Sehari Berpuasa Di Koleq 26 Tahun Yang Lampau

Malay College Centenary Celebration's First Day Cover

Puasa di Kuala Kangsar zaman aku kat Koleq memang best. Beberapa kali kami di Perak mula berpuasa lambat dari KL, dan raya awal sehari…courtesy of Almarhum Sultan Perak ketika itu (Sultan Idris Shah).

Hari-hari berpuasa bermula jam 2.00 pagi bila kitorang dihidangkan nasi panas yang dah sejuk, ikan kembung pecah perut goreng yang dah lemau dan tidak garing lagi, sayur kobis sejuk, dan kuah masak lemak asam keping. Sebagai tambahan, telur rebus yang lazimnya diberikan untuk breakfast, diletakkan bersama dalam tray aluminium tersebut. Air sirap dan kopi-O yang kalau panas memang bonus. Lepas tu balun tidur balik…subuh memang entah ke mana la masa tu.

Masa class, pukul 10 pagi perut dah mula berkeroncong. Apa tak nya. Kala bulan biasa, masuk class pagi-pagi ada nasi goreng sepinggan dengan sambal telur dan keropok hancur yang ditebarkan atas nasi sebagai condiment. Pukul 10 pagi ada break, dan kebiasaannya aku beli laksa tiga kupang (30 sen) dengan air sirap sekupang (10 sen)…kasi RM1.00 tapi dapat balik RM4.60. Arwah Makcik Kantin tu ada husband yang ‘blur’. Aku kasi seringgit tak sampai 20 saat kemudian dia akan berpaling kepada aku sambil bertanya, “Tadi mike (mee-ke) kasi lima hengget ye?” Aku angguk aje la. Tak lah hari-hari dia macam tu. Tapi aku rasa bila makcik kantin tak kasi dia henjut malam sebeum tu, esok muka laki dia memang macam cipan tanah…dan blur sial sebab air dah penuh dan pekat macam Colgate meleleh ikut telinga.

Mungkin jugak taik telinga dia cair dulu…meleleh keluar.

Apa pun, balik lunch balun tidur sampai afternoon prep bila masa aku bangun tidur dan pergi ke class untuk sambung tidur. Aku tak boleh lupa classmate aku sorang yang birthdaynya sehari sebelum aku punya, tidur dan tak ada siapa pun kejut dia…lepas berbuka baru dia balik dan masuk dining hall dengan masih beruniform sekolah. Muka berbirat macam stretchmarks pompuan beranak, dan airliur basi dah berkerak kat tepi mulut.

Masa games petang ada la yang turun main takraw, yang suka tepuk telur sendiri pergi main basketball. Swimmers macam aku nak main apa? Jadi aku pun terus ukur tilam atas katil, pejam mata dan bermimpikan sedang main games petang tu. Pukul 6 baru nak bangun mandi dan sebagainya. Masuk dining hall pukul 6.45 petang. Dan disebabkan kitorang tahun tu dapat jadi Perak Champ untuk swimming dan water polo, maka kitorang pun duduk di meja asing dari orang lain dan dapat ‘special rations’. Makan sedap dari orang lain la.

Lepas tu pergi sembahyang terawih. Masjid baru tak siap lagi dan masjid lama dah diruntuhkan. Jadi kitorang join jemaah sembahyang kat madrasah yang dinaiktaraf as masjid. Aku selalunya buat 8 raka’at aje. Aku punya reasoning sebab Nabi tak pernah buat lebih dari 8 dan 20 cuma mula time Saidina Omar al-Khattab. Sebenarnya aku tak suka nak berpeluh-peluh dalam baju melayu hitam aku yang gerenti ‘dry cleaning’ hari-hari (terminologi sekarang ialah recycle) sehingga semut mula hurung baju. Lepas tu bukannnya aku balik ke dorm. Aku lepak lagi kat madrasah mengacau orang sembahyang. Kalau ada member yang sembahyang dan ruku’, aku dengan geng-geng aku mula la kacau tegur pasal bontot mamat ni la, dan sebaginya. Bila dia tahyat akhir dan jari dia angkat masa dua kalimah syahadah, kitorang buat bentuk ‘O’ dengan jari tangan dan masukkan jari yang diangkat tu kedalam ‘O’ tadi….kalau mamat tu senyum ke, tahan gelak ke, memang kena la remarks macam “Tak khusyuk” or “Sembahyang mana boleh senyum” dan sebagainya.

Habis terawih, balun moreh dulu kat madrasah sebelum balik ke dining hall untuk makan kuih dan minum kopi O atau teh melekit perasa gula satu lori.

1982 adalah tahun World Cup. Jadi kitorang dibenarkan ke Dewan Tun Abdul Razak (Dewan TAR) untuk tengok bola. Aku, Jawa, Bawang, Adlan (Adlan Ali…bukan Adlan Ahmad kat Iskandar tu) akan pergi lastik cicak, especially kalau Thursday Night Friday. Kitorang kumpulkan semua bangkai cicak tadi dan sapukan ke bawah pintu bilik Pengetua. Aktiviti ini akan berterusan sehinggalah tiba masa untuk bersahur lagi jam 2 pagi.

Sekian, kisah satu hari berpuasa di Koleq 26 tahun yang lampau. Semoga anda telah terhibur. Kita jumpa lagi di rangkaian yang sama, pada waktu dan hari yang sama minggu hadapan.