Berdemonstrasi Itu Sifat Khawarij

Kerajaan bersifat zalim – dan itulah modal yang dihamburkan setiap hari bagi menghasut rakyat bangkit menentang kerajaan yang ada.

Ada yang menyamakan kebangkitan orang Melayu menentang pentadbiran British pada tahun 1946 dengan demonstrasi BERSIH. Malah ada juga organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bertopengkan Islam yang menyamakan perbuatan Rasulullah SAW membebaskan kota Makkah dengan demonstrasi BERSIH menentang korupsi, kezaliman dan penindasan. Ini adalah merupakan suatu fitnah terhadap Rasulullah SAW.

Pertamanya, pada tahun 1946, kebangkitan orang Melayu menentang pentadbiran Malayan Union jelmaan British adalah di atas arahan para pemimpin orang Melayu itu sendiri untuk mempertahankan kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu Islam, dan tanah air dari penindasan dan penjajahan kafir.

Keduanya, pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) oleh Rasulullah SAW adalah sebahagian dari peperangan tentera Islam yang berpusat di Madinah menentang Bani Quraisy Jahiliyah dan membersihkan Kaabah dari patung berhala dan segala perbuatan syirik.

Rasulullah SAW bukannya bersekongkol dengan Kafir Quraisy untuk menjatuhkan Islam. Jauh sekali bekerjasama dengan puak-puak berikut untuk menjatuhkan pemimpin beragama Islam:


Apabila menyebut perkataan zalim saya nak bertanyakan beberapa soalan:

  1. Zalimnya kerajaan Malaysia adakah para Raja Melayu dan Perdana Menteri telah meninggalkan syiar Islam dan mengisytiharkan diri mereka kafir?
  2. Adakah masjid-masjid yang diperintahkan tutup atau dirobohkan?
  3. Adakah mana-mana orang Islam yang ditangkap atau dilarang dari melakukan sebarang bentuk ibadah?
  4. Adakah mana-mana orang yang mati atau kebuluran akibat kemiskinan?

Saya yakin yang paling hampir boleh dijawab adalah solan saya yang No.4. Namun kerajaan telah menyediakan pusat-pusat pungutan zakat. Kemiskinan dalam masyarakat adalah merupakan masalah Fardhu Kifayah. Sekiranya masyarakat sekeliling gagal melaporkan mana-mana anggota masyarakat yang layak yang memerlukan bantuan maka kesalahan itu terjatuh di atas bahu masyarakat tersebut.

Sekiranya tiada sesiapa di kalangan masyarakat tersebut membantu menghantar makanan kepada orang yang memerlukan dan meletakkan beban tersebut di bahu kerajaan sebab “makanan aku untuk keluarga aku sahaja” maka orang itu yang menanggung dosa membiarkan anggota masyarakatnya menderita.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu.” (an-Nisaa’ 59)

Sabda Rasulullah SAW:

  1. Sesiapa yang taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku. Dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin maka dia telah derhaka kepada aku (Bukhari 2957)
  2. Kamu wajib patuh dan setia walau dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, dan walaupun merugikan kepentingan mu (Muslim 1836)
  3. Sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepda Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya namun jangan dia lepaskan ketaatan kepadanya (Muslim 1855).

Selagi pemimpin itu tidak syirik kepada Allah, menentang agama Islam, maka wajib kita mentaatinya.

Pada tahun 2015, kerajaan telah memperuntukkan RM488 juta untuk memakmurkan masjid di seluruh negara. Jika ini satu kezaliman, maka tentanglah kerajaan.

Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan baru-baru ini, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk melahirkan tahfiz yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz.

Malah 1MDB yang menjadi bahan kutukan warga kota selama ini jugalah entiti yang telah memperluaskan dan menjadikan Masjid Kampung Baru suatu tempat beribadah yang amat selesa untuk mereka-mereka yang mengutuk 1MDB menunaikan solat mengurangkan dosa kemunafikan mereka sendiri.

Soalan saya, kenapa berdemo dengan mereka-mereka yang ingin menyesatkan dan mengkafirkan umat Islam di negara ini?  Saya sendiri pernah duduk bertanya kepada mereka-mereka yang telah dimurtadkan oleh golongan ini.

Sekiranya anda tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, atau bencikan kerajaan hanya disebabkan beg tangan Rosmah, maka apabila tiba masa mengundi, undilah pihak lawan. Dan jangan berikan saya alasan bahawa sistem pilihanraya kita tidak adil. Kalau tidak adil dan berpihakkan kerajaan Barisan Nasional, masakan DAP boleh mentadbir Pulau Pinang dan Selangor (menerusi boneka mereka – PKR)?

Tepuk dahi tanya diri: aku nak ikut agama atau telunjuk kafir?

Mari sama-sama kita hayati video yang telah dikongsi oleh Dr Aznil Hisham berikut: