Kelantan: Mahathir Berjanji Untuk Tabur Dosa

Melayu Mudah Lupa.

Demikianlah ungkapan pada suatu ketika dahulu oleh seorang insan yang kini  berduka cita akibat kehilangan kuasa memerintah secara proksi. Ungkapan ini amat sesuai dengan seorang Melayu Kelantan yang mudah lupa mengenai pemerintahan kuku besi penuh kronisme dan nepotisme yang pernah beliau sendiri kutuk pada suatu masa dahulu. Bukan lama pun, enam tahun yang lepas sahaja.

Sendiri kutuk, sendiri lupa

Melayu Kelantan Mudah Lupa ini baru-baru ini telah memberi kata-kata manis mengenai Insan Kecewa yang telah menjanjikan pemulangan royalti minyak kepada negeri Kelantan sekiranya Parti Pribumi dapat menguasai negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Janji! Jangan tak janji!

Ini merupakan suatu janji berupa pembohongan yang pernah ditaburkan oleh Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya yang lepas. Apa dikisahkan dosa dan pahala? Asalkan hajat dicapai.

Janji! Jangan tak janji asalkan belakang boleh ditikam!

Kepada yang tidak mudah lupa, atau separuh lupa, atau akil baligh semasa Pilihanraya 1990, Mahathir lah anasir yang telah menghentikan royalti minyak kepada negeri Kelantan sebagai hukuman buat para pengundi Kelantan kerana memberi sokongan kepada PAS hinggakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Barisan Nasional tewas kepada PAS yang disokong oleh Semangat 46, parti pimpinan seteru kuat Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah.

Hukuman yang sama telah dikenakan terhadap negeri Terengganu setelah Barisan Nasional pimpinan Mahathir tewas kepada PAS di negeri tersebut pada tahun 1999.


Adakah Mahathir dan Zaid beranggapan bahawa orang Kelantan adalah bodoh dan mudah lupa seperti mereka? Atau sengaja ingin mengucar-ngacirkan pemikiran rakyat Kelantan kerana khuatir akan kerjasama di antara PAS dan UMNO?

Mahathir akan lakukan apa jua untuk berkuasa, termasuk menjadikan lain-lain orang sebagai proksi beliau untuk terus mempunyai kuasa menindas rakyat demi kepentingan diri sendiri dan keluarga beliau. Mahathir juga sanggup mengaku bahawa beliau seorang yang pelupa apabila disoal di dalam mahkamah mengenai perkara-perkara korup yang melibatkan beliau seperti skandal rasuah PKFZ dan lain-lain.

Rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya wajib menolak makhluk perosak yang mengaku Melayu ini yang mahu merosakkan wadah perjuangan orang Melayu dengan memecah-belahkan perpaduan demi nafsu serakahnya.

Sesungguhnya Mahathir telah lupa dosa-dosa beliau terhadap negara. Sama-samalah kita ingatkan beliau semula.

Mahathir nyanyuk tanda nak mampus! Kalau ikut kata-kata Bujang Lapok

3 Replies to “Kelantan: Mahathir Berjanji Untuk Tabur Dosa”

Comments are closed.