He Is Human? Right!

Of late, I am often spoilt for choice of political comedians. For example, there are several memes of Ahmad Maslan – the ‘Bingung‘ one was particularly funny. Then we have the riddle – What is a Takoyaki without balls?  The answer to that one is Sotong.

Then you have Marina Mahathir who today claimed that George Soros cares for human rights.


I am sure George Soros is philanthropic as well as humane. Therefore, I would agree to a certain point with Marina that Soros indeed cares for human rights.

In 1997-98, Soros the human rights defender went on a full frontal assault against the Malaysian Ringgit. Even Marina’s father agreed explicitly to this.


What Soros did was to try bring down old Mahathir whom during his premiership incarcerated his opponents without trial. In a Human Rights Watch reported dated some time in 2001, Mahathir was reported to have detained thousands without trial, and at the time of writing there were 105 ISA detainees in the Kamunting Detention Centre.


Soros is a very generous person. Through his Open Society Institute he had given generously to both the colour revolution in Eastern Europe as well as the Arab Springs of North Africa and the Middle East. Since then 65,000 people have been killed in Syria; 435,000 are internally displaced in Libya while 2.5 million have left the country through migration or by becoming refugees; about 2,000 died in Egypt. Soros has also been funding the Opposition and Opposition-friendly organisations such as BERSIH and Malaysiakini (where a director is also a former Soros employee) – perhaps for a Malaysia-spring.

I did not make those figures up the way Rafizi, Tony Pua and Syed Saddiq would. You can see them for yourselves HERE .

Therefore, you must also remember when Soros attacked the Asian financial systems in 1997 and 1998 he also caused the deaths of thousands in Asia – all died in misery after wallowing in mental pain and total despair.


So Marina, Soros is NOT a champion for human rights. He is just interested to see the world spins the way he wants it to – much like your father, only on a global scale. They both have their caprices.

I hope you will find a better joke the next time, Marina. It has been a delightful afternoon. If you can’t find a better joke then just remain as one.

Oh! If only you could now see my face all lit up with impish glee!

Minyak Habis Sambal Tak Enak

Dua bulan yang lepas saya telah menghadiri perjumpaan bekas Pegawai Kadet Tentera Udara DiRaja Malaysia yang dilatih di Sekolah Pegawai Kadet TUDM di TUDM Kinrara dan TUDM Subang.  Antara perkataan yang terbit dalam ucapan-ucapan pada malam tersebut adalah perkataan MANTAN.’  Salah satu teori yang diketengahkan mengenai perkataan tersebut ialah ianya berasal dari Indonesia dan membawa maksud ‘Mundar mANdir tanpa jawaTAN.’   Teori kedua mencadangkan maksud ‘Manusia Tanpa Nafsu.’  Apa jua maksud yang tersirat nukilan saya pada malam ini adalah mengenai rengekan mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang dan mungkin kini ahli Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi, Rina Mohd Harun di dalam laman Facebooknya.

rh1 rh2 rh3

Begitulah rengekan Saudari Rina mengenai kepayahan hidup yang dialami oleh orang ramai. Saya yakin sebagai mantan ketua sebuah pergerakan di peringkat UMNO Bahagian, beliau pernah menghadiri kursus-kursus jatidiri di pusat-pusat latihan UMNO terutamanya di Janda Baik dan Kemensah.  Beliau juga telah diberi ilmu dan cara-cara untuk menjawab pertanyaan serta menangkis tohmahan yang dibawa pihak pembangkang.  Berlatarbelakangkan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestasi tinggi serta latihan-latihan yang telah diterima dari UMNO saya lebih mengharapkan Saudari Rina mempunyai kemantapan daya juang yang tinggi, matang pemikiran dan lebih bijaksana.

Malangnya, setelah habis beribu nampaknya hasilnya tiada. Bagai minyak habis sambal tak enak.

Seperti penulisan saya tempoh hari, saya telah menjelaskan (biarpun dalam bahasa yang mungkin sukar Saudari Rina fahami) bahawa pihak Kerajaan telah memberi subsidi kepada 23 pengeluar minyak masak utama untuk mengeluarkan 85,000 tan minyak masak untuk kegunaan rakyat setiap bulan.  Kajian mendapati rakyat Malaysia hanya menggunakan sebanyak 45,000 tan minyak masak sebulan manakala 40,000 tan lagi hilang atau tidak dapat dikesan dan dipercayai diseludup oleh pengedar ke negara-negara jiran.

Rasional penghapusan subsidi bagi semua jenis minyak masak kecuali minyak masak 1kg yang dijual di dalam polybag adalah supaya kegiatan penyuludupan minyak dapat dikurangkan dan dihapuskan kerana ianya lebih sukar untuk menyeludup keluar minyak masak di dalam polybag. Subsidi boleh ditukarkan ke bentuk lain yang lebih tepat disaluran kepada golongan sasaran.  Golongan berpendapatan rendah dan juga peniaga restoran dan gerai kecil-kecilan lebih gemar menggunakan minyak masak dalam polybag 1kg maka ini bermakna bahawa kos sara hidup golongan-golongan tersebut tidak berubah, dan makanan yang mereka jual juga tidak patut dinaikkan harga.  Bukankah ini lebih baik dari wang subsidi hasil cukai rakyat dimanafaatkan oleh rakyat Malaysia sendiri dan bukan oleh warga asing?

Mengenai kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak, sesiapa yang mempunyai akal dan logik yang baik pasti tahu adalah mustahil untuk negara alami kekurangan bekalan minyak masak sedangkan penggunaan bulanan hanyalah 45,000 tan sedangkan minyak masak yang dihasilkan adalah sebanyak 80,000 tan.  Sekiranya Saudari Rina dan para pengomen statusnya itu mempunyai akal yang baik maka sudah tentu mereka boleh mengagak bahawa kekurangan bekalan minyak masak adalah disebabkan oleh perbuatan sorok oleh para peniaga agar 1) para pelanggan membeli minyak 5kg sahaja, atau, 2) stok yang sedia ada boleh dijual apabila harga siling minyak selain minyak polybag 1kg naik pada bulan Januari 2017.

Sekiranya Saudari Rina dan para pengomen mendapati sukar untuk tiba ke logik tersebut maka saya cadangkan supaya mereka  lakukan carian Google untuk berita yang berkenaan perkara tersebut.  Yang itu paling mudah.  Cuma saya ingin menbuat suatu perbandingan di sini: saya mempunyai 10 mulut di dalam rumah saya yang perlu diberi makanan setiap hari.  Minyak masak 5kg yang berharga RM15.25 boleh bertahan selama tiga minggu di rumah saya.  Ini bermakna saya hanya berbelanja sebanyak 71 Sen sehari untuk minyak masak.  Adakah Saudari Rina serta para pengomen menggunakan minyak masak lebih dari saya setiap hari?

Harga sayur naik, petik di belakang rumah.

Saya amat tertarik dengan kenyataan ini,  Sebagai seorang politikus yang terpelajar pasti Saudari Rina peka dengan masalah bekalan makanan di Malaysia.  Malaysia mempunyai 30 juta penduduk yang memerlukan 2.9 billion tan metrik beras setiap tahun, dan permintaan untuk beras dan lain-lain bahan makanan bertambah setiap tahun dengan bertambahnya bilangan penduduk negara ini iaitu pada kadar 3.9 peratus di antara 2012 dan 2013.  Walaupun kita mengimport makanan terutamanya beras, kita masih belum dapat mencapai 100 peratus Self-Sufficiency Level (SSL) terutamanya untuk beras.

Memetik sayur di belakang rumah sendiri bukanlah suatu perkara yang baru.  Saya sendiri mempunyai tanaman keperluan harian di laman rumah saya seperti cili, limau kasturi, limau purut, belimbing buluh, pandan, serai, pisang, daun sup dan lain-lain.  Pada tahun 1974, untuk mengurangkan kesan inflasi Perdana Menteri Kedua, Tun Haji Abdul Razak telah melancarkan Kempen Buku Hijau dengan menambahkan hasil pengeluaran makanan dengan memaksimumkan penggunaan tanah. Melalui rancangan ini rakyat dikehendaki bergiat cergas dalam memajukan bidang ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian.  Antara rancangan yang telah diberi penekanan ialah galakan tanaman jangka pendek dan penternakan ayam itik dan juga pemeliharaan ikan air tawar serta sistem pemasaran yang lebih licin melalui agensi-agensi seperti FAMA, LPP, RISDA dan Jabatan Pertanian.

Memetik sayur yang ditanam sendiri di belakang rumah bukanlah bererti kemunduran. Negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada, Kesatuan Eropah telah lama sedari betapa pentingnya keselamatan makanan (food security) dalam mengurangkan kos sara hidup dan kos makanan yang dijual.

Jika kita tidak mempraktikkan penanaman sayur-sayuran di rumah atau kebun maka kita akan rasa tertekan. Malaysia mengimport sebanyak RM45 billion makanan dari luar negara dan jenis makanan yang diimport adalah tembikai, pisang, rambutan, bawang, bawng putih, ubi keledek, tomato dan cili!  Ini semua merupakan makanan yang boleh kita petik di belakang rumah. Dan harga makanan ini semua tertakluk kepada harga matawang asing!  Kalau tak mampu, maka ubahlah cara hidup dan tanam tanaman-tanaman yang dinyatakan di atas. Jangan kita jadi pemalas.  Malah saya sendiri menunggu siapnya rangkaian LRT dan MRT sepenuhnya supaya boleh saya beli sebuah basikal untuk saya gunakan dari rumah atau pejabat ke stesen LRT/MRT yang berhampiran.

Begitulah kisahnya ya Saudari Rina. Saya yang tiada latihan UMNO pun rasanya boleh memberi penjelasan yang agak baik berbanding dengan Saudari Rina yang cepat putus asa dan jumud minda.  Saya tidak boleh bayangkan bagaimana Saudari Rina menjadi seorang ketua/pemegang jawatan sedangkan Saudari Rina hanya menunggu untuk disuap jawapan dan tiada langsung inisiatif untuk menghuraikan persoalan dan tangani segala kegusaran yang ada.  Sebaliknya, Saudari Rina merendahkan marabat Saudari Rina sendiri dari kedudukan seorang ketua kepada seorang pengikut.  Ada sebab Saudari Rina memegang jawatan – ianya menunjukkan ada yang percaya Saudari Rina boleh berfikir dan fikirkan cara-cara untuk membantu yang tidak boleh naik ke atas. Bukannya sama-sama membuntu dengan yang sepatutnya dipimpin.

Kesian UMNO dan kesiankan mereka yang memilih anda untuk memimpin mereka kerana sikap anda telah menggagalkan impian mereka buat anda.