Rindukan Zaman Mahathir?

Ada saja yang mengeluh mengenai harga barang serta nilai Ringgit yang tidak seperti zaman Tok Kadok.  Tidak kurang juga yang membandingkan bagaimana harga rokok pada zaman Mahathir Mohamad adalah jauh lebih murah dari zaman Najib Razak.

cpo88zjueaa6uym-jpg-large

Benar. Harga rokok Dunhill 20 sekotak kini mencecah RM17.00.  Namun ianya bukan disebabkan kelemahan matawang tetapi diakibatkan oleh kenaikan cukai ke atas rokok.

Saya berterima kasih kepada Cik Lim Sian See kerana menulis dengan panjang lebar mengenai kos sara hidup di Malaysia berbanding kualiti hidup.  Beliau telah menggunakan Indeks Big Mac yang membandingkan harga jualan burger Big Mac di setiap negara sejak 30 tahun yang lalu.

Kita ambil tahun 1993, iaitu zaman pemerintahan Mahathir Mohamad.  Harga Big Mac pada masa itu ialah RM3.35 manakala harga minyak RON92 (semasa itu minyak RON95 masih belum wujud di Malaysia) berharga RM1.06 seliter.

Pendapatan median bulanan setiap keluarga di Malaysia pada tahun 1993 ialah RM1,077 manakala bagi Bumiputera ianya adalah RM887.

Ini bermakna sekiranya kesemua pendapatan tersebut digunakan untuk membeli Big Mac maka setiap keluarga mampu membeli sebanyak 321 Big Mac manakala bagi sebuah keluarga Bumiputera hanya termampu sebanyak 265 Big Mac.

Untuk pembelian minyak RON92 pula setiap keluarga di Malaysia boleh membeli sebanyak 1,016 liter manakala keluarga Bumiputera boleh membeli 837 liter.

16 tahun kemudian apabila pentadbiran Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan pendapatan median bulanan setiap keluarga di Malaysia meningkat kepada RM2,830 dan RM2,531 bagi keluarga Bumiputera.

Harga Big Mac telah meningkat kepada RM6.80 (kenaikan sebanyak RM3.45 berbanding tahun 1993) manakala minyak RON95 setelah RON92 tidak lagi dijual di Malaysia berharga RM1.80 seliter (kenaikan sebanyak 74 sen).

Ini menjadikan kemampuan bulanan setiap keluarga pada tahun 2009 membeli Big Mac meningkat kepada 416 biji manakala keluarga Bumiputera membeli 372 biji Big Mac. Peningkatan  berbanding tahun 1993 ialah sebanyak 95 biji Big Mac (peningkatan 29.45 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula ialah sebanyak 107 biji Big Mac (peningkatan 40.6 peratus).

Untuk pembelian minyak RON95 pula, kemampuan bulanan setiap keluarga pada tahun 2009 membeli minyak RON95 meningkat kepada 1,572 liter manakala keluarga Bumiputera membeli 1,406 liter. Peningkatan  berbanding tahun 1993 ialah sebanyak 556 liter (peningkatan 54.74 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula ialah sebanyak 569 liter (peningkatan 68.04 peratus).

Ini bermakna taraf hidup bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat walaupun harga barangan juga meningkat berbanding pada zaman pentadbiran Mahathir Mohamad.  Bagi keluarga Bumiputera pula, walaupun pendapatan mereka masih di bawah purata pendapatan setiap keluarga di Malaysia, kualiti hidup mereka meningkat dengan mendadak melebihi dari peningkatan purata keluarga di Malaysia pada tahun 2009 berbanding 1993.

Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2014, pendapatan bulanan setiap keluarga di Malaysia adalah RM4,585 (kenaikan RM1,755 atau RM351 setahun) dan RM4,214 (kenaikan RM1,683 atau RM336 setahun) bagi keluarga Bumiputera.

Manakala harga Big Mac dan RON95 pula berada pada paras RM7.60 sebiji dan RM2.30 seliter (iaitu sama dengan harga minyak pada bulan Februari 2017).

Kemampuan untuk membeli Big Mac sebulan bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat kepada 603 biji (peningkatan 44.96 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula sebanyak 554 biji (peningkatan 48.97 peratus).  Peningkatan bagi kemampuan keluarga Bumiputera sekali lagi mengatasi peningkatan setiap keluarga di Malaysia.

Bagi RON95 pula, kemampuan pembelian bulanan bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat kepada 1,993 liter (peningkatan 26.79 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula sebanyak 1,832 liter (peningkatan 30.30 peratus).  Peningkatan bagi kemampuan keluarga Bumiputera sekali lagi mengatasi peningkatan setiap keluarga di Malaysia.

Big Mac di Malaysia - gambar ehsan NST
Big Mac di Malaysia – gambar ehsan NST

Malah, akhbar Singapura AsiaOne pada tahun 2014 melaporkan bahawa Big Mac di Malaysia adalah yang ketiga termurah di dunia.

Itu tahun 2014. Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa kadar inflasi membuatkan rakyat Malaysia kini tidak mampu untuk membeli makanan?

Perbandingan harga Big Mac dari 2009 hingga 2017 mengikut matawang masing-masing negara
Perbandingan harga Big Mac dari 2009 hingga 2017 mengikut matawang masing-masing negara

Perbandingan di atas menunjukkan kenaikan harga Big Mac di antara tahun 2009 hingga 2017 menunjukkan kenaikan harga Big Mac Malaysia adalah kedua terendah berbanding negara lain.  Kalau kita lihat restoran-restoran terutamanya yang mahal seperti Serai di Empire Subang masih penuh pada waktu makan tengahari tidak mengira hari hinggakan barisan yang beratur menunggu tempat duduk begitu panjang setiap hari.

Begitu juga di Facebook dan Instagram kita dapat melihat betapa ramai rakyat Malaysia yang mampu bercuti sama ada di dalam mahupun luar negara.  Ini berlaku mahupun dakwaan bahawa rakyat Malaysia tertekan akibat kekurangan wang dan Ringgit tidak laku di luar negara.

Semasa saya menunaikan ibadah Umrah setiap tahun dari tahun 1998 hingga musim Haji 2001, setiap pengendali pakej hanya memenuhi satu buah bas setiap penerbangan.  Yang pergi secara puratanya berumur 45 tahun ke atas.  Jarang ada yang berumur kurang dari 30 tahun.

Apabila saya kembali ke Mekah pada tahun 2014, ia menjadi tiga buah bas setiap pengendali pakej bagi setiap penerbangan dan lebih ramai pasangan muda turut serta.  Baru-baru ini ia telah meningkat kepada empat buah bas setiap pengendali pakej setiap penerbangan dan begitu ramai pasangan muda yang membawa anak-anak kecil, atau pergi beribadah bersama seluruh keluarga.  Bukan sahaja mereka yang menjalankan perniagaan atau kerja dengan syarikat swasta, malah guru-guru peringkat bawahan juga mampu pergi anak-beranak.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut lagi mengenai jumlah kerusi penerbangan yang diperlukan untuk jemaah Umrah dari Malaysia setiap hari DI SINI.

Mahukah anda kembali ke tahun 2001 semasa pentadbiran Mahathir Mohamad?
Mahukah anda kembali ke tahun 2001 semasa pentadbiran Mahathir Mohamad?

Perangkaan tidak pernah berbohong.  Tidak seperti puak Pakatan yang suka menabur fitnah mencanangkan bagaimana harga barang naik di bawah kerajaan Barisan Nasional.  Tidak pula mereka menceritakan bagaimana kualiti dan taraf hidup juga telah naik melebihi kenaikan harga barangan.

Untuk perbandingan, janji untuk menghapuskan tol di negeri Selangor masih tinggal janji.

Janji untuk menghapuskan tol di Sungai Nyior, Pulau Pinang masih tinggal janji.

Malah kerajaan Pulau Pinang DAP sejak 2008 telah menaikkan harga lesen, kadar parkir, lesen perniagaan (begitu juga di Selangor) dan menaikkan kadar tarif air di Pulau Pinang sebanyak EMPAT kali.

Tidak cukup dengan itu, di Selangor anda dikehendaki membayar 20 sen untuk setiap beg plastik yang anda perlukan semasa membeli barang.

Dulu anda mendapat beg plastik secara percuma sekiranya anda membeli barangan berharga, sebagai contoh, RM10.  Ini bermakna kos pembelian beg plastik oleh peniaga telah difaktorkan ke dalam kos penjualan barangan.  Dicampur dengan GST anda membayar RM10.60.

Kini anda dikenakan RM10 + 20 sen menjadikan RM10.20 dan apabila dikenakan GST anda perlu membayar RM10.81!  Anda membayar sebanya dua kali untuk satu beg plastik dan peniaga membuat keuntungan atas angin sebanyak 21 sen bagi setiap beg plastik.

Ada yang mengatakan bahawa polisi membayar untuk beg plastik ini bagus kerana kutipan akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tujuan memerangi pencemaran.  Apa kata Azmin Ali?

Azmin tak kata pun dia suruh kita bayar 20 sen untuk beg plastik
Azmin tak kata pun dia suruh kita bayar 20 sen untuk beg plastik

Ada pula yang kata kutipan akan disalurkan ke badan-badan amal dan bukan kerajaan.  Apa pula kata Exco Selangor Elizabeth Wong?

Eli Wong pun kata dia hanya BERHARAP agar para peniaga akan menyalurkan kutipan 20 sen kepada badan-badan amal dan bukan kerajaan. Dia tak suruh. Jadi siapa kena tipu?
Eli Wong pun kata dia hanya BERHARAP agar para peniaga akan menyalurkan kutipan 20 sen kepada badan-badan amal dan bukan kerajaan. Dia tak suruh. Jadi siapa kena tipu?

Rafizi yang menjanjikan penurunan harga barangan akan berlaku dengan penurunan harga minyak juga masih belum tunaikan janji walhal minyak pernah turun dari RM2.70 seliter pada zaman Pak Lah kepada RM1.60 seliter pada awal tahun 2016.  Namun hingga kini tidak nampak penurunan harga barangan.

rafizi-ramli-bodoh-20-sen-minyak

Apabila disoal di dalam group WhatsApp, beliau hanya menjawab bahawa itu bukan masalah beliau.

Perangai sotong
Perangai sotong

Seingat anda, pernahkah ibubapa anda menyebut bagaimana barangan langsung tidak mahal?  Dan sekiranya anda masih mahu membuat perbandingan di antara zaman Mahathir Mohamad dan zaman Najib Razak dan rindukan zaman Mahathir Mohamad, kenapa anda tidak mahu rindukan zaman pentadbiran penasihat British dan Kapitan Yap Ah Shak?

harga-barang-tahun-1897

One Reply to “”

Comments are closed.