Dari Sungai Besar Ke Kualē

Esok merupakan hari penentuan buat para pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar. Kedua-dua buah kerusi yang kosong akibat kematian ahli-ahli Parlimen yang mewakili kawasan-kawasan tersebut bulan lalu menjadi rebutan di antara PAS, BN dan parti serpihan PAS iaitu PAN.

Kedua-dua buah kerusi ini adalah amat penting buat BN dan PAS. Bagi BN, kemenangan akan bermaksud rakyat masih meletakkan kepercayaan mereka terhadap BN walaupun sokongan para pengundi amat tipis ditambah pula dengan serangan-serangan tidak munasabah yang telah dilakukan oleh bekas ahli UMNO iaitu Mahathir Mohamad. Bagi PAS pula, ianya akan menjadi bukti bahawa sokongan terhadap PAS masih kukuh walaupun telah dikhianati oleh Mohamad Sabu dan konco-konconya.

Tidak timbul isu sama ada calon yang diketengahkan oleh parti-parti yang bertanding adalah merupakan “calon payung terjun” seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak. Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid walaupun berasal dari Negeri Sembilan telahpun bermastautin di Kuala Kangsar selama 27 tahun dan adalah merupakan pengundi berdaftar di Kuala Kangsar. Beliau telah bekerja dengan arwah suami beliau untuk rakyat Kuala Kangsar sekian lamanya.

Berbeza dengan calon PAN di Sungai Besar. Azhar Ab Shukur, yang berasal dari Pahang tetapi menetap juga di Pahang.  Calon Pakatan Harapan ini tiada bezanya dengan ahli-ahli Parlimen lain Pakatan Harapan yang memegang serentak kerusi DUN dan Parlimen, kemudiannya sibuk berceramah di sana sini dan tiada masa untuk diluangkan secara peribadi di kawasan-kawasan yang telah memilih mereka sebagai wakil suara pengundi.

Malah, Azhar dengan berbesar hatinya telah umumkan kepada para pengundi Sungai Besar bahawa beliau akan lawat kawasan sebanyak dua bulan sekali! Sebulan sekali sekiranya beliau seronok!


Kalau inilah yang terbaik boleh PAN berikan untuk rakyat, eloklah kita ramai-ramai baling mikrofon ke arah Presidennya, Mohamad Sabu.

Jangan juga kita lupakan siapa sebenarnya di belakang  tabir mentadbir PAN – tidak lain dan tidak bukan parti DAP sendiri.


Sejak mula hari pencalonan lagi kelihatan “para pembesar” DAP kelihatan berkempen dengan agresif bagi pihak PAN. Ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan. PAN lahir akibat hasutan jahat DAP terhadap ahli-ahli PAS yang pernah ada bai’ah bercerai suami-isteri talak tiga sekiranya keluar meninggalkan PAS. Maka keldai-keldai tunggangan DAP ini bekerja keras mengikut arahan yang diberikan oleh tuan DAP mereka untuk cuba memenangi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kemenangan PAN adalah kemenangan DAP:


Apa yang nak dihairankan mengenai hukum bersama bekas isteri yang dicerai talak tiga kalau boleh bersekongkol dengan golongan evangelis yang tidak pernah senang dengan kedudukan istimewa Bumiputra dan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia?

Seorang lagi yang menangguk di air yang keruh bersekongkol dengan PAN dan DAP ialah Mahathir Mohamad, seorang yang mengaku Melayu kerana bencikan bangsa nenek moyangnya.

Kerja Mahathir adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk mencapai agenda persendiriannya termasuklah berbaik dengan musuh-musuhnya.


Sejak memulakan serangan terhadap Perdana Menteri, bekas ahli UMNO ini yang pernah menangis kerana memecat dirinya sendiri dari jawatan Perdana Menteri cuba membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat dalam perjuangan memenuhi nafsu sendiri. Ini termasuklah mengitar semula isu lapok yang sudah berjawab dan membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas di mana beliau sendiri akui bahawa beliau tiada bukti untuk menyokong dakwaan-dakwaan beliau, tidak ubah seperti para pejuang papan kekunci yang mengharapkan bayaran.


Malah, “sokongan” yang beliau perolehi juga adalah penipuan sebesar “sokongan” yang didakwanya.

Serangan Mahathir juga tidak terbatas kepada Najib; malah Abdul Hadi Awang juga menjadi sasaran kempennya. Maka apakah agenda Mahathir kalau bukan membantu evangelis untuk menjatuhkan Islam dan Melayu?

Di hari terakhir tempoh berkempen ini, fikir-fikirkanlah. Undilah calon yang boleh membawa kemajuan, pembangunan, peluang pekerjaan, penambahbaikan mutu kehidupan, perpaduan dan kesejahteraan.

Siapa pun yang bakal anda pilih, janganlah dipilih calon parti keldai yang hanya akan menjenguk anda dua bulan sekali.

Mari kita tonton video terakhir:

One Reply to “Dari Sungai Besar Ke Kualē”

Comments are closed.

%d bloggers like this: