Mahathir Masih Hina Bugis Dan Rakyat Indonesia

Mahathir Mohamad baru-baru ini mengirim seutus surat kepada DUBES Malaysia di Jakarta kerana diminta menjelaskan mengenai kenyataan beliau mengenai ‘Lanun Bugis’.

Beliau langsung tidak rasa bersalah dengan kenyataan tersebut dan tetap dengan pendirian beliau bahawa Najib Razak adalah keturunan lanun Bugis.

Lanun wujud tanpa mengenali kaum dan bangsa, dan mengaitkan Bugis dengan lanun walaupun bukan kesemuanya adalah penghinaan yang nyata.

Malah, Mahathir selain menghina kaum Bugis, beliau dengan angkuhnya menghina rakyat Indonesia tanpa mahu meminta maaf di atas penghinaan terdahulu.

Tak usahlah cucuk orang Indonesia. Mereka bukan boleh undi PRU (Pemilu) 14.”

Jelas Mahathir tidak mahu melayan permintaan DUBES Malaysia yang mahu meredakan kemaharan rakyat Indonesia terhadap Mahathir yang telah menghina orang Bugis. Pendapat rakyat Indonesia tidak penting bagi Mahathir kerana mereka tidak akan mengundi dalam PRU (Pemilu) ke-14 nanti.

Inilah perangai Mahathir, orang yang malu dikaitkan dengan keturunannya sendiri.


%d bloggers like this: