Setia, Disiplin dan Pengorbanan Itu Jiwa Tentera

Ikrar Kesatria merupakan ikrar dan janji yang dilafazkan oleh
setiap warga lain-lain pangkatAngkatan Tentera Malaysia

Dengan lafaz ikrar seperti gambar di atas, cap sebanyak sepuluh ruas jari diperturunkan ke atas sekeping borang. Bakal perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut akan serahkan Kad Pengenalan Awam kepada Pegawai Pengambilan, dan beliau akan diberikan satu nombor pengenalan iaitu nombor tentera yang akan digunakan sepanjang perkhidmatan beliau. Dari saat ikrar tersebut dilafazkan, beliau bukan lagi seorang awam sebagaimana beliau lima minit sebelumnya.

Tidak banyak beza Ikrar Perajurit ATM dan Ikrar Perwira yang dilafazkan oleh para pegawai ATM, cuma para pegawai melafazkan ikrar taat setia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja Melayu yang mewakili baginda. Pegawai ATM dalah ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda dan adalah para pegawai Seri Paduka Baginda. Anggota lain-lain pangkat adalah tiang yang menyokong, mendokong dan menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda melalui para pegawai tersebut.

Sepanjang perkhidmatan baik seorang anggota mahupun pegawai ATM adalah tertakluk bukan sahaja kepada Akta Angkatan Tentera, 1972 yang menjadi garis panduan mengawal selia hidup seorang warga ATM, tetapi juga kepada sesetengah akta awam yang terpakai kepada warga ATM.

ATM, sebagaimana lain-lain pasukan seragam, adalah mengenai keseragaman. Cara berjalan, cara bertutur, cara melipat baju, cara menyidai pakaian, cara seterika baju, cara menukil surat – kesemuanya diseragamkan kerana ATM, tidak kira Darat, Laut mahupun Udara adalah merupakan satu badan yang mempunyai disiplin yang tinggi. Garis umur bukan lagi menjadi pengukur tetapi calit di lengan, atau paku, mahkota dan bintang di bahu yang menjadi simbol pengaturan pemerintahan. Disiplin menjadi pendorongnya yang memacu organisasi besar ini mempertahankan kedaulatan negara serta seluruh warga Malaysia. Disiplinlah yang menjadi kuasa yang mengikat setiap pegawai dan anggota sebagai satu badan.

Setelah tamat latihan, seorang Perajurit akan lalui pelbagai latihan kemahiran mengikut ketukangan dan pengkhususan beliau. Kemudian beliau akan dinaikkan pangkat ke Lans Korporal di mana beliau menjadi pembantu ketua sebuah seksyen. Kemudian beliau akan dinaikkan pangkat ke Korporal dan menjadi ketua sebuah seksyen yang lazimnya mempunyai 10 orang anggota. Apabila beliau dinaikkan ke pangkat Sarjan, beliau menjadi seorang penasihat kepada Ketua Platun yang berpangkat Leftenan Muda atau Leftenan dan bertanggungjawab ke atas penugasan, disiplin, pentadbiran dan kebajikan 30 orang anggota. Segala arahan beliau adalah mewakili Ketua Platun tersebut – dan merupakan suatu tanggungjawab yang besar.

Maafkan saya kerana bercerita dengan panjang lebar mengenai organisasi tentera, tetapi ianya adalah penting agar anda faham apa maksud disiplin, hormat kepada tradisi dan taat setia kepada Raja dan Negara dalam ATM.

Bila seorang Sarjan enggan mengambil vaksin COVID-19, bertentangan dengan perintah tetap dan arahan pihak atasan, maka runtuhlah disiplin. Tiada lagi rasa hormat kepada tradisi tentera, dan tidak lagi taat kepada Raja dan Negara. Tak perlulah saya beri gambaran atau gelaran atau bincang mengenai hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Sarjan tersebut kerana sekiranya anda baca setiap perkataan yang telah saya tulis di atas, anda mungkin faham bahawa disiplin itu amat penting dalam organisasi ATM.

Dua bulan yang lepas, sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia tidak dapat dioperasikan kerana 98 orang anak kapal kapal tersebut didapati positif COVID-19. Selama lebih kurang dua minggu sebuah kapal yang dalam keadaan baik tidak dapat digunakan untuk mengawal perairan negara kerana tularnya penyakit tersebut di dalamnya. Tahun lepas, sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Theodore Roosevelt tidak dapat dioperasikan setelah penularan wabak COVID-19 dikesan di kalangan anak-anak kapalnya. Akibatnya, tentera laut China telah mengambil kesempatan kepincangan tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya di Laut China Selatan. Bayangkan sebuah batalion Tentera Darat (1,000 orang lebih) terpaksa dikuarantin dan tidak dapat diberi penugasan sekiranya Sarjan tersebut mendapat penyakit tersebut dan didapati positif semasa berada di dalam kem, atau beliau dengan tidak sengaja tularkan kepada kaum keluarga anggota lain terutamanya anak-anak kecil di kompleks Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

Bayangkan juga sekiranya Sarjan ini ditugaskan untuk mengawal Sekatan Jalan Raya dan sudah positif semasa anda ditahan untuk pemeriksaan oleh beliau, dan di dalam kenderaan anda adalah ibubapa yang sudah berumur atau anak kecil kesayangan anda yang tidak boleh diberi vaksin.

Setia kepada Negara dan sanggup berkorban kerananya adalah merupakan ikrar yang dilafazkan oleh setia Perajurit. Negara kini dalam mod berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat. Ini memerlukan setiap warga ATM disuntik vaksin sebagai pelindung semasa menjalankan tugas. Pengambilan vaksin ini juga penting untuk negara capai imuniti berkelompok agar dapat kita pulihkan semula keadaan ekonomi sendiri dan juga negara. Sekiranya seorang frontliner seperti Sarjan ini enggan menerima vaksin, bagaimana beliau mahu melindungi rakyat jika dirinya sendiri tidak dilindungi? Kenapa di saat negara memerlukan pengorbanan beliau seperti dalam lafaz ikrar, beliau enggan berkorban untuk negara? Kalau perkara sekecil ini pun sudah begini sikapnya, bagaimana pula kalau musuh melanggar negara?

Alasan-alasan yang diberikan beliau langsung tidak masuk akal. Menggunakan kenyataan Menteri Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan kononnya sebagai pematuhan beliau kepada arahan adalah satu alasan yang dangkal. Kedua-dua orang yang disebutkan tadi tidak ada dalam aturcara saluran pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia. Pematuhan seratus-peratus adalah terhadap perintah yang dikeluarkan melalui saluran Angkatan Tentera Malaysia. Kementerian Kesihatan bukan pihak berkuasa atasan beliau dalam ATM. Sebagai seorang yang berpengalaman dan anggota berpangkat tinggi, fikiran dan alasan tersebut hanya layak dikeluarkan oleh orang yang tidak pernah masuk tentera.

Hak seorang warga ATM tidak sama dengan hak lain-lain rakyat Malaysia. Bahkan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 1994 juga tidak terpakai terhadap warga ATM kerana bercanggah dengan keperluan operasi ATM itu sendiri. Setiap warga tentera itu perlu meletakkan diri menghadapi segala mara bahaya demi negara, maka tidak wujud “hak tubuh badan” dan sebagainya selagi beliau masih dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda. Sepertimana kata Presiden Persatuan Veteran ATM Datuk Sharuddin Omar, “Sekiranya keingkaran perintah atau arahan yang dilakukannya tidak diambil tindakan dan dibendung maka ia boleh mempengaruhi rakan-rakan yang lain, dan ini akan menjejaskan moral dan semangat keseluruhan organisasi bukan sahaja di unit dia bertugas malah di seluruh organisasi ATM.”

Kalau warga tentera boleh memilih, mahukah anda tatkala musuh menyerang negara, ada di kalangan warga ATM yang bangun dan berkata, “Saya tak mau lawan. Saya tak mahu mati. Ini hak saya, tubuh badan saya” atau “Kami nak undi dulu siapa hendak berperang atau tidak?” Rosak dan musnahlah organisasi yang digelar Angkatan Tentera Malaysia.

Hargai Anggota Pasukan Keselamatan Kita

Hospital Medan Labuan beroperasi
Hospital Medan Labuan didirikan oleh Angkatan Tentera Malaysia dengan kerjasama MERCY Malaysia untuk meringankan beban dan kekangan Kementerian Kesihatan Malaysia di Labuan

“Askar Tidur dan Makan”

“Buat apa beli peralatan tentera? Kita bukan pergi berperang?”

“Apa askar kita buat? Berkawad hari-hari. Menghabiskan beras.”

Begitulah ungkapan-ungkapan sumbang yang sering kedengaran dari kalangan rakyat Malaysia yang tidak memahami tugas dan tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa aman. Namun, pandemik COVID-19 yang membawa malang kepada ramai rakyat Malaysia menjadi hikmah buat ATM kerana ianya merupakan peluang baginya untuk membuktikan kebolehannya membantu pihak berkuasa awam seperti Polis DiRaja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam apa yang digelar sebagai Military Operations Other Than War (MOOTW), serta mengenalpasti penambahbaikan dari segi pengoperasian serta pemerolehan aset.

ATM MAHIR SELAMATKAN NYAWA SAMBIL TIDUR DAN MAKAN

Setakat 4 Julai 2021, seramai 67,669 orang pesakit COVID-19 sedang dirawat di seluruh negara. Angka ini adalah trend menaik setelah penurunan akhir jumlah pesakit yang dirawat pada 26 Jun 2021 (60,646 kes) setelah mencapai puncak pada 6 Jun 2021 (86,628 kes). Pada bulan Jun 2021, purata pesakit yang dirawat setiap hari ialah seramai 71,573.20 kes, manakala bagi empat hari pertama bulan Julai 2021, terdapat purata 66,541.00 kes yang dirawat setiap hari.

Lagi membimbangkan ialah kenaikan kadar kes kematian. Dalam bulan Jun 2021, jumlah kematian ialah seramai 2,374 orang, iaitu pada kadar 79.13 kematian setiap hari. bagi empat hari pertama bulan Julai 2021, terdapat 327 kematian dengan purata 81.75 kematian setiap hari. Pada 4 Julai 2021 juga terdapat 917 orang pesakit di dalam wad-wad ICU dengan 443 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Angka-angka yang saya sebutkan di atas sudah tentu memberi gambaran yang buruk mengenai keadaan semasa pandemik COVID-19 di negara ini. Di Lembah Klang, lebih banyak hospital awam dijangka akan dijadikan hospital COVID-19 sepenuhnya, manakala hospital-hospital di lain-lain negeri tidak lagi boleh menampung jumlah pesakit yang besar.

Bantuan pihak ATM mendirikan sebanyak enam buah hospital medan yang kini telah beroperasi sepenuhnya sedikit-sebanyak dapat meringkankan beban pihak KKM yang bertungkus-lumus tanpa henti sejak wabak ini mula tiba di negara ini pada 25 Januari 2020. Hospital medan keenam yang didirikan di Wilayah Persekutuan Labuan adalah yang tercanggih dan mampu memberi rawatan untuk para pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5. Hospital ini telah mula diaturgerakkan pada 22 Jun 2021 dan beroperasi sepenuhnya lima hari kemudian. ATM melalui Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) telah juga menggerakkan Tim Taktikal Hospital Medan, pakar-pakar bius, pakar-pakar kecemasan, pegawai-pegawai perubatan serta anggota-anggota perubatan Kor Kesihatan Diraja.

Kehadiran hospital medan di Labuan sudah tentu memudahkan pihak KKM dalam usaha membendung penularan serta merawat para pesakit COVID-19 di pulau tersebut kerana kes-kes berat dikendalikan oleh pihak ATM dengan kerjasama MERCY Malaysia; merawat para pesakit kategori 3, 4 dan 5 sehingga mereka stabil dan boleh dipindahkan ke Hospital Labuan untuk penjagaan kesihatan seterusnya sebelum dibenarkan pulang. Bak kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM kepada saya tempoh hari, “Kalau KKM berada dalam paras air setinggi hidung, diharap dengan bantuan ATM ini dapat dikurangkan paras air hingga di bawah dagu untuk membolehkan mereka bernafas semula.”

TUDM TERBANG SAMBIL TIDUR DAN MAKAN

A400M disaster relief
Ramai menganggap pembelian pesawat A400M sebagai tidak perlu. Pandemik COVID-19 telah membuktikan keberkesanannya

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengoperasikan pesawat pengangkut taktikal jenis Lockheed C-130H Hercules selama lebih 40 tahun. Walaupun pesawat-pesawat milik TUDM jenis ini masih baik keadaan dan penyelenggaraannya, namun keupayaannya adalah agak terhad, terutamanya dalam keupayaannya membawa barangan berat dalam peranan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

Kalau kita buat perbandingan, keupayaan pesawat A400M adalah lebih baik dari yang dimiliki pesawat C-130H. Pesawat A400M boleh membawa 18,000 tan metrik barangan lebih daripada keupayaan maksima pesawat C-130H. Pesawat tersebut juga mampu terbang pergi-balik dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Labuan sebanyak tiga kali jika bahan bakar diisi penuh berbanding dengan sekali pergi-balik untuk pesawat C-130H pada kelajuan yang jauh lebih tinggi, iaitu hampir 200 kmj lebih dari pesawat C-130H. Inilah sebabnya ianya lebih sesuai sebagai sebuah pesawat pengangkut strategik manakala pesawat C-130H yang lebih kecil memainkan peranan sebagai pesawat pengangkut taktikal.

Dan apabila para penduduk pulau Labuan tidak dapat makan dan tidak lena tidur akibat terputus bekalan makanan berikutan penularan COVID-19 yang kritikal di sana, TUDM lah yang telah menerbangkan bekalan makanan asas sebanyak 20 tan, dan proses ulangbekal ini dijalankan dengan kerap oleh pihak TUDM agar rakyat Malaysia di Labuan dapat terus menjalankan kehidupan walaupun terdapat kekangan PKPD.

Keupayaan TUDM dalam peranan HADR sememangnya diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan kerana itu Pangkalan Udara Subang dijadikan UN Humanitarian Response Depot untuk rantau ini. Maka, TUDM bukan sahaja makan dan tidur seperti yang didakwa segelintir rakyat, tetapi boleh menjadi organisasi yang diberi kepercayaan oleh badan dunia tersebut dalam misi-misi HADR.

CORE BUSINESS MASIH SEPERTI BIASA

Biarpun dibelenggu masalah kekurangan pesawat pejuang berikutan usia pesawat-pesawat jenis tersebut yang kian lanjut, TUDM masih mampu melakukan penerbangan pemintasan apabila ruang udara negara dicerobohi 16 buah pesawat pengangkut Tentera Udara China (PLAAF) di pantai barat Sabah dan Sarawak.

Salah sebuah dari 16 buah pesawat PLAAF yang mencerobohi ruang udara negara

Sebenarnya, TUDM kerap lakukan penerbangan pemintasan seperti yang dilakukan terhadap pesawat-pesawat PLAAF pada 31 Mei 2021, hanya tidak pernah dicanang oleh pihak TUDM sendiri. Bukan sahaja China yang pernah menceroboh ruang udara kita, malah lain-lain pesawat tentera asing juga pernah cuba menceroboh tetapi dipintas oleh TUDM. Cuma yang dikhuatiri adalah sekiranya satu pasukan yang besar menceroboh dengan niat yang tidak baik, adakah TUDM mampu untuk bertindak dengan jumlah pesawat pemintas/pejuang yang tidak mencukupi?

Sebanyak 40 peratus aset TUDM telah melebihi umur 20 tahun. Sebagai stop-gap measure, TUDM berminat untuk memperolehi pesawat-pesawat jenis F/A-18C dan F/A-18D Hornet yang akan ditamatkan perkhidmatan oleh tentera udara Kuwait. Malaysia sendiri mengoperasikan sebanyak lapan buah pesawat F/A-18D Hornet. Selain itu, TUDM juga sedang dalam proses memperolehi pesawat tempur ringan (Light Combat Aircraft atau LCA) untuk memenuhi program Capability 2055 (Cap 55) nya.

KD Todak, kapal ronda laju milik TLDM, yang berusia 45 tahun masih setia melindungi negara

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga dibelenggu masalah yang sama. Hanya enam buah asetnya yang masih mempunyai keupayaan senjata stand-off, manakala purata umur aset-asetnya sudah melebihi 30 tahun. Program Transformasi 15-to-5 nya juga tergendala dengan masalah pembinaan enam buah Littoral Combat Ship yang menjadi salah satu komponen utama program transformasi tersebut, apabila syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan kapal-kapal tersebut masih gagal menyiapkan walau sebuah kapal. Ini sudah tentu menjadikan negara asing, terutamanya China, tidak gentar untuk menceroboh laut wilayah Malaysia seperti yang sering dilakukannya.

TLDM MEMBANTU AGENSI-AGENSI KESELAMATAN NEGARA

Anggota TLDM membantu PDRM laksanakan sekatan jalan raya (SJR) untuk membendung penularan COVID-19

Seperti lain-lain cabang dalam ATM seperti Tentera Darat dan TUDM, TLDM juga banyak membantu agensi-agensi keselamatan dalam negara terutamanya dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Anggota-anggota TLDM juga turut bertugas di sekatan-sekatan jalan raya membantu PDRM. Ini memberi PDRM peluang untuk melaksanakan core businessnya iaitu menguatkuasakan undang-undang dan membanteras jenayah.

Bagi mempertahankan kedaulatan wilayah laut negara serta membanteras pencerobohan sempadan perairan negara oleh para penyeludup, penjenayah, PATI, penyeludup manusia dan pedagang manusia, baik TLDM, TUDM dan Tentera Darat membantu dari segi aset dan keanggotaan melalui penubuhan National Task Force (NTF). Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang merupakan agensi barisan hadapan untuk mempertahankan kedaulatan wilayah laut negara di masa aman masih jauh keadaannya dari keadaan optima pengoperasian. APMM kini mempunyai keanggotaan sekitar 5,000 orang termasuk yang dari skim gunasama (pegawai dan anggota awam). Ini hanya 50 peratus dari jumlah keanggotaan yang diperlukan seperti dalam Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040. Sehingga tercapainya matlamat tersebut, TLDM masih perlu menyokong penugasan APMM terutamanya di kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).

Anggota-anggota APMM Zon Maritim Batu Pahat menaiki sebuah kapal tunda yang disyaki berlabuh tanpa kebenaran Jabatan Laut Malaysia di Batu Pahat baru-baru ini

Selain itu, sebahagian aset-aset yang dimiliki oleh APMM untuk operasi blue water dan green water telah berusia lebih 40 tahun, manakala aset-aset baharu adalah lebih sesuai untuk operasi brown water. Kelambatan penyerahan OPV kelas Tun Fatimah menjadikan keadaan ini lebih meruncing. Mungkin kerajaan perlu kaji semula untuk membenarkan aset-aset pasukan keselamatan kurang sensitif seperti kapal-kapal ronda APMM dibina oleh limbungan-limbungan swasta yang berkemampuan, sepertimana PDRM pernah membina kapal-kapal ronda laju kelas PZ dan PX di limbungan Hong Leong-Lürssen dan Penang Shipbuilding Corporation pada tahun 1980. Kedua-dua kelas kapal tersebut masih berfungsi dengan baik di dalam perkhidmatan APMM.

AKHIR QALAM

Angkatan Tentera Malaysia adalah sebuah organisasi professional yang bertanggungjawab bukan sahaja untuk mempertahankan kedaulatan negara semasa peperangan, tetapi juga bertanggungjawab membantu pihak berkuasa awam dalam hal pembangunan negara (nation-building). Dakwaan sumbang yang sering membayangi ATM dengan unsur-unsur negatif hanyalah berdasarkan kisah dongeng semata-mata. Pasukan keselamatan kita kesemuanya meletakkan kesejahteraan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.

Penempatan enam buah hospital medan di seluruh negara bagi meringankan beban pihak KKM, penggunaan aset-aset strategik dan taktikal untuk menentukan rakyat tidak terpinggir dari segi peluang rawatan perubatan serta bahan makanan asas semasa PKPD dilaksanakan, serta membantu agensi-agensi lain dalam melaksanakan tugas mereka adalah bukti ATM tidak pernah hanya makan dan tidur. Hargailah mereka.

Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, ATM dan lain-lain pasukan keselamatan perlu mengutamakan juga keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Maka, keselamatan, kesihatan dan moral (adab dan tatasusila) rakyat diberi keutamaan. Keberkesanan usaha ini bergantung kepada peralatan dan aset-aset kritikal yang ada. Hanya keazaman pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan perancangan pembangunan pasukan-pasukan keselamatan kita menjadi harapan para petugas barisan hadapan kita. Hanya dengan aset yang bertepatan dapat memudahkan lagi mereka melaksanakan tugas.

Defence – Isu Seragam Komunis

lct02
Timbalan Menteri Pertahanan memakai corporate bush jacket Kementerian Pertahanan semasa membuat lawatan. Beliau memakai bush jacket yang sama dalam gambar yang dikatakan pakaian seragam komunis

Heboh disebarkan di dalam media sosial sebuah gambar yang menampakkan Timbalan Menteri Pertahanan memeriksa kawalan kuarter Tentera Darat di mana beliau dikatakan memakan pakaian seragam Parti Komunis Malaya.  Saya terpanggil untuk menulis kerana saya perlu bersikap adil kerana menjadi prinsip saya agar hal ehwal pertahanan tidak dipolitikkan.

Bush Jacket Korporat – Satu Langkah Yang Wajar

Saya tak tahu sejak bila budaya Menteri memakai pakaian seragam tentera ini dimulakan.  Seingat saya, Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Ke-4 hanya memakai pakaian seragam tentera darat semasa beliau dianugerahkan beret kehormat Grup Gerak Khas pada tahun 2001.  Selain itu tidak pernah saya lihat beliau mengenakan pakaian tentera.

Begitu juga dengan Najib Razak semasa melawat para pegawai dan anggota tentera kita di Bosnia semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan. Beliau tidak mengenakan pakaian tentera penuh, hanya memakai sebuah jaket celoreng untuk mengatasi cuaca sejuk di sana.

najib ke bosnia
Najib Razak melawat MALBATT di Bosnia semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan

Bapa beliau yang menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali, juga tidak pernah memakai pakaian seragam tentera semasa melawat barisan hadapan.

Screen Shot 2018-10-31 at 18.23.27
Dato’ Abdul Razak bin Hussein, yang ketika itu Menteri Pertahanan, melawat pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi pada tahun 1963

Photo 02 - Tun Razak 31 Dec 74 Visit 3rd Sqdn
Tun Abdul Razak bin Hussein semasa menjadi Perdana Menteri, melawat No.3 Skuadron di Pangkalan Udara Butterworth pada 31 Disember 1974 memakai Bush Jacket berlengan panjang

Begitu juga dengan Perdana Menteri Ke-3, Tun Hussein Onn.  Beliau tidak pernah mengenakan pakaian seragam tentera semasa melawat unit-unit tentera.

photo 04 - stock-photo-perdana-menteri-datuk-hussein-onn-melawat-pusat-latihan-grantales-v-di-sungai-petani--kedah-366461
Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri Ke-3, memeriksa kawalan kuarter Tentera Darat memakai Bush Jacket berlengan pendek – foto ehsan Jabatan Penerangan

Pemakaian pakaian seragam tentera oleh individu-individu yang tidak berkenaan, yang tidak pernah menjalani sebarang latihan untuk berkhidmat untuk Angkatan Tentera Malaysia, selain di atas sebab khusus dan istimewa seperti semasa pengurniaan beret atau sayap kehormat, adalah dianggap mencemar pakaian seragam tersebut.  Ini disebabkan mereka yang tidak pernah dilatih tidak mengetahui pahit jerih serta nilai pakaian seragam serta lencana dan sayap tersebut.

Kadangkala sebagai seorang Veteran ATM, saya rasa terkilan dan sedih apabila mereka-mereka yang tidak pernah lalui sebarang bentuk latihan ketenteraan dan diberikan tauliah kehormat, bersikap lebih tentera daripada warga ATM, dan meletakkan pakaian kepala mereka seperti topi ataupun beret yang mempunyai lencana kor, di atas tanah atau di lain-lain tempat tanpa menghormati makna lencana tersebut.

Pada tahun 2015, DYMM Sultan Johor pernah menegur sikap ramai pemimpin tentera dan pegawai kehormat yang memakai pelbagai lencana dan sayap kehormat ma­sing-masing sepanjang masa kerana berdasarkan tata cara pemakaian, ia perlu dipakai semasa majlis yang berkenaan sahaja.

Jika betul-betul ingin memakai lencana sayap sepanjang masa, saya syorkan buatlah terjunan dahulu. Sekurang-kurangnya sayap yang tersemat di dada itu benar-benar mempunyai nilainya dan bukannya hanya sebagai hiasan yang memenuhi uniform,” titah baginda yang pernah mendapat latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), di Fort Benning dan Fort Bragg di Amerika Syarikat, dan menjalani kursus jurutrbang helikopter di TUDM Kluang.

Oleh itu, saya amat menyokong pemakaian pakaian korporat oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa membuat lawatan ke unit-unit Angkatan Tentera Malaysia.

Pakaian Seragam Komunis?

lct04
Gambar yang ditularkan yang mendakwa Timbalan Menteri Pertahanan memakai seragam Parti Komunis Malaya semasa memeriksa kawalan kuarter

Apakah pilihan pakaian yang ada untuk warga Kementerian Pertahanan yang bukan pegawai atau anggota tentera semasa berada di luar kawasan KEMENTAH?  Pakaian kemeja korporat mungkin kurang sesuai berbanding bush jacket sekiranya lawatan tersebut melibatkan mesyuarat dengan pucuk pimpinan ATM berkenaan hal-ehwal operasi.  Sekiranya ianya melibatkan perbarisan penuh bersama panji-panji maka lounge suit atau baju istiadat Ahli Parlimen lebih sesuai terutamanya dengan kehadiran Raja-Raja.

Tetapi, kenapa pakaian Bush Jacket korporat Kementerian Pertahanan itu mirip pakaian seragam Parti Komunis Malaya? Itu pertanyaan yang diajukan oleh mereka-mereka yang tidak pernah melihat pakaian seragam PKM.

pkm
Pakaian seragam Ketumbukan Ke-10 Parti Komunis Malaya

Pakaian seragam Parti Komunis Malaya adalah berwarna hijau gelap.  Ianya hampir serupa dengan pakaian seragam tempur Tentera Darat ketika itu yang menggunakan warna ‘paddy green‘.  Hanya pada penghujung tahun 1970an barulah Angkatan Tentera Malaysia menggantikan pakaian tempur ‘paddy green‘ dengan pakaian tempur celoreng.

lct05

 

Bush Jacket yang dipakai oleh Timbalan Menteri Pertahanan adalah berwarna khaki dan bukannya hijau tua seperti seragam PKM.  Khaki adalah warna yang lebih sesuai digunakan untuk tugas-tugas di tengah panas berbanding di dalam hutan kerana elemen penyamaran yang lemah.

Elak Menjadi Lebih Tentera Daripada Tentera

Angkatan Tentera Malaysia adalah sebuah organisasi professional yang berpegang teguh kepada disiplin dan tradisi.  Walaupun tidak dinafikan Menteri Pertahanan sebelum ini banyak membantu dari segi kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia, dan warga ATM memang berterima kasih di atas usaha-usaha tersebut, namun ada beberapa perkara yang tidak disenangi oleh mereka.  Pemakaian pakaian seragam yang berleluasa oleh Menteri ketika itu terutamanya beret maroon kehormat dan sayap penerjunan kehormat di hampir kesemua majlis pernah menjadi sebutan warga ATM.

Penganugerahan tauliah kehormat dengan agak mudah kepada para pegawai beliau ketika itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan para pegawai dan anggota kerana mereka rasakan nilai pangkat yang dipakai itu terhakis.  Yang memakai itu mungkin hanya mempunyai kesetiaan politik, tetapi kesetiaan kami bukanlah kepada elemen politik.  Kami setia hanya kepada Raja dan Negara.

Begitu juga dengan pengenalan budaya ‘fist bump‘ serta laungan “Perkasa Perwira” yang berlainan dengan laungan semangat tradisi iaitu “Gempur Wira” yang menjadi sebahagian daripada istiadat ATM itu sendiri.

Kita faham usaha kerajaan ketika itu untuk memperkasakan ATM, tetapi cukuplah sekiranya ‘Perkasa Perwira‘ itu hanya sebagai hashtag di media sosial dan bukannya laungan semangat.  Begitu juga ‘fist bump‘ yang sememangnya bukan budaya mana-mana angkatan tentera walaupun separa-formal.  Mungkin tujuannya ketika itu adalah untuk menunjukkan kepada orang awam bahawa warga ATM ini sebenarnya cool.  Kami sememangnya cool, namun sebagai sebuah organisasi yang professional dan bertanggung jawab untuk mempertahankan kedaulatan negara, kami tidak boleh dilihat sebagai cool apatah lagi hip seperti hipster.

Oleh itu, langkah memakai Bush Jacket korporat oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan sekarang adalah satu langkah yang betul kerana mereka adalah sebagai facilitator membantu warga ATM untuk mencapai sasaran doktrin mereka.  Benar, kerjasama baik di antara Kementerian Pertahanan dengan Angkatan Tentera Malaysia itu penting, namun tidak perlulah sehingga menjadi cool dan hip.  Dapatkan apa yang terbaik yang diidamkan oleh warga ATM sebagai end-user adalah lebih bermakna bagi mereka.

Perkasakanlah Angkatan Tentera Malaysia tanpa menjadi lebih tentera dari mereka.

 

Penghinaan Terhadap Veteran ATM Oleh Veteran Pencacai

tugunegara

Tugu Negara merupakan suatu simbol untuk kita mengingati para veteran ATM khususnya dalam dua episod darurat menentang keganasan Parti Komunis Malaya.

Dalam Darurat Pertama (1948-1960) seramai 1,346 orang anggota tentera dan polis telah terbunuh manakala 2,406 lagi cedera.  2,478 orang awam juga turut terbunuh manakala 810 orang hilang menjadi mangsa komunis.

Dalam Darurat Kedua (1968-1989), pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 155 orang pegawai dan anggota manakala 854 orang tercedera.

Sukar bagi para VATM dan rakyat Malaysia yang telah melalui kedua-dua fasa darurat tersebut untuk melupakan sejarah pahit dan hitam yang terpaksa ditempuhi hanya kerana para pengganas di bawah Chin Peng yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara komunis.

Ramai di kalangan para VATM yang merasakan seperti jasa mereka tidak dikenang oleh pihak kerajaan Malaysia.  Ramai yang berhenti awal akibat gaji yang kecil.  Mereka pulang ke kampung dan lebih rela membuat kerja-kerja kampung dari terus berkhidmat.    Walaupun Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang unggul pada tahun 1980an hingga 2003, nasib para VATM tidak pernah berubah.  Nasib baik sejak 2009, kerajaan mula mengambil langkah untuk sedaya-upaya membantu nasib VATM yang telah banyak berjasa.  Anda boleh baca di antara langkah-langkah yang telah diambil kerajaan untuk menjaga VATM dalam salah satu penulisan saya sebelum ini.

Ribuan anak para pegawai dan anggota tentera dan polis telah menjadi yatim akibat kekejaman Chin Peng dan pengganas-pengganas di bawahnya. Namun ada di kalangan mereka yang mengaku rakyat Malaysia pernah desak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia walaupun beliau tidak pernah menjadi warganegara bukan sahaja Malaysia, tetapi Persekutuan Tanah Melayu sebelum ini.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan hanya ingin menjadikan Chin Peng idola kaum cina DAP selain Lim Kit Siang.  Malah selepas mampusnya Chin Peng, Lim Kit Siang terus desak kerajaan untuk benarkan abu Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia!

Screen Shot 2018-05-08 at 00.52.39
Lim Kit Siang mendesak kerajaan untuk membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa masuk ke Malaysia

Sepertimana orang Melayu mempunyai Leftenan Adnan, Lim Kit Siang mahu jadikan Chin Peng idola bagi Cina DAP.

Terkini, orang yang kononnya telah berkhidmat untuk negara memerangi komunis kini berganding bahu dengan orang yang memuja Chin Peng untuk menjatuhkan kerajaan yang memelihara agama Islam sebagai agama Persekutuan, serta hak keistimewaan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Orang tersebut ialah Arshad Raji yang sejak berhenti dari perkhidmatan sekitar tahun 2008/2009 tidak habis-habis menghentam kerajaan di dalam blognya ketika itu.  Beliau sering menceritakan pahit maung bertugas sebagai seorang pegawai tentera dan mendesak kerajaan agar membantu kebajikan ATM.  Adakah beliau lupa 22 tahun daripada jumlah perkhidmatan beliau dalam keadaan susah itu berada dalam zaman Mahathir?

Dan seperti yang saya nyatakan di atas, kerajaan yang ada sekarang ini telah banyak menambah bantuan kebajikan bukan sahaja untuk para anggota dan pegawai ATM yang masih berkhidmat, malah juga untuk mereka yang bakal bersara (termasuk bersara tanpa pencen), dan juga VATM.

26c15046-e394-4f7f-ab88-aaaac390874a
Arshad Raji: Dulu perang melawan Chin Peng. Kini bersekongkol dengan Lim Kit Siang yang merupakan pemuja Chin Peng

Maka, kepada para veteran ATM dan rakyat Malaysia yang mahu mengenang jasa dan pengorbanan para VATM dan polis, serta pahit getir kehidupan yang terpaksa dilalui oleh balu serta anak mereka yang yatim, ketahuilah bahawa Arshad Raji ini hanyalah keldai DAP dan penjilat Mahathir.

Cakap berdegar kata beliau hanya setia kepada Raja dan Negara, tetapi diam apabila Mahathir bersikap kurang ajar terhadap Sultan Johor dan Sultan Selangor.  Adakah kerana Sultan Johor dan Sultan Selangor bukan Yang DiPertuan Agong?  Ini membuktikan Arshad Raji buta Perlembagaan kerana Raja-Raja Melayulah yang berkuasa melantik dan memecat Yang DiPertuan Agong.  Yang DiPertuan Agong itu adalah dari kalangan Raja-Raja Melayu, maka kesetiaan kepada Raja dan Negara itu bermakna setia kepada semua Raja-Raja Melayu.

Apa yang keldai DAP dan Mahathir ini tahu?  Beliau hanya sedap membalun kerajaan tetapi lupa beliau hanya orang awam yang sudah meniti usia senja tetapi masih ingat beliau seorang yang penting.  Lim Kit Siang yang hendak menghapuskan kedaulatan Islam di Malaysia ini pun boleh beliau jadikan ketua.

84474ef6-fce9-4e94-96be-61d4e35e6b78
Arshad Raji – askar Lim Kit Siang

Tolak Arshad Raji – pencacai DAP dan penjilat Mahathir yang sanggup membelot rakan-rakan terutamanya yang telah mati akibat Parti Komunis Malaya.  Undilah pada hari Rabu ini untuk menolak para pemuja Chin Peng. Beliau bukan lagi patriot, sebaliknya pengkhianat!

Ingat! Satu undi untuk PKR/Pakatan Harapan bersamaan dengan satu undi untuk DAP yang memuja Chin Peng.

Undi Awal? Tiada Masalah

Pagi ini Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia akan membuang undi awal. Saya berpeluang membuang undi awal beberapa kali semasa masih dalam perkhidmatan.

Baru-baru ini Mahathir ada menulis dua pucuk surat yang ditujukan kepada panglima-panglima perkhidmatan dalam ATM dan juga kepada warga ATM dan PDRM dengan pesanan agar mengundi dengan bebas tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak untuk mengundi calon dan parti tertentu.

Ianya bertujuan untuk memberi gambaran buruk bahawa warga ATM dan juga PDRM akan diarah untuk memberi undi kepada calon dan parti tertentu.

Sepanjang saya mengundi dalam perkhidmatan belum pernah lagi sesiapa pun memaksa saya mengundi calon atau parti yang saya tidak sokong. Walaupun kami setia kepada Seri Paduka dan negara serta kerajaan Seri Paduka, pilihan sokongan politik tetap menjadi hak persendirian dan adalah rahsia.

Ini disahkan juga oleh Mejar Jeneral Datuk Zaharin Ahmad TUDM (Bersara) yang telah berkhidmat selama 42 tahun dengan jawatan akhir sebagai Juruiring kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Proses pembuangan undi awal adalah sama sahaja dengan proses pembuangan undi biasa. Akan terdapat pegawai SPR dan juga agen calon-calon yang bertanding hadir di tempat membuang undi. Maka agak mustahil untuk sebarang penyelewengan undi berlaku.

Mungkin Mahathir takut kerana beliau mungkin pernah mengarahkan agar tentera dan polis mengundi Barisan Nasional semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu, namun hakikatnya tiada paksaan pernah berlaku.

Proses pembuangan undi awal dan biasa tidak pernah tercemar dahulu hingga sekarang. Mungkin alasan yang diberi hanya sebagai persediaan sekiranya Pakatan kalah sekali lagi.

Umur dah lanjut, tua dan ganyut, tolonglah ingat maut.

22 Tahun Tentera Merana

rumahsetinggan

Semasa saya berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai seorang pegawai lebih tiga dekad yang lalu, gaji saya sebagai seorang Leftenan Muda hanyalah RM700 dengan sekali kenaikan sahaja dalam pangkat tersebut berjumlah RM750.  Itu sebelum dipotong. Elaun perkhidmatan yang diterima adalah sebanyak RM115 manakala elaun sewa rumah bagi mereka berpangkat Kapten ke bawah hanyalah RM450 sebulan.

Adalah menjadi suatu mimpi buruk sekiranya ditempatkan di bandar-bandar besar.  Kuarters kediaman pegawai mahupun lain-lain pangkat tidak pernah mencukupi dan hanya dikhususkan buat mereka yang berjawatan penting sahaja seperti Pegawai Memerintah, Ajutan, Ketua Cawangan-Cawangan.  Jika anda tidak berjawatan sedemikian maka bersedialah untuk menyewa di luar.

Mimpi ngeri saya adalah apabila saya ditempatkan di Markas Pemerintahan Pendidikan Udara di Jalan Azyze, Pulau Pinang dan telahpun berkahwin.  Sukar benar untuk mendapatkan rumah sewa yang elok dan mampu.  Harga sewa sebuah unit flat di Tanjung Tokong pada ketika itu adalah sekitar RM250 tetapi tidak pernah ada yang kosong.  Rumah teres pula sewanya RM800 sebulan.  Untuk kuarters (rumah keluarga) tentera pula, selain kami di Tanjung Bungah, terdapat elemen tentera darat seperti Markas 2 Divisyen, Kem Batu Uban, dan Kem Sungai Ara.  Kuarters di Pangkalan Udara Butterworth pula penuh dengan anggota dan pegawai yang berkhidmat di sana.

Maka saya terpaksa menyewa di rumah setinggan di sebuah kampung yang tidak lagi wujud, iaitu Kampung Haji Mahmood.  Bayaran sewanya ialah sebanyak RM150 sebulan termasuk elektrik dan air.  Ianya bukanlah rumah.  Sebaliknya hanyalah bilik yang disambung di belakang rumah tuan rumah – satu bilik yang juga merupakan ruang makan dan ruang tamu, satu sudut untuk menempatkan dapur masak, satu bilik mandi yang juga merupakan tandas disebabkan ketiadaan tandas. Maka, membuang air besar adalah di atas lantai dan kemudiannya disimbah.

Ramai di antara pegawai dan anggota yang duduk bujang di mes, berjumpa dengan keluarga seminggu atau dua minggu sekali.  Ada yang berulang ke Pulau Pinang setiap hari walaupun tinggal di Gurun (semasa itu lebuhraya PLUS hanya wujud di antara Bukit Kayu Hitam hingga Gurun, dan Changkat Jering hingga Ipoh) sebab sewa di sana lebih murah.  Beberapa orang anggota mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalanraya untuk datang atau balik kerja.

Kedai PERNAMA yang ada di Jalan Gajah, Tanjung Tokong dan di Kem Sungai Ara bukanlah macam PERNAMA yang ada sekarang.  Dulu tidak berapa ada barangan dapur sebagaimana yang ada di PERNAMA sekarang.  Maka, pukul 4.15 petang, saya bersama beberapa orang pegawai dan anggota lain akan pergi memancing sama ada di Teluk Bahang ataupun di seberang jalan berhadapan dengan rumah sewa saya (kini telah ditambak dan didirikan apartmen-apartmen mewah).

Saya mempunyai sebuah peti ais kecil yang dibeli semasa bujang, sebuah televisyen warna 12-inci, dan sebuah radio.  Untuk televisyen, saya dikenakan pembayaran lesen sebanyak RM24 setahun, untuk radio pula RM12 setahun untuk setiap radio.

kghjmahmood
Kampung Haji Mahmood kini tidak wujud lagi. Tiada lagi rumah mampu sewa di Pulau Pinang

Di Kuala Lumpur, rakan saya berpangkat Kapten yang bertugas di Kementerian Pertahanan ketika itu terpaksa menyewa di sebuah rumah setinggan di Jalan Jelatek (kini tapak Kondo Sri Maya).  Seorang Sarjan di bawah saya menyewa rumah kampung di Kampung Tengah, Batu 12 Puchong (berhampiran One City Subang Jaya kini) dan berulang ke Kementerian Pertahanan.

Kalau dapat kuarters pun, iaitu semasa di Alor Setar, daripada tiga bilik yang ada, saya hanya gunakan dua buah bilik. Satu untuk saya dan anak-anak, satu lagi untuk tetamu jika ada.  Bilik yang satu lagi itu tidak pernah saya masuk sebab kadang-kadang terdapat ular tedung yang memburu tikus-tikus di dalam rumah.

Begitulah GAHnya kami berpakaian seragam pegawai tentera dan berjalan di celah lorong-lorong perumahan setinggan setiap hari, naik kapcai tidak bercukai jalan untuk pergi bertugas, tinggalkan isteri dan anak-anak dalam suatu suasana tidak selamat.  Suatu keadaan yang tidak berubah di bawah sebuah pentadbiran selama 22 tahun.

Berbeza sekali keadaannya sekarang.  Kerajaan yang ada kini banyak memikirkan kebajikan para pegawai dan anggota ATM.  Saya lihat skim demi skim disediakan untuk ATM, bukan sahaja dari segi kuarters, malah juga rumah mampu milik.  Tidak cukup dengan itu, bantuan perumahan juga dipanjangkan kepada para veteran ATM yang berkelayakan.

Screen Shot 2018-05-03 at 08.27.44
Rumah keluarga untuk lain-lain pangkat kini adalah jauh lebih baik dari para pegawai berpangkat Mejar semasa zaman saya berkhidmat

Untuk warga ATM yang bertugas, contohnya di sekitar Kuala Lumpur, selain kemudahan PERNAMA yang jauh lebih baik, diwujudkan pula Pasar Tani yang menawarkan harga lebih murah dari harga jualan biasa.

mindef04

Kebajikan dari segi penjagaan kesihatan warga ATM juga ditambah baik.  Kini terdapat lima buah hospital angkatan tentera (HAT) utama yang telah dibina atau dinaik taraf di seluruh negara, tidak termasuk Rumah Sakit Angkatan Tentera yang terdapat di unit-unit serta pangkalan-pangkalan.

Para veteran ATM juga tidak lagi perlu hanya menagih simpati daripada hospital-hospital kerajaan dan HAT, kerana akan dibina sebuah hospital khusus untuk para veteran ATM, manakala enam buah poliklinik yang turut mengandungi pusat rawatan hemodialisis untuk menjaga kebajikan kesihatan para veteran ATM juga diwujudkan.  Sebuah poliklinik untuk warga dan veteran ATM kini sedang rancak di bina di Kem Penrissen, Kuching.

mindef01

Latihan-latihan peralihan untuk bakal pesara tentera juga kini lebih baik dan diurustadbir secara teratur.  Tidak seperti di zaman saya di mana bakal pesara diberi kursus berpusat selama dua minggu dan kemudiannya dilepaskan seperti kerbau tidak bertambat selama enam hingga lebih setahun, dan kemudiannya kecundang di dunia awam kerana tidak mempunyai kemahiran yang diiktiraf.

mindef02

Dulu para pesara tentera tidak berpencen hanya akan menerima saguhati menurut pangkat terakhir dan jumlah tahun perkhidmatan, dan pandai-pandailah nak hidup di luar.

Kerajaan sekarang memandang serius golongan veteran yang terbiar ini dan membuat satu inisiatif yang diberi nama Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk para veteran dari golongan B40 yang menerima BR1M.  Walaupun hanya RM1,200 setahun untuk golongan  veteran B40 dan RM600 untuk semua veteran tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas, ianya merupakan bonus buat veteran tidak berpencen yang terbiar di bawah sebuah pentadbiran selama 22 tahun sebelum ini.

Untuk bakal veteran tidak berpencen, mereka diberi pilihan untuk menyertai Skim Anuiti Veteran (SAVe) di mana mereka akan menerima bantuan setiap bulan sehingga akhir hayat.

mindef05

Anak-anak warga ATM juga tidak dipinggirkan. Selain bantuan kemasukan ke kolej dan universiti, peluang mengukuhkan asas pendidikan juga kini disediakan dengan cadangan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Bera, di mana 30 peratus kuota kemasukan disediakan untuk anak-anak warga dan veteran ATM.

mindef03

Banyak lagi inisiatif-inisiatif yang telah diwujudkan dalam sembilan tahun pertama pentadbiran Najib Razak yang menyokong kepimpinan Hishammuddin Hussein dalam membantu Panglima ATM dan Panglima Perkhidmatan-Perkhidmatan menaikkan moral melalui kebajikan yang lebih baik bukan sahaja untuk warga ATM, malah untuk para veteran ATM juga.  Sembilan tahun yang lebih baik dari keseluruhan peluang 22 tahun yang telah diberikan kepada seorang Perdana Menteri sebelum ini yang tidak pernah mengambil berat hal ehwal kebajikan warga dan veteran ATM.

Nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan?

mindef06

Veteran ATM: Semua Yang Dituntut Telahpun Ditunaikan

Lazim kita akan dapati mesej-mesej yang ditularkan sama ada di dalam group WhatsApp mahupun Facebook adalah merupakan cerita-cerita lama yang dikitar semula kerana ketandusan isu untuk dimainkan. Melihat kepada sikap para pembaca dan mereka yang gemar tularkan mesej-mesej ini, kita dapat lihat betapa ceteknya pemahaman mereka mengenai perjalanan pentadbiran sesebuah kerajaan. Bak kata pepatah Inggeris, “Rome was not built in a day“, begitu juga dengan kerajaan. Kerajaan perlu membuat perancangan jangkamasa pendek (5 tahun atau satu penggal, contoh Rancangan Malaysia Ke-11) dan jangkamasa panjang yang berdasarkan road map (contoh Transformasi Nasional 2050). Menjanjikan sesuatu sepertimana yang terdapat di dalam manifesto-manifesto pembangkang bukan caranya untuk mentadbir. Sesuatu yang popular itu tidak semestinya baik untuk sesebuah negara – contoh: Adolf Hitler.

Sejak bubarnya Dewan Rakyat, banyak isu lama diketengahkan semula, dan di antaranya adalah isu yang melibatkan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (Veteran ATM). Terkini, ditularkan semula lima tuntutan oleh kumpulan Pahlawan yang dibuat dua tahun yang lepas. Pihak Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran mungkin pernah menjawab isu ini. Tidak mengapalah. Saya akan menjawab semula setiap tuntutan yang dikemukakan itu.

Tuntutan 1: Menuntut Kenaikan Pencen Pesara Veteran ATM Selaras Dengan Kenaikan Gaji Semasa

Apabila seseorang itu memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau akan tertakluk kepada skim perkhidmatan ketika itu, manakala pencen yang diberikan adalah tertakluk kepada gaji akhir anggota atau pegawai tersebut.

Pada tahun 2013, setelah sekian lama berada ditakuk skim yang kuno, skim perkhidmatan yang baru telah diperkenalkan oleh ATM. Ini selaras dengan penambahbaikan sistem Tred (Ketukangan) dan Band. Skim ini memerlukan kelayakan akademik yang lebih tinggi. Sudah tentu ianya tidak sama dengan skim yang para pesara Veteran ATM terima semasa mereka di dalam perkhidmatan. Adakah adil, sebagai contoh, pesara yang dahulunya menyertai skim pegawai ATM menggunakan hanya kelulusan SPM Gred 1 menerima skim yang sama dengan para pegawai sekarang yang rata-ratanya pemegang ijazah?

Pun begitu, pelarasan amaun pencen berdasarkan penambahbaikan skim gaji kakitangan awam masih dilaksanakan sehingga skim SSM 2012. Mulai 1 Januari 2013, Kerajaan telah meluluskan kenaikan pencen sebanyak DUA PERATUS setiap tahun kepada SEMUA penerima pencen bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Ini bermakna, kenaikan pencen sebanyak dua peratus adalah lebih baik kerana jika pelarasan gaji dilaksanakan oleh Kerajaan setiap lima tahun, para pesara telahpun menerima di antara 10 hingga 12 peratus kenaikan pencen mereka dalam tempoh tersebut.

Tuntutan 2: Menuntut Kerajaan Memberi Imbuhan Sebanyak RM6,000 Setahun Kepada Veteran ATM Tidak Berpencen

Sejak Merdeka, belum pernah ada satu skim pun yang dilaksanakan yang betul-betul dapat memberi sedikit bantuan kepada para Veteran ATM yang tamatkan perkhidmatan dengan baik tanpa pencen. Saya termasuk dalam golongan ini. Namun, saya amat berasa gembira dengan dua buah inisiatif Kerajaan yang diumumkan tahun lepas yang boleh membantu Veteran ATM dari golongan ini.

Untuk Veteran ATM tidak berpencen yang tergolong dalam kumpulan penerima BR1M yang telah menamatkan perkhidmatan sebelum November 2017, skim Bantuan Bakti Negara (BBN) diperkenalkan. Untuk golongan ini, mereka menerima sebanyak RM1,200 setahun di atas BR1M yang mereka terima daripada Kerajaan. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas pula, dan tidak tergolong dalam kumpulan penerima BR1M, mereka menerima sebanyak RM600 setahun.

Ini adalah merupakan bantuan untuk menampung kos sara hidup, bukannya elaun sara hidup oleh Kerajaan. Sebagai Veteran yang telah diberi berbagai jenis kemahiran dan kekuatan daya mental, kita patut lebih gigih mencari pendapatan sendiri dan menerima bantuan-bantuan yang disebutkan tadi sebagai bonus.

Skim yang kedua pula adalah untuk mereka yang berhenti sebelum bersara bermula bulan November 2017. Bagi golongan ini, satu inisiatif yang dinamakan Skim Anuiti Veteran (SAVe) dilakukan oleh Kerajaan. Melalui skim ini, mereka yang menamatkan perkhidmatan sebelum 21 tahun dan memilih pilihan SAVe akan menerima bayaran anuiti secara bulanan bagi membantu mereka dalam menampung kos sara hidup.

Tuntutan 3. Hak Mewariskan Pencen Kepada Isteri Yang Dikahwini Selepas Tamat Perkhidmatan Manakala Pencen Terbitan Harus Untuk Sepanjang Hayat

Saya harap rakan-rakan Veteran ATM ambil perhatian bahawa sebelum ini pemberian pencen terbitan kepada balu yang dikahwini selepas tamat perkhidmatan hanyalah selama tempoh 12 1/2 tahun sahaja selepas tarikh persaraan. Namun, berkuatkuasa 1 Januari 2012, Kerajaan telah meluluskan untuk memanjangkan tempoh tersebut kepada 20 tahun selepas persaraan. Penetapan ini adalah selari dengan Akta Pencen, 1980 (Akta 227) bagi pesara perkhidmatan awam yang lain.

Tuntutan 4. Menuntut Penyeragaman Pencen Hilang Upaya (PHU) Dan Ex-Gratia Untuk Semua Veteran Tentera Hilang Upaya Semasa Operasi Ketenteraan/Pertempuran Tanpa Mengira Tahun Akhir Perkhidmatan

Kerajaan ada memberi Faedah Hilang Upaya (FHU) kepada anggota yang mendapat hilang upaya (HU) kekal yang diperkaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan. Kadarnya pula dihitung berdasarkan gaji dan pangkat semasa veteran tersebut ditimpa kecederaan serta peratus HU yang ditetapkan oleh Lembaga Perubatan.

Bayaran HU tersebut terbahagi kepada dua iaitu bayaran secara one-off (ganjaran) bagi peratusan HU yang kurang dari 20 peratus atau bayaran secara bulanan (pencen HU) bagi peratusan HU sekurang-kurangnya 20 peratus.

Kemudian, Kerajaan juga menyediakan Ex-Gratia Kerja Perkhidmatan ATM yang telah diluluskan pada tahun 2017. Skim ini diberi kepada semua anggota yang mengalami HU kekal atau meninggal dunia akibat kejadian yang dikaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan tanpa mengambil kira tarikh mereka mendapat kecederaan atau meninggal dunia.

Kaedah pembayaran kepada mereka yang layak adalah berpandukan syarat dan kadar bayaran pampasan di bawah skim tersebut melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 9 Tahun 2008 (PMAT 9/2008), dan adalah tetakluk kepada syarat-syarat seperti had minimum bayaran pukal sebanyak RM2,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM200.

Bayaran ini juga telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 bagi penambahbaikan untuk penerima pencen hilang upaya yang tidak menerima pencen perkhidmatan veteran yang layak telah dibayar Skim Hilang Upaya Veteran mulai Januari 2017 dengan kadar minima RM500.00 sebulan dan kadar maksima sebanyak RM2000.00 sebulan.

Tuntutan 5. Menuntut Kerajaan Menyediakan Sebidang Tanah Kepada Veteran ATM Selepas Persaraan

Sebenarnya, ini memang sudah ada disediakan oleh Kerajaan sejak tahun 1973 lagi. Malangnya, ramai Veteran ATM yang tidak peka mengenai keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan. Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 7 Tahun 1973 (PMAT 7/1973) ada menyatakan bahawa seseorang anggota itu boleh memohon untuk memiliki tanah Kerajaan dan permohonan tersebut boleh dibuat melalui Kementerian Pertahanan.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan mahupun kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk meluluskan permohonan tanah tersebut kerana hak hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan mahupun Kementerian Pertahanan tidak boleh mewajibkan Kerajaan Negeri untuk meluluskan permohonan tersebut.

Kesimpulan

Saya dapati ramai Veteran ATM yang tidak peka mengenai keistimewaan yang telah disediakan untuk mereka, dan mudah diperdaya oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Ramai juga di kalangan Veteran ATM yang menganggap sudah pun berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) setelah menamatkan perkhidmatan.

Hakikatnya, mereka perlu pergi ke pejabat JHEV berhampiran untuk mendaftar agar dapat merasai keistimewaan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu kehidupan pasca tentera. Nasihat saya kepada mereka, pergilah mendaftar sebagai seorang Veteran, dapatkan maklumat lanjut mengenai keistimewaan serta kemudahan yang disediakan. Bertanyalah juga kepada pihak JHEV mengenai persatuan-persatuan Veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV berhampiran dengan tempat tinggal anda dan sentiasalah berhubung dengan persatuan-persatuan tersebut agar dapat mereka membantu salurkan bantuan jika perlu.

Janganlah kita beremosi tidak menentu dan marah apabila dicucuk. Maklumat sebenar ada dihujung jari dan gunakanlah kebijaksanaan kita sebagai bekas tentera terlatih untuk menilai setiap maklumat yang diterima.

Bila Veteran ATM Dijadikan Keldai Pakatan

Sedih apabila saya melihat seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia dijadikan keldai tunggangan Pakatan Harapan apabila beliau berjalan dengan membawa sebuah bendera PKR dari Kuantan ke Putrajayauntuk membantah kos sara hidup yang tinggi.

Saya menganggapnya sebagai suatu penghinaan terhadap veteran ATM, pertamanya kerana veteran digunakan sebagai alat untuk meraih simpati terhadap “perjuangan” yang terpesong, dan keduanya, ia mengukuhkan lagi tanggapan bahawa veteran ATM memang tiada berpelajaran (askar Darjah 6) kerana tidak boleh berfikir secara rasional dan mudah terpengaruh.

Walaupun kita tidak lagi menjadikan minyak mentah sebagai bahan komoditi untama untuk pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi kita tetap pesat. Fakta ini diakui oleh Bank Dunia dan juga IMF dan disokong oleh laporan-laporan para ekonomi dunia.

Namun, kita jangan lupa bahawa perkara yang wajib hadir dengan pertumbuhan ekonomi ialah inflasi. Saya yakin kita tidak pernah dengar semasa zaman kita kanak-kanak dahulu, ibubapa kita berkata bahawa barangan rumah pada ketika itu amat murah.

Dengan pertumbuhan ekonomi juga, perniagaan menjadi lebih efisien. Kalau kita lihat pada zaman dahulu kala kedai-kedai runcit menjadi tumpuan untuk membeli bukan sahaja barangan rumah tetapi juga pakaian seharian. Pada tahun 1960an dan 1970an muncul pusat beli belah seperti The Weld, Fitzpatrick, Jaya, Robinsons, Pertama Complex, Campbell Complex. Tahun 1980an semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri kita lihat pula kemunculan pusat membeli belah Jepun seperti AEON, Yaohan, Hankyu. Di antaranya banyak yang sudah ditutup walaupun ekonomi Malaysia terus berkembang. Kini, banyak pula pasaraya dan pusat membeli belah tutup disebabkan era perniagaan digital yang menjual barangan secara online. Pada tahun 2016, perbelanjaan rakyat Malaysia membeli secara elektronik meningkat dengan mendadak walaupun banyak pasaraya dan pusat membeli belah yang tutup. Di Amerika Syarikat sahaja berpuluh ribu pasaraya terkenal telah menggulung tikar akibat penghijrahan konsumer dari pembelian secara fizikal kepada pembelian secara online.

Harga bahan api yang meningkat memberi kesan terhadap kos sara hidup kerana kos pengangkutan pula naik. Kerajaan tidak boleh mengawal harga bahan api seperti minyak kerana ianya tertakluk kepada harga pasaran dunia. Satu lagi faktor yang mempengaruhi kos sara hidup ialah gaya hidup rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak pandai hidup mengikut kemampuan masing-masing. Tidak dinafikan juga kadar pertukaran Ringgit berbanding Dollar Amerika juga memainkan peranan dalam meningkatkan lagi kos sara hidup. Namun, walaupun Malaysia merupakan salah satu dari berpuluh negara yang terkesan akibat kejatuhan kadar pertukaran berbanding Dollah Amerika, Malaysia tidak begitu teruk terkesan berbanding banyak negara lain termasuk Jepun.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu terutamanya golongan B40 dengan mengadakan bantuan-bantuan seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, mendirikan UTC dan RTC agar dapat memudahkan lagi rakyat membuat urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Subsidi perubatan diteruskan walaupun kos ubatan dan peralatan perubatan semakin tinggi meningkat.

Untuk veteran ATM, pelbagai inisiatif juga telah diambil supaya dapat mengurangkan kos sara hidup dan meringankan beban mereka. Sebagai contoh, para veteran yang telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sebelum layak pencen sebelum akhir 2016 diberi Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk veteran dari golongan B40, di atas bantuan BR1M yang diterima. Untuk veteran golongan tersebut yang berumur 60 tahun ke atas, mereka akan menerima BBN walaupun mereka bukan dari golongan B40.

Untuk mereka yang menamatkan perkhidmatan tanpa pencen selepas 2016 disediakan pula Skim Anuiti Veteran ATM (SAVe) di mana veteran boleh mengambil pilihan untuk tidak mengeluarkan wang caruman dalam tabung LTAT. Hasilnya akan dibahagi kepada 12 pembayaran setahun secara purata. Bolehlah dianggap seperti bayaran pencen atau bonus kepada mereka yang tidak berpencen.

Kemudahan membeli barangan rumah pada harga yang lebih murah juga diberikan kepada Veteran ATM di kedai-kedai PERNAMA. Dalam membuka lembaran baru bagi para veteran ATM, PERNAMA turut melahirkan usahawan berjaya di Akademi Peruncitan PERNAMA, Kampus PERHEBAT.
Mereka bergelar veteran ATM tetapi dalam bidang perniagaan, mereka bergelar pencetus semangat keusahawanan.

Hospital Veteran ATM juga kini dalam perancangan untuk dibina di Ipoh manakala lima buah poliklinik khusus untuk veteran ATM akan dibina di seluruh negara tidak lama lagi. Ini adalah selain kemudahan perubatan percuma yang diberikan kepada para veteran ATM berdaftar yang jumlahnya menjangkau lebih 200 ribu orang. Bayangkan kos yang dibelanjakan untuk veteran ATM sahaja setiap tahun untuk perubatan.

Ini tidak termasuk bantuan pendidikan anak-anak veteran ATM, bantuan perumahan, kursus-kursus keusahawanan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dari semasa ke semasa, serta Kuota Khas Haji yang disediakan untuk veteran ATM yang tidak diperolehi secara meluas dalam tempoh 30 tahun sebelum ini.

Kalau kita bandingkan dengan veteran tentera Amerika Syarikat, apa yang kerajaan telah sediakan untuk membantu para veteran ATM lebih banyak dan menyeluruh jika dibandingkan dengan apa yang disediakan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Untuk perubatan, tidak semua veteran tentera AS diberi rawatan perubatan percuma di hospital-hospital veteran sahaja. Mereka yang tidak layak mendapat rawatan percuma dikehendaki membayar sebahagian dari kos rawatan.

Untuk pembelian rumah, pinjaman hanya akan diberikan sekiranya veteran tentera AS tersebut telah habis semua jalan untuk mendapatkan pinjaman perumahan biasa dari bank-bank dan institusi-institusi kewangan. Dan hanya mereka yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua (16 September 1940 hingga 25 Julai 1945), Perang Korea (27 Jun 1950 hingga 31 Januari 1955) dan Perang Vietnam (5 Ogos 1964 hingga 7 Mei 1975) sahaja yang layak menerima pinjaman perumahan veteran tentera AS. Selain itu, untuk veteran Perang Teluk, hanya mereka yang berkhidmat dua tahun berterusan di medan dibenarkan membuat pinjaman. Untuk mereka yang tidak pergi ke medan perang, lain-lain pangkat yang berkhidmat di antara 8 Mei 1975 hingga 7 September 1980, dan pegawai yang berkhidmat dari 9 Mei 1975 hingga 16 Oktober 1981 sahaja yang boleh membuat pinjaman.

Kemudahan yang disediakan buat veteran tentera British juga jauh lebih kurang dari apa yang disediakan untuk veteran ATM. Selain tidak mempunyai hospital-hospital khusus untuk veteran di bawah National Health Service, tiada skim perumahan disediakan untuk para veteran. Tiada juga bantuan untuk anak-anak veteran yang belajar di peringkat tinggi seperti yang diberikan kepada anak-anak veteran ATM.

Di sini, veteran ATM boleh memohon untuk memiliki rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Skim Rumah Pertama.

Saya khuatir, di akhir perjalanan rakan veteran saya di atas di Putrajaya kelak, beliau hanya akan mendapat sakit kaki dan berasa kepenatan kerana usaha beliau tersebut hanyalah suatu agenda politik dan amat sia-sia. Berhubunglah dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengetahui nikmat apa yang telah dikurniakan Allah SWT yang didustai oleh beliau.

Angkatan Tentera Malaysia Dan Perlembagaan

17-Kehebatan-Pasukan-Tentera-Malaysia-Yang-Mungkin-Belum-Pernah-Anda-Dengar-758x505

Sekali lagi saya tertarik dengan satu mesej dalam WhatsApp oleh seorang bekas pegawai tentera yang sering menghentam pihak kerajaan.  Mari kita lihat apa yang ditulis oleh beliau kali ini:

Saya Mej xxxxxxx Bersara ingin memperingatkan semua anggota Tentera Dan Veteran ATM supaya menolak Barisan Nasional dan mengundi Pakatan Harapan (mengunakan logo PKR) Di PRU 14 ini kerana selama 60 tahun kerajaan BN gagal mertabatkan ATM Dan Veteran.

SIRI PENERANGAN KEDUA

SEJAK MERDEKA, KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGHALANG YANG DI PERTUAN AGONG, SEBAGAI PANGLIMA TERTINGGI ANGKATAN TENTERA UNTUK MEMBERI KUASA MUTLAK KEPADA MAJLIS ANGKATAN TENTERA BAGI MENTADBIR DAN MEMBUAT PERATURAN TERUTAMA TENTANG SYARAT SYARAT PERKHIDMATAN, GAJI DAN PENCEN ATM.

Saudara2 Dan Saudari2 sekalian.

Saya ingin memberi tahu bahawa kepincangan mengenai syarat2 perkhidmatan anggota dan masaalah hak hak Veteran kebanyakkannya berpunca daripada keengganan kerajaan Barisan Nasional mematuhi undang2 dan peraturan2 yang sedia ada dan menafikan badan yang ditugaskan oleh undang2 untuk membuat perancangan atau dasar ATM.

Undang2 adalah peraturan hidup. Negara Yang ditadbir tidak mengikut lunas undang2 adalah negara yang tidak tergolong kepada negara rule of law atau negara Yang tidak tertakluk kepada kedaulatan undang2.

Saudara2 Suaudari2 sekali,

Jika undang2 kerap dicabul, undang2 tidak bermakna lagi. Kita sebagai rakyat Yang cinta pada negara hendaklah berani mempersoalkan jika kerajaan membelakangkan undang2 negara dan penguatkuasaanya untuk kebaikan rakyat. Kerap kali kerajaan Barisan Nasional mengunakan undang2 hanya untuk menekan rakyat dan bukan untuk membantu rakyat.

Rakyat mesti faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 yang tertinggi Di Malaysia. Ini dia akui sendir oleh Perkara 4(1) perlembagaan persekutuan: “Perlembagaan ini adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yang diluluskan selepas Hari merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakadilan itu.”

Semua anggota ATM, Veteran dan rakyat jelata hendaklah faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan Satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh di persoalkan Dan diganggu gugat oleh mana2 mana2 individu atau mana2 pihak terutama oleh parti politik yang memerintah.

Yang paling penting didalam perlembagaan persekutuan bagi ATM adalah tiga Perkara seperti berikut:

PERTAMA

  1. Perkara 41 perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahawa Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.

Perkataan hendaklah tersebut bagi saya bermaksud SPB YDP Agong mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah Dan mentadbir ATM.

Jika ada sesiapa hendak mempertikaikan kuasa SPB YDPA ini, saya cabar mereka membaca kuasa budicara Baginda dalam Perkara 40(2) dan 40(3) perlembagaan persekutuan.

Kuasa YDPA sebagai Panglima tertinggi Angkatan Tentera ada hubung kaitnya dengan wasiat nombor 3, wasiat Raja2 Melayu yang di buat pada 5 Ogos 1957 Yang berbunyi:

“Bagi menjaga kamu Dan bagi Melindungi anak cucu kamu Serra hak milik kamu, Kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan Dalam negara Dan ancaman dari luar negara”

ATM diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Yang berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua professional ATM Yang dilantin oleh SPB YDPA. PAT memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima2 (JPP) dan juga yang paling penting keputusan mengenai pemerintahan, pentadbiran dan Disiplin Di bantu Majlis Angkatan Tentera (MAT) dimana kuasa MAT datang terus dari YDPA.

Yang membuat Kita sedih sekarang kita lihat ATM di tadbir secara terus oleh Menteri Pertahanan, orang politik Dan KSU Yang tidak ujud kuasa mereka dalam undang2 untuk memerintah ATM secara langsung.

KEDUA

  1. Perkara 137(1) perlembagaan persekutuan, menyatakan MAT hendaklah bertanggonjawab dibawah kuasa am YDPA bagi:

– pemerintahan

– tatatertib Dan

– Pentadbiran Angkatan Tentera,

– Dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya.

Ahli2 MAT Di sebut dengan jelas dalam Perkara 137 (3) perlembagaan persekutuan:

 

  1. Menteri Pertahanan sebagai pengerusi ( *tidak ada kuasa veto, lihat perkara 137(4)(d), Tanpa menhan, ahli2 boleh lantik ahli lain sebagai pengerusi.);

 

  1. Wakil Duli2 Yang Maha Mulia Rajà2 Melayu, Di lantik oleh Majlis Raja2 Melayu;

 

iii. PAT dilantik oleh YDPA;

 

  1. KSU Kementah bertindak sebagai Setiausaha (*tidak ada kuasa veto tapi hanya menyimpan rekod Dan minit, lihat perkara 137(4)(a) perlembagaan persekutuan);

 

  1. 2 orang pegawai turus kanan AT dilantik oleh YDPA;

 

  1. Seorang pegawai kanan Tentera Laut dilantik oleh YDPA;

 

vii. Seorang pegawai kanan Tentera Udara dilantik oleh YDPA;

 

viii. Dua orang anggota tambahan, jika ada, Sama ada anggota Tentera atau premenopausal, dilantik oleh YDPA.

Sejak pemerintahan Barisan Nasional, perkara ini dicabuli, hak hak Yang Di Pertuan Agong Dan hak MAT Di nafikan secara tak langsong.

Saudara2 Saudari2 sekalian,

Kuasa yang di beri oleh Perlembagaan Persekutuan kepada MAT sangat Luas tetapi sedih nya kuasa ini di cabuli dan di rompak oleh pemimpin Barisan Nasional dan KSU Kementah, yang pada dasar nya tidak faham jiwa tentera tetapi mengawal ATM semata2 nya untuk kepentingan politik Peribadi Dan bagi KSU/KSN pula cuba menjadi badan Yang paling berkuasa Di dalam perkhidmatan awam kerajaan malaysia. saya Akan buktikan Dalam siri penerangan saya ini.

Baerbagai2 kuasa MAT yang di beri oleh YDPA Dan semua nya tersurat Di dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Berikut adalah beberapa contoh dimana MAT hendaklah bertanggonjawab Di bawah kuasa am YDPA:

 

  1. Sek 15 AAT72: kuasa membuat peraturan2 berkenaan petauliahan Dan perlantikan pegawai, terms perkhidmatan mereka DLL. HAL ini Di perincikan lagi Dalam Peraturan2 AT (Terma2 perkhidmatan bagi Angkatan Tetap 2013)

 

  1. Sek 36 AAT72: membuat peraturan2 berkenaan dengan pengambilan masuk orang dalam Angkatan Tetap, syarat perkhidmatan mereka dll.HAL ini juga di perincikan lagi Dalam Peraturan2 AT (Terma2 perkhidmatan bagi Angkatan Tetap 2013)

 

iii. Membuat peraturan2 gaji Dan elaun Dan emoluments lain bagi pegawai Dan askar-lasykar ang tetap DLL. HAL ini Di perincikan Dalam Federal Army (Pay and allowances) Regulations 1961. Seksyen ini MAT boleh diberikan kuat kuasa kebelakangan kepada apa2 tarikh, Sama ada sebelum atau selepas permulaan berkuat kuasa Akta AT72.

 

  1. Sek. 187(1) membuat peraturan2 berkenaan dengan gaji bersara, pencen, ganjaran dan pemberian lain; Dan peraturan2 ITU boleh menyatakan syarat yang meliputi pemberian Dan kadar gaji bersara, pencen, ganjaran Dan pemberian lain itu, dan boleh mengadungi apa2 peruntukkan lain Yang mungkin perlu dan boleh diberikan kuat kuasa kebelakangan kepada apa2 tarikh, Sama ada sebelum atau selepas permulaan berkuat kuasa Akta AT72.

 

Apa Yang saya nyatakan di atas ada lah sebahagian kecil kuasa MAT yang sangat luas, tetapi kuasa ini tidak di Ikuti secara undang2 kerana orang politik terutama Menteri Pertahanan dan KSU mengambil alih membuat peranan ini. Akhirnya ATM di perlemahkan mengikut cita Rasa mereka.

Saudara2 Saudari2 sekalian,

Ingin saya beritahu bahawa Kementah Dan ATM adalah dua identiti Yang berbeza.

Kementerian Pertahanan Di terajui oleh Menteri Pertahanan dan Di Bantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementah mengadungi anggota perkhidmatan awam Yang diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU).

ATM Di ketuai oleh PAT. Beliau adalah ketua professional ATM Yang dilantin oleh SPB YDPA. PAT memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima2 (JPP). Hal2 pemerintah, Tata tertinggi Dan pentadbiran ATM Dan segala perkara Yang berhubung dengannya diuruskan oleh MAT.

APA yang belaku sebenarnya dari hal pentadbiran ATM?

Pada tahun 1981, Satu badan Yang mengabungkan perintah tertinggi ATM (MAT) dan Awam Kementah Yang di namakan Lembaga Menteri telah di ujudkan. Lembaga ini dengan secara tidak langsung hilangkan kuasa MAT. Lembaga menteri telah menjadi satu badan Yang meyelesaikan Dan menghuraikan masaalah Kementah keseluruhan nya kecuali berkaitan operasi.

Jika Kita buka sesawang Kementah Di http://www.mod.gov.my/ms/mengenai-kami/carta-organisasi.html Kita Akan dapati PAT Di letak di bawah KSU Kementah.

Keadaan sekarang menjadi lebih malang kepada ATM/MAT di mana Lembaga Menteri Yang saya katakan tadi telah di tukar Nama sebagai KUMPULAN PENGURUSAN ANGKATAN TENTERA. Ahli MAT Yang Di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan telah di tambah menjadi 17 dengan bertambah nya 7 orang awam Dan Salah seorang ahli dalam MAT adalah Timbalan Ketua Pengarah perkhidmatan Awam (Pembangunan) dari JPA.

Kesan Dari ini, Kita dapati banyak hal hal ATM terutama syarat2 perkhidmatan dan hal gaji telah di harmonikan dengan sistem perkhidmatan awam.

KETIGA

  1. Menurut Perkara 132(1) perlembagaan persekutuan, susunan kekanan senarai perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

 

  1. Angkatan Tentera.
  2. Perkhidmatan Kehakiman Dan perundangan.

iii. Perkhidmatan Awam am persekutuan.

  1. Pasukan Polis.
  2. ( KTM – Dimansuhkan).
  3. Perkhidmatan awam bersama Yang disebut Dalam perkara 133.

vii. Perkhidmatan awam setiap Negeri.

viii. Perkhidmatan pendidikan.

Angkatan Tentera Malaysia adalah Yang terkanan sekali dalam senarai protokol perlembagaan persekutuan. Tetapi oleh kerana pencabulan Yang telah di buat oleh orang politik Barisan Nasional Dan Perkhidmatan awam, dan tidak ada seorang pun panglima2 ATM Yan bangun bersuara Dan menentang pencabulan undang2 di dalam perlembagaan persekutuan, Kita boleh lihat bertapa lemah nya ATM untuk membetulkan keadaan ATM Dan Veteran.

APA Yang belaku Angkatan Tentera sekarang telah jatuh dari tangga teratas menjadi sama dengan Polis Yang duduk Di tangga keempat Dan pangkat Dan gred Mereka telah Di harmonikan dengan perkhidmatan awam.

Semua anggota ATM Dan Veteran tahu syarat2 perkhidmatan Dan Gaya hidup ATM tidak sama dengan Awam Dan Polis. Tetapi kenapa ATM harus ikut gaji Dan syarat2 perkhidmatan tertentu awam? Di mana Keadilan Yang Di beri kepada ATM?

Perubahan2 syarat2 ini Akan secara langsung tempias kepada kedudukannya Veteran ATM. Pesara terpaksa ikut sistem Pesara Awam Yan rata2 mereka semua berumur 60 tahun keatas. Dan telah berkhidmat lebih dari 35 tahun. Pehinaan terhadap ATM sudah bermula 45 tahun lalu (lihat penerangan Siri Satu saya).

Saudara2 Saudari2 sekalian,

Saya Akan ulas lebih banyak isu2 pencabulan undang2 Yang Di lakukan pada ATM Dalam Siri2 penerangan saya Yang berikut nya.

Untuk mengubah nasib kita, Kita Mesti tolak BN Dan gantikan dengan kerajaan Yang Di pimpin oleh Parti politik baru.

Marilah Kita bersama2 mengundi Pakatan Harapan yang mengunakan logo PKR pada PRU14 ini. InsyaAllah

Sekian wassalam.

Mej xxxxxxxx Bersara

Begitu panjang dan lebar tetapi agak dangkal dan terlalu beremosi dalam penyampaian.

Penulis di atas mungkin kurang mahir dalam penterjemahan Perlembagaan Persekutuan, dan lebih gemar memilih peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang memihak kepada apa mesej yang hendak disampaikan, dan tidak memberi gambaran yang penuh.

ISU PERLEMBAGAAN MERUPAKAN UNDANG-UNDANG TERUNGGUL

Pada permulaannya penulis telah memberi gambaran bahawa apa jua undang-undang yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah setakat ketidak adilan itu.

Semasa isu kalimah Allah menjadi besar akibat pengharaman penggunaannya di dalam Kitab Injil Bahasa Melayu mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, ramai yang menyatakan bahawa Enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Artikel 3(1) dan 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Enakmen tersebut adalah merupakan suatu Enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ahli-ahlinya juga termasuk mereka yang bukan beragama Islam.  Ianya adalah Enakmen yang digunapakai bukan sahaja ke atas mereka yang beragama Islam tetapi juga, di mana sesuai, digunakan ke atas mereka yang tidak beragama Islam.

Sehingga ada suatu Mahkamah Perlembagaan yang memutuskan Enakmen tersebut tidak sah dari segi Perlembagaan, maka ianya tetap sah dan diterima pakai oleh semua.  Begitulah juga kaedahnya dengan undang-undang lain yang dianggap mencabuli hak asasi rakyat Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan.

YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI PEMERINTAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Melalui Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan, Yang DiPertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.  Namun, apa jua tindakan yang diambil oleh YDP Agong adalah di atas nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri dan jemaah Menteri (Kabinet).

Artikel 40(2) yang disebut-sebut hanyalah berkenaan perlantikan Perdana Menteri, menangguhkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat), meminta untuk Majlis Raja-Raja bersidang.

Artikel 40(3) pula menyebut Undang-Undang Persekutuan boleh membuat undang-undang di mana Yang DiPertuan Agong boleh bertindak selepas dinasihati oleh orang-orang yang selain dari Jemaah Menteri selain fungsi yang boleh diambil tindakan mengikut budibicaranya.

Ini bermakna, YDP Agong boleh juga membuat tindakan lain selepas mendengar nasihat lain-lain orang selain Jemaah Menteri. Sebagai contoh: mengambil nasihat daripada Badan Kehakiman, Kepolisian dalam hal-hal berkenaan Perlembagaan, Perundangan dan Keselamatan.

Hakikatnya, kuasa yang ada pada YDP Agong hampir kesemuanya dijalankan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel 39 di mana kuasa YDP Agong diperturunkan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, dan YDP Agong bertindak di atas nasihat.  Bertindak mengikut budibicara di sini bermaksud mengambil sesuatu keputusan untuk bertindak setelah menerima nasihat.

Ini bermakna, YDP Agong adalah “de jure head of the state” (Ketua Negara yang sah) manakala Perdana Menteri adalah “de facto head of government” (Ketua Hakiki Kerajaan ).

Maka, kuasa yang diperturunkan oleh YDP Agong untuk mewakilinya di dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan berkenaan Angkatan Tentera Malaysia diberikan kepada seorang Menteri Kabinet yang dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Pertahanan.  Menteri Pertahanan menjalankan kewajipan mewakili YDP Agong, dan bertanggung jawab terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Ini bermakna, kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia kepada Raja dan Negara bermakna kesetiaan juga kepada Kerajaan YDP Agong yang telah dipilih oleh rakyat dan dibentuk dengan titah YDP Agong.

MAJLIS ANGKATAN TENTERA

Berkenaan Artikel 137 berhubung MAT yang dibangkitkan oleh penulis, tiada sebarang pencabulan berlaku di situ kerana sepertimana yang telah diterangkan di atas, Menteri diperuntukkan kuasa oleh YDP Agong melalui Artikel 39 untuk menjaga hal ehwal Pertahanan.

Apa jua undang-undang yang dibuat mengenai Angkatan Tentera Malaysia termasuk Akta Angkatan Tentera, 1972, adalah merupakan undang-undang yang dibuat di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diluluskan oleh badan perundangan (Parlimen) untuk Menteri yang dipertanggung jawabkan serta Kementeriannya menjalankan tugas.

Adalah bahaya jika seorang Panglima Angkatan Tentera atau mana-mana Panglima Perkhidmatan boleh bertindak membelakangkan Menteri yang dipertanggung jawabkan.  Bayangkan sekiranya hari ini Tentera Laut DiRaja Malaysia bercadang untuk menyerang mana-mana kapal tentera asing yang melalui perairan kita dalam keadaan “innocent passage.”

KEKANANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Tidak ada mana-mana peruntukan di bawah Artikel 132(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan senarai perkhidmatan awam tersebut adalah mengikut kekananan.  Angkatan Tentera Malaysia bukanlah suatu perkhidmatan awam yang paling kanan kedudukannya berbanding lain-lain perkhidmatan awam.

Ia hanya mainan persepsi yang dibuat oleh penulis.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini dibuat sejurus sebelum berlakunya Kemerdekaan Tanah Melayu.  Ini adalah wasiat daripada Raja-Raja Melayu kepada rakyat di setiap negeri.  Untuk memahami wasiat ini, kita perlu fahami bahawa kemerdekaan yang kita capai bukanlah daripada pihak British sebenarnya.  Kita imbau kembali sejarah penubuhan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Selain Melaka, Pulau Pinang, Singapura, dan (buat seketika) jajahan Dinding dan Pangkor, tidak ada mana-mana negeri dalam Tanah Melayu yang telah dijajah oleh British.  Kemasukan British ke Tanah Melayu dan seterusnya perkenalan sistem pentadbiran British adalah disebabkan perjanjian-perjanjian di antara pihak British dengan Raja di setiap negeri.  Kuasa eksekutif Sultan diperturunkan kepada seorang Residen (Reseden-Jeneral bagi negeri-negeri Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan). Residen-residen ini adalah digajikan oleh Raja negeri-negeri di mana mereka berkhidmat.

Apabila perbincangan untuk kemerdekaan berlaku, ianya adalah di antara kerajaan British (sebab mereka mempunyai perjanjian dengan Raja-Raja), Raja-Raja Melayu (kerana mempunyai perjanjian dengan pihak British), dan wakil rakyat Malaya yang diwakili oleh Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC).  Perbincangan ini berkitar mengenai pembubaran perjanjian, pemerintahan sendiri oleh kerajaan yang dipilih rakyat.

Maka, apabila berlakunya kemerdekaan Tanah Melayu, kuasa eksekutif yang selama ini dipegang oleh Residen British, diserahkan pula oleh Raja-Raja Melayu kepada kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

Kemerdekaan kita adalah dari sistem feudalisme, bukan penjajahan.

PENTUTUP

Saya dapati penulisan ini menggambarkan sama ada penulis sebenarnya keliru dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, atau sengaja mahu mengelirukan pembaca disebabkan sandaran politiknya.

Pun begitu, sekiranya inilah yang terbaik yang boleh dibentangkan, nasihat saya kepada beliau adalah untuk banyakkan membaca dan berlaku adil serta tanamkan sikap dan minda yang terbuka.  Penulis nampaknya jahil mengenai sejarah Perlembagaan Persekutuan.  Menjadi seorang peguam tidak bermakna anda mahir dari segala selok-belok perundangan dan perlembagaan.

Bak kata seorang novelis US bernama Edna Ferber: “Minda yang tertutup adalah minda yang menghadapi kematian.”  Oleh itu, jangan dijumudkan lagi minda itu hanya kerana fahaman politik peribadi.

 

Beban Politik Harus Disingkirkan

darth madey

Satu minggu yang cukup menarik. Pembubaran parlimen yang begitu dinantikan telahpun berlaku. Pengumuman oleh SPR mengenai hari pengundian yang jatuh pada hari Rabu telah menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati. Ini adalah kali ke-6 sejak kemerdekaan, yang menyaksikan pembuangan undi dibuat pada hari bekerja. 6 dari keseluruhan 14 pilihanraya umum Malaysia. Dan separuh darinya terjadi ketika Mahathir mentadbir Malaysia.

Ramai yang melenting kerana mereka hampir mustahil dapat pulang ke kawasan pengundian dan kembali ke tempat bermastautin selepas mengundi. Mereka kononnya dinafikan keadilan tanpa menyedari mereka sendiri berlaku tidak adil kepada penduduk kampung halaman mereka yang perlu mengadap wakil rakyat yang diundi mereka selama 5 tahun yang mungkin lebih teruk dari wakil rakyat sebelumnya.

Jika tidak mahu pulang mengundi, tukarlah alamat mengundi ke alamat bermastautin.

Lebih menarik, baru-baru di dalam satu penulisan di laman Facebook, DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyeru kepada rakyat Johor untuk menolak parti atau pakatan yang akan memberikan kemenangan kepada Mahathir. Rakyat yang membaca terus menghamburkan kemarahan. Sebelum ini, apabila Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ mengkritik kerajaan, rakyat, termasuk mereka yang tidak mempercayai institusi beraja dengan akan pantas menulis ‘Daulat Tuanku’. Kini khalayak yang sama menyerang TMJ.

Saya kurang gemar  sekiranya seorang ahli kerabat diraja mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya percaya, sungguhpun mereka mempunyai pandangan tersendiri, mereka perlu kekal tidak berpihak. Namun, ungkapan terkenal dari Walter Bagehot bermain di fikiran saya:

Raja mempunyai 3 hak: Hak untuk berbincang, hak untuk memberi galakan dan hak untuk memberi amaran

Ini diakui oleh Mark R Gillen dari Fakulti Undang-Undang, University of Victoria (Gillen 1994:7) Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga mantan Ketua Hakim Negara pernah bertitah:

Adalah menjadi satu kesilapan jika peranan seorang Sultan, seperti seorang Presiden, adalah terhad sepertimana yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan. Peranan seorang Sultan jauh melangkaui peruntukan Perlembagaan” (Azlan Shah 1986:89).

Maka, adalah hak TMJ untuk memberikan amaran kepada rakyat Johor mengenai apa yang baginda fikirkan sebagai berbahaya untuk rakyat baginda, dan demi perpaduan negeri baginda.

Jika Barisan ingin mengambil kesempatan untuk isu ini, saya fikir waktunya tidak kena kerana ia dilakukan terlalu awal, ketika negara baru hendak ‘memanaskan badan’ untuk menghadapi pilihanraya. Anda kini dapat melihat mesej-mesej yang disebarkan di dalam WhatsApp yang bukan sahaja menyerang Sultan Johor sekarang, tetapi juga menyerang Sultan sebelum ini, iaitu nenda kepada TMJ. Mahathir juga cepat mengeluarkan kenyataan, dengan berkata tulisan Pakatan itu hanya memberikan keuntungan kepada Pakatan.

Mungkin itu yang beliau fikirkan.

Perseteruan Mahathir dan Istana Johor berlaku dari sebelum Syed Saddiq dilahirkan lagi. Dua tahun selepas menjadi Perdana Menteri, Mahathir cuba mendapatkan persetujuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Shah untuk naik takhta sebagai Yang Dipertuan Agong ke-8 kerana Sultan Pahang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan pada tahun 1984. Ianya berjalan serentak dengan kempen memburukan Sultan Johor, dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan ramai.

Hubungan Mahathir dan Sultan Johor begitu teruk sehingga beberapa pegawai kanan tentera merancang satu rampasan kuasa pada tahun 1983. Panglima Tentera Darat ketika itu, Jeneral Tan Sri Dato’ Zain Hashim, seorang pegawai tentera yang amat cemerlang, terpaksa bersara pada usia yang masih muda, iaitu 52 tahun, pada Januari 1984 dan digantikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Bin Haji Che Mat. Jeneral Ghazali hanya berkhidmat sebagai PTD selama setahun sebelum dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera. Jeneral Ghazali telah diganti oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Hashim Mohd Ali sebagai Panglima Tentera Darat, adik ipar Mahathir. Tentera Darat kini diperintah oleh seseorang yang setia dengan Mahathir. Jeneral Hashim kemudian menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera. Maka, berakhirlah segala ketidak-setiaan Angkatan Tentera Malaysia terhadap Mahathir.

Saya mengetahui butiran rancangan rampasan kuasa tersebut tetapi diminta untuk merahsiakannya.

Tidak, ini tidak menunjukkan Tentera hanya perlu setia kepada Raja-Raja Melayu, sebaliknya tentera juga perlu setia kepada kerajaan Yang Dipertuan Agong kerana menurut Artikel 39 Perlembagaan Persekutuan menteri kabinet adalah mewakili Yang Dipertuan Agong dan diberikan kuasa eksekutif untuk mentadbir negara bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Maka, kesetian perlu diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk Perdana Menteri dan kabinet beliau.

Segala perbuatan dan cubaan Mahathir keatas keluarga diraja Johor telah ditulis TMJ. Bukan rahsia lagi yang Mahathir begitu bencikan keluarga diraja kerana sejak zaman Perang Dunia Kedua lagi beliau telah bertelagah dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia dan kerabat diraja Kedah. Baru-baru ini, Mahathir telah menyerang projek Forest City dengan cuba menakutkan penduduk tempatan dengan kebanjiran warga China dan menyerang etnik Bugis, iaitu keturunan Najib dan dua orang Sultan, iaitu Johor dan Selangor dengan berkata ‘Lanun Bugis patut balik ke tanah asal mereka’.

Sultan Johor mengecam Mahathir kerana memainkan sentimen perkauman manakala Sultan Selangor mengecam komen Bugis Mahathir.

Mahathir masih tidak memohon kemaafan atas kedua-dua insiden itu.

Beliau adalah seorang yang pemarah dan akan membakar seluruh negara ini dengan kemarahan beliau” titah Sultan Selangor di dalam satu kenyataan yang dikatakan turut dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Apabila ditanya oleh media mengenai titah Sultan Selangor itu, Mahathir menjawab “Ya, saya memang pemarah dan anda sendiri boleh lihat betapa marahnya saya. Saya akan bakar anda dan akan terus membakar apa sahaja.”

Ya, Mahathir akan membakar apa sahaja asalkan beliau mendapat apa yang beliau hajati. Beliau tidak peduli sekiranya negara ini hancur. Ini adalah kerana beliau kian kesuntukan masa.

Sebelum bersara 15 tahun lepas, beliau mahukan seorang Perdana Menteri yang mendengar cakap dan yang akan melindungi beliau dan keluarga beliau dari sebarang siasatan, walaupun selepas beliau tiada lagi. Apabila Pak Lah enggan, beliau gulingkan Pak Lah. Kemudian datang Najib Razak yang mempunyai idea sendiri bagaimana negara ini perlu ditadbir dan dijadikan lebih baik. Mahathir, yang tidak biasa dengan orang-orang yang tidak mengikut kemahuan beliau, cuba menggulingkan Najib. Ianya merupakan serangan dari pelbagai arah, yang menguatkan lagi serangan sedia ada dari pembangkang.

Beliau berpakat dengan Muhyiddin dan Shafie. Beliau tahu bahawa beliau tidak boleh bergantung harap dengan Zahid Hamidi kerana beliau pernah memenjarakan Zahid di bawah ISA. Kesetiaan Hishammuddin terhadap sepupunya pula tidak boleh dipersoalkan. Beliau menekan kepimpinan UMNO dengan harapan Najib akan disingkirkan dan Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri lalu menjamin keselamatan keluarga beliau.

Malangnya rancangan itu gagal. Najib kembali teguh dan kini aktif membalas serangan. Muhyiddin dan Shafie dipecat dari kerajaan dan parti. Mahathir dan keluarganya kini berdepan dengan kemungkinan terpaksa menghadapi siasatan ke atas salahguna kuasa untuk mendapatkan kekayaan dan projek-projek tanpa tender terbuka.

Sebab inilah beliau nekad untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri – supaya beliau boleh jamin akan dapat melindungi keluarga beliau dari disiasat oleh pihak berkuasa.

Jika difikirkan, kenapa perlunya seorang ‘ yang berprinsip’ melanggar kesemua prinsip  dan bekerjasama dengan musuh ketatnya, yang diketahui ingin memusnahkan budaya dan adat istiadat orang melayu dan mungkin juga, institusi beraja?

Mantan-mantan pegawai tinggi polis dan tentera pasti ingat di dalam satu sesi golf di mana Almarhum Sultan Iskandar berkata Malaysia tidak memerlukan sistem Presiden dan mesti menyingkirkan ‘beban politik’.

Kita mungkin tertanya apa yang dimaksudkan oleh Almarhum tteapi saya rasa saya tidak mempunyai sebarang masalah mengenalpasti siapa yang dimaksudkan oleh Almarhum.

Namun, satu perkara yang pasti, Mahathir lebih rela untuk memohon maaf kepada Ambiga dan DAP kerana menggunakan perkatan ‘keling‘ daripada memohon ampun kepada Raja-Raja Melayu.

Lihatlah sendiri di mana kedudukan Raja-Raja Melayu berbanding Ambiga dan DAP di mata Mahathir.

Inikah sifat seseorang yang boleh memelihara kedudukan agama Islam dan keistimewaan Bumiputera dan orang Melayu di Malaysia?

Berhati-hatilah bila membuang undi kelak.