Pembohong Bersiri Kembali Lagi

rafizi-ramli

Juara Pembohong Bersiri, Rafizi Ramli pada hari Ahad telah memulakan siri pembohongannya kepada warga FELDA di Sungkai.  Di dalam majlis tersebut Rafizi berkata kepada lebih kurang 300 orang yang hadir pada malam tersebut bahawa hutang FELDA kian bertambah dan kerajaan akan menggunakan wang peneroka untuk melangsaikan hutang tersebut.

Saya masih menunggu laporan polis mengenai FELDA yang dijanjikan oleh Rafizi Ramli.  Dua Khamis berlalu sudah namun salinan laporan polis pun masih belum kelihatan. Masakan sesuatu yang begitu penting bagi kesejahteraan warga peneroka FELDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh dilupakan Rafizi?  Bagaimana jika saya katakan bahawa Rafizi langsung tidak mempunyai niat untuk membantu warga FELDA dan apa yang diwar-warkan oleh beliau hanya pembohongan semata-mata?

Jangan kita lupa, pada tahun 2016 sahaja beliau telah empat kali didapati bersalah di mahkamah dan pernah juga disabitkan dengan kesalahan memfitnah sebelum-sebelum ini:

rafizi

Pembohongan Rafizi mengenai FELDA hanyalah bersandarkan laporan kewangan FELDA bagi tahun-tahun 2013 dan 2014.  Beliau mencanangkan bahawa pada tahun 2013 FELDA telah kerugian sebanyak RM1.9 bilion manakala pada tahun 2014 pula kerugian yang dialami FELDA adalah sebanyak RM1 bilion.

Sudah tentu warga FELDA akan melompat.  Ini menunjukkan betapa teruknya pengurusan FELDA hingga mengalami kerugian sepanjang masa.  Namun, adakah itu gambaran sebenarnya?

Ini adalah sebab Rafizi hanya bercerita mengenai 2013 dan 2014.

felda

Apa yang Rafizi tidak cerita ialah pada tahun 2011 FELDA telah membuat sedikit keuntungan iaitu sebanyak RM174.15 juta tetapi telah membuat keuntungan sebanyak RM5.757 bilion. Kita boleh lihat juga pada barisan yang pertama, pendapatan FELDA telah meningkat selama empat tahun berturut-turut termasuk pada tahun-tahun yang dicanangkan oleh Rafizi.

Begitulah jahatnya Rafizi. Kerugian dia cerita. Keuntungan disenyapkan. Asalkan kemarahan warga peneroka ditimbulkan hanya untuk memenuhi cita-cita politik keji beliau.

Keuntungan yang diperolehi FELDA pada tahun 2012 adalah akibat penyenaraian FELDA Global Ventures (FGV) pada tahun tersebut. Perjanjian Pajakan Tanah FELDA selama 99 tahun oleh FGV juga menentukan sebanyak RM250 juta dibayar kepada FELDA setahun.  Dalam pada itu, FGV juga dikehendaki berkongsi 15% keuntungan pengoperasian yang diperolehinya dengan FELDA.

Ini bermakna secara keseluruhannya tidak kira sama ada FGV meraih keuntungan atau mendapat kerugian, FELDA tetap akan menerima RM250 juta campur 15% keuntungan pengoperasian FGV.  Itulah sebabnya pada baris pertama rajah di atas anda boleh lihat pendapatan FELDA kian meningkat.

Bagaimana pula dengan kerugian dua tahun berturut-turut?

Sebagai sebuah badan berkanun, FELDA menggunakan standard perakaunan asas tunai yang diubahsuai dan bukan perakaunan akruan tulen yang digunapakai oleh syarikat-syarikat swasta.  Disebabkan itu penanaman semula kelapa sawit dan juga kebajikan berupa perumahan untuk warga FELDA adalah dikira sebagai perbelanjaan.

Ini ditambah pula dengan penurunan harga minyak sawit mentah (Crude Palm Oil Price) pada tahun-tahun tersebut.

Penanaman semula adalah amat penting bagi menentukan kesinambungan kesejahteraan para peneroka FELDA. Pokok yang tua tidak dapat memberi jumlah pengeluaran yang dikehendaki.

yield

Apabila penekanan terlalu diberikan oleh seorang mantan Perdana Menteri kepada pembinaan mercu tanda seperti KLCC,pengeluaran kereta yang merugikan dan lain-lain, penanaman semula kelapa sawit tidak dilakukan maka pada tahun 2009 kita dapat lihat penurunan pengeluaran minyak sawit di rajah yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat di atas.  Di sebabkan faktor inilah pokok-pokok tua tidak lagi mampu mengeluarkan buah sebanyak yang diperlukan.

Akibatnya pendapatan FELDA dan para peneroka terjejas.

fgv-age

Kita dapat lihat pada tahun 2012, lebih 50% pokok kelapa sawit adalah berusia lebih 21 tahun (ditanam lewat tahun 1980an dan permulaan 1990an).  Disebabkan kelapa sawit adalah merupakan tanaman saka, kesan akibat tiada penanaman semula dijalankan secara agresif hanya dapat dilihat kini, iaitu dalam zaman pentadbiran Najib Razak.

Pun begitu, langkah-langkah penanaman semula telahpun dijalankan di bawah pentadbiran Najib Razak untuk menentukan pendapatan untuk FELDA dan para penerokanya akan terus bertambah.  Ini dapat dilihat dari penurunan jumlah pokok berusia lebih 21 tahun dan penambahan pokok-pokok berusia di antara 0-3 tahun hingga 4-9 tahun.

Maka, janganlah dipercayai pembohongan Rafizi Ramli.  Anda bersusah sedikit sekarang untuk meraih keuntungan yang lebih di masa hadapan.  Sudah memang menjadi tugas Rafizi untuk berbohong dan menghasut rakyat membenci kerajaan.  Itu yang diakuinya sendiri.

Kemudian beliau boleh pula bertanya kenapa beliau dipenjarakan sedangkan beliau hanya melawak?

The joke is on Rafizi

 

%d bloggers like this: