Kata Mereka, Kata Kita

Masih sibuk lagi para pencacai Mahathir membawa isu-isu basi seperti biasa, bermula dengan penjualan Proton kepada entiti China oleh pemiliknya yang sudah tentu bukan kerajaan Malaysia, MAS yang dipimpin oleh warga negara asing, dan juga penasihat komunikasi korporat Perdana Menteri yang juga bukan warganegara.

Gambar yang dikongsikan oleh bangsat-bangsat Mahathir
Hakikatnya, semasa zaman Mahathir, MAS yang menjadi kebanggaan negara telah menjadi sebuah syarikat bangsat setelah diuruskan oleh seorang kroni Mahathir. Berbagai bantuan kewangan terpaksa kerajaan berikan untuk menentukan syarikat penerbangan tersebut tidak berkubur.

Namun, kerajaan terpaksa akur bahawa entiti Sistem Penerbangan Malaysia terpaksa ditamatkan kerana tidak termampu melangsaikan segala beban dan diwujudkan pula Penerbangan Malaysia Berhad untuk menggantikan syarikat sebelumnya.

Kini, ianya dikemudi oleh Peter Bellew, seorang warganegara Ireland yang sebelum ini berjaya menaikkan jumlah penumpang di Kerry Airport dari 6,000 orang ke 400,000. Bellew juga merupakan salah seorang dari pihak pengurusan syarikat Ryanair yang telah menjayakan syarikat tersebut.

Setakat suku kedua tahun 2017 MAS telah mencatatkan lebihan sebanyak RM16 juta dengan kenaikan Available-Seat-per-Kilometre sebanyak 8 peratus berbanding jangkamasa yang sama tahun lepas.

Sebelum Proton dijual oleh pemiliknya (dan bukannya oleh kerajaan seperti yang dicanangkan oleh pembangkang), kerajaan telah menghabiskan sebanyak RM44 billion untuk pelbagai kos bagi menentukan Proton mempunyai daya saing di peringkat global.

Malangnya, syarikat yang ketika itu milik kerajaan dan diuruskan oleh kroni Mahathir langsung tidak boleh bersaing di dalam negara, apatah lagi di luar.

Setelah 30 tahun dan bukan lagi milik negara, setelah menghabiskan RM44 billion wang rakyat, Proton telah memerlukan suntikan modal sebanyak RM3 billion untuk mengeluarkan model-model baru, dan akhir sekali memohon geran sebanyak RM1.7 billion untuk terus bernafas.

Proton yang menjadi kebanggaan negara juga menjadi sebuah syarikat bangsat di bawah kroni-kroni Mahathir.

Akhirnya, pemilik Proton menjual sebahagian saham kepada syarikat pembuat kereta terkemuka, Geely.

Jika dalam pejabat Najib Razak ada penasihat komunikasi korporat dari kalangan orang asing, orang yang paling dipercayai Mahathir semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri  merupakan seorang bangsat dan juga agen KGB, agensi perisikan Soviet Union.

Mahathir amat mempercayai agen komunis
Tiga hari sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri, Siddiq Ghouse yang merupakan Setiausaha Politiknya selama tujuh tahun sejak 1974 telah ditahan bersama peralatan perisikan yang telah dibekalkan oleh pihak Soviet Union.

Akibat itu, kerajaan telah menahan beliau di bawah ISA dan mengusir keluar serta-merta tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur kerana kesalahan pengintipan. Perisik KGB yang diusir ialah G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan Rusia; Encik V.P.Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline.

Tujuh tahun pun tak kenal orang yang paling rapat dengan beliau.  Tapi tak menghairankan sebab dulu beliau gelar Lim Kit Siang sebagai musuh yang nyata. Sekarang Lim Kit Sianglah sahabat paling karib beliau.  Anwar Ibrahim yang beliau penjarakan akibat liwat pun dah tiada bau taik.

Kata kita
Aduhai! Rindu zaman Mahathir.  Zaman pelingkup segalanya. Zaman bangsat.

%d bloggers like this: