Kita Bertemu Kembali, Wahai Kawan-Kawan

95.

Kilogram, okay?

Itu berat aku semalam yang aku timbang semasa berpuasa dan belum melepas bom (bak kata arwah HM Busra dalam cerita Nujum Pak Belalang). Walau bagaimanapun, aku masih jauh dari berat aku sekitar awal tahun 2003 – 103 kilogram. Tetapi, bak slogan British Rail (kini dikenali sebagai National Rail) suatu masa dahulu, “We’re getting there.”

Asal berjumpa aje mesti makan. Baru berbuka, lepas tu boleh pergi lepak melantak lagi. Dah lah di JB kerja kitorang melantak aje. Sejak balik KL ni tak putus-putus melantak sambil bertemu sahabat handai yang memang makan pandai.

Food!!!
Juadah berbuka untuk 7th September 2008

Big Eaters
Geng Kuat Makan

Mendengar BS Syahmi
Anak-anak aku mendengar cerita merepek Forlorn Soldier

Berbuka dengan anak-anak
Berbuka puasa dengan anak-anak

Nasi Lemak Special
Akibat berjumpa dengan kawan-kawan, aku terpaksa makan nasi lemak

Kawan-kawan berjumpa
Apa merepek la diorang ni?

Mee Raja
Mee Raja…tengok itu udang!!!

Geng kuat makan
Geng Kuat Makan


Sampah sarap peninggalan geng kuat makan

Yang aku tau gaji Indah Water bulan ni memang halal la…