh bila dekat nak SPM..nak kasi terang hati supaya score SPM dengan cemerlang. Lepas jumpa bomoh, minum air bekas ludah sembur bomoh, anak tu minum segelas dan terus pergi merempit. You think the magical powers work ke? Kalau you think it works, suruh la tuition centers semua tutup. Cikgu-cikgu pun boleh start apply untuk kerja yang sekarang ni dipenuhkan oleh mat-mat Bangla, Indon dan Myanmar.

Lepas tu, geng yang nak kawin dengan orang yang tak nak kat dia. Siap bawak gambar kat bomoh, suruh bomoh ubatkan kasi dia jatuh cinta dengan orang yang bawak gambar ni tadi. Kalau kau sanggup keluar duit nak berbomoh, buat apa nak kejar anak Pak Abu, Pak Tam dan sebagainya? Bomohkan aje anak Agong ke, anak Sultan ke…berbaloi la skets. Ni la melayu bodoh.

Pokok pangkalnya, orang melayu ni memang dicipta sebagai bangsa yang bodoh, cepat tertipu, dan nak solution semua jenis cepat. Tuhan tu cuma sebagai figurehead aje…untuk claim dia punya religious-identity; tapi to get things done, dia sanggup kawan dengan setan.

I rest my case.

2 Responses to "Boh Mau?"

oooo…me likey this. so agree with you.

Can’t agree with you more, for all the things you said esp the last paragraph. LOL!

Comments are closed.

Taqweem al-SeaDemon

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 1,204,654 hits

Twitter

Archives

%d bloggers like this: