Suruhanjaya Pilihanraya seketika tadi mengumumkan kemenangan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di Sarawak – suatu kemenangan yang lebih besar berbanding pilihanraya negeri Sarawak lima tahun yang lalu.
Eloklah saya memperingatkan para pengundi di Sarawak bagaimana anda dihina para penyokong Pakatan Rakyat ketika itu dengan kata-kata kesat kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada Barisan Nasional.
Tiba 2016, Pakatan Harapan kembali memberi janji manis serta menunjukkan sikap berbudi bicara dan hormat kepada para pengundi negeri Sarawak dengan harapan dapat menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Adenan Satem.
Malang bagi mereka, kemenangan yang lebih besar diberikan kepada BN kali ini dan DAP kehilangan setengah kerusi yang disandangi pada PRN-10.
Marah dengan keadaan itu, para penyokong DAP dan PKR kembali mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang-orang Sarawak. Nampaknya mereka tidak akan berubah pendapat terhadap orang-orang Sarawak.
Sila kongsikan posting ini dengan rakan-rakan anda di seluruh negeri Sarawak dan amatlah diharap agar pengajaran biadap yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Harapan ini tidak dilupakan langsung oleh para pengundi negeri Sarawak dan dipelajari oleh negeri-negeri lain juga:
You must be logged in to post a comment.