OR-CARE! Part 3

Siapa yang tak faham OR-CARE! tu merujuk kepada jin, atau binatang, atau orang, sila layari posting-posting berikut: OR-CARE! dan OR-CARE part 2.

Entahlah.

Kadang-kadang aku tak faham nasib aku ni.

Kat area dining dalam rumah aku tu ada dua jenis entrance. Pintu daun biasa yang ada satu tombol berserta extra lock; dan sliding “door.”

Satu malam minggu lepas, lepas bersahur, aku tengok pintu daun biasa tu tak berkunci. Aku pun tanyalah si OR-CARE ni kenapa tak berkunci. Dia jawab dalam bahasa aliennya (yang aku lebih kurang faham):

“Iya. Sudah!”

Bila aku tanya kenapa pulak sampai time gitu pun tak berkunci jugak, dia jawab:

“Iya. Sudah dikunci tapi bibik lupa untuk kuncinya.”

Boleh?

Malam-malam berikutnya eloklah berkunci pintu tu. Maka, subuh pada hari aku nak balik kampung minggu lepas, hati aku rasa tak sedap. So, aku check pulak sliding door.

TAK BERKUNCI!!!

Tak sempat aku nak remind dia pasal sliding door tu. Aku pun balik ke kampung dengan wife aku untuk beberapa hari. Bila dah balik ke rumah, satu malam lepas sahur, aku check lagi sliding door.

MASIH TAK BERKUNCI!!!

Dan perkara ni berlaku lagi malam tadi.

So, pagi tadi bila aku alihkan kereta aku supaya tak block kereta anak aku (pukul 4 pagi ye kawan-kawan), aku tengok si OR-CARE ni keluar juga untuk membuang sampah dapur. so, aku pun ambik la kesempatan ni untuk nak beritahu dia pasal sliding door yang tak berkunci tu.

AKU: “Bibik, kakak udah kasi duit gaji bibik?”

OR-CARE: “Gaji….(pause 5 saat)….duit…(pause lagi 5 saat)…udah (pause 5 saat lagi)….terimah kasih”…(pause 5 saat)….SENGIH MACAM KERANG BUSUK

Aku tak faham kenapa banyak sangat pause tu. Mungkin dia belum clearkan cache memorynya; dan aku tak expect model alien macam dia ada virtual memory. Jadi bila RAM penuh, system slow.

AKU: “Bik, (sambil tunjuk ke arah sliding door) pintu tu tak berkunci malam tadi.”

OR-CARE: (sambil pandang ke arah jari aku dengan penuh blank) “Iya (pause 5 saat)…udah dikunci.”

Aku: “Saya yang kunci pintu tu malam tadi. Dah 3 malam dah pintu tu tak berkunci.”

OR-CARE: “Ya Allah! Tiga malam? Ingat bibik udah dikunci. Lupa bibik! Masfafnjsw;gbsdjka*(&^76r senr9yq39230902 ssdpr113r9ujmcmsdklASFJMVFPWE, ASTAGA! Nanti bibik tengok.” (dia mula keluar bahasa alien dia yang langsung aku tak faham.

Lalu dia bergegas lari masuk rumah sambil aku ikut dari belakang. Elok dia lepas dari pintu masuk, dia pusing, tutup dan KUNCI PINTU DARI DALAM DENGAN AKU TERCEGAT KAT LUAR!!!! AKU NAK MASUK MACAM MANA, BENGONG???!!!

Aku tengok dari luar dia tengah check kunci sliding door. Aku pun buat gesture suruh dia buka pintu depan sebab aku nak masuk. Dia tengok aku, pause 5 saat, terus berlari dan buka pintu depan.

AKU: “Kenapa bibik kunci? Saya nak masuk!”

OR-CARE: “Iya…(pause 5 saat)…udah dikunci.”

AKU: “Apa yang dah kunci?”

OR-CARE: “Itu…pintu kaca itu (sliding door).”

Tolonglah, wahai Alien, tunjukkanlah apa dosa aku di bulan yang mulia ni!!!!

5 Replies to “OR-CARE! Part 3”

  1. hadoiiiii memang masalah betul si or-care nih. dunno whether to katok kepala dia or just guling2 gelak tepi tu jugak.

    kalau orang lain, gwe rasa udah lama kena dera ini orang hahahahhaa

Comments are closed.