Sindiran Buat Mu

Nasib penduduk Flet Kerinchi kini lebih baik dengan terlaksananya projek Residensi Kerinchi
Nasib penduduk Flet Kerinchi kini lebih baik dengan terlaksananya projek Residensi Kerinchi

Baru-baru ini seramai 408 orang penduduk flat empat tingkat di Kampung Kerinchi yang mendengar gesaan kerajaan untuk berpindah mendapat sebuah unit pangsapuri baru dengan tiga bilik tidur serta dua bilik air yang berkeluasan 900 kaki persegi berbanding kediaman sebelum ini yang hanya mempunyai sebuah bilik atau tiada bilik.

Berbeza dengan flet usang yang mereka duduki dahulu, flat 18-tingkat yang dikenali dengan nama ‘Residensi Kerinchi’ itu mempunyai kemudahan seperti surau, medan selera, taman permainan, taska, dewan serba guna dan kolam renang untuk kegunaan para penduduk.

Justeru kualiti hidup yang dinikmati oleh 408 orang ini adalah jauh lebih baik berbanding dahulu, setimpal dengan keperluan mengimbangkan kualiti hidup mereka dengan pembangunan pesat di persekitaran mereka.

Seramai 34 orang yang termakan hasutan pihak pembangkang kini hanya boleh menggigit kuku melihat keuntungan yang dikecapi oleh bekas jiran-jiran mereka.

Semasa arahan perpindahan dikeluarkan oleh pihak DBKL pada bulan April 2012, mereka telah enggan keluar kerana percaya akan ada tipu helah dibuat terhadap mereka.

Nurul Izzah, ahli parlimen bagi kawasan Lembah Pantai, mengibaratkan kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak sebagai suatu sindiran terhadap 34 orang yang telah termakan hasutan beliau untuk menolak rancangan memajukan semula kawasan Flet Kampung Kerinchi.

Namun kebenaran jelas terbukti bahawa hasutan beliau itu hanyalah suatu mainan politik yang menjadikan 34 orang yang bernasib malang tersebut sebagai buah catur beliau.

Adalah diharap agar kesemua 34 orang yang bernasib malang akibat termakan hasutan Nurul Izzah itu meminta Nurul Izzah memberikan dengan kadar segera penginapan yang setaraf atau lebih baik bagi mereka, lebih-lebih lagi apabila ramai yang mencanangkan bahawa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Usahlah termakan lagi dengan janji-janji palsu yang dikatakan akan ditunaikan selepas pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam pada itu, adalah diharap agar para penduduk di Kampung Kerinchi tidak melupakan jasa insan yang telah menghabiskan hampir 30 tahun hidup beliau memperjuangkan nasib penduduk Flat Kampung Kerinchi hingga terlaksananya projek Residensi Kerinchi.

Insan yang saya maksudkan di sini ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat membela nasib masyarakat terutamanya di Kampung Kerinchi.

Raja Nong Chik diapit oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Tuan Haji Ahmad Rahman dan Datuk Adnan, tidak dapat menahan sebak di Majlis Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru di tapak lama Flat 4 Tingkat Kerinchi pada bulan Disember 2012
Raja Nong Chik diapit oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Tuan Haji Ahmad Rahman dan Datuk Adnan, tidak dapat menahan sebak di Majlis Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru di tapak lama Flat 4 Tingkat Kerinchi pada bulan Disember 2012

Begitulah contoh berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira jawatan mahupun masa.  Bukan dapat elaun ahli Parlimen dan menghabiskan masa di luar kawasan mengulangi cerita dongeng lama yang telah dijawab tanpa balas berkali-kali.

Bercerita mengenai berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira jawatan mahupun masa, semalam Dato’ Sri Najib Razak telah meluangkan sedikit masa beliau selepas waktu kerja untuk melawat salah satu tempat beribadah kaum Sikh di pinggir ibu negara iaitu Gurdwara Sahib Kuyow.

Dewan sembahyang Gurdwara tersebut telah rosak teruk akibat satu kejadian ribut tidak lama dahulu menyebabkan salah satu kelas di mana pelajaran bimbingan agama Sikh diadakan terpaksa digunakan sebagai dewan sembahyang.

Di antara masalah yang dihadapi ialah saiz ruang kelas tersebut yang kecil dan kedudukannya di tingkat satu salah satu bangunan di situ tidak dapat menampung jumlah jemaah yang bersembahyang di situ dan menyukarkan mereka yang kurang upaya untuk turut serta bersembahyang.

Najib Razak melawat Gurdwara Sahib Kuyow di Sungai Besi pada 1hb Mac 2017
Najib Razak melawat Gurdwara Sahib Kuyow di Sungai Besi pada 1hb Mac 2017

Walaupun Gurdwara berusia 100 tahun itu merupakan sebuah kompleks ibadah persendirian namun sebagai seorang Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, warna kulit dan agama, Dato’ Sri Najib Razak telah bertanyakan masalah yang dihadapi oleh jemaah agama Sikh di situ dan seterusnya mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membantu memperbaiki dewan sembahyang yang rosak tersebut.

Politik bukan dengan hanya menghasut, menabur retorik dan janji palsu kepada pengundi.  Ianya adalah mengenai menepati janji yang dibuat, dan memberi khidmat kepada rakyat yang telah mengundi kita.

Bercakap kosong itu tong, yang berjanji palsu itu pasu. Yang berjasa itu manusia.

Jangan tepis kata pengundi yang disindir
Jangan tepis kata pengundi yang disindir
%d bloggers like this: