Belum Puas Berbohong

Episod terbaharu "Pembohong Bersiri" akan muncul
Episod terbaharu “Pembohong Bersiri” akan muncul

Juara Pembohong Bersiri, Rafizi Ramli, sekali lagi akan menjadi ‘pejuang rakyat’ dengan membela nasib rakyat dengan suatu isu yang amat penting menurutnya. Yang menjadi persoalan ialah, sekiranya perkara tersebut merupakan sesuatu yang amat penting, kenapa perlu tunggu hingga hari Khamis ini untuk membuat laporang polis?

Isu penting - membuat sidang media lebih penting dari membuat laporan polis
Isu penting – membuat sidang media lebih penting dari membuat laporan polis

Sudah tentu kesejahteraan para peneroka menjadi tumpuan utama pihak FELDA. Saya difahamkan sumber kewangan FELDA tidak akan digunakan oleh FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations (EHP). Maka isu program kesejahteraan para peneroka FELDA langsung tidak wujud.

Begitu juga bagi yang sering mengatakan FGV membayar harga premium terlalu tinggi untuk saham tersebut.  Kita perlu tahu bahawa harga saham sesebuah syarikat itu tidak langsung menggambarkan nilai syarikat tersebut. Saham EHP juga dikawal oleh Kumpulan Rajawali sebanyak 70 peratus dan disenaraikan di Bursa Saham Jakarta yang tidak secair (liquid) BSKL mahupun SGX.

Peluang yang diperolehi oleh FGV ini sudah tentu akan meningkatkan lagi profil tanaman FELDA kerana purata umur pokok milik EHP adalah 7 tahun berbanding dengan 15 tahun di tanah-tanah FELDA/FGV.  Kerajaan Indonesia juga dikhabarkan telah bersetuju memberi pengecualian kali ini sahaja bagi sebuah entiti luar memiliki tanah sebegitu luas di Indonesia.  Kalau ini bukan peluang yang baik untuk FELDA/FGV memajukan diri serta memberi lebih banyak manfaat kepada para penerokanya, maka saya tidak tahu apa yang akan lebih menguntungkan mereka.

Kita jangan lupa dengan sejarah penipuan Rafizi.  Malah beliau telah berkali-kali didapati bersalah di mahkamah kerana menipu.

Pada tahun 2012, Rafizi telah mendakwa bahawa dana daripada sebuah kontraktor pertahanan telah digunakan untuk membeli 80 peratus saham dalam Astacanggih Sdn Bhd.  Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan telah memfailkan saman terhadap Rafizi.

Pada bulan Januari berikutnya, Rafizi telah memberitahu portal The Malaysian Insider (26hb Januari 2013) bahawa beliau akan tetap dengan dakwaan beliau dan akan melawan Zahid di mahkamah.

 

Walau bagaimanapun, Rafizi telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi pada 9hb April 2013 untuk mahkamah menolak writ saman yang telah difailkan oleh Zahid.  Empat hari sebelum itu Rafizi telah menafikan bahawa beliau telah memfitnah Zahid dan akhirnya memadamkan semua dakwaan beliau terhadap Zahid di laman blognya.

Pada 24hb November 2014, Rafizi telah memfitnah Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak dalam sebuah forum di Bandar Tun Razak. Beliau mendakwa bahawa kenaikan harga minyak telah membolehkan Rosmah Mansor membeli cincin berlian.  Apabila disaman, beliau membuat kenyataan bahawa beliau hanya bergurau mengenai perkara tersebut!

 

Rafizi kuat bergurau - tetapi tak tahan gurauan orang lain
Rafizi kuat bergurau – tetapi tak tahan gurauan orang lain

Gurauan beliau mengenai Tabung Haji pada tahun 2015 juga telah mengakibatkan ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka.  Ada juga yang sanggup melepaskan giliran mereka untuk menunaikan ibadah Haji semata-mata termakan ‘gurauan’ Rafizi.

rafizi04 rafizi05

Namun, setelah beratus orang mengeluarkan wang mereka dari Tabung Haji, Rafizi tidak pula berbuat sedemikian. Malah beliau terus menikmati dividen sebanyak RM25,000 untuk simpanan beliau yang ketika itu berjumlah RM530,000.

rafizi07

Bukankah ini merupakan suatu penganiayaan terhadap mereka yang buta tuli mempercayai beliau?  Tidakkah beliau langsung merasa berdosa terhadap mereka yang telah mendapat giliran untuk menunaikan ibadah Haji tetapi melepaskan peluang tersebut hanya kerana termakan hasutan beliau?

Cuba kita lihat apa kata Surah An-Nahl Ayat 105 mengenai orang seperti Rafizi?

rafizi01

Baru-baru ini juga beliau telah dikantoikan oleh pihak MRT kerana membuat dakwaan palsu terhadap projek tersebut.  Tidak tahan dengan pendedahan oleh pihak MRT, beliau kini mengalihkan siri pembohongan beliau dengan percubaan menghasut warga FELDA pula.

Apa yang nak dihairankan? Beliau sendiri akui bahawa tugas beliau adalah menghasut.  Namun, masih ada yang kurang uaya akal yang percaya akan pembohong bersiri ini.

One Reply to “”

Comments are closed.