Sejak akhir-akhir ini grup-grup WhatsApp Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang saya sertai mula dihujani dengan mesej-mesej politik memainkan semula isu-isu lama yang telah terjawab dan terbukti fitnah.
Semalam tersebar semula video di mana Rafizi Ramli menaburkan fitnah mengatakan bahawa MRT Malaysia adalah milik Najib Razak. Jarang sekali saya bertukar pendapat di dalam grup-grup WhatsApp tersebut melainkan untuk bertanya khabar dengan mereka yang pernah berkhidmat dengan saya dahulu namun kali ini saya terpaksa menerangkan kerana saya pernah bekerja di projek KVMRT Lembah Klang.
Dakwaannya yang dikemukakan oleh veteran yang tularkan video tersebut ialah Menteri Kewangan (Diperbadankan) ialah syarikat milik satu-satunya Menteri Kewangan, dan MRT Malaysia adalah 100 peratus milik syarikat tersebut.
Saya memberitahu beliau dan lain-lain ahli grup WhatsApp tersebut bahawa Malaysia mempunyai dua orang Menteri Kewangan. Menteri Kewangan (Diperbadankan) ditubuhkan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan), 1957. Ianya sama seperti Menteri Besar (Diperbadankan) contohnya di negeri-negeri seperti Perak dan Selangor, dan juga Perbadanan Menteri Besar Kelantan – bukan dimiliki mana-mana individu dan ahli-ahli lembaganya terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan. Barulah mereka faham mengenai perkara tersebut.
Saya tidak menyalahkan mereka. Hampir kesemua mereka lebih berumur dari saya. Sebahagian besar menyertai Angkatan Tentera Malaysia sebagai anggota lain-lain pangkat di suatu zaman yang tidak memerlukan mereka mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Adalah lebih mudah untuk memanipulasi mereka ini.
Semasa mereka berhenti, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM masih belum tertubuh. Mereka ibarat terbiar menghabiskan sisa-sisa hidup setelah berhenti dari perkhidmatan. Tidak ada siapa yang menghiraukan mereka mahupun datang memberi penerangan mengenai isu-isu semasa kepada mereka.
Pada tahun lepas apabila pemenang pingat skuad Olimpik diberi ganjaran oleh kerajaan, ada pihak yang telah mencucuk para Veteran ATM untuk bangkit bertanya kenapa mereka tidak diberikan imbuhan setimpal. Mereka merasakan bahawa pengorbanan yang telah mereka berikan tidak dibalas dengan setimpal.
Program 1MVHRP adalah di antara keistimewaan yang disediakan untuk Veteran ATM
Maka timbul di kalangan veteran itu sendiri penghasut-penghasut yang menanam benih-benih kebencian. Ramai Veteran ATM itu sendiri tidak tahu-menahu mengenai keistimewaan yang diberi oleh Kerajaan kepada mereka sebagai tanda penghargaan buat mereka dan keluarga.
Di antara keistimewaan yang disediakan untuk Veteran ATM
Saya telah menjawab perkara ini dengan agak panjang lebar pada ketika itu. Mana-mana Veteran ATM sama ada pegawai mahupun lain-lain pangkat yang telah menamatkan perkhidmatan dan tidak dibuang dari perkhidmatan layak menerima kad pengenalan di bawah dan juga keistimewaan yang disediakan untuk para Veteran.
Namun masih tidak ada usaha dari pihak Kerajaan mahupun Barisan Nasional khususnya untuk mengadakan pertemuan untuk menerangkan isu serta polisi bukan sahaja kepada para Veteran ATM tetapi juga kepada pengundi akar umbi terutamanya di kawasan luar bandar.
Veteran ATM sama ada berpencen mahupun tidak, boleh menikmati tambang pesara KTM
Mereka-mereka inilah yang terdedah kepada dakyah-dakyah serta propaganda fitnah setiap hari. Yang ironiknya, mereka inilah yang dipolitikkan oleh golongan yang marah jika Veteran ATM dipolitikkan.
Dan jangan kita lupa apa tugas Rafizi Ramli dan para pembangkang:
Ada saja yang mengeluh mengenai harga barang serta nilai Ringgit yang tidak seperti zaman Tok Kadok. Tidak kurang juga yang membandingkan bagaimana harga rokok pada zaman Mahathir Mohamad adalah jauh lebih murah dari zaman Najib Razak.
Benar. Harga rokok Dunhill 20 sekotak kini mencecah RM17.00. Namun ianya bukan disebabkan kelemahan matawang tetapi diakibatkan oleh kenaikan cukai ke atas rokok.
Kita ambil tahun 1993, iaitu zaman pemerintahan Mahathir Mohamad. Harga Big Mac pada masa itu ialah RM3.35 manakala harga minyak RON92 (semasa itu minyak RON95 masih belum wujud di Malaysia) berharga RM1.06 seliter.
Pendapatan median bulanan setiap keluarga di Malaysia pada tahun 1993 ialah RM1,077 manakala bagi Bumiputera ianya adalah RM887.
Ini bermakna sekiranya kesemua pendapatan tersebut digunakan untuk membeli Big Mac maka setiap keluarga mampu membeli sebanyak 321 Big Mac manakala bagi sebuah keluarga Bumiputera hanya termampu sebanyak 265 Big Mac.
Untuk pembelian minyak RON92 pula setiap keluarga di Malaysia boleh membeli sebanyak 1,016 liter manakala keluarga Bumiputera boleh membeli 837 liter.
16 tahun kemudian apabila pentadbiran Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan pendapatan median bulanan setiap keluarga di Malaysia meningkat kepada RM2,830 dan RM2,531 bagi keluarga Bumiputera.
Harga Big Mac telah meningkat kepada RM6.80 (kenaikan sebanyak RM3.45 berbanding tahun 1993) manakala minyak RON95 setelah RON92 tidak lagi dijual di Malaysia berharga RM1.80 seliter (kenaikan sebanyak 74 sen).
Ini menjadikan kemampuan bulanan setiap keluarga pada tahun 2009 membeli Big Mac meningkat kepada 416 biji manakala keluarga Bumiputera membeli 372 biji Big Mac. Peningkatan berbanding tahun 1993 ialah sebanyak 95 biji Big Mac (peningkatan 29.45 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula ialah sebanyak 107 biji Big Mac (peningkatan 40.6 peratus).
Untuk pembelian minyak RON95 pula, kemampuan bulanan setiap keluarga pada tahun 2009 membeli minyak RON95 meningkat kepada 1,572 liter manakala keluarga Bumiputera membeli 1,406 liter. Peningkatan berbanding tahun 1993 ialah sebanyak 556 liter (peningkatan 54.74 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula ialah sebanyak 569 liter (peningkatan 68.04 peratus).
Ini bermakna taraf hidup bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat walaupun harga barangan juga meningkat berbanding pada zaman pentadbiran Mahathir Mohamad. Bagi keluarga Bumiputera pula, walaupun pendapatan mereka masih di bawah purata pendapatan setiap keluarga di Malaysia, kualiti hidup mereka meningkat dengan mendadak melebihi dari peningkatan purata keluarga di Malaysia pada tahun 2009 berbanding 1993.
Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2014, pendapatan bulanan setiap keluarga di Malaysia adalah RM4,585 (kenaikan RM1,755 atau RM351 setahun) dan RM4,214 (kenaikan RM1,683 atau RM336 setahun) bagi keluarga Bumiputera.
Manakala harga Big Mac dan RON95 pula berada pada paras RM7.60 sebiji dan RM2.30 seliter (iaitu sama dengan harga minyak pada bulan Februari 2017).
Kemampuan untuk membeli Big Mac sebulan bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat kepada 603 biji (peningkatan 44.96 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula sebanyak 554 biji (peningkatan 48.97 peratus). Peningkatan bagi kemampuan keluarga Bumiputera sekali lagi mengatasi peningkatan setiap keluarga di Malaysia.
Bagi RON95 pula, kemampuan pembelian bulanan bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat kepada 1,993 liter (peningkatan 26.79 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula sebanyak 1,832 liter (peningkatan 30.30 peratus). Peningkatan bagi kemampuan keluarga Bumiputera sekali lagi mengatasi peningkatan setiap keluarga di Malaysia.
Itu tahun 2014. Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa kadar inflasi membuatkan rakyat Malaysia kini tidak mampu untuk membeli makanan?
Perbandingan harga Big Mac dari 2009 hingga 2017 mengikut matawang masing-masing negara
Perbandingan di atas menunjukkan kenaikan harga Big Mac di antara tahun 2009 hingga 2017 menunjukkan kenaikan harga Big Mac Malaysia adalah kedua terendah berbanding negara lain. Kalau kita lihat restoran-restoran terutamanya yang mahal seperti Serai di Empire Subang masih penuh pada waktu makan tengahari tidak mengira hari hinggakan barisan yang beratur menunggu tempat duduk begitu panjang setiap hari.
Begitu juga di Facebook dan Instagram kita dapat melihat betapa ramai rakyat Malaysia yang mampu bercuti sama ada di dalam mahupun luar negara. Ini berlaku mahupun dakwaan bahawa rakyat Malaysia tertekan akibat kekurangan wang dan Ringgit tidak laku di luar negara.
Semasa saya menunaikan ibadah Umrah setiap tahun dari tahun 1998 hingga musim Haji 2001, setiap pengendali pakej hanya memenuhi satu buah bas setiap penerbangan. Yang pergi secara puratanya berumur 45 tahun ke atas. Jarang ada yang berumur kurang dari 30 tahun.
Apabila saya kembali ke Mekah pada tahun 2014, ia menjadi tiga buah bas setiap pengendali pakej bagi setiap penerbangan dan lebih ramai pasangan muda turut serta. Baru-baru ini ia telah meningkat kepada empat buah bas setiap pengendali pakej setiap penerbangan dan begitu ramai pasangan muda yang membawa anak-anak kecil, atau pergi beribadah bersama seluruh keluarga. Bukan sahaja mereka yang menjalankan perniagaan atau kerja dengan syarikat swasta, malah guru-guru peringkat bawahan juga mampu pergi anak-beranak.
Anda boleh membaca dengan lebih lanjut lagi mengenai jumlah kerusi penerbangan yang diperlukan untuk jemaah Umrah dari Malaysia setiap hari DI SINI.
Mahukah anda kembali ke tahun 2001 semasa pentadbiran Mahathir Mohamad?
Perangkaan tidak pernah berbohong. Tidak seperti puak Pakatan yang suka menabur fitnah mencanangkan bagaimana harga barang naik di bawah kerajaan Barisan Nasional. Tidak pula mereka menceritakan bagaimana kualiti dan taraf hidup juga telah naik melebihi kenaikan harga barangan.
Untuk perbandingan, janji untuk menghapuskan tol di negeri Selangor masih tinggal janji.
Janji untuk menghapuskan tol di Sungai Nyior, Pulau Pinang masih tinggal janji.
Malah kerajaan Pulau Pinang DAP sejak 2008 telah menaikkan harga lesen, kadar parkir, lesen perniagaan (begitu juga di Selangor) dan menaikkan kadar tarif air di Pulau Pinang sebanyak EMPAT kali.
Tidak cukup dengan itu, di Selangor anda dikehendaki membayar 20 sen untuk setiap beg plastik yang anda perlukan semasa membeli barang.
Dulu anda mendapat beg plastik secara percuma sekiranya anda membeli barangan berharga, sebagai contoh, RM10. Ini bermakna kos pembelian beg plastik oleh peniaga telah difaktorkan ke dalam kos penjualan barangan. Dicampur dengan GST anda membayar RM10.60.
Kini anda dikenakan RM10 + 20 sen menjadikan RM10.20 dan apabila dikenakan GST anda perlu membayar RM10.81! Anda membayar sebanya dua kali untuk satu beg plastik dan peniaga membuat keuntungan atas angin sebanyak 21 sen bagi setiap beg plastik.
Ada yang mengatakan bahawa polisi membayar untuk beg plastik ini bagus kerana kutipan akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tujuan memerangi pencemaran. Apa kata Azmin Ali?
Azmin tak kata pun dia suruh kita bayar 20 sen untuk beg plastik
Ada pula yang kata kutipan akan disalurkan ke badan-badan amal dan bukan kerajaan. Apa pula kata Exco Selangor Elizabeth Wong?
Eli Wong pun kata dia hanya BERHARAP agar para peniaga akan menyalurkan kutipan 20 sen kepada badan-badan amal dan bukan kerajaan. Dia tak suruh. Jadi siapa kena tipu?
Rafizi yang menjanjikan penurunan harga barangan akan berlaku dengan penurunan harga minyak juga masih belum tunaikan janji walhal minyak pernah turun dari RM2.70 seliter pada zaman Pak Lah kepada RM1.60 seliter pada awal tahun 2016. Namun hingga kini tidak nampak penurunan harga barangan.
Apabila disoal di dalam group WhatsApp, beliau hanya menjawab bahawa itu bukan masalah beliau.
Perangai sotong
Seingat anda, pernahkah ibubapa anda menyebut bagaimana barangan langsung tidak mahal? Dan sekiranya anda masih mahu membuat perbandingan di antara zaman Mahathir Mohamad dan zaman Najib Razak dan rindukan zaman Mahathir Mohamad, kenapa anda tidak mahu rindukan zaman pentadbiran penasihat British dan Kapitan Yap Ah Shak?
Juara Pembohong Bersiri, Rafizi Ramli pada hari Ahad telah memulakan siri pembohongannya kepada warga FELDA di Sungkai. Di dalam majlis tersebut Rafizi berkata kepada lebih kurang 300 orang yang hadir pada malam tersebut bahawa hutang FELDA kian bertambah dan kerajaan akan menggunakan wang peneroka untuk melangsaikan hutang tersebut.
Saya masih menunggu laporan polis mengenai FELDA yang dijanjikan oleh Rafizi Ramli. Dua Khamis berlalu sudah namun salinan laporan polis pun masih belum kelihatan. Masakan sesuatu yang begitu penting bagi kesejahteraan warga peneroka FELDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh dilupakan Rafizi? Bagaimana jika saya katakan bahawa Rafizi langsung tidak mempunyai niat untuk membantu warga FELDA dan apa yang diwar-warkan oleh beliau hanya pembohongan semata-mata?
Jangan kita lupa, pada tahun 2016 sahaja beliau telah empat kali didapati bersalah di mahkamah dan pernah juga disabitkan dengan kesalahan memfitnah sebelum-sebelum ini:
Pembohongan Rafizi mengenai FELDA hanyalah bersandarkan laporan kewangan FELDA bagi tahun-tahun 2013 dan 2014. Beliau mencanangkan bahawa pada tahun 2013 FELDA telah kerugian sebanyak RM1.9 bilion manakala pada tahun 2014 pula kerugian yang dialami FELDA adalah sebanyak RM1 bilion.
Sudah tentu warga FELDA akan melompat. Ini menunjukkan betapa teruknya pengurusan FELDA hingga mengalami kerugian sepanjang masa. Namun, adakah itu gambaran sebenarnya?
Ini adalah sebab Rafizi hanya bercerita mengenai 2013 dan 2014.
Apa yang Rafizi tidak cerita ialah pada tahun 2011 FELDA telah membuat sedikit keuntungan iaitu sebanyak RM174.15 juta tetapi telah membuat keuntungan sebanyak RM5.757 bilion. Kita boleh lihat juga pada barisan yang pertama, pendapatan FELDA telah meningkat selama empat tahun berturut-turut termasuk pada tahun-tahun yang dicanangkan oleh Rafizi.
Begitulah jahatnya Rafizi. Kerugian dia cerita. Keuntungan disenyapkan. Asalkan kemarahan warga peneroka ditimbulkan hanya untuk memenuhi cita-cita politik keji beliau.
Keuntungan yang diperolehi FELDA pada tahun 2012 adalah akibat penyenaraian FELDA Global Ventures (FGV) pada tahun tersebut. Perjanjian Pajakan Tanah FELDA selama 99 tahun oleh FGV juga menentukan sebanyak RM250 juta dibayar kepada FELDA setahun. Dalam pada itu, FGV juga dikehendaki berkongsi 15% keuntungan pengoperasian yang diperolehinya dengan FELDA.
Ini bermakna secara keseluruhannya tidak kira sama ada FGV meraih keuntungan atau mendapat kerugian, FELDA tetap akan menerima RM250 juta campur 15% keuntungan pengoperasian FGV. Itulah sebabnya pada baris pertama rajah di atas anda boleh lihat pendapatan FELDA kian meningkat.
Bagaimana pula dengan kerugian dua tahun berturut-turut?
Sebagai sebuah badan berkanun, FELDA menggunakan standard perakaunan asas tunai yang diubahsuai dan bukan perakaunan akruan tulen yang digunapakai oleh syarikat-syarikat swasta. Disebabkan itu penanaman semula kelapa sawit dan juga kebajikan berupa perumahan untuk warga FELDA adalah dikira sebagai perbelanjaan.
Ini ditambah pula dengan penurunan harga minyak sawit mentah (Crude Palm Oil Price) pada tahun-tahun tersebut.
Penanaman semula adalah amat penting bagi menentukan kesinambungan kesejahteraan para peneroka FELDA. Pokok yang tua tidak dapat memberi jumlah pengeluaran yang dikehendaki.
Apabila penekanan terlalu diberikan oleh seorang mantan Perdana Menteri kepada pembinaan mercu tanda seperti KLCC,pengeluaran kereta yang merugikan dan lain-lain, penanaman semula kelapa sawit tidak dilakukan maka pada tahun 2009 kita dapat lihat penurunan pengeluaran minyak sawit di rajah yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat di atas. Di sebabkan faktor inilah pokok-pokok tua tidak lagi mampu mengeluarkan buah sebanyak yang diperlukan.
Akibatnya pendapatan FELDA dan para peneroka terjejas.
Kita dapat lihat pada tahun 2012, lebih 50% pokok kelapa sawit adalah berusia lebih 21 tahun (ditanam lewat tahun 1980an dan permulaan 1990an). Disebabkan kelapa sawit adalah merupakan tanaman saka, kesan akibat tiada penanaman semula dijalankan secara agresif hanya dapat dilihat kini, iaitu dalam zaman pentadbiran Najib Razak.
Pun begitu, langkah-langkah penanaman semula telahpun dijalankan di bawah pentadbiran Najib Razak untuk menentukan pendapatan untuk FELDA dan para penerokanya akan terus bertambah. Ini dapat dilihat dari penurunan jumlah pokok berusia lebih 21 tahun dan penambahan pokok-pokok berusia di antara 0-3 tahun hingga 4-9 tahun.
Maka, janganlah dipercayai pembohongan Rafizi Ramli. Anda bersusah sedikit sekarang untuk meraih keuntungan yang lebih di masa hadapan. Sudah memang menjadi tugas Rafizi untuk berbohong dan menghasut rakyat membenci kerajaan. Itu yang diakuinya sendiri.
Kemudian beliau boleh pula bertanya kenapa beliau dipenjarakan sedangkan beliau hanya melawak?
After being exposed lying about the Klang Valley Mass Rapid Transit (which I will soon be writing about just to further leave this liar totally naked), Rafizi the Legally-Certified Serial Liar has promised a ‘huge expose‘ on FELDA.
This exposé, like the others before it, will just be another blow job performance by the serial liar, not a whistleblower job as it does not fall within the requirements of the Whistleblower Act.
Therefore it is just a meaningless exposé meant only to fluff his readers and followers.
Juara Pembohong Bersiri, Rafizi Ramli, sekali lagi akan menjadi ‘pejuang rakyat’ dengan membela nasib rakyat dengan suatu isu yang amat penting menurutnya. Yang menjadi persoalan ialah, sekiranya perkara tersebut merupakan sesuatu yang amat penting, kenapa perlu tunggu hingga hari Khamis ini untuk membuat laporang polis?
Isu penting – membuat sidang media lebih penting dari membuat laporan polis
Sudah tentu kesejahteraan para peneroka menjadi tumpuan utama pihak FELDA. Saya difahamkan sumber kewangan FELDA tidak akan digunakan oleh FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations (EHP). Maka isu program kesejahteraan para peneroka FELDA langsung tidak wujud.
Begitu juga bagi yang sering mengatakan FGV membayar harga premium terlalu tinggi untuk saham tersebut. Kita perlu tahu bahawa harga saham sesebuah syarikat itu tidak langsung menggambarkan nilai syarikat tersebut. Saham EHP juga dikawal oleh Kumpulan Rajawali sebanyak 70 peratus dan disenaraikan di Bursa Saham Jakarta yang tidak secair (liquid) BSKL mahupun SGX.
Peluang yang diperolehi oleh FGV ini sudah tentu akan meningkatkan lagi profil tanaman FELDA kerana purata umur pokok milik EHP adalah 7 tahun berbanding dengan 15 tahun di tanah-tanah FELDA/FGV. Kerajaan Indonesia juga dikhabarkan telah bersetuju memberi pengecualian kali ini sahaja bagi sebuah entiti luar memiliki tanah sebegitu luas di Indonesia. Kalau ini bukan peluang yang baik untuk FELDA/FGV memajukan diri serta memberi lebih banyak manfaat kepada para penerokanya, maka saya tidak tahu apa yang akan lebih menguntungkan mereka.
Kita jangan lupa dengan sejarah penipuan Rafizi. Malah beliau telah berkali-kali didapati bersalah di mahkamah kerana menipu.
Pada tahun 2012, Rafizi telah mendakwa bahawa dana daripada sebuah kontraktor pertahanan telah digunakan untuk membeli 80 peratus saham dalam Astacanggih Sdn Bhd. Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan telah memfailkan saman terhadap Rafizi.
Pada bulan Januari berikutnya, Rafizi telah memberitahu portal The Malaysian Insider (26hb Januari 2013) bahawa beliau akan tetap dengan dakwaan beliau dan akan melawan Zahid di mahkamah.
Walau bagaimanapun, Rafizi telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi pada 9hb April 2013 untuk mahkamah menolak writ saman yang telah difailkan oleh Zahid. Empat hari sebelum itu Rafizi telah menafikan bahawa beliau telah memfitnah Zahid dan akhirnya memadamkan semua dakwaan beliau terhadap Zahid di laman blognya.
Pada 24hb November 2014, Rafizi telah memfitnah Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak dalam sebuah forum di Bandar Tun Razak. Beliau mendakwa bahawa kenaikan harga minyak telah membolehkan Rosmah Mansor membeli cincin berlian. Apabila disaman, beliau membuat kenyataan bahawa beliau hanya bergurau mengenai perkara tersebut!
Rafizi kuat bergurau – tetapi tak tahan gurauan orang lain
Gurauan beliau mengenai Tabung Haji pada tahun 2015 juga telah mengakibatkan ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka. Ada juga yang sanggup melepaskan giliran mereka untuk menunaikan ibadah Haji semata-mata termakan ‘gurauan’ Rafizi.
Namun, setelah beratus orang mengeluarkan wang mereka dari Tabung Haji, Rafizi tidak pula berbuat sedemikian. Malah beliau terus menikmati dividen sebanyak RM25,000 untuk simpanan beliau yang ketika itu berjumlah RM530,000.
Bukankah ini merupakan suatu penganiayaan terhadap mereka yang buta tuli mempercayai beliau? Tidakkah beliau langsung merasa berdosa terhadap mereka yang telah mendapat giliran untuk menunaikan ibadah Haji tetapi melepaskan peluang tersebut hanya kerana termakan hasutan beliau?
Cuba kita lihat apa kata Surah An-Nahl Ayat 105 mengenai orang seperti Rafizi?
Baru-baru ini juga beliau telah dikantoikan oleh pihak MRT kerana membuat dakwaan palsu terhadap projek tersebut. Tidak tahan dengan pendedahan oleh pihak MRT, beliau kini mengalihkan siri pembohongan beliau dengan percubaan menghasut warga FELDA pula.
Apa yang nak dihairankan? Beliau sendiri akui bahawa tugas beliau adalah menghasut. Namun, masih ada yang kurang uaya akal yang percaya akan pembohong bersiri ini.
” Shamsiah Pakih pakai baju kebaya putih datang kerumah mengajak Tok masuk komunis Tok tak mahu. Pada masa itu siapa yang tidak mahu masuk kominis akan di bunuh. Orang Bekor banyak terlibat dan berdosa kerana bersubahat dengan kominis dan membunuh orang melayu yang tidak mahu masuk kominis. ”
When Malaya gained independence in 1957, the Malays made up only 49 percent of the population of 6.835 million, a marginalised minority in their own land since the 1930s [Department of Statistics, Federation of Malaya 1957 – Population Census of the Federation of Malaya Report, No.14 by H.Fell].
Of course there was the Penang Hartal of November 1967 and subsequently the 13 May 1969 racial clashes. But by then, the Malays were more united than they were in the late 1940s. Sadly, the Malays are no longer united and not only are they being attacked on anything that is Malay or Muslim by the other races but they are also being undermined by the likes of Rafizi Ramli, and Mahathir Mohamad.
And then came the opposition to the amendments of the Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act, 1965 dubber the ‘Hudud’ Bill, subsequently ‘Hadi’ Bill. I wrote about how non-Muslims especially the President of MCA who, I assume being ill-advised by his ignorant adviser and MCA’s Religious Harmony Bureau Chairman Ti Lian Ker, decided to oppose the Bill for the sake of opposing, even after the clarification made by the UMNO President, Najib Razak, in a recent speech at the UMNO General Assembly.
This resulted in UMNO delegates calling for the unity of Muslims to support the Bill, also known as the RUU355. While Liow Tiong Lai calls the amendments ‘unconstitutional’ little does he realise that by interfering in the Muslims’ right to manage their own affairs, he is being unconstitutional.
I have seen little or no effort taken by MCA to understand the Bill, or to even explain the current government policies and efforts to assist the rakyat in times of need. There may have been such efforts but they somehow have escaped my radar. If you go to the MCA’s Twitter account, between 21 October 2016 until its last post it has not made any effort to convey the correct message to its audience. Rather, topics on RUU355 are all negative.
Every single day be it on Facebook, Twitter or in comments to online news articles, you will see more often than not the non-Malays taking a swipe at every single effort by the government to make lives better.
The most aired ‘grouse’ is of the rising cost of living. In his closing speech yesterday, Najib Razak stressed that in the seven years as the Prime Minister, he has never approved any application to have the price of 21 essential items like rice, flour, sugar and cooking gas to be increased.
As a matter of fact you can see for yourselves the items which are zero-rated under the GST scheme. If you find any increase in any of the prices of the listed goods, it is your duty to report it to the relevant agencies, especially the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism. You can download its Apps in Google Play or Apps Store and use the Apps instead of using the Internet to spread lies or complain to the general public where you will only make things worse instead of solving the problem!
Najib Razak also pointed out that to date 185 Kedai Rakyat 1Malaysia have been established to bring low-priced goods to the people. So, don’t blame the government if you prefer to shop at Jaya Grocers, Cold Storage, Mercato or B.I.G. That is the choice that you have made, not the government’s.
The problem lies with the retailers. And they will continue to fleece you for as long as you don’t report them.
The same also goes to medical treatments. There are 195 Klinik 1Malaysia established nationwide to date, 2,836 government clinics, 139 goverment hospitals, where you can seek treatment for as low as RM1.00! I cannot understand why would anyone, especially kampung folks, seek treatment at private hospitals when they cannot afford it, then make pleas for donations from the public?
And you blame the government saying it does not provide affordable healthcare?
The most terrible whiners are those who go on saying the Ringgit is the worst performing currency that it is no longer accepted anywhere outside Malaysia.
On 31 October 2016, it was the British Pound that was the worst performing currency in the world.
October 2016’s worst performing currency was the GBP – source: Bloomberg
It is no secret that the Ringgit has lost a percentage of its value against the Greenback since Trump’s victory over Hillary Clinton. But are we really the worst in Asia? Take a look at the performance of several Asian currencies versus the Greenback as on the 2nd December 2016:
Asian Pacific Currencies Performance – 2nd December 2016
While the Ringgit has dropped by 0.23% against the Greenback in the last two days, Singapore Dollar has dropped by 0.46% while the Japanese Yen dropped by 0.52%!
Do we see the JPY or SGD not being accepted in other countries? Of course not. But the zombies refuse to believe this. Among this year’s worst performers (year-to-date) in East Asia are actually the Philipine Peso and China Yuan.
According to Twitter’s @econsmalaysia, since Trump’s victory the Japanese Yen has lost 9.1% of its value against the Greenback compared to 5.6% for the Ringgit. So pray tell how is the Ringgit the worst performing currency in Asia?
There seems to be nothing good to come out of anything a Malay would say or do, and any move made to strengthen Islam in this country is regarded by the non-Muslims, as unconstitutional or done not in consultation with the non-Muslims. Since when does Article 11 of the Federal Constitution requires the management of affairs of one’s religion needs the accord of others? Why are the other races not respecting the position of Islam as the Federation’s religion? Does this not reflect what was done to the Malays back in 1947 when the religion of the land was not respected by other races?
“The violation of the sanctity of Islam also became a factor in the bloody Sino-Malay conflict (WO 172/9773. No.30: 478) when the Bintang Tiga/CPM disrupted religious activities in Muslims places of worship. This started in Batu Pahat, Johor, just before the surrender of the Japanese occupiers, during the Muslim month of Ramadhan. Muslims were forbidden from congregating at mosques or suraus to perform the Terawih prayers (Hairi Abdullah, 1974/5: 8-9).
The same occurred in Perak and some parts of Batu Pahat where Muslims were gunned down and burnt together with the mosque they were in during Friday prayers.
Mosques and suraus were often used as places of meeting for the Chinese community (WO 172/9773, No.30: 478) and were tainted by incidents such as slaughtering of pigs, and mosques’ compound was used to cook pork, where Malays were forced to join the larger Chinese groups.
Pages were torn from the Quran to be used by the Chinese using these mosques as toilet paper.”
And you want to blame the Malays for wanting to unite?
Rafizi likes to portray himself as a hero and whistleblower when all his employed methods have been going against the various respective laws. He probably felt invincible when in two previous cases involving the Prime Minister and wife, as well as the Deputy Prime Minister, he got away after the plaintiffs let him off provided he removed slanderous postings from his social media. Two weeks ago he was told to pay RM200,000 to the Chairman of the National Feedlot Company and to the Company for defamation. This time around, he has been found guilty in a criminal court and is therefore a convicted criminal.
Firdaus Azil of BERNAMA pointed out on Twitter that there are five Opposition lawmakers who have the same report in their possession – two from the DAP, two from PKR and one from PAS, yet none of them have disclosed anything. The five Opposition lawmakers include DAP’s hot-air balloon, Tony Pua, whom, as a member of the Public Accounts Commitee, has been very vocal on the 1MDB issue. Yet Tony has revealed nothing from the audit report. Firdaus asked his followers why hasn’t Tony Pua revealed any of the information he is privy to? The answer he gave is that Tony, as air-head as he may be, is not stupid.
Therefore my conclusion is simple: Tony creates all the hullabaloo and lets someone as drama queen and dumb as Rafizi to do his dirty job for him.
Shut up, says the person who has lost court cases for not stating facts and lie to the people
“Shut up if you don’t have the facts,” said PKR’s Rafizi Ramli to Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Dr Asyraf Wajdi Dusuki on the latter’s claim that Tabung Haji (TH) has initiated a suit against him (Rafizi). In his Facebook Dr Asyraf has refused to debate with Rafizi on an issue involving TH saying that it isnow a legal issue between TH and Rafizi.
Rafizi, however, is most famous for getting sued for making false allegations and getting his ‘facts’ wrong, and lose in court.
In 2012, he made allegations that funds from a government defence contractor was used to purchase 80 percent stake in Astacanggih Sdn Bhd. The then Defence Minister, Ahmad Zahid Hamidi, promptly filed a suit against Rafizi. Rafizi told portal The Malaysian Insider in the 26th January 2013 that he would stand by his allegations and fight Zahid in court.
“Yes, I will face the suit. I will go through this issue with my lawyer. If he (Zahid) sues me, good. We will subpoena all the documents,” he said to The Malaysian Insider.
However, on the 9th April 2013, Rafizi applied for the High Court to reject the writ of summons filed by Zahid! In his statement of defence Rafizi on the 5th April 2013 Rafizi denied defaming Zahid and in the end removed all the allegations against Zahid from his blog post.
The above is a fact.
On the 24th November 2014, Rafizi defamed Rosmah Mansor, wife of Najib Razak, at a forum in Bandar Tun Razak claiming that the rising fuel prices was to allow Rosmah to buy diamond rings. In his defence when sued by both Najib and Rosmah, Rafizi said that he was only joking!
The above is also a fact.
Just a week ago Rafizi was ordered by the High Court to pay RM200,000 (approximately USD47,733) to National Feedlot Company’s Chairman Dr Mohamad Salleh Ismail and also to the Company for defaming them.
In the suit filed on 3rd June, 2013, Mohamad Salleh and NFCorp, claimed that on 7th March, 2012, Rafizi had made a defamatory statement at a media conference at the PKR Office on the purchase of KL Eco City properties and was published by Malaysiakini on the same day.
He said the suit was filed because of losses incurred due to the lies, misleading information, disclosure of confidential banking information and slander made by the defendant.
The above is another fact.
Therefore, it is Rafizi in my opinion who should just shut up as it is an established fact that he is nothing more than a habitual liar.
Five years from now, Johor will not even be an Umno stronghold if those in control of the party are “beraja di mata, bersultan dihati” even among their fellow Umno people.
Do mark my word on this.
It took merely almost three and a half years before that actually happened following the departure of Jorak assemblyman Datuk Dr Shahruddin Md Salleh from UMNO to join Mahathir’s Pribumi. For the first time in 61 years, the Barisan Nasional/Alliance holds its two-thirds majority in its Peninsular safe deposit, Johor, by a single thread.
Losing two-thirds majority in UMNO’s bastion used to be unthinkable right until the 13th General Elections when the Chinese Tsunami swept many state and parliamentary seats. It lost 12 seats in the last general elections compared to GE12 in 1998, and this time around the biggest gainer was the DAP with nine extra seats. Barisan Nasional ended up initially with 38 out of the 56 seats. With the departure of Jorak, it now holds the two-third majority with the bare minimum number of seats.
Despite the progress and development that are taking place in Johor, Ghani was trounced not because he did not do his job, but because of blatant racial sentiment. As with the previous three general elections, Ghani would not be seen sitting comfortably in his office at least two years prior to the elections. He would be on the ground making sure that the machinery is ready to face the next battle, and there would be elections simulations held at various levels of the state’s BN. Ghani would also make sure that his relationship with the Johor Civil Service (JCS) remain at the highest level.
With Ghani ousted, Khaled wanted to make his own mark as the Menteri Besar. The job as the Menteri Besar of Johor is not exactly an easy one. With a Sultan who can be somewhat overbearing and often puts his hands into the affairs of the state administration, the Menteri Besar would have to know how to manage both the Sultan and the state administration without upsetting either one. Ghani was an old hand at this and knew exactly how to handle the Sultan, having had to also manage the unconventional behaviour of the Almarhum Sultan Iskandar previously. He had a good relationship with both Sultans, knowing when exactly to pull the strings and when to let it slack. Khaled is said to let the Sultan have things his way so much so that even the promotion of JCS officers is left for the Sultan to decide. While Ghani was often seen patting the back of JCS officers for the good job that they do, Khaled lets the Sultan do the Menteri Besar’s job for him. While the Sultan might like it, this doesn’t augur well for the state Barisan Nasional. Any administration would want to have some form of control over its civil service and a good rapport to go with.
The number of gatekeepers one needs to go through to get to Khaled is another common complaint by the common people. Journalists covering Khaled also complain that at almost every event, Khaled is being surrounded by his posse of young lieutenants, even to the extent of having the nearest table to the VIP table occupied solely by this group of people. This makes Khaled look like the overgrown hipster. It only makes the Menteri Besar less approachable even to the Ketua Bahagians. It is said that he was advised by UMNO veterans to go down and meet the grassroot leaders. His response was, “Aku tak kenal orang Johor (I don’t know the Johor leaders).”
It is already less than two years to the next general elections. Unlike Ghani before him, Khaled is still mostly seen in Johor Bahru. Ghani and his executive councillors would have been scouring the state to see what else that have been missed. Speaking to a Puteri UMNO division head recently she expressed her worry that none of the division heads have actually begun to activate their election machineries in a concerted manner. This particular Puteri UMNO head has had to conduct her own voters and membership registration drive; an effort which is puny compared to the ones that have and are being done by the DAP in Johor alone. If you were to ask the UMNO division chiefs in Johor, they would tell you that all is rosy, and that is until you speak to them on a one-on-one basis. However, Khaled has told reporters that the Johor Barisan Nasional still holds a comfortable majority despite it being razor thin after the departure of Jorak. To the UMNO grassroots, Khaled’s confidence is extremely worrying.
It is no secret that the DAP will be working with Pribumi to wrestle control of Johor from the Barisan Nasional come GE14. It is hardly an impossible task too! Muhyiddin might be a figure to be reckoned with both in Pagoh and Muar, but outside those two areas, he is still remembered as the person who sold Johor Malays’ rights to the Chinese. Mahathir knows this very well as he was the one who rescued Muhyiddin when the latter became a persona non grata in Johor in the early 1990s. Mahathir knows that Muhyiddin carries a lot of baggage with him and would not be the correct person to lead the country if the Opposition wins. There is already an attempt to kill Muhyiddin politically. You hardly hear of any statement being made by Muhyiddin while Mukhriz is seen going around in Johor conducting membership registration drives. No clues needed for the question on who is Mahathir’s choice for PM.
DAP on the other hand, wants to conquer the western Johor belt, where there is a significant number of Chinese population as compared to the eastern belt. During a dinner at the Landmark Hotel with Batu Pahat DAP members, DAP’s MP for Kluang Liew Chin Tong and ADUN for Senai Wong Shu Qi related the plan to wrestle Parit Sulong, Pulai and Pasir Gudang. With Batu Pahat already in PKR’s hands, all that is needed is for Muar to fall, and it is most likely that Muhyiddin would contest there, if not the often-clueless Syed Saddiq, a Muarian himself.
Even Azmin Ali does not want to be left out by the Mahathir and Pribumi bandwagon. He was seen recently in Muar together with Mahathir at a Pribumi event. It is no secret that he is heading the drive for PKR to work together with Mahathir – a sentiment not shared by the pro-Wan Azizah camp that includes Wan Azizah loyalists Rafizi Ramli and Wong Chen. There is even talk that Azmin might work towards dissolving PKR and jump en masse into Pribumi. While that is not totally impossible, the departure of Ezam from UMNO to Pribumi has certainly strengthen that theory.
The Johor conundrum is something that the Barisan Nasional (read UMNO) cannot take lightly if it were to gain more seats in the next general elections. If Khaled is not moving, then someone should take the lead and face the Opposition head on. There are two FELDA regions that need to be handled with care. Khaled should realise that there is more to Johor than just Johor Bahru. He has to go down on the ground and get the feel himself instead of relying on reports from the UMNO divisions and the various sugar-coated reports from agencies. If you do not know the terrain and its people, you will lose the war. Don’t be like Hamid Karzai who was dubbed the ‘Mayor of Kabul‘ despite being the President of Afghanistan!
And in the words of Life of Annie opus citatum:
If this is how Khaled’s people want to behave, then I dare say that he will be just a one term MB and Johor will fall five years from now.
Semalam Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Tabung Haji telah berjaya mencapai objektifnya membantu rakyat Malaysia mengerjakan ibadah Haji pada kadar bayaran kos yang agak rendah.
Tambah beliau lagi, Tabung Haji telah berjaya mengekalkan kos mengerjakan Haji di paras RM9,980 dengan memberi subsidi sebanyak RM8,000 bagi setiap jemaah yang berdaftar dengan Tabung Haji. RM160 juta yang digunakan Tabung Haji untuk tujuan subsidi ini datangnya dari pelaburan aset dan hartanah oleh Tabung Haji termasuk pembelian tanah TRX yang dipolitikkan melalui fitnah agung pada tahun lepas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk Mahathir Mohamad dan Rafizi Ramli.
Rafizi kini sedang dibicarakan kerana menggunakan dokumen rasmi untuk menyebarkan fitnah terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera walaupun sebagai Ahli Parlimen beliau telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan rahsia negara.
Akibat fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji, seramai 7,054 orang telah mengeluarkan caruman mereka di Tabung Haji. Ini termasuk juga mereka yang telah membatalkan hasrat untuk menunaikan Haji.
Saya masih teringat kata-kata arwah datuk saya:
“Nak ke Mekah sendiri ni (untuk Umrah dan Haji) kena ada tiga perkara. Kesihatan, wang, dan dijemput Allah SWT. Kalau ada kesihatan, dijemput Allah, tapi tiada wang, tak sampai kita ke Mekah. Ada wang, dijemput Allah, tak ada kesihatan pun tak sampai kita ke Mekah. Paling hina ialah orang yang ada kesihatan, ada wang tapi tak dijemput Allah untuk ke Mekah. Itu akibat hati yang jahat dan hitam.”
Mari kita imbau kembali siapa yang rugi tidak dijemput Allah untuk menunaikan Haji akibat mudah mendengar fitnah tanpa mendengar kedua-dua belah pihak:
You must be logged in to post a comment.