SeaDemon Says

Beta Melangkaui Politik

Posted on: December 27, 2015

BETA MELANGKAUI POLITIK-DYMM SULTAN JOHOR
  
“Pemimpin atau bekas pemimpin dengan pemikiran sempitnya yang tidak menyukai Singapura” 
Siapakah gerangannya?
Jangan pula beranggapan bahawa Tuanku akan menyokong sesiapa pun dari tanah Johor hanya kerana dia adalah rakyat Johor (termasuklah bekas Menteri Besar Johor)

Dalam berita hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menegaskan bahawa baginda tidak berminat dengan politik dan tidak menyokong mana-mana ahli politik.
Baginda bertitah bahawasanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi peluang oleh kerana mantan perdana menteri yang terdahulu juga pernah membuat kesilapan.
S : Ampun Tuanku, maafkan kami untuk bertanyakan soalan sensitif ini, memandangkan sekarang Johor dilanda oleh fenomena politik. Melalui kenyataan pihak istana, samada melalui saluran rasmi mahupun media sosial, dapat dibayangkan seolah-olah Tuanku mengkritik DS Najib dan tidak menyukai beliau.
J : Tidak, beta tidak pilih kasih terhadap sesiapa. Beta tidak pernah menyatakan rasa tidak suka kepada DS Najib. Beliau tetap seorang Perdana Menteri samada kita suka atau tidak.
Beta harus tegaskan bahawa setiap Perdana Menteri pernah membuat kesilapan. Bagi beta, Muhyiddin Yassin adalah bekas Menteri Besar Johor juga Bekas Timbalan Perdana Menteri. Beliau telah datang mengadap beta melalui temujanji dan beta membenarkannya tetapi seboleh-bolehnya beta tidak ingin berbincang mengenai politik. Beliau datang mengadap sebanyak dua kali.
Beliau ada menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan beta mendengar keluhan beliau itu. Beta juga ada berjumpa dengan PM dan perkara sama turut berlaku, beta tidak membincangkan hal-hal berkaitan politik. Beta tidak berminat terhadap isu politik namun jika beliau (PM) inginkan pendapat dan nasihat, beta sentiasa dengan hati terbuka membantu sebagai seorang sahabat.
Isu samada anda dari tanah Johor ataupun tidak, ianya tidak pernah timbul.
Pihak istana menerima kunjungan dari mana-mana pemimpin tetapi tidak bermakna beta akan melobi kepimpinan mereka.
Mereka adalah ahli politik tetapi janganlah mencemarkan serta menggunakan nama baik istana untuk tujuan politik mereka. Beta bangga menjadi anak jati Johor tetapi itu bukan bermakna beta akan membuta tuli menyokong sesiapa pun yang berasal dari Johor. Rakyat juga janganlah membuat andaian sedemikian.
Perdana Menteri berasal dari Pahang namun beliau tetap memberi perkembangan terbaru apabila ianya berkaitan dengan hal negeri. Ada pertemuan rasmi seperti yang dilaporkan media, tetapi ada juga pertemuan tidak rasmi kami yang orang lain tidak tahu.
Beliau menunjukkan keprihatinan mengenai isu yang berkaitan dengan Johor lebih lagi berkenaan dengan Singapura. Kami bersetuju dan percaya bahawa Johor serta Malaysia akan dapat memperolehi kebaikan daripada projek-projek pembangunan yang sedang dijalankan, sebaik selesai pembinaan projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura, keuntungan dan kebaikan tersebut sudah boleh dinikmati.
Beta tidak ingin mengungkit mengenai masa lepas mahupun pilih kasih kepada mana-mana ahli politik, aktif mahupun yang sudah bersara, tetapi Perdana Menteri harus mengerti dan memahami perlunya kerja keras dan tidak mengulangi kesilapan yang lepas.
Beta tidak faham apa rasionalnya pemimpin Malaysia yang ingin memulakan sengketa dua negara terhadap Singapura. Itu yang beta gelarkan sebagai “pemikiran sempit”.
Sumber http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/27/johor-ruler-im-above-politics-the-interest-of-the-rakyat-always-comes-first/

Taqweem al-SeaDemon

December 2015
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 1,204,644 hits

Twitter

Archives

%d bloggers like this: