Wahyu Tokong

Saya suka bila tokoh-tokoh pembangkang bersuara atau membuat janji-janji yang mereka ketahui tidak akan ditepati.

Sebagai contoh di atas, Ketua Menteri yang telah didakwa sebagai korup di dalam mahkamah berjanji bukan sahaja untuk menghapuskan GST yang telah banyak membantu negara semasa kemurungan ekonomi global malah menghapuskan kutipan tol Lebuhraya Utara-Selatan serta Jambatan Pulau Pinang Pertama.

Penghapusan kutipan tol tersebut akan menelan belanja sekitar RM30 bilion wang pembayar cukai untuk membayar pemegang konsesi lebuhraya tersebut.

Perjanjian konsesi lebuhraya-lebuhraya di Malaysia dibuat semasa di bawah pentadbiran Pemerintah Parti Pribumi Bersatu Malaysia, U-Tun Mahathir Mohamad.

Ini juga bermakna wang para pembayar cukai di negeri Sarawak yang bakal menerima sebuah lebuhraya bebas tol akan turut digunakan untuk membuat pembayaran tersebut.

Saya agak teruja ingin mengetahui apa perasaan rakyat terutamanya para pembayar cukai negeri Sarawak mengenai janji yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu.

%d bloggers like this: