Mencarut

Baru lepas berak pukul 3 pagi. Jadi aku tak boleh nak tidur.

Mencarut.

Hmm. Aku tak tau kenapa topic kali ni ialah mengenai mencarut, carut dan carutan. Mungkin sebab aku mencarut bila perut meragam disebabkan Plain Mandy Rice bercampur dengan Beef Shawarma, Falafel, Hummuz, Yoghurt dan lain-lain yang sewaktu dengan bumi Arab. So, mencarut it is then.

Aku rasa aku agak lewat belajar mencarut ni. Sebab masa umur aku 8 tahun, aku bengang dengan orang gaji kitorang (nama dia Kak Kamariah – dan aku tak tau masa ni dia mengandung disebabkan neighbour aku punya gardener yang sering panjat pagar rumah kitorang masa kitorang tak ada di rumah siang-siang). Aku mandi dan baju tidur aku tak ada. Aku panggil la dari bilik aku di tingkat atas, dia tak menyahut. Last-last, keluar la dari mulut aku perkataan,

“Kak Kamar bodoh!”

Terus ayah aku datang, heret aku ke bawah dengan hanya menarik telinga aku, sementara tangan-tangan dengan kaki-kaki aku berhempas pulas cuba nak pasang handbrake. Dung! Dung! Dung! Dung! Aku kena seret dua tingkat ke bawah, ke lounge area di mana aku diikat kepada sebuah kerusi dan selain pelempang, ayah aku menenyeh mulut aku dengan cili padi segenggam. Dah lah kena pelempang dan mulut penuh dengan cili padi, bibir dah berdarah sebab dia sental kuat gila. Menangis? Jangan cari pasal. Lagi menangis, lagi kena. Masa tu aku ada rambut la lagi…jadi gerenti masa pergi sekolah esok tu, rupa aku ada sket macam Mick Jagger – bibir tebal dan air liur merambu sebab pijar mulut aku minum air tiga baldi pun tak hilang pijar cabai.

Disebabkan peristiwa tu la aku punya proses kematangan bahasa agak terencat. Itu baru sebut “Bodoh.”

Jadi, aku jadi budak baik. Kalau gaduh dengan kakak aku, bila dia sebut benda tak elok aje aku akan report,

“Ayah! Yong Jijah kata BABI!

Lepas tu kakak aku pun jadi budak baik macam aku lepas dia pergi sekolah dengan bibir macam Tina Turner. Aku rasa sebab tu la aku selalu bergaduh dengan kakak aku…sampai la ke tua ni.

Aku mula belajar perkataan-perkataan yang menunjukkan kematangan fikiran hanya bila aku dalam Darjah Enam (untuk bebudak sekarang, ianya sama dengan Tahun 6). Masa tu member aku, Rafidi Aris nama dia, sebut satu perkataan yang agak asing bagi aku.

PANTAT!

Aku gelak mengekek bila dia terangkan kat aku maksud benda tu. Mampus aku tak boleh nak sebut benda tu kat rumah…baru BODOH dah setengah mati. Kalau orang tua aku dengar aku sebut benda tu, aku rasa sekarang ni aku dalam proses untuk menjadi sumber hydrocarbon nasional dah. Tapi, satu hari tu, aku dengar la tukang kebun kitoang, arwah pakcik Md Nor, dengan driver kitorang, Abang Mazlan, mencarut kat bilik belakang (masa tu orang tua aku ada kat office), lalu aku dengan bangganya masuk campur dan sebut perkataan yang aku baru belajar tu:

“BANTAT!”

Kimak. Diorang gelakkan aku. Lalu Abang Mazlan pun memperbetulkan sebutan dan idegham aku:

“PANTAT! Bukan BANTAT!”

Dan daripada Abang Mazlan dan arwah Pakcik Md Nor lah aku belajar beberapa patah perkataan yang kemudian dengan bangganya aku mengajar kembali Rafidi dan rakan-rakan yang lain.

Rasa besar beb…aku lagi tau mencarut daripada diorang. Lepas tu aku ajar pulak classmate aku sorang lagi. Nama dia Michael Leong. Michael Leong ni memang terkenal dengan kekerapan kena rotan dalam kelas sebab perangainya yang kurang enak. Aku ajar dia:

“BUTOH!”

Dia ajar aku pulak:

“TIU NIA SING!”

Aku dah betul-betul dalam tahap advanced knowledge berbanding dengan Rafidi dan lain-lain budak melayu. Aku dah jadi the multi-lingual curser. Dan aku menambahkan ilmu mencarut aku sehingga begitu mantap that by the time aku masuk MCKK masa Form One, aku kira dah seasoned multilingual-curser. Masa aku demam panas dan dimasukkan ke Hospital Daerah Kuala Kangsar (wad Kelas Dua), ada sorang uncle India ni. Selalu suka marah the nurses. Perkataan yang lazim adalah:

“PUNDEK! (Perkataan asal ialah PUNDAI yang bermaksud: ANAK KUCING a.k.a PUSSY)”

Gila beb. Aku Form One aku dah embrace the 1 Malaysia spirit!

Bila Form Five, ada tukang kebun baru, nama dia Kannapathy (Inspector Kanna for short…I mean, he’s a shorty la). Dia ajar aku prefixes kepada PUNDAI ni tadi. Jadi aku pun mahir menyebut perkataan-perkataan seperti:

“KAENAPUNDAI!”

dan,

“KERYAPUNDAI!”

Yang first tu bukannya Japanese cunt. It actually means STUPID CUNT, dan yang second tu OLD CUNT. Yang bestnya, Kanna ni sendiri takut nak mencarut. Bila dia sebut untuk mengajar, dia mesti senyum tersipu-sipu.

Then, bila aku ke England, salah satu subject yang aku ambik was European History. So, disebabkan dapat points extra kalau quotes are being given in the original languages, aku pun belajar sikit-sikit French, German and Russian (thanks to people like Cardinal Richelieu, the Hapsburgs, and King Gustavus Adolphus’s father who waged war against the Russians), and inevitably, learnt how to swear in these languages as well.

Aku rasa, mencarut la yang membuat aku have this passion for languages. You start by learning some words. From these words, you form sentences. You learn the language’s structure. After that, everything is smooth sailing. Masuk askar, memang mencarut aje la dari pagi sampai ke petang. It’s like sunshine. There’ll never be a day without it.

And because of mencarut la, aku sekarang ni is an expert at cunnilingus – a cunning linguist.

4 Replies to “Mencarut”

  1. hahahaha MANTAP giler beb! Beberapa tahun yg lepas gua belajar mencarut dlm singkatan. eg PKM, CCB, TNS,… Amat sesuai digunakan di tempat2 yg mana perkataan penuh tidak dapat digunakan. Org yg sebut pun nampak standard n class sikit. gaya itu penting… hehehe

    1. Itu gaya yang disarankan oleh Panglima ATM, bro. PKM = Parti Komunis Malaya, CCB = Closed-Circuit Bomb, TNS = Total Nuclear Solution. Ada beberapa acronym lagi yang digunakan dalam T100 (A) seperti FUCKER = Forces Under Combined Kamikaze Engineering Reserves, BUTOH = Bahagian Urusan Turus Organisasi Hospital, FART = Forces At Redesignated Target dan lain-lain

  2. yep. so many people told me that swearing is the easier way to learn language. i got a friend in germany, i mean malaysian who lived in trier. i asked him when i went there for a visit, how could he learned german so fast? he simply answered, “you must learn vulgar, when you are good at swearing, then you can easily get some other words!”.

    i agree with you 100% 🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: