Tan Bang Ang Dan MB Johor

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin semalam dengan bangganya mendakwa bahawa Menteri Besar Johor, Khaled Nordin, tinggal bersama-sama 13 orang pengundi lain di sebuah rumah kedai di Masai, Johor.

Menurut Malaysiakini, daftar pemilih bagi suku ketiga 2016 yang merekodkan pertukaran alamat pemilih oleh Khaled dan anaknya Akmal Saufi ke lokasi di atas.

Daftar pemilih bagi suku berikutnya mencatatkan 12 lagi individu turut disenaraikan kepada alamat yang sama.

Jika daftar pemilih itu diwartakan, maka akan ada 14 orang, termasuk MB dan anaknya, didaftarkan sebagai pengundi di alamat itu,” kata ADUN DAP itu.

Ia adalah antara ratusan butiran pengundi yang didakwa mencurigakan yang dikemukakan oleh Tan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Johor, hari ini.

Menurut Tan, alamat yang dipersoalkan ialah ibu pejabat Umno bahagian Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting.

Lantas saya membuat pemeriksaan ringkas kerana mungkin Tan dilahirkan tidak cukup sifat dan tiada daya pemikiran untuk membuat pemeriksaan ringkas dan mudah menggunakan Internet.

Saya mendapati bahawa alamat yang konon-kononnya mencurigakan Tan itu adalah lokasi Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Inilah rumah kedai mencurigakan Tan Bang Ang
Inilah rumah kedai mencurigakan Tan Bang Ang
Saya akan lebih teruja sekiranya terdapat para pengundi yang berdaftar di dua lokasi pengundian berbeza yang boleh dicapai dalam masa kurang lapan jam.  Ini bermakna sekiranya beliau boleh mengikis kulit jari untuk menghilangkan dakwat kekal selepas mengundi di lokasi pertama, beliau boleh pergi ke lokasi kedua mungkin di sebuah negeri berjiranan untuk mengundi kali kedua.

Saya lebih tertarik dengan suatu perkara yang pernah diajukan kepada Ambiga dan rakan-rakan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 pada tahun 2013 di mana dua orang pemimpin pembangkang berdaftar sebagai pengundi MENGGUNAKAN ALAMAT RUMAH SEORANG AHLI UMNO!

20130424-232533

Seperti yang tertera dalam Tweet di atas bertarikh 16hb April 2013 (sebelum Pilihanraya Umum Ke-13), Dato Zaiful Ayu Ibrahim, anak kepada Tan Sri Dr Ibrahim bin Saad, meminta tolong Ambiga, BERSIH 2 dan Nurul Izzah menyiasat bagaimana dua orang pengundi hantu bernama Wan Azizah binti Wan Ismail dan Anwar bin Ibrahim boleh berdaftar di rumah keluarganya di Permatang Pauh sedangkan keluarganya secara keseluruhan merupakan penyokong tegar UMNO di kawasan Parlimen tersebut.

Apabila saya memeriksa senarai pengundi berdaftar terkini bertarikh 27hb September 2016, saya dapati kedua-dua pengundi hantu tersebut masih berdaftar sebagai pengundi di alamat tersebut!

Pengundi-pengundi hantu masih wujud di Permatang Pauh
Pengundi-pengundi hantu masih wujud di Permatang Pauh
Tidak menghairankanlah jika Tan tidak teliti dalam perkara seperti ini. Beliau pernah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor atas alasan membawa masuk orang luar tanpa kebenaran ke dalam dewan persidangan.

Apabila mendapat sedikit kuasa menjadi ADUN, Tan berlagak seolah-olah Dewan Undangan Negeri Johor itu DAP yang punya.  Teringat saya kepada suatu perumpamaan lama dalam tentera, “Seperti Red Indian mendapat senapang.”  Habis kesemuanya di tembak termasuk langit.

Sekiranya Tan kurang kebangangannya, beliau akan membantu SPR mencari senarai orang yang tidak layak mengundi dan orang yang telah mati yang masih tersenarai sebagai pengundi.  Setakat berdaftar di rumah kedai tidaklah seteruk orang kuat PKR dan Ketua Anus Usus Umum Pakatan berdaftar di rumah orang kuat UMNO sekurang-kurangnya untuk dua pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil di tempat yang sama.

Malangnya, semasa waktu bantahan untuk Rang Daftar Pemilih suku tahunan diberikan, dia tidak membantah. Kini baru beliau hendak timblkan syak wasangka.

 Menurut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, mana-mana daftar pemilih yang telah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.


Saya yakin, contohnya di Selangor di mana Shah Alam merupakan kawasan majoriti Melayu, kini mempunyai ramai pengundi berbangsa Cina dipindahkan di situ.  Saya tidak menuduh sesiapa tetapi perhatikanlah kemungkinan berlakunya pertambahan pengundi berdaftar berbangsa Cina di kawasan Setia Alam yang kini di bawah Parlimen Shah Alam, dan lihat akan penurunan jumlah pengundi berdaftar di kawasan-kawasan di mana DAP menang dengan majoriti yang besar – sebagai contoh, Parlimen Seputeh di mana majoritinya melebihi 50,000.  Kemungkinan ada perpindahan kawasan mengundi bagi sebilangan mereka.

Kemungkinan juga ada 23 orang pengundi di setiap rumah kedai di situ.

Boleh Tan Bang Ang periksa?

Tan Bang Ang
Tan Bang Ang
%d bloggers like this: